Komunikasi anak sebenarnya dah bermula sejak mereka lahir. Menurut kajian, usia bayi hingga tiga tahun adalah peringkat paling kritikal untuk mempelajari bahasa.
Sekiranya tempoh ini diganggu dengan pelbagai unsur mengelirukan, ia mungkin boleh memberi kesan terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan anak kecil untuk masa depannya.
Bagi bayi normal, mereka biasanya cenderung bertindak balas terhadap rangsangan ibu bapa dalam tempoh enam bulan pertama kelahiran. Selepas itu, barulah muncul beberapa sebutan awal seperti papa, mama dan pelbagai lagi perkataan tanpa maksud jelas.
Apabila usia mencecah setahun, kanak-kanak sepatutnya sudah mampu meniru suku kata, menguasai antara 10 hingga 25 perkataan, dapat menunjukkan bahagian badan asas, menggunakan kata sosial ‘hello’ dan ‘bye-bye’ serta memanggil nama ahli keluarga terdekat.
Bagaimanapun, masih ada juga anak yang berusia 3 tahun ke atas masih belum bercakap lancar kerana masalah keliru bahasa. Berikut perkongsian dari Ahli Terapi Pertuturan Bahasa, Puan Ruby mengenai apa itu keliru bahasa.
Keliru bahasa? 1) Anak yang boleh cakap banyak, sama macam rakan sebaya. Tapi dia cakap campur/rojak sebab ibubapa juga memang cakap begitu di rumah.
2) Anak kurang cakap, kurang perkataan. Tapi dia lebih faham arahan apabila diarahkan dalam bahasa Inggeris. Kalau cakap melayu, dia buat dek saja.
3) Anak faham arahan Melayu dan Inggeris, tapi bila cakap, lebih banyak perkataan inggeris. Tak pernah sebut kasut, kereta, bunga….tapi sentiasa cakap shoe, car, flower. Tapi percakapannya tetap terhad, masih kurang berbanding anak yang umur sebaya.
Ads
Ini ialah 3 situasi yang saya biasa jumpa.
Yang no 1 di atas, adalah NORMAL. Selagi dia boleh luahkan hati/kehendak, walaupun campur bahasa, dia dikira ok.
Yang no 2 di atas, dikira speech delay jika umurnya dah cecah 2 tahun, sebab masih tak cakap. Umur 2 tahun patut dah cakap 25-50 perkataan spontan, tak kiralah apa pun bahasa yang dia guna.
Kalau ibu bapa memang bercakap melayu, tapi anak pula hanya ikut arahan inggeris, maka kita persoalkan, dari mana dia dapat bahasa inggeris? Dari tadikanya kah? Dari iPadnya kah?
Maka….interaksi antara ibubapa dan anak perlu ditingkatkan lagi. Ibubapa kena dedahkan juga bahasa dominan dalam keluarga. Jangan ibubapa pula mengalah dan cuba nak cakap bahasa yang anda sendiri tak fasih.
Yang no 3 yang paling kerap saya jumpa. Speech delay dan memilih bahasa. Sudahlah lambat bercakap sebab perkataan masih kurang, memilih pula nak sebut bahasa Inggeris saja.
Ads
Biasanya anak yang memilih bahasa Inggeris ni disebabkan oleh pengaruh kartun tv bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris pula banyak menggunakan sebutan mudah saja seperti “cat, dog, car, fish, ball” berbanding bahasa melayu yang guna 2 sukukata “kucing, bola, baju”.
Tapi ini tidak bermakna penutur bahasa Melayu lebih lewat berkembang berbanding penutur inggeris. Malah penutur bahasa Tamil yang guna lebih banyak gabungan sukukata juga tetap berkembang sama saja dari segi perkembangan pertuturan bahasa. Ia adalah fitrah manusia.
Maka adalah tidak adil untuk menyalahkan bahasa melayu yang menyebabkan anak menjadi speech delay. Menyalahkan keliru bahasa juga adalah tidak tepat sama sekali.
Bagi anak yang lambat bercakap berbanding rakan sebaya, bilingual menerukkan keadaan. Ini kerana anak perlu bekerja keras untuk ingat dan faham kosa kata kedua-dua bahasa. Sedangkan 1 bahasa pun dia sudah lambat. Apatah lagi bila disuruh ingat 2 bahasa berbeza.
Maka, speech therapist sering menasihatkan kepada ibubapa supaya tumpu pada 1 bahasa dominan keluarga saja. Jangan cakap rojak dah.
Pada pandangan pribadi saya pula, jika anda benar-benar nak juga guna bilingual, pastikan:
Ads
1) Anda memang fasih kedua-dua bahasa. Anda sendiri tak kekok dengan mana-mana bahasa tersebut.
2) Ibu bapa mestilah luangkan masa dengan anak MELEBIHI dari tempoh anak di depan kartun.
Isu bahasa ini biasanya lebih rumit apabila anak mula nak masuk darjah 1 sekolah kebangsaan. Cikgu di tadika mula complain pasal anak tak faham arahan dan tak menjawab soalan cikgu di dalam kelas.
Apabila mendaftar anak ke darjah 1 sekolah kebangsaan, nak tak nak, anak tetap kena berdepan dengan bahasa melayu kerana cikgu dan kawan bercakap bahasa melayu.
Melainkan jika anda memang nak daftar anak ke sekolah antarabangsa. Itu lain cerita.
Ini ialah realiti hari ini. Maka berdepan dengan realiti dan buat keputusan bijak demi masa depan anak anda.
Penjagaan gigi anak adalah tanggungjawab ibu bapa. Seperti pengalaman yang dilalui pelakon Diana Amir di mana gigi anaknya pernah rosak tapi pelakon ini tidak berputus asa. Malah temu janji pergigian juga tidak pernah menjadi drama air mata.
Diana yang muncul dalam Pa&Ma TV Musim Kelima dalam episod “Mula Jaga Mulut & Gigi Anak Dari Kecil”. Dalam episod ini, Diana banyak berkongsi tentang anak sulungnya, Khawlah Al-Azwar, 6 tahun.
Menurut Diana, Khawlah seorang yang memilih untuk makanan. Buat masa ini Khawlah menyukai sajian-sajian ringkas seperti sup ayam. Tapi satu kegemaran yang tidak boleh dielakkan ialah makanan bergula yang manis.
MULA SUKA MAKANAN BERGULA
“Khawlah suka sugar. Kalau boleh kita taknak dia suka manis. Pernah semasa dia umur 8 bulan Diana kena outstation. Seminggu semasa duduk dengan family dia diberi candy & coklat walau pun Diana dah bagitahu keluarga hanya berikan dia makanan tak berkhasiat. Biskut pun jangan. Bila balik dia nak sugar-sugar sugar.
“Salah satu sebab lain gigi rosak ialah Khawlah menyusu sebelum tidur.Dia menyusu sehingga tertidur. Jadi gigi tak boleh nak dibersihkan,” kata Diana yang menyusukan Khawlah dengan susu ibu selama dua tahun.
DUA BATANG GIGI DIHADAPAN ROSAK
Selain itu, Diana berkata secara semula jadi gigi anak sulungnya ini tumbuh rapat antara setiap batang. Selepas tu menyusu sangat mudah terkesan. Dalam masa itu, 2 batang gigi depannya rosak.
“Walau pun giginya rosak Khawlah tak pernah sakit. Atau dia ada rasa sakit cuma dia tak pandai nak cakap. Macam doktor pun tanya sakit ke tak. Dia kata tak sakit tapi bila doktor periksa sebenarnya dia sakit & Cuma dia takt ahu nak terangkan,” kata Diana dalam Pa&Ma TV.
BUAT DENTAL CROWNING UNTUK KHAWLAH
Bertitik tolak dari itu Diana mula menjaga gigi Khawlah dengan lebih teliti. Dia kini memasang dental crown pada gigi hadapan anak sulungnya itu.
“Gigi depan Khawlah sebenarnya dah patah dan tak ada dah akar gigi tu. Semua tu dah dibuang. Crowing ni actually gigi yang ditampal sahaja untuk estetik supaya dia tak rasa malu. Problemnya ia cepat patah. Macam makan donut atau aiskrim “eh tiba-tiba gigi dia hilang.”
“Crowning (dental crown ) ni ada sesetengah makanan tak boleh makan. Makanan yang keras tak boleh nak makan. Tapi Khawlah berdisiplin juga lah dan pandai kalau makan gigit dia belakang sikit.
ANAK TIDAK TAKUT SEMASA PEMERIKSAAN DENGAN DOKTOR GIGI
Dalam rancangan ini juga, pelakon dan pengacara ini turut berkongsi bagaimana caranya dia memujuk anak-anak agar tidak menangis semasa pemeriksaan gigi.
“Kanak-kanak bila cakap pasal doktor dia akan takut. Jadi apa yang Diana cakap Doktor ni semua fairies (pari-pari) jadi dia sendiri nak pergi kat doktor tu.
“Kita sebagai ibu bapa juga memilih klinik gigi kanak-kanak. Peralatan semua budak-budak suka. Jadi bila kanak-kanak ke sana dia happy sebab dia tahu doktor bantu dia dapat gigi yang lebih cantik. Dia tahu dan faham bila tengok orang lain ada gigi kenapa dia tak ada gigi.” Kata Diana.
Ingin tahu lebih lanjut tentang penjagaan mulut dan gigi anak daripada doktor dan ibu bapa lain, tonton siaran ulangan Pa&Ma dalam episod “Mula Jaga Mulut & Gigi Anak Dari Kecil” yang ke udara pada Sabtu, 10 Ogos 2019 jam 11 pagi di Astro Prima & Astro Prima HD bersama pengacara Jihan & Ungku Haris.
Foto: @dianaamir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menguruskan perasaan marah mengikut sunnah adalah cara terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh semua terutamanya yang bergelar ibu ayah kepada anak kecil yang banyak ragam. Tentu anda biasa rasa cepat nak marah pada si kecil kan? Stres, penat, letih dengan pelbagai urusan rumah tangga dan melayan kerenah anak-anak kecil kadangkala menyebabkan kita cepat nak marah.
Memang sifat marah dan panas baran tak boleh lari daripada sebahagian hidup kita. Sebenarnya tak ada manusia pun yang suka jadi orang yang cepat marah apatah lagi kalau dah menjadi ibu ayah. Biasanya lepas marahkan anak, seorang ibu atau ayah itu akan rasa menyesal kerana tidak mampu mengawal emosi menghadapi karenah anak.
Bukan kita suka sifat pemarah itu dan bukannya kita tak cuba untuk mengurangkan atau menghilangkan ia namun masih akan berulang. Menjadi ibu ayah yang pemarah dan bengis dalam mendidik anak-anak bukanlah satu sikap yang baik.
Garang kepada anak harus bertempat. Marah pada perkara yang membahayakan keselamatan anak atau sikap tak beradab memang perlu dilakukan supaya anak tak ulang lagi kesalahannya. Tapi kalau sepanjang masa sentiasa nak marah dan bengis walaupun hal-hal kecil seperti anak tertumpahkan air minuman maka sesuatu perlu anda lakukan.
Jangan sampai anak tak boleh langsung buat silap. Dah namanya kanak-kanak tentu sahaja mereka masih dalam proses pembelajaran yang akan sering melakukan kesilapan. Terpulang pada kita nak cuba atau tak usaha mengawal tahap kemarahan. Tetapi yang sebaiknya sebagai penganut agama Islam kita contohi cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w untuk mengurus kemarahan.
Amalkan cara urus marah ikut sunnah supaya ia boleh jadi kaedah terbaik untuk elak rasa cepat marah pada si kecil dalam masa yang sama kita dapat pahala.
Bila rasa nak marah cepat-cepat baca doa perlindungan audzu billahi minashaytan nirajim yang bermaksud “Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam”
2. Mengubah posisi badan
Meninggalkan tempat yang menyebabkan anda marah. Sabda Baginda: “Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring.” (HR Ahmad & Abu Daud)
3. Berdiam diri itu adalah lebih baik
Api kemarahan akan bertambah marak sekiranya ada yang cuba ‘membakarnya’. Jadi demi untuk mengawal marah, hendaklah berdiam diri daripada menengking dan membebelkan si anak. Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat ituu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Berwuduk
Mengambil wuduk dapat mengurangkan perasaan marah. Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api, apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk.” (Abu Daud)
5. Solat sunat
Ketika sedang marah, manusia mengalami ketegangan saraf terutama saraf otak dan sedang bergelut dengan kekuatan hawa nafsu yang sangat dahsyat iaitu kekuatan hasutan syaitan. Maka ajaran Nabi s.a.w supaya mengubah kedudukan diri dari berdiri kepada duduk dan dari duduk kepada berbaring bertujuan untuk mengurangkan ketegangan saraf otak dan saraf-saraf lain.
Sekiranya pergerakan fizikal itu masih tidak boleh meredakan emosi, Nabi s.a.w berpesan supaya segera berwuduk dan dirikan solat sunat dua rakaat. Tujuannya supaya si pemarah segera berlindung kepada kekuatan Allah untuk mengusir kekuatan syaitan yang menjelmakan diri dalam bentuk sikap marah dan emosi tidak terkawal.
Semoga dengan mengamalkan cara mengurus rasa marah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, kita semua mampu menjadi ibu bapa yang dapat mengawal sikap marah berlebihan terhadap anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu tentunya mahu apa yang dimintanya boleh dilakukan oleh anak-anak tanpa menimbulkan sebarang masalah emosi, drama, tantrum & konflik. Ikuti perkongsian daripada ibu ini.
Puan Nani Zaik bersama keluarga.
Puan Nani Zaik berkongsi tentang sebuah buku yang dibacanya tentang cara untuk berkomunikasi dengan berkesan dengan anak. Buku yang berjudul “How To Talk So Little Kids Will Listen: A Survival Guide To Life With Children Ages 2-7.”
Perkongsian beliau tentang percubaannya mengaplikasikan bab 1 buku tersebut iaitu tentang mengendalikan emosi anak ialah seperti berikut;
So after 1 month of buying this book I finally finished reading & testing chapter ONE (only) tips on my kids (next chapter tak tau bila plak tahun depan kot haha ?)
My initial intention when i bought this book is to find an effective way to communicate with my little guys (both are strong willed?) so that they will listen without me being the angry mother everyday. Hmm honestly i dont know what magic the author did but it works on my kids! They listen easily without so much drama & tantrum (adelah juga tapi boleh dihandle less stress dari kedua belah pihak so win-win situation lah kan). So i nak share some of the tips here briefly since ada yang tanya haritu:
Chapter one ni is basically tools for handling emotions. Maksudnye apa nak buat kalau anak tantrum/nak mengamuk ke…
So the first very important step is to RECOGNISE & ACKNOWLEDGE their emotions. Because the kids can’t behave right when they don’t feel right (all of us macam tu kan?). Ada few ways to acknowledge feelings ni (i give real situation that happened with my kids):
Gambar hiasan.
#1 With words
-identify & acknowledge their feelings -followed by ‘the problem is…’ (jangan sebut BUT/TAPI) sebab the word ’problem’ tu will teach them there is a problem that can be solved. ‘But’ bawa maksud yang lain)
Situation: Hassan marah sebab Umar rosakkan tower that he builded from books & toys
❎My usual response: “Biarlah Umar kan kecik lagi. Dia nak main ngan abang je tu”
-salahnya sebab i dah ignore perasaan marah dia tu seolah2 tak penting (yelah tower je kan boleh buat lagi for me?)
-dahla ignore pastu bagi can kat adik untuk rosakkan lagi ciptaan abang haha
-maka lepas tu berlakulah drama tangisan Umar akibat dilepuk abang & abang plak mengamuk sebab tower die tak siap n kena marah dengan ibu
✅The right response: “Alamak mesti abang MARAH (kenalpasti & sebut perasaan dia) kan sebab penat abang buat tower tu Umar rosakkn pulak. Masalahnya Umar tu baby lagi dia tak tahu tu tak boleh rosakkan barang orang lain. Nanti kita ajar dia sama2 ok? (Offer solution)
❤️The effect: Hassan tak marah Umar n buat balik tower tu tanpa drama tantrum?
Selamat emosi Hassan & ibu ?
#2 With writing
-do child’s wish list -so always carry pen + paper in ur bag!?
Situation: Hassan nak beli kereta hot wheels LAGI at a stationary shop
❎My usual response: “Kan ayah baru je beli toy utk abang semalam. Bape kali nak beli toy ni? Kat umah tu banyak mainan nanti sepah lagi sape nak kemas?”
-bebel panjang2 dengan budak 4 tahun yang nak mainan. Ingat die heran ke dengan ceramah kita tu???
✅The right response: “Oh patutla abang nak sangat hot wheels ni. Cantik kaler die pastu siap ada pistol lagi (acknowledge & describe minat dia tu). Masalahnya semalam baru je ayah beli dinosaur utk abang kan? Takpe jap ibu tulis toy yang abang nak ni (tulis besar2 HOT WHEELS sambil mengeja walaupun dia tak reti baca lagi) so nanti bila birthday abang ibu ingat. Ingatkan ibu tau”
❤️The effect: yang ni magic giler. Ingatkan die akan mengamuk guling2 nak toy tu. Tapi dengan redha nya dia cakap “ok ibu. Nanti beli yang kaler green tu jugak utk umar. Ibu tulis tau” wow wow wowwwww sangat hahahaa. Sebab actually budak2 ni dia bukan nak sangat tapi sebab dah nampak sajela test luck tu mane tau dapat. Pheww selamat emosi n duit ibu ??
#3 With art
-because sometimes words/written/spoken are not enough to express a strong feeling.
Situation: Hassan mengamuk tak nak makan lunch sebab nak makan nasi lemak breakfast tadi yang dah habis ?
❎My usual response: “Nasi lemak pagi tadi dah habis. Makan la ape yang ada. Kalau abang tak nak makan tinggal lah jap lagi ibu ayah nak kuar” or “kat luar tu ramai lagi orang lapar tak makan. Abang bersyukurlah ada rezeki harini bla3…”
-bebel lagi hahahaha hobi sungguh
-ugut tu mende palingg salah tapi kadang2 geram n desperate?
-tak sesuai nak ceramah tengah2 budak tantrum
✅The right response: “Ok ibu faham abang sukaaa sangat makan nasi lemak. Masalahnya nasi lemak dah habis.” (dia still nangis so ibu amik pen n kertas). “Hassan tengok ni ibu lukis nasi lemak” stop ngamuk n datang tengok ibu lukis. “Abang suka ikan bilis banyak kan?” Lukis bilis banyak2. Dia gelak. “Ibu…lagi tambah telur!”Ok telur pulak..n the rest dia sambung lukis conteng2 atas tu sambil ibu suap dia lunch yang ada
❤️The effect: yang ni pun unsangkarable sebab nampak picisan je efek melukis tak sangka budak2 ni tertarik. It’s shows that diorang ni memang pandai manipulates. Bukan nak sangat nasi lemak tu tapi kadang2 nak cari point nak tantrum ?
Bab 1 yang telah diaplikasikan oleh Puan Nani.
#4 With imagination
-because sometimes we can’t give them everything that they ask
Situation: The usual scenario tantrum sebab nak mainan. This time toy yang mahal giler memang takla ibu nak beli
❎My usual response: “Hassan faham tak ibu cakap toy tu mahal? Membazir tau tak. Bape banyak dah toy kat umah tuuu…” ok ulangan dialog di atas hahahah
✅The right response: this dialogue happens in the car after all other tools are failed: “Hassan kan best kalau ibu ada duit banyakkk sangat macam gunung duit ibu. Boleh beli macam2 kan?” Ok terus die stop nanges n dengar ibu cakap. “Lepastu kan best kalau ibu tekan button ni (button aircond) tibe2 keluar mainan sampai penuh kereta ibu!” Hassan dah seronok n tambah “Abang tekan ni (button back window) pastu nanti kereta ibu tukar jadi robot transformer woww!” And the rest of the dialogue jadi cerita fiksyen ngarut2 hehe
❤️The effect: yang ni ibu paling suka sebab suka melayan cerita2 imagination budak2 ni haahaha. Tapi tak sangka jugak dia boleh terima hakikat n terus tak mention dah pasal mainan tu ?
Panjangnya post ni! But thats all the tips from chapter one yang i boleh share n i applied to my kids which i think its works! My usual way dulu tu bukanlah my kids tak patuh tapi akan ada banyak drama tantrum n stress which at the end akan rasa guilty especially bila tengok muka 2 ketul yang kena marah tengah tidur hahaha. So doakan i khatam another 4 chapters (388 pages!) in my journey to become a peace-loving parents. Kalau rasa nak khatam lagi cepat silalah beli buku best ni di kedai2 buku berhampiran ye..seriously tak rugi tambah ilmu to become a better person everyday. Sekian bai ?
*gambar lukisan nasi lemak ibu n hassan hehe
**since ramai yang tanya, i beli buku ni kat popular book store. Mph pun ada pernah nampak
***i lupa nak mention the most important thing is to control our emotion 1st. Kalau kita pun tengah tak bertenang, macamane nak control emosi orang lain? Tips pun semua kelautan dalam jadinya haha
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.