Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Diuji dengan ujian yang begitu besar bukan sesuatu yang mudah buat sesiapa pun. Namun setiap apa yang berlaku Allah Maha Mengetahui.
Bagi keluarga adik Ainul Mardhiah yang disahkan menghidap tumor neuroblastoma tahap 4, ujian ini sesuatu yang tak di duga buat keluarganya.
Melalui perkongsian dari Facebook ibu saudaranya, Nurakmal Husna Ismail dia mohon keprihatinan sahabat dan rakan untuk mendoakan agar anak kecil yang comel ini #ainulmardhiah kembali sihat dan ceria seperti sediakala.
Segalanya dalam beberapa hari sahaja berlaku, betapa hiba dan sayunya hati kedua ibu bapa adik Ainul, Puan Siti Khadijah dan suami Encik Reduan Ghazali apabila doktor mengesahkan anak bongsu mereka mengidap tumor neuroblastoma tahap 4. Allahuakhbar!! Luluh hati mendengar keputusan ujian darah dan MRI scanning dari pakar HUKM Hospital Cheras.
Pihak hospital menganggarkan kos perubatan adalah antara 20K hingga 25K (termasuk kos pembedahan dan rawatan kemoterapi).
Ads
Adik Ainul perlu menjalani beberapa kali rawatan kemoterapi susulan sehingga tumor mengecut dan dibedah sekali lagi untuk membuang 2 tumor yang telah menakluk saluran darah utama. Tumor pertama berukuran 10 cm dan kedua bersaiz 5 cm.
Paling membuatkan ramai yang sebak apabila mendengar kata-kata Ainul kepada umminya sebelum masuk operation room… “ummi, doakan adik sihat ye. Adik tak rasa sakit sekarang. Adik nak balik cepat, ummi doakan adik ye”
Ya Allah, ampunilah dosa kedua orang tua Ainul Mardhiah, ampunilah dosa-dosa ahli keluarganya, dosa-dosa kami dan diberikan kesembuhan penyakit adik Ainul, agar dia kembali memberikan keceriaan dan kebahagiaan keluarganya. Amiin.
Ads
Jika ada yang nak membantu meringankan kos rawatan #ainulmardhiah, bolehlah salurkan dana bantuan rawatan Ainul melalui nombor akaun bank ayah ainul (encik mohd reduan ghazali) seperti yang tertera.
Maybank Bank Berhad (MBB)
Mohd Reduan Ghazali
Ads
Akaun no. 155050401056
Nombor telefon: 0122497660
Marilah sama-sama mendoakan agar dipermudahkan urusan rawatan dan kos perubatan anak kecil ini.
Tidak dapat digambarkan perasaan ibu dan ayah menghadapi kenyataan ini. Doktor memberitahu jangka hayat ada sebulan lagi & terus berusaha untuk merealisasikan pemindahan sum sum tulang buat si kecil.
SEBULAN SELEPAS ULANG TAHUN PERTAMA
Hanya sebulan selepas ulang tahun pertama kelahiran bayi mereka, kegembiraan Haffiszattul Nur Akmar Samsudin, 30, serta Sheikh Muhammad Bukhary Sheikh Basir, 33, berganti air mata apabila permata hati mereka Sheikha Zulaikha disahkan menderita Hemophagocytic Lymphohistiocytosis (HLH) atau masalah sistem imun badan tidak stabil, Februari lalu.
Akibat penyakit itu, perkembangan Zulaikha terbantut dan menjadi pasif. Badannya menjadi semakin membesar dan perut membuncit.
Sekali imbas Sheikha Zulaikha seperti bayi yang sihat dengan pipi dan tubuh montel, namun tiada siapa sangka dia menderita kerana perubahan itu hanya kesan ubat untuk melawan penyakitnya.
Bayi berusia 15 bulan itu antara 10 individu di Malaysia yang pernah direkodkan menghidap penyakit jarang jumpa ini berpunca daripada sistem imun tidak stabil dan terlebih aktif lalu menyerang badan sebelum merosakkan tisu serta organ.
COMEL TAPI SEBENARNYA SAKIT
Rawatan bagi penyakit ini sama seperti pesakit barah iaitu melalui beberapa sesi kimoterapi.
Haffiszattul berkata, berat anaknya naik mendadak daripada 8.7 kilogram (kg) kepada 12.4 kg kesan rawatan kemoterapi setiap dua kali seminggu.
“Semua orang kata Zulaikha comel (apabila melihatnya), saya sebak. Comel tapi sebenarnya sakit.
“Dia jadi begitu (gempal) disebabkan kesan steroid ketika kemoterapi.
HATI & LIMPA BENGKAK 10SM
Ibu ini turut menceritakan detik awal Zulaikha dikesan mengalami penyakit jarang dijumpai ini. Antara simptom awal ialah demam dan dijangkiti virus. Seterusnya hati & limpa si kecil ini membengkak.
“Pada mulanya Zulaikha demam panas sebelum doktor mengesahkan dia menghidap HLH berpunca daripada jangkitan Virus Epstein-Barr (EBV) dan menyebabkan hati dan limpanya membengkak 10 sentimeter,” katanya.
ADA MASA SEBULAN, PEMINDAHAN SUM SUM TULANG PERLU DISEGERAKAN
Katanya, pemindahan sum sum tulang dicadangkan pada 2 Mei ini berikutan Zulaikha hanya boleh bertahan dalam tempoh sebulan.
“Saya tergamam doktor memberitahu pemindahan sum sum tulang perlu dilakukan segera kerana jangka hayatnya dianggarkan sebulan saja.
“Jika tidak nyawa anak saya dalam bahaya dan mungkin tiada harapan hidup lagi,” katanya. Pensyarah kolej swasta di Kuantan sedang hamil ini berkata, suaminya melalui ujian pengesahan bagi memastikan kesesuaian sebagai penderma anaknya.
“Oleh kerana sukar mendapatkan penderma sum sum tulang dalam masa singkat, doktor mencadangkan suami sebagai penderma memandangkan kandungan saya baru memasuki tujuh bulan. Minggu depan, keputusan ujian keluar, saya harap sum sum tulang suami sepadan untuk bayi kami,” katanya.
44 KIMOTERAPI & PERLUKAN RAWATAN SEPANJANG HAYAT
Kata Haffiszattul, Zulaikha perlu menjalani 44 kitaran kemoterapi, tetapi baru masuk pusingan ketujuh, dia tidak dapat bertahan dan demam.
Menurutnya, buat masa ini, Zulaikha perlu menjalani kemoterapi untuk memastikan badannya stabil hingga tarikh pemindahan sum sum tulang dilakukan.
“Doktor beritahu peluang Zulaikha cuma 50 peratus saja dan jika berjaya dia tetap memerlukan rawatan sepanjang hayat.
CUMA BOLEH PANGGIL UMI
Ibu ini berkata, besar harapan mereka sekeluarga melihat Zulaikha sembuh dan menjalani kehidupan sempurna seperti kanak-kanak lain.
“Pada usia begini Zulaikha sepatutnya aktif tetapi dia perlu dikuarantin.
“Dia cuma boleh memanggil ‘umi’, satu perkembangan yang sepatutnya buat saya gembira, namun saya sedih sebab dia masih bertarung dengan penyakitnya.
“Saya harap dugaan ini sementara, malah saya selalu berdoa, Zulaikha bertahan dan boleh hidup macam kanak-kanak lain,” katanya.
KOS RM150K, MASIH PERLUKAN SUMBANGAN
“Tetapi apa saja terbaik kami cuba ikhtiar dan selebihnya tawakal,” katanya. Kos rawatan termasuk pemindahan sum sum tulang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dianggarkan RM150,000.
“Kos berkenaan termasuk ubat dan rawatan sebelum dan selepas pemindahan. Buat masa ini, kami baru kumpul RM20,000 hasil sumbangan rakan, keluarga dan wang simpanan serta masih perlu RM130,000.
Kepada yang ingin memberikan sumbangan meringankan beban dan menampung kos pemindahan sum sum tulang si kecil ini bolehlah menyalurkannya kepada Maybank Haffiszattul Nur Akmar Binti Samsudin (Semasa) 506016887265.
Anak dah semakin besar, pantang dah lama habis. Tapi tak dapat juga nak turunkan berat badan sebanyak yang diinginkan. Lebih dahsyat lagi, ada sesetengah ibu yang beatnya semakin naik. Ia adalah normal. Usah khuatir kerana situasi sebegini dihadapi oleh kebanyakan ibu selepas bersalin. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anda sukar menurunkan berat badan.
Pelik, biarpun makan selalu tak sempat. Tidur pun tak cukup. Tapi tetap berat tak turun-turun. Cuba perhatikan jika ada antara perkara ini yang anda jadikan tabiat harian:
Makan sarapan membekalkan tenaga. Ia penting untuk anda memulakan hari dan kekal cergas sepanjang masa. Malah, dengan mengambil sarapan pagi jua membantu metabolisme tubuh berfungsi dengan lebih efisyen.
Apabila ada bayi, anda mungkin kesuntukan masa menguruskan suami, anak dan urusan rumah tangga. Anda perlu ingat, tidak perlu ambil sarapan pagi yang mewah. Cukup sekadar semangkuk oat atau dua keping roti mahupun sandwic telur bersama buah-buahan kering.
Bila terlalu banyak urusan yang perlu dilaksanakan, maka anda menjadi sangat sibuk kerana mahu menyelesaikannya dengan sempurna. Malangnya, kadang-kadang anda terlupa untuk makan.
Mungkin juga anda beranggapan dengan tidak makan pada waktu makan yang sepatutnya anda dapat mengurangkan kalori dan seterusnya menurunkan berat badan. Salah tanggapan sebegitu.
Apabila kerap melakukan perkara sebegini, anda sebenarnya akan berasa sangat lapar apabila urusan kerja mula kendur dan akhirnya menjamah makanan dalam jumlah yang lebih banyak daripada yang patut diambil.
Apabila anak tidak habis makan, anda berasa sayang dan tidak mahu membazir lalu memakannya. Tindakan ini menjadikan anda makan dua kali tanpa disedari.
Jadi, sebaik-baiknya kurangkan sikap mahu menghabiskan makanan anak. Jika makanan itu masih elok, mungkin ia boleh disimpan dan dimakan semula pada waktu yang lainnya.
Selepas berhempas pulas menguruskan hal rumah tangga sebaik pulang dari tempat kerja, anda berupaya menarik nafas lega dan mula berasa lapar. Namun, ketika itu sudah hampir tengah malam.
Ketahuilah, amalan makan tengah malam adalah antara penyebab yang mudah menyebabkan anda menambahkan berat badan. Jika berasa lapar ketika ini, cuba ambil makanan berkhasiat seperti salad, buah atau yogurt. Paling tidak pun, anda boleh minum susu.
Sibuk melayan kerenah anak tetapi pada masa yang sama, perut sudah berkeroncong. Oleh kerana tidak mahu diri kelaparan, maka anda pun makan sambil berdiri.
Ada satu kajian menyatakan bahawa amalan makan sambil berdiri tidak baik kerana ia boleh menjadi punca kepada amalan makan berlebihan tanpa disedari.
Apabila ada anak kecil, sudah menjadi sesuatu yang normal bila si ibu mengalami masalah tidak cukup tidur.
Malah ada kajian membuktikan bahawa apabila tidur tergangu, paras kortisol meningkat lalu menyebabkan metabolisme tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik semasa membakar kalori.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menanti selama sembilan bulan, pasangan selebriti popular, Ria Ricis dan Teuku Rushariandi selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada jam 8 pagi waktu tempatan di sebuah hospital swasta di Jakarta.
Suami kepada selebriti popular itu meluahkan rasa syukurnya selepas kelahiran bayi perempuan mereka yang dinantikan sekian lama.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Rushariandi menerusi entri terkini di laman Instagramnya.
Katanya lagi, bayi perempuan comel kesayangannya dan isteri telah dilahirkan dengan selamat dan kini berada dalam keadaan yang sihat.
“Bismillah, alhamdulillah telah lahir anak pertama kami hari Selasa, 26 Julai 2022 pukul 08.26 pagi hari di Rsia Bina medika Bintaro dengan sehat dan cantik.
“Insyaallah sholiha ya sayang. Mirip siapa ya anak kita?
“Istriku terbaik, hebat masyaallah…,” kongsinya yang amat bersyukur dengan kurniaan rezeki itu.
Ria Ricis yang juga adik kepada selebriti popular Indonesia, Oki Setianadewi turut dikhabarkan dalam keadaan yang baik selepas melahirkan bayi sulung mereka.
Ria bagaimanapun dikhabarkan terpaksa menjalani pembedahan segera kerana mengalami komplikasi. Namun kini amat bersyukur kerana semuanya dipermudahkan.
Dalam pada itu, berkongsi rasa gembira, Oki juga memuat naik beberapa keping gambar ketika detik bahagia pasangan ini malah turut menzahirkan ucapan penuh makna buat dua adiknya.
Biarpun tidak dapat bersama kerana masih berada di bumi Mesir, namun kata Oki dia amat bahagia menyambut kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup mereka sekeluarga.
“Persalinan @riaricis1795 dimajukan dan harus segera caesar karena suatu kondisi.
“Sedihnya karena saya dan ibu, masih berada di Mesir sehingga tidak bisa menemani. Di satu sisi kami sekeluarga sedang berbahagia karena kehadiran anggota keluarga baru.
“Selamat untuk adikku sayang @riaricis1795 dan @teukuryantr,” kongsinya.
Terdahulu pasangan selebriti popular Indonesia, Ria Ricis dan Teuku Rushariandi mengumumkan kehamilan cahaya mata sulung mereka dan begitu teruja menantikan detik bahagia itu.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.