Tugasan dan kerja-kerja yang diamanahkan pada kita saban hari bukan menjadi penghalang atau membuatkan waktu untuk bersama anak-anak semakin berkurangan. Hujung minggu misalnya antara waktu paling penting untuk anak-anak kita. Seharusnya cubalah meluangkan sebanyak mungkin masa untuk anak-anak kita. Itu sebaiknya.
“Biarkan kenangan bersama dalam kepala anak, bukan kenangan dengan mainan yang mereka ada”. Begitu kongsi Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di facebooknya. Sungguh mendalam maksudnya namun itulah yang berlaku kepada kita hari ini.
Nasihat dan kata-kata yang dikongsikan beliau ini seharusnya menjadi iktibar dan panduan dalam kita mendidik anak, lebih-lebih lagi dalam mencari ruang untuk anak. Ketepikan segala kerja di rumah dan tumpukan untuk bermain bersama anak-anak yang amat memerlukan perhatian kita.
Wallahua’lam.
Banyakkan mainan untuk anak atau Banyakkan masa bermain dengan anak? Kita yang mana?
Tak nafi hari ni kita semua terlalu sibuk dengan kerja. Kerana dengan kerjalah kita dapat menafkahi keluarga kita. Cumanya kot mana sibuknya kita, Lapangkanlah masa untuk kita bermain dengan depa.
Ads
Tolak ke tepi segala kerja. Matikan sat segala gajet kita. Tumpu mata pada mereka. Bukan berapa lama tapi kualiti masa. Itu jauh lagi penting dari segala. Biar kenangan bersama dalam kepala. Bukan kenangan dengan mainan yang depa ada. Wallahua’lam.
Selamat berhujung minggu semua.
Ads
Don Daniyal Don Mustofa Don Ibrahim Don Sulaiman
Hujung minggu dan cuti sekolah yang masih berbaki ini apa kata kita luangkan sedikit masa dengan beraktiviti bersama anak-anak di rumah. Tak perlukan kos yang tinggi, buatkan pelbagai aktiviti agar kita dapat berinteraksi dan bermain bersama anak-anak.
Jika punya peruntukan yang lebih, bawalah anak-anak balik kampung atau bercuti bagi menghiburkan hati anak-anak kita. Pun begitu perlu hati-hati. Jaga diri dan keluarga dengan mematuhi SOP. Insyaallah semuanya pasti baik-baik sahaja.
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA 26 OGOS 2020 INI
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Allah sebaik-baik perancang. Setelah lebih sebulan mengharapkan isteri yang terlantar di ICU kembali sihat, namun tepat jam 1.36 petang (6 September) lalu akhirnya Allah jemput buat selamanya.
Pergi selepas berjuang 32 hari
Selama 32 hari berjuang demi suami, anak dan ahli keluarga, sudah tertulis takdir Siti Faiqah Sulaiman untuk meninggalkan dua anak yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa. Benar mati itu pasti tapi ini satu tamparan hebat buat suami arwah, Mohd Zulkifli Mohamad Isa.
Pemergian bidadarinya amat perit memandangkan anak sulung baru nak mencecah usia dua tahun dan anak kedua tak sempat kenal lagi ibunya setelah dilahirkan secara pramatang awal bulan Ogos lalu kerana ibu dijangkiti virus Covid.
Organ dalaman tak dapat berfungsi
Menurut Mohd Zulkifli kepada Pa&Ma, arwah isteri kesayangan, Siti Faiqah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Sebelum ini Pa&Ma pernah menyiarkan kisah arwah yang bertarung nyawa selepas terpaksa melahirkan anak lebih awal kerana keadaan tak stabil selepas positif Covid.
Walaupun doktor dah sahkan arwah bebas Covid sebelum meninggal dunia, namun disebabkan kegagalan organ dalaman yang tak dapat berfungsi dengan baik kesan virus Covid, keadaannya jadi tak stabil.
“Pada 30 Ogos, doktor ada beritahu keadaan isteri nazak. Tiada perubahan positif ditunjukkan. Saya cuba kuatkan hati, bertanya pada doktor sama ada pesakit yang dalam kondisi seperti isteri boleh sihat atau sebaliknya.
“Doktor beritahu ramai yang alami kesan selepas Covid tak boleh survive. Tapi saya yakin selagi Allah tak ambil nyawa isteri, keberangkalian untuk sembuh ada. Pada 1 September iaitu hari ulang tahunnya, doktor buat video call dan kami beri kata-kata semangat padanya. Keadaannya nampak sedikit positif tetapi kemudian kritikal semula,” katanya.
“Seminggu selepas hari kelahiran, arwah pergi..”
Tambah Mohd Zulkifli, seminggu selepas hari kelahiran, Isnin (6 September) pada hari terakhir arwah, sekitar jam 11 pagi, doktor ada buat video call untuk maklumkan isteri sedang nazak. Hampir dua jam video call, sempat minta doktor di Hospital Ampang sambungkan panggilan sebab mahu tunjukkan bayi kami yang berada di sana. Dengan harapan dia dapat lihat buat kali terakhir walaupun keadaannya dah tak stabil.
“Saya juga sempat bisikkan kata semangat, “Awak kena kuat, awak kena lawan” dan dia pun minta saya pun kuat dalam keadaan dia yang semakin lemah itu. Sempatlah saya beritahu yang saya maafkan semua salah silapnya dan saya mohon ampunkan salah saya. Masa itu saya ajarnya mengucap dua kalimah syahadah, walaupun tiada kekuatan,” kongsinya dalam keadaan sebak.
Kongsi Mohd Zulkifli lagi, panggilan terputus sebentar kerana doktor ada kes kecemasan. Bagaimanapun dalam 30-40 minit selepas itu doktor hubungi semula memaklumkan isteri dah menghembuskan nafas terkahir tepat jam 1.36 petang.
“Perasaan waktu tu terasa kosong tambah lagi kami hanya sempat hidup bersama dalam tiga tahun saja. Masih baru lagi namun saya reda ketentuan ilahi. Walaupun rasa macam tak percaya, hidup perlu diteruskan demi menjaga dua amanah yang arwah tinggalkan pada saya.
“Syukur alhamdulillah juga, saya berpeluang memandikan dan menurunkan arwah ke liang lahad. Arwah pergi ni pun dia dah bebas Covid cuma kesan sampingan tu yang menyebabkan dia pergi. Kiranya pelukan terakhir saya adalah semasa menurunkannya ke liang lahad.
Bayi dibenarkan pulang, ambil semangat ibunya
Betullah Allah Itu Maha Adil. Selepas 3 hari arwah pergi, doktor beri berita gembira buat saya, bayi yang dilahirkan arwah dah boleh keluar NICU dan dibenarkan pulang ke rumah.
“Bayi kami menunjukkan perkembangan positif walaupun lahir tak cukup bulan dan paru-paru pun masih belum matang sewaktu awal kelahiran.
Daripada apa yang doktor beritahu, sepanjang berada dalam NICU anak saya dapat capai hingga 2 kilogram dan dari sehari ke sehari semakin sihat. Sebab itulah doktor membenarkannya keluar.
“Kini kedua-dua anak dalam jagaan ibu mertua dan adik ipar sementara saya keluar bekerja dan uruskan beberapa urusan lain lagi. Insya-Allah kami akan jaga sama-sama,” ujarnya.
Mohd Zulkifi juga turut mengucapkan terima kasih atas semangat yang diberikan oleh rakan-rakan Facebooknya tiap kali dia berkongsi mengenai keadaan arwah.
Sehingga sekarang tak putus doa yang dikirimkan buat arwah. Terima kasih banyak-banyak, moga arwah isteri ditempatkan dikalangan orang beriman dan di syurga Allah. Amin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbanding mencuci baju, aktiviti lipat baju seakan menjadi aktiviti paling seram buat mak-mak. Sudahnya baju terbiar tanpa dilipat.
Namun anak kecil ini, yang dikenali dengan nama Humaira menerusi akaun Tik Tok ibunya, @rearadzi dipuji wargamaya.
Bukan hanya kerana begitu rajin membantu ibunya melipat pakaian bahkan gayanya yang cukup santai disertakan dengan nyanyian buat mak-mak rasa kagum.
Menurut perkongsian ibunya, anak kecilnya itu baru sahaja berusia tiga tahun pada 10 Disember lalu.
“10 Dec 2022 ni awak masuk 3 tahun Humaira.
“Ummi rasa masa mengandung dulu takde plak ummi asyik menyanyi je . Aaaghisauu.
“Ummi paling stress kalau nak lipat kain dik tapi awak siap menyanyi nyanyi,” tulisnya ibunya di kapsyen,” tulisnya ibunya di kapsyen.
Menerusi video yang dikongsikan ibunya itu jelas Humaira begitu relaks dan enjoy melakukan aktviti itu tanpa sekali pun berhenti untuk bertanyakan ibunya.
Dengan menggunakan alat khas melipat baju, Humaira nyata cukup cekap dan bersahaja. Patutlah dipuji ramai pihak.
Ibu mana yang tidak bimbangkan anak-anaknya bila mana kembali ke sekolah di musim Covid-19 ini. Namun bertawakal pada Allah disamping mengamalkan SOP adalah langkah terbaik. Bagi Tya Ariffin, dia turut merasa bimbang namun begitu teruja untuk melihat kedua anaknya untuk kembali ke sekolah.
Isteri kepada Asyraf Khalid itu yang kini berada di Dubai bagi lawatan kerjanya sempat berkongsi kisah dua anaknya, Arif dan Ara sehari sebelum berlepas ke Dubai.
“Hari pertama sekolah Arif Ara.
“Semalam Tya nervous plus excited kerana dah lama mereka tak sekolah, lagi-lagi pasca covid kan.
“So inilah masa sesuai, Arif pun dah 4 tahun, Ara pun dah 2 tahun lebih, sudah masanya juga mereka berinteraksi dengan kawan kawan satu umur dengan mereka.
Ada activity sama sama dengan kawan mereka,” tulis Tya berkongsi.
Malah menurut kata Tya, pada awalnya, anak keduanya, Azzahra Jiwa Asyraf seakan tidak mahu ke sekolah kerana mengantuk. Namun si kecil Ara kembali ceria dan teruja untuk ke sekolah.
“Pada mulanya, Ara sebab dia mengantuk so dia awal-awal nak tidur, tapi 5 minit je dah okay hehe.
“Arif pula dia lebih ready kan, so dia okaay je. Jadi next day, mereka dah boleh sekolah dengan mandiri ya.
“Kita tengok macam mana hari ni sampai balik, sekolah dengan jayanya ke tak?,” kongsinya lagi.
Ternyata kedua-duanya baik Arif mahupun Ara cukup seronok dan ceria ke sekolah. Malah aksi yang dirakamkan Tya menerusi Insta Storynya selepas keduanya pulang dari sekolah cukup melegakan Tya dan Asyraf. Dapatlah ibu dan ayah berasa tenang sepanjang lawatan kerja di Dubai.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.