Siasatan Bahagian Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mendapati kebakaran mengorbankan empat sekeluarga, di Taman Hungab, Penampang, Selasa lalu, berpunca akibat bebanan elektrik di tingkat bawah rumah.

Menurut sumber Harian Metro, Siasatan turut mendapati bebanan api berlebihan menyebabkan kebakaran merebak dengan lebih cepat dan jangkaan api bermula pada 2.32 pagi. Menjelaskan perkara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Md Ali Ismail berkata, mangsa juga dipercayai tidak berjaya menyelamatkan diri kerana bahagian bawah rumah dipenuhi api.

Selain itu katanya, semua tingkap rumah serta pintu keluar juga dilengkapi jeriji dan berkunci menyebabkan mangsa terperangkap.

“Berdasarkan rekod, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang tiba di tempat kejadian pada 3.04 pagi.

“Kelewatan ini diakibatkan oleh nota panggilan yang dicetak tertera alamat tidak tepat. Ia diberikan salah seorang pemanggil pada awal pagi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Md Ali berkata, kesilapan alamat itu menyebabkan pasukan bomba tersasar dan terpaksa mendapatkan maklumat sebenar untuk ke lokasi kebakaran sebenar.

Katanya, ketika ketibaan, pasukan bomba mendapati api sudah merebak di bahagian bawah dan atas rumah.

Sehubungan itu, Md Ali mewakili JBPM menzahirkan kesedihan dan mengucapkan takziah ke atas keluarga mendiang empat sekeluarga iaitu Matthew Wong, 50, Jecky Vun Kon Fung, 47, serta dua anak mereka iaitu Brendan Wong, 18, dan Eric Wong, 15 tahun.

Setiap orang perlu mempelajari tip untuk mengelak kebakaran. Bukan hanya sebagai persediaan awal, ia juga membantu mengatasi rasa cemas dan panik. 

TIPS Cara Mencegah Kebakaran. 

IKLAN

1. Keselamatan Di dapur

Semasa memasak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan dapur bersih dan tidak berminyak. Jangan memasak dalam keadaan yang letih atau mengantuk

i. Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.

ii. Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar.

iii. Elakkan memasak jika mengantuk, pening aatau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk

2. Kebersihan dapur

i. Elakkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resipi dan bahan-bahan mudah terbakar berhampiranatau di atas ruangan aktiviti memasak.

IKLAN

ii. Pastikan rak dapur sentiasa bersih.Kotoran daripada bahan masakan yang berminyak boleh disambar api.

iii. Elakkan sebarang bahanmudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak.

3. Perkakas Merokok

Pastikan bekas abu rokkok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas tersebut sebelum digunakan kemudian jangan merokok ketika hendak tidur. Adalah lebih baik jika TIDAK MEROKOK.

4. Mancis dan Pemetik Api

Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan ditempat yang selamat supaya dapat dielak daripada kanak-kanak

Pasang Alat Pengesan Asap bagi Melindungi Rumah

IKLAN

Banyak kematian dan kecederaan yang berlaku dari kes kabakaran kerana mereka tidak sedar api dan asap telah merebak.Langkah awal adalah sangat penting untuk mengelak dari api menjadi semakin marak.

Karbon monoksida yang merupakan gas yang dihasilkan dalam api akan membuatkan anda tidak sedar jika tidak ada amaran awal.

Oleh itu, alat pengesan asap adalah perkara yang paling berkesan dalam memberikan amaran awal serta dapat melindungi rumah anda dari kebakaran jika berlaku kebakaran terutama ketika orang sedang tidur

Pemadam Api

Kebakaran dapat dielakkan sekiranya api dipadamkan ketika api lebih kecil . Sediakan pemadam api di rumah sekurangnya 1 unit . Ini adalah salah satu langkah mencegah kebakaran . Pastikan penghuni di rumah ketahui kedudukan pemadam api dan cara mengunakannya .

_

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/