Sekolah yang disahkan mempunyai satu kes Covid-19 akan ditutup sekurang-kurangnya dua hari. Memetik laporan Sin Chew Daily, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, pelajar yang terjejas ekoran penutupan tersebut akan beralih ke pembelajaran dalam talian sehingga kelas fizikal disambung semula.
“Keputusan yang berkuatkuasa bermula Rabu itu akan memberi kuasa kepada pihak sekolah untuk mengeluarkan notis memaklumkan ibu bapa mengenai penutupan sekolah apabila terdapat kes positif Covid-19,” katanya pada Rabu.
Elak berlaku penularan kluster sekolah
Dr Hang Soon berkata, keputusan penutupan selama dua hari itu juga bertujuan mengelakkan berlakunya penularan kluster Covid-19 di sekolah.
“Ini akan membolehkan sekolah menjalani sanitasi secara menyeluruh sementara ibu bapa, pelajar dan guru dapat meluangkan masa untuk menenangkan diri dan mengelakkan kebimbangan atau ketakutan yang tidak wajar,” ujarnya.
Dr Hang Soon menyatakan bahawa keputusan itu dibuat semasa mesyuarat menteri peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin pada Rabu.
Ads
Katanya, sejak pembelajaran fizikal di sekolah dilanjutkan awal bulan ini, kementeriannya melakukan pemantauan yang teliti terhadap situasi pandemik yang berlaku di sekolah.
Menurutnya, pejabatnya juga telah melakukan perbincangan bersama dengan Persatuan Guru Sekolah Cina Bersatu (Jiao Zong), Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong), Majlis Bahasa Cina Malaysia, Kesatuan Ketua Sekolah Kebangsaan dan beberapa kumpulan ibu bapa bagi mendapatkan maklum balas dan cadangan.
Penutupan 2 hari sekolah untuk penilaian risiko
Ads
Mengulas lanjut, Dr Hang Soon memaklumkan bahawa selama penutupan dua hari itu, pegawai kesihatan daerah akan melakukan tinjauan risiko di sekolah yang terjejas bagi menentukan sama ada penutupan itu harus diperpanjang atau ditamatkan setelah dua hari.
“Pejabat kesihatan daerah juga akan menguruskan guru dan pelajar yang memerlukan ujian Covid-19 untuk melakukannya,” ujarnya.
Ads
Tambahnya, keputusan tersebut akan turut dinilai semula oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Sebarang kemas kini penutupan sekolah akan dimuktamadkan oleh MKN dan diumumkan kemudian,” jelas beliau.
**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pihak polis meningkatkan kawalan keselamatan dan rondaan di sebuah sekolah di Guchil, Kuala Krai Kelantan susulan kejadian yang membabitkan seorang murid perempuan Tahun Empat yang didatangi lelaki tidak dikenali di luar pagar sekolah.
Insiden itu menjadi tular selepas sebuah video dimuat naik di media sosial semalam, memaparkan murid berkenaan berkongsi detik mencemaskan apabila seorang lelaki berpakaian serba hitam dan memakai pelitup muka menghampirinya ketika dia sedang menunggu ibunya.
Lelaki tersebut dikatakan mendakwa dia dihantar oleh bapa kanak-kanak itu untuk menjemputnya pulang. Namun, apabila ditanya nama bapa murid tersebut, lelaki terbabit gagal memberikan jawapan, menyebabkan murid itu bertindak pantas melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius isu keselamatan membabitkan murid sekolah, khususnya yang terdedah kepada potensi ancaman jenayah.
“Susulan kejadian ini, Ketua Polis Balai yang berkaitan sudah diarahkan untuk meningkatkan rondaan di kawasan sekolah, terutamanya ketika waktu tamat sesi persekolahan.
“Pihak pengetua juga dinasihatkan supaya membenarkan murid menunggu di dalam kawasan sekolah sehingga ibu bapa atau penjaga tiba untuk menjemput mereka.
Beliau turut menasihati pihak sekolah agar hanya membenarkan murid menunggu di dalam kawasan sekolah sehingga ibu bapa atau penjaga tiba untuk menjemput mereka. Dalam masa sama, pengawal keselamatan turut diminta memperketat pemantauan serta memastikan murid hanya keluar bersama penjaga yang sah.
Sebagai langkah pencegahan tambahan, polis turut menyeru orang ramai agar segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan atau maklumat berkaitan kejadian kepada pihak berkuasa.
“Kerjasama masyarakat amat dihargai demi memastikan keselamatan semua pihak, khususnya di daerah Kuala Krai,” ujar Mazlan.
Beliau juga menyarankan ibu bapa dan murid supaya mematuhi beberapa panduan keselamatan seperti:
Menunggu di dalam kawasan sekolah sehingga dijemput penjaga.
Tidak berjalan seorang diri, terutamanya selepas tamat sesi sekolah.
Jika didekati individu tidak dikenali, segera menjerit dan lari ke tempat selamat atau ke pondok pengawal keselamatan.
Jika penjaga masih belum tiba, murid diminta menunggu di kawasan pos kawalan keselamatan.
Sebagai tambahan, masyarakat digalakkan untuk memuat turun aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) PDRM 2.0 sebagai salah satu saluran pantas untuk melaporkan sebarang insiden kepada pihak polis.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura menemui noktahnya apabila pasangan selebriti itu sah bercerai talak satu pada pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.
Fattah melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh tepat jam 9.45 pagi ini.
Selain kesedihan yang ditanggung Fazura, Fattah juga turut dilihat sugul dengan penceraian itu lebih-lebih lagi bila mengenangkan anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya yang masih kecil.
Tambah Fattah lagi, perkara yang paling dikesalkan olehnya pastinya keadaan anak kesayangannya itu yang terpaksa menerima semua ini.
“Perkara yang paling saya kesalkan pastinya Fatima. Dia tak sepatutnya menerima keadaan seperti ini dalam usia empat tahun, masih tak tahu apa-apa. Saya kesal dan kasihan pada Fatima.
“Kalau cakap pasal anak saya memang sedih, bila dia jumpa saya memang nampak dia happy,” luah Fattah sebak ketika ditemubual pihak media.
Akui Fattah lagi, dia terpaksa berlaku tidak jujur dengan Fatima setiap kali anak kecilnya itu bertanyakan dia.
“Bila saya balik rumah, dia nak mummy dan daddy dia.
“Saya terpaksa tipu dia saya kena kerja, dia menangis tak nak lepaskan saya dan kadang sampai dia tertidur,” kata Fattah sebak.
Terdahulu Fazura membuat pengakuan bekas suaminya itu gagal melunaskan nafkah malah sudah tiada kesefahaman diantara mereka berdua.
Bahkan kata Fazura, Fattah bagaikan tiada usaha untuk memujuk hatinya yang remuk ketika berdepan ujian.
Sepanjang bulan Syawal ini pastinya mak-mak semakin sibuk kerana menguruskan menyediakan makanan untuk jamuan raya sekolah anak. Makanan apa nak bawa?
Sebelum memilih menu untuk dibawa anak-anak ke sekolah pastikan menu tersebut yang disukai oleh anak-anak dan bukannya menu ‘syok sendiri’.
Semuanya kerana tidak mahu adanya episod anak-anak bersedih kerana makanan mereka tidak disentuh rakan-rakan sekelas. Jom intai menu apa yang selalunya tidak jadi pilihan anak-anak kita.
Menu-menu sebegini bukan sahaja tidak sesuai untuk anak bahkan kurang mendapat perhatian rakan sekelas. Kepada mak-mak yang siapkan menu jamuan raya anak, tolong jangan bagi anak bawa:
1. Bihun/mi Goreng
Tumpah atas meja, makan bersepah dan terabur sampai cikgu yang stress kemas!
2. Kuih lembik/benyek
Contoh: kuih kaswi, seri muka, kuih lapis.
Budak akan rasa pelik bila makan kerana kuih seperti ini biasa diminati oleh golongan berumur.
3. Kek marjerin
Lebih elok sekiranya bawa kek span coklat atau brownies.
4. Biskut raya klasik
Contoh: Putu kacang, batang buruk, loyang
Biskut jenis ini pastinya menjadi hiasan di atas meja sahaja kerana tidak digemari.
5. Kari atau lauk berkuah pekat
Tak praktikal terutamanya kalau makan berdiri/atas lantai.
6. Buah potong yang cepat lebam
Contoh: pisang, epal dan buah pear.
7. Makanan pedas melampau
Contoh: Sambal pedas dan mi goreng cili api.
Cadangan alternatif yang pasti budak suka:
* Nugget, sosej, atau popia mini (senang pegang, tak tumpah)
* Kek cawan (cupcake comel – satu sorang, tak berebut)
* Agar-agar berwarna-warni dalam cawan kecil
* Sandwich comel potong kecil
* Mini pizza
* Buah dalam cup kecil
* Air kotak
Diharapkan perkongsian idea menu jamuan raya ini dapat memudahkan ibu bapa di luar sana.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.