Ads

20 Lokasi Sekolah Dalam Hospital Di Malaysia, Lebih 400,000 Murid Dalam Rawatan Telah Dapat Manfaat Pendidikan

Kadang-kadang, ujian paling berat buat seorang ibu ayah bukanlah bila anak degil atau susah dengar kata… tetapi saat melihat anak terbaring lemah di katil hospital, ditemani bunyi mesin dan rutin rawatan yang tak pernah berhenti.

Waktu itu, hati mak ayah mudah jadi sayu. Tangan kecil yang sepatutnya memegang pensel di dalam kelas, kini menggenggam cadar katil. Wajah yang dulu ceria berlari ke sekolah, kini menahan sakit sambil tersenyum lemah demi menenangkan hati ibu ayah.

Dalam keadaan sebegitu, ramai ibu ayah memendam rasa risau pelajaran anak macam mana nanti?

Kerana itulah usaha memastikan anak-anak yang sedang dirawat di hospital terus mendapat akses pendidikan adalah satu inisiatif yang sangat besar maknanya. Ia bukan sekadar soal pembelajaran, tetapi tentang memelihara harapan dan semangat anak-anak yang sedang berjuang melawan kesakitan melalui Sekolah Dalam Hospital Malaysia.

Program Sekolah Dalam Hospital Malaysia Terus Diperkasa

20 Lokasi Sekolah Dalam Hospital Di Malaysia, Lebih 400,000 Murid Dalam Rawatan Telah Dapat Manfaat Pendidikan

Program Sekolah Dalam Hospital Malaysia (SDH) terus diperkasa bagi memastikan murid yang sedang mendapatkan rawatan perubatan tidak tercicir daripada pembelajaran.

Inisiatif ini merupakan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), yang menekankan bahawa setiap insan berhak menerima pendidikan berkualiti tanpa mengira keadaan kesihatan.

Ads

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa program ini bukan sahaja memberi sokongan akademik kepada murid yang sedang dirawat, malah membuka ruang untuk mereka terus berkembang dalam suasana pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan kesihatan masing-masing.

“Terkini, program SDH diperluas ke Hospital Seberang Jaya, sekali gus menjadi yang pertama dilaksanakan di Pulau Pinang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Peluasan Sekolah Dalam Hospital Malaysia ini merupakan sebahagian usaha berterusan KPM dalam memperkasa akses pendidikan sejajar dengan perancangan di bawah Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 yang memberi penekanan terhadap pendidikan inklusif.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, lebih 400,000 murid telah mendapat manfaat daripada Sekolah Dalam Hospital Malaysia. Ketika ini, program berkenaan beroperasi di 20 lokasi dengan fokus memberi sokongan akademik berterusan kepada murid yang menerima rawatan hospital.

Ads

Senarai 20 Lokasi Sekolah Dalam Hospital Malaysia

20 Lokasi Sekolah Dalam Hospital Di Malaysia, Lebih 400,000 Murid Dalam Rawatan Telah Dapat Manfaat Pendidikan

  • SDH Hospital Kuala Lumpur – 18 Julai 2011
  • SDH Hospital Ampang – 18 Julai 2011
  • SDH Hospital Serdang – 18 Julai 2011
  • SDH Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia – 18 September 2012
  • SDH Hospital Universiti Sains Malaysia – 18 September 2012
  • SDH Hospital Sultan Haji Ahmad Shah – 18 September 2012
  • SDH Hospital Sultanah Aminah – 18 September 2012
  • SDH Hospital Pakar Sultanah Fatimah – 24 April 2013
  • SDH Pusat Perubatan Universiti Malaya – 21 November 2013
  • SDH Hospital Selayang – 23 November 2013
  • SDH Tuanku Jaafar Seremban – 1 Jun 2014
  • SDH Hospital Umum Sarawak – 18 Ogos 2014
  • SDH Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas – 18 Ogos 2014
  • SDH Hospital Tawau – 1 Julai 2015
  • SDH Hospital Sultanah Nur Zahirah – 17 September 2015
  • SDH Hospital Sultanah Bahiyah – 19 Mac 2023
  • SDH Tuanku Fauziah – 21 Ogos 2023
  • SDH Hospital Seberang Jaya – 5 Ogos 2024
  • SDH Hospital Rehabilitasi Cheras – 2 September 2024
  • (Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

Senarai ini jelas menunjukkan komitmen pihak kementerian dalam memastikan akses pendidikan merangkumi semua golongan murid termasuk mereka yang berdepan cabaran kesihatan melalui Sekolah Dalam Hospital Malaysia.

Pendidikan Untuk Semua, Tiada Murid Tercicir

20 Lokasi Sekolah Dalam Hospital Di Malaysia, Lebih 400,000 Murid Dalam Rawatan Telah Dapat Manfaat Pendidikan

Ads

Program Sekolah Dalam Hospital Malaysia memberi impak besar bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga emosi dan motivasi murid. Peluang untuk terus belajar membantu mereka kekal bersemangat walaupun sedang menjalani rawatan yang panjang dan meletihkan.

Inisiatif ini membuktikan bahawa pendidikan bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah biasa. Dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi, sistem pendidikan negara mampu menjadi lebih inklusif serta menyeluruh.

Peluasan SDH ke Pulau Pinang juga menjadi simbol bahawa akses pendidikan berkualiti adalah hak setiap anak. Walau berada di hospital, murid tetap berpeluang mengikuti kurikulum persekolahan agar pembelajaran mereka tidak terhenti.

Buat ibu ayah, usaha ini pastinya memberi sedikit kelegaan dalam kerisauan yang ditanggung. Di saat anak sedang berjuang melawan kesakitan, mereka masih mampu memegang buku, menyambung pelajaran dan terus mengejar cita-cita.

Kerana bagi seorang anak, belajar itu adalah harapan. Dan melalui Sekolah Dalam Hospital Malaysia, harapan itu terus hidup walaupun dalam ujian yang paling berat.

Sumber: Facebook Fadhlina Sidek Hospital Sultanah Bahiyah  KPM, 2 3BERNAMAJKNKL

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Alif Satar Timang Cahaya Mata Keempat, “Selamat datang Aleyya Fajr”

Aleyya Fajr menjadi perhatian apabila Alif Satar mengumumkan kelahiran anak keempatnya. Ketahui kisah penuh, makna nama dan momen menyentuh hati ini.