Anak-anak sememangnya pembawa rezeki. Itulah yang dikongsikan oleh Anzalna Nasir yang berkongsi kisah rezeki dan keberkatan dalam mendidik anak-anak.
Menerusi Instagramnya kata Anzalna, sebolehnya dia akan cuba penuhi permintaan anak-anaknya seboleh daya selagi dirinya termampu.
Bukan mahu memanjakan namun itulah rezeki buat anak-anak yang selama ini pembawa rezeki dalam keluarga.
“Anak-anak kami akan dapat apa sahaja yang diminta selagi ada rezeki.
Ads
“Bukan kerana terlalu manjakan anak (memang manja betul) kerana mereka, Alhamdulillah rezeki tak pernah putus.
“Dah 6 tahun tak berlakon tapi ada sahaja rezeki lain. Anak-anak memang pembawa rezeki,” ujar Anzalna berkongsi kisahnya.
Ads
Anzalna berkongsi pendapat itu ketika menyambut hari lahir anak pertamanya, Eidrees. Malah turut memuat naik sekeping gambar keluarga ketika majlis itu.
Dalam pada itu, rata-rata peminat dan pengikut setia Anzalna turut memuji malah mengiyakan pendapat ibu beranak dua itu. Tidak kurang juga yang turut membingkiskan ucapan hari lahir buat Eidrees.
Menggoreng ikan nampak mudah, tapi kalau tak kena cara tak jadi juga. Apa yang terjadi adalah ketika menggoreng ikan melekat pada kuali, ikan menjadi keras apabila sejuk dan lain-lain.
Jika kita menggunakan teknik gorengan yang betul kita akan mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam).
Mari kita ikut penerangan ahli kimia Fatimah Salim ini. Menariknya ada sains yang perlu kita fahami di sebalik menggoreng ikan. Baru boleh dapat hasil gorengan ikan yang juicy.
SAINS DI SEBALIK IKAN GORENG
Semalam ramai yang ‘up’ lauk ikan goreng. Mesti ramai otai-otai memasak yang pakar dalam mengoreng ikan berkat pengalaman.
Semua di sini mesti tahu yang rasa ikan goreng dipengaruhi oleh jenis ikan, kesegarannya dan juga kawalan suhu memasak dan cara memasak.
Masalah yang sering timbul ialah untuk mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam). Mari kita selamai sains disebalik menggoreng ikan ini.
KENAPA IKAN MELEKAT PADA KUALI APABILA DIGORENG?
Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak. Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali akan menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat. Keadaan ini akan menyukarkan untuk menterbalikkan ikan dan sebahagian dari isinya akan melekat pada kuali.
BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN IKAN MELEKAT PADA KUALI?
Untuk mengelakkan perlekatan antara kuali dengan permukaan ikan, panaskan minyak secukupnya (agak-agak sehingga SEDIKIT berasap) kemudian masukkan ikan (perlanggaran antara molekul minyak yang tidak larut air akan menghasilkan bunyi gorengan yang kuat). Minyak yang cukup panas ini akan menyebabkan air pada permukaan ikan meruap dengan cepat dan menjadikannya kering dan rangup. Maka, permukaan ikan yang bersentuhan dengan kuali tidak akan melekat.
BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN ISI IKAN YANG JUICY?
Permukaan ikan yang rangup tadi akan menjadi selaput penghalang untuk air di dalam ikan daripada meruap seterusnya mengekalkan kelembapan (juiciness) dalam isi ikan.
Ikan haruslah dimasak SEKEJAP sahaja kerana struktur ikatan kimia protein isi ikan adalah longgar jika dibandingkan dengan daging ayam dan lembu. Maka ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.
Memasak ikan terlalu lama akan menyebabkan lembapan dalam isi ikan meruap, seterusnya menjadikan isinya keras.
Masuk tahun kedua pemergian pelawak terkenal, Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau Abam. Satu-satunya anak arwah bersama bersama isteri tercinta Siti Nurhidayah Mohd Ali iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey kini sudah berusia 3 tahun.
Menerusi perkongsian balu arwah abam, Hidayah berkongsi momen membawa Hamzah ke pusara bapanya yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur.
“Abang hari ni sayangg bawak anak Kita datang jumpa abgg.”
Namun kata-kata dari Hidayah membuatkan ramai sebak kerana baginya, rindu yang paling menyakitkan adalah rindu pada orang yang telah tiada.
“Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada’.. Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar. Kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga”
Perkongsian tersebut pastinya membuatkan warganet berasa hiba melihat anak kepada Allahyarham Abam yang kini mulai membesar tanpa kehadirannya di sisi.
Dapat dilihat juga Hidayah mencium batu nisan yang tertera nama arwah suami bagi melepaskan rindu setelah pemergiannya kira-kira dua tahun lalu.
Rata-rata wargamaya terasa sebak melihat video perkongsian Hidaya di Tanah Perkuburan tersebut.
Gummy Tembikai Homemade kini menjadi pilihan ramai ibu bapa yang mencari snek lebih sihat untuk anak-anak. Bagi mereka yang mahu mengurangkan pengambilan gula-gula komersial, resipi mudah ini boleh dijadikan alternatif yang lebih semula jadi dan menyeronokkan untuk disediakan bersama keluarga.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang ibu berkongsi pengalaman menghasilkan gummy tembikai sendiri di rumah. Menariknya, dia mengakui terpaksa mencuba sebanyak tiga kali sebelum berjaya mendapatkan tekstur yang benar-benar menjadi seperti diinginkan.
Hasil akhirnya bukan sahaja kelihatan menyelerakan, malah menggunakan bahan-bahan ringkas tanpa tambahan bahan pengawet. Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai netizen yang berminat mencuba resipi sama di rumah.
Menurut ibu berkenaan, faktor paling penting adalah proses membiarkan gelatin menyerap jus terlebih dahulu sebelum dipanaskan. Teknik ini dikenali sebagai proses “bloom” dan membantu menghasilkan tekstur yang lebih kenyal serta sekata.
“Finally! Percubaan ketiga baru menjadi. Hasil eksperimen, kena biarkan gelatin bloom dalam jus dulu. Lepas tu baru panaskan atas api kecil dan jangan sampai mendidih,” kongsinya.
Kesilapan kecil seperti memanaskan campuran terlalu lama atau sehingga mendidih boleh menyebabkan tekstur akhir menjadi kurang memuaskan. Oleh sebab itu, kawalan suhu memainkan peranan penting sepanjang proses penyediaan.
Salah satu sebab ramai ibu bapa tertarik dengan Gummy Tembikai Homemade adalah kerana mereka dapat mengawal sendiri bahan yang digunakan. Ini termasuk jumlah pemanis, jenis gelatin serta kualiti jus buah yang dipilih.
Selain itu, penyediaan snek di rumah memberi keyakinan kepada ibu bapa mengenai kandungan makanan yang diambil oleh anak-anak. Berbanding sesetengah produk komersial yang mungkin mengandungi pewarna atau bahan tambahan tertentu, versi buatan sendiri lebih mudah disesuaikan mengikut keperluan keluarga.
Aktiviti menyediakan snek bersama anak-anak juga boleh menjadi masa berkualiti yang menyeronokkan. Kanak-kanak biasanya lebih teruja untuk menikmati makanan yang mereka bantu hasilkan sendiri.
Selain memberikan tekstur kenyal kepada Gummy Tembikai Homemade, gelatin sering dikaitkan dengan beberapa manfaat kesihatan apabila diambil secara sederhana sebagai sebahagian daripada diet seimbang.
Walau bagaimanapun, manfaat ini bergantung kepada corak pemakanan keseluruhan serta gaya hidup yang diamalkan setiap individu.
Oleh kerana resipi ini tidak menggunakan bahan pengawet tambahan, penyimpanan yang betul amat penting bagi memastikan kualiti dan kesegarannya terpelihara.
Gummy Tembikai Homemade sebaiknya disimpan di dalam bekas bertutup dan diletakkan di dalam peti sejuk. Langkah ini membantu mengekalkan tekstur serta rasa untuk tempoh yang lebih lama.
Menurut ibu yang berkongsi resipi tersebut, isu penyimpanan sebenarnya jarang menjadi masalah kerana snek ini cepat habis dimakan oleh ahli keluarga.
“Tak ada pengawet, jadi simpan dalam fridge lebih baik. Tapi biasanya sekejap je habis nanti,” katanya berseloroh.
Bagi ibu bapa yang sedang mencari idea snek yang mudah, menjimatkan dan menarik perhatian anak-anak, Gummy Tembikai Homemade boleh menjadi pilihan yang berbaloi untuk dicuba. Resipi ini menggunakan bahan yang mudah diperoleh dan tidak memerlukan teknik yang rumit.
Dengan sedikit kesabaran serta pemahaman tentang proses bloom gelatin, sesiapa sahaja berpeluang menghasilkan Gummy Tembikai Homemade yang kenyal, sedap dan menyelerakan. Tidak hairanlah ramai yang mula menyimpan resipi ini sebagai salah satu pilihan snek keluarga yang lebih sihat dan menyeronokkan.
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.