Semalam, 19 Ogos kita baru sahaja dikejutkan dengan berita yang mendukacitakan apabila abang sulung kepada pengacara popular, Uyaina Arshad iaitu Mohd Attaful Uzair bin Arshad telah menghembuskan nafas terakhir.
Berita tersebut disampaikan sendiri oleh Uyaina melalui perkongsian di laman Instagramnya semalam.
Beberapa jam yang lalu, bonda Uyaina, Puan Siti Noor Farah Al-Wafa meluahkan rasa reda di atas pemergian anak sulungnya dan berjanji akan terus menyayangi menantu dan juga dua cucu perempuan sepenuh hati.
“Pedih, perit, luluh, remuk hati Ummi atas pemergian Uzair.. Namun Ummi tetap bersyukur untuk 35tahun ini Uzair sudah menjadi anak Ummi yang sangat baik.
Anak yang sedari kecil sudah menggalas tugas sebagai ketua keluarga dengan baik, anak yang sentiasa menjaga nama baik keluarga, yang menjadi penyejuk hati Ummi, kebanggaan Ummi, anak yang sentiasa sangat menjaga solat dari zaman kanak-kanak lagi, yang selalu ajak solat berjemaah, yang sentiasa rajin ke masjid/surau, yang tidak meninggalkan Al-Quran dan solat-solat sunat, yang sentiasa sangat beraklak mulia, yang sentiasa pemurah, yang sentiasa baik dengan insan insan lain, yang sentiasa menunjukkan contoh tauladan dan nasihat yang baik-baik pada adik-adik dan Ummi.”
“Selagi Ummi hidup akan Ummi terus kasihi dan sayangi Tini, Haura dan Hanessa sepenuh hati Ummi.”
Ads
“Pergilah Uzair kembali pada Ilahi.. Ummi redha seredhanya.. Ummi ampunkan segalanya.. Ummi halalkan semuanya.. Semoga Syurga terindah tempatmu duhai permata hati sulungku, Mohd Attaful Uzair bin Arshad..”
Arwah meninggalkan seorang balu dan dua cahaya mata perempuan yang masih kecil iaitu Afreen Haura dan baby Azra Hanessa.
Ads
Rata-rata sebak membaca luahan Ummi Uyaina ini kerana setia menyayangi menantu dan cucu-cucu.
Harapan bapa melihat Ainul Mardhiah membesar dengan baik tanpa sebarang alat bantu pada tubuh. Besar impian bapa ini agar Ainul boleh membantunya meneruskan perniagaan yang diusahakan sekembalinya mereka sekeluarga ke Malaysia.
Sebelum ke London, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak telah menjalankan perniagaan termasuk perniagaan cenderahati majlis yang masih dalam peringkat perancangan. Antara produk yang dihasilkan ialah bertih jagung atau popcorn.
Dalam posting Facebook, bapa ini berkongsi tentang cita-citanya untuk melihat anak perempuannya turut serta bersama dalam bidang yang diceburi.
Mungkin ada yang tidak tahu, saya buat bisnes dan sekarang bisnes masih berjalan Alhamdulillah.
Sebelum viral pasal Ainul, saya dan isteri merancang untuk buat bisnes baru iaitu bisnes popcorn dan doorgift.
Jadi, ini je sempat buat sebelum ke London untuk buat rawatan Ainul.
Baru sampai part R&D and kira costing.
InshaAllah, bila dah balik Malaysia nanti and kehidupan back to normal, kami akan teruskan semula usaha usaha yang telah berjalan sebelum ni.
Ainul akan kami bawa ke kedai, ikut walid pergi ambil barang/hantar barang, ya sama lah macam dulu-dulu sebelum orang mengenali kami ?
Dahulu tujuan buat bisnes ni untuk Ainul. Nak tambah pendapatan sebab penjagaan Ainul tinggi perbelanjaannya.
Tapi Alhamdulillah, Allah telah mencukupkan rezeki kami dengan menggerakkan hati rakyat Malaysia dalam memudahkan proses rawatannya (pembedahan).
Kehidupan Ainul masih jauh lagi. Masih banyak perkara perlu ditempuhi. Walau bagaimana pun, cukup lah dengan rezeki pada hari ini dan Ainul pun bertambah sihat ( izinNya ).
Doakan bila Ainul besar nanti, dia boleh tolong mama walid dia buat popcorn ye ? atau nanti dia tukang promote dekat orang!
Tak sabar rasanya nak tunggu Ainul besar sikit and hidup seperti kanak-kanak lain tanpa sebarang alat bantuan pada tubuh badannya.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan zuriat sendiri. Cuma cepat atau lambat bukan bidang kuasa kita. Semua itu rezeki dari Allah dan hanya dia yang mengetahui segalanya.
Cuma apa yang kita boleh lakukan adalah sentiasa berusaha, tak putus berdoa dan seterusnya berserah. Mungkin ada yang mengambil masa setahun atau dua tahun tetapi andai kata lebih dari itu, percayalah jika rezeki kita ada semua itu dipermudahkan.
Perkongsian dari Puan Nur Hafizza Mat Yunus yang menunggu selama 10 tahun untuk memiliki anak boleh dijadikan motivasi buat pasangan yang belum ada rezeki. Moga perkongsian ini memberi manfaat.
Seperti yang dijanjikan saya akan share dengan rakan-rakan pengalaman TTC (Trying To Conceive) saya. Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah yang sama.
Saya telah berkahwin dengan suami tercinta Mohamad Azuan Haji Muda pada Mei 2008. Tiada planning berkaitan anak. Semuanya berserah pada rezeki dari Allah. Dan alhamdulillah..kami telah dikurniakan seorang puteri yang sangat comel, Aaira Mohamad Azuan pada Mei 2019.
Berikut adalah usaha-usaha yang kami telah lakukan sepanjang 10 tahun kami mendirikan rumahtangga.
1. URUT
Ini adalah perkara biasa orang akan suggest bila kita cakap belum ada rezeki anak. Ada yang kami pergi. Ada yang tak sbb sy agak takut bila orang sentuh bahagian peranakan ni. Risau lain pulak yang jadinya. Dan kebanyakan tempat urut yang saya pergi..tukang urut cakap peranakan baik. Tak ada masalah. Alhamdulillah.
2. IUI (Intrauterine insemination)
Memandangkan tukang urut cakap peranakan ok, jadi kami decide untuk buat rawatan moden. Kami start buat rawatan di Infertility Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 2011..iaitu pada tahun ketiga perkawinan.
Kami buat IUI sebanyak 4kali. 1st IUI adalah pada Jun 2012. Dan yang last September 2017.
Result: IUI pertama berjaya. Tapi bukan rezeki kami lagi, Kandungan hanya bertahan selama 5 minggu sahaja. 3 lagi IUI gagal. Disebabkan IUI dah melebihi 3 kali, jadi doc suggest untuk buat IVF.
3. DIET
Perkara pertama yang perlu buat sebelum start treatment IVF. Ye la..nak buat IVF..kos bukan murah kan. So utk mengurangkan risiko gagal tu..kena la dapatkan berat yg ideal dulu.
Untuk menguruskan badan kali ni..saya pilih untuk join Jom Kurus by Kevin Zahri. Dalam masa 3 bulan..dapat la kurangkan hampir 15kg.
4. HERBA
Selain dari rawatan moden, kami masih juga berusaha dengan rawatan tradisional. Saya jenis tak berapa minat dengan supplement2 moden. Saya lebih cenderung pada herba. Feel mcm org lama2 gitu.
Antara yang kami pernah cuba adalah buah zuriat. Buah ni kami dapat dari kawan-kawan & saudara mara yang pergi ke tanah suci. Buah ni dia punya keras..ya ampunn..sangat menguji kesabaran untuk dapatkan isinya.
Selain itu, kami pernah cuba air akar herbanika & phyto natal dari Nona Roguy (NR). Disebabkan nak support isteri..incik suami pun minum sekali. Terharu plak kita. Saya consult herba2 ni dengan Blessed Beauty Centre
5. UMRAH
Alhamdullilah..pada Mac 2017, saya diberi rezeki untuk menjejakkan kaki ke tanah suci bersama suami. Saya mengambil peluang ini solat taubat dan berdoa sepuas2nya supaya Allah mempermudahkan kami mendapat zuriat.
Selain tu, kalau dengar ada kawan2 @ saudara yang ingin ke tanah suci, saya tak akan lepaskan peluang untuk kirim doa. Mungkin doa2 mereka ini yang Allah makbulkan.
USAHA MANA YANG BERJAYA?
Saya tak tahu. Saya hanya berusaha. It’s natural pregnancy. Rezeki. Rezeki yang hadir apabila Allah merasakan kami telah bersedia.
Apa yang boleh saya katakan, tahun 2018 adalah tahun kegembiraan saya.
+ Saya gembira bila dapat kurangkan berat badan + Saya gembira kerana dapat TL PageKhas Mini yang sentiasa supportive menyokong journey kurus saya + Saya gembira bila dapat pergi hiking tiap2 minggu dan balik dengan baju yang lencun dengan peluh + Saya gembira kerana dapat buat photoshoot 10th years anniversary kami + Saya gembira bila dapat pergi backpacking holiday dengan Sofia Opie Azimah Ramli Azizan Binti Ramli WaNie’z Izani Don’t Be Sad Crunchiee Cookies (dah lama teringin sebenarnya tp x de geng) + Saya gembira bila dapat bercuti luar dari Malaysia berdua bersama suami (sebelum ni klau bercuti..mesti by group) + Saya gembira kerana nak pergi rides pusing Malaysia bersama suami (tapi aktiviti ni tak sempat buat)
Dan disaat kegembiraan kami berada di kemuncak..tiba-tiba saya dapat tahu yang saya pregnant. Rezeki yang sangat tak disangka-sangka.
Nasihat saya, ketika kita buat apa-apa pun..JANGAN STRESS. Redha dengan setiap dugaan dan ujian. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai majikan dan ahli keluarga yang sangat-sangat memahami. Terutamanya incik suami. 10 tahun 11 bulan kami hidup berdua ..tak pernah sekali pun kami merasa bosan.
Zuriat adalah rezeki dan urusan Allah. Kami jadikannya sebagai satu kelebihan. Kami habiskan masa kami berdua dengan melakukan aktiviti sama-sama. Support hobi each other. Allah uji kerana tahu kita boleh hadapi dugaan ini. So kita perlu bersyukur. Bukan calang-calang orang yang Allah pilih untuk dugaan ini.
Tugas kita sebagai hamba adalah berusaha & berdoa. Lain-lain..kita serahkan kepada yang Maha Esa.
p/s: Satu lagi..jangan takut berjumpa mak cik-mak cik bawang. Ketika mereka tanyakan berkaitan zuriat..cepat-cepat minta mereka doakan pada kita. Cakaplah “makcik tolonglah doakan saya, mana tahu Allah makbulkan doa makcik”. Dari mereka nak membawang..terus tak jadi. Mereka akan rasa bangga pulak sebab kita minta mereka doakan kita. Jadi kita dah tak perlu stress untuk berjumpa sesiapa.
Usia anak dari sejak lahir hingga anak berusia tiga tahun sememangnya tempoh waktu yang cukup memenatkan untuk ibu. Perhatian harus diberikan seratus peratus, 24 jam tanpa lelah demi memastikan anak membesar dengan baik.
Pelakon Zahirah Macwilson tidak terkecuali berdepan masalah ini bila mana anak sulungnya, Isaac Raes kini semakin membesar.
Katanya menerusi satu perkongsian di Insta Storynya, Zahirah meluahkan keletihannya apabila terpaksa menguruskan rumah tangga seorang diri tanpa bantuan suaminya, Aiman Hakim yang sudah kembali bekerja dan mula menjalani penggambaran.
“Uruskan Isaac, jaga nenek, kemas dan bersihkan, memasak, mengurus kerja saya sendiri/content.
“Belum lagi sebut pasal Isaac hilang selera makan sebab sakit gigi nak tumbuh (buatkan dia makanan dan dia langsung tak ada rasa nak makan). Uruskan semuanya sendirian.
“Sejujurnya saya tak pernah rasa hilang tenaga macam ni,” kongsinya menerusi Insta Storynya.
Malah kata Zahirah, dek kerana kesibukannya menguruskan rumah tangga, ada waktunya dia terlupa untuk makan malah tumpuan kini bukan pada dirinya lagi sebaliknya pada anak kecil dan neneknya.
“Saya sekadar meluahkan sebab terlalu penat, tangan lenguh (dukung 9kg setiap hari dan sampai lupa nak makan). Saya dah tak kisah bagaimana rupa saya sebab bukan lagi jadi keutamaan, keadaan berbeza sekarang,” katanya lagi.
Saran ibu luahkan bila stress
Bukan mengeluh tetapi bagi ibu muda ini, dia begitu mengagumi pengorbanan seorang ibu. Walau berapa jumlah anak, sedikit atau ramai, tetap besar pengorbanannya.
Malah Zahirah turut sama menasihati agar jangan membiarkan diri merasa tertekan, sebaliknya luahkanlah bagi meredakan tekanan.
“Bukan mengeluh tapi cuma ingin meluahkan untuk redakan stress. Ada sesiapa yang rasa penat sampai satu masa rasa breakdown atau nak menjerit?
“Tak kira sama ada anak ada lima atau hanya seorang, atau tak ada anak, laluilah semua kepayahan dengan sebaiknya. I fell you, let it out. Just to know, you’re doing an amazing job. It will all be ok,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Zahirah selamat melahirkan bayi sulungnya pada 5 Januari lalu di Perth, Australia. Anak kesayangan pasangan ini, Isaac Raees kini sudah pun berusia 10 bulan.
Nak dapatkan pam susu terbaik yang mudah, ringan dan handfree, boleh cuba Arley Z10 Plus.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...