Resipi Lempeng Kelapa Yang Lembut & Rasa Lemak-lemak, Ini Cara Masaknya
Lempeng kelapa sangat sesuai dijadikan sarapan pagi mahupun minum petang. Boleh juga dijadikan menu untuk bekalan anak ke sekolah. Mama boleh buat lebih supaya anak-anak boleh kongsi dengan kawan-kawan di sekolah.
Lempeng kelapa yang mudah dan ringkas ini memang enak dimakan bersama kuah kari dan juga sambal sardin. Jom kita cuba resipi lempeng kelapa seperti yang dikongsikan Dapur Kak Chik. In Sha Allah sedap dan lembut sampai ke petang.
RESIPI LEMPENG KELAPA
BAHAN A (dikisar)
1 biji telur
2 keping roti
1 cawan air
BAHAN B:
Ads
4 cawan tepung gandum
Garam
2 sudu susu pekat
Air secukupnya
2 sudu minyak @marjerin cair
1 cawan kelapa parut
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan bahan A dan B – bancuh sekata agak-agak kepekatannya.
2. Kisar sekali lagi.
3. Masukkan dalam bekas dan campurkan kelapa parut.
Ads
4. Masak dengan cara lenggangkan di atas kuali non stick macam buat kuih gulung. Apabila siap bolehlah dihidangkan bersama sambal sardin atau kuah kari.
Sumber kredit: Sumber kredit: Dapur Kak Chik via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Menjadi ibu bapa hari ini bukan sekadar membesarkan anak, tetapi membimbing sebuah jiwa yang bakal mencorak masa depan. Menyedari hakikat itu, Pa&Ma dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bakal menganjurkan Parenting A+ Forum pada 31 Januari 2026 bertempat di SACC Convention Centre, Shah Alam.
Forum ini menghimpunkan seramai 300 ibu bapa daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah sekitar Lembah Klang dalam satu wadah perkongsian ilmu keibubapaan dan kesihatan anak yang holistik.
Dikelolakan oleh pengacara televisyen berbakat besar, Farah Diana Anuar, Parenting A+ Forum merupakan acara pembuka tirai kepada pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang oleh Pa&Ma sepanjang tahun 2026.
Forum ini bukan sekadar acara ilmiah, tetapi sebuah permulaan kepada gerakan menyokong ibu bapa dalam mendidik anak-anak dengan lebih sedar, terancang dan penuh empati.
Antara panel jemputan utama ialah Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran, PTPTN, yang akan membincangkan topik Smart ParentS, Bina Generasi Berkualiti. Perkongsian ini akan membuka minda ibu bapa tentang kepentingan perancangan simpanan pendidikan anak sejak awal usia, demi memastikan laluan masa depan mereka lebih terjamin dan tersusun.
Forum ini turut diserikan dengan kehadiran tokoh motivasi tersohor, Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah yang akan mengupas topik Anak Bukan Mesin A+, Fahami Potensi Unik Mereka. Slot ini dijangka menyentuh hati para peserta dengan mesej bahawa setiap anak dilahirkan dengan kelebihan tersendiri dan peranan ibu bapa adalah mencungkil, bukan memaksa.
Turut berkongsi pentas ialah Da’i Fuad Mokhtar, pendakwah bebas yang akan menyampaikan pandangan keibubapaan secara Islamik. Perkongsian ini mengajak ibu bapa untuk menilai semula perspektif terhadap anak-anak, khususnya anak yang aktif dan sering dilabel sebagai “nakal”. Hakikatnya, sikap aktif itu sering menjadi petanda awal kepada potensi besar yang tersimpan tenaga, keberanian dan keinginan untuk meneroka dunia.
Aspek kesihatan anak turut diberi penekanan menerusi perkongsian oleh Dr. Nisa Khalil dan Dr. Syed Abdul Khaliq. Para peserta akan didedahkan dengan ilmu berkaitan sistem imuniti anak, serta isu kesihatan seperti Influenza dan Respiratory Syncytial Virus (RSV). Slot ini bertujuan meningkatkan kesedaran ibu bapa agar lebih peka terhadap tanda-tanda awal penyakit dan langkah pencegahan yang boleh diambil.
Slot yang tidak kurang dinanti-nantikan ialah perkongsian daripada pasangan selebriti Nad Zainal dan Ungku Ismail. Mereka akan berkongsi pengalaman sebenar berkaitan penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak serta bagaimana bimbingan ibu bapa yang tepat mampu membantu anak memanfaatkan teknologi secara positif tanpa menjejaskan perkembangan emosi dan sosial.
Forum ini turut menampilkan selebriti jelita Anzalna Nasir yang akan mengetengahkan topik ‘bonding’ bersama anak. Perkongsian ini menekankan bagaimana hubungan yang rapat dan penuh kasih sayang antara ibu bapa dan anak mampu membentuk karakter anak yang lebih seimbang, yakin dan berempati.
Lebih menarik, setiap ibu bapa yang hadir akan menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM30 setiap seorang serta goodies istimewa tajaan butik TATEH, vitamin untuk anak, CHAMPS, produk barangan bayi dan kanak-kanak, jenama BZU BZU serta pembersih pakaian Sabun BADANG. Setiap hadiah ini dipilih bagi menyokong keperluan keluarga dan kesejahteraan anak-anak.
Diharapkan penganjuran Parenting A+ Forum ini dapat memberi manfaat berpanjangan kepada semua peserta yang mendaftar, demi memastikan hanya yang terbaik diberikan kepada anak-anak tersayang.
Di tangan ibu bapalah terletaknya benih masa depan yang dibentuk dengan sabar, disiram dengan doa, dan dibesarkan dengan kasih. Anak-anak mungkin tidak sempurna, namun dengan bimbingan yang tepat, merekalah cahaya yang akan menerangi hari esok.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan sekadar makan dengan soto tapi bergedil memang padu dimakan dengan nasi. Boleh jadi bertambah.
Resipi begedil daging homemade yang dikongsikan oleh Pn Liza Idris ni memang senang dan terbaik. Daging lebih dan padu. Jom cuba!
Jom buat bedegil daging. Eh, begedil daging. Rasa sempoi sungguh. Mudah je pun. Pekena pula dengan soto. Layan. Resepi soto ada link di gambar pertama ye. Cara buat ada pada setiap gambar.
Bahan-bahan:
3 biji ubi kentang
1 biji bawang besar
1 mangkuk daging kisar -200gm
2 pokok daun sup dan bawang.(hiris halus)
2 biji cili merah. (hiris halus)
1 genggam bawang goreng.
2 sudu besar lada sulah.
Panaskan minyak, tumis 1 biji bawang besar yang dihiris nipis gitu. Biar sampai kekuningan.
Masuk 1 mangkuk daging yang dikisar. Anggaran 200 gram gitu. Kacau dan kacau biar sedikit masak.
Masuk sedikit garam ikut citarasa. Masuk pula 1 sudu besar lada sulah. Kacau dan kacau lagi hingga sebati.
Dah kering gini boleh tutup api. Ketepikan dulu.
Ambil 2 atau 3 biji ubi kentang, dibuang kulit dan potong sederhana nipis.
Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
Angkat kentang dan toskan. Masuk dalam mangkuk yang bersesuaian dan boleh lenyekkan.
Daging yang dimasak tadi. Dalam mangkuk yang sama, satukan semuanya. Bersatu teguh bercerai roboh.
Gaul hingga mesra rakyat. Gitu kaedahnya. Kemudian gempal-gempalkan. Ikutla nak corak bujur ke, bulat ke, kebenaran dan kebatilan pun boleh je.
Ha dah siap bentuknya. Kebenaran pasti menang.
Pecahkan sebiji telur dan kacau. Celup bola-bola cinta tadi dalam telur.
Panaskan minyak dan goreng. Biar sampai masak dulu, baru balik-balikkan.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat kesekian kalinya, Pa&Ma bersama Simpan SSPN telah berjaya menganjurkan E Workshop secara dalam talian dan kali ini E Workshop dengan topik Simpan Sampai Jadi Jutawan telah disertai oleh 100 peserta dari seluruh Malaysia.
Namun istimewanya E Workshop kali ini diadakan sempena dengan Istimewa 25 Tahun PTPTN Simpan Jadi Jutawan dan penglibatan peserta untuk E Workshop Simpan Jadi Jutawan dilakukan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Slido seperti E Workshop sebelum-sebelum ini.
E Workshop Simpan Sampai Jadi Jutawan menampilkan barisan panel yang hebat untuk berkongsi info manfaat antaranya Perunding Kewangan iaitu Encik Mohd Nor Firdaus, Usahawan dan Selebriti Ika Nabella serta Puan Wan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jab. Komunikasi Korporat & Pemasaran PTPTN.
Sepanjang program berlangsung, Encik Mohd Nor Firdaus berkongsi tentang topik Rahsia Buat Tabung, Simpan Konsisten. Sementara Ika Nabella berkongsi tentang cara dia melatih anaknya, Noah menyimpan duit dari kecil.
Sesi Putaran Roda Istimewa juga turut diadakan sebagai tanda menghargai komitmen peserta. Antara pemenang bertuah telah mendapat akaun Simpan SSPN bernilai RM250.00 dan pelbagai lagi hadiah menarik.
Peserta yang mendaftar turut mendapat akaun Simpan SSPN. Simpan SSPN merupakan pelan simpanan yang terbaik diwujudkan oleh PTPTN untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak bermula seawal usia sehari. Jadilah ibu bapa penyayang dengan memilih Simpan SSPN sebagai produk simpanan untuk masa depan pendidikan anak-anak.
Pelbagai keistimewaan dan manfaat yang dinikmati oleh pendeposit apabila menyimpan melalui Simpan SSPN seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun, manfaat perlindungan takaful, simpanan dijamin kerajaan, dividen yang kompetitif dan patuh syariah. Untuk maklumat lanjut layari www.ptptn.gov.my dan muat turun aplikasi myPTPTN.