“Selagi Mampu Aku Akan Jaga Sendiri”. Tanpa Pembantu Rumah & Pengasuh, Yatt Urus 3 Anak Termasuk Yang Selang Setahun

Share

Ibu memang mampu menjaga anak sendiri. Biar pun ia mencabar, asalkan anak sentiasa depan mata. Ini perkongsian Yatt Hamzah.

Mama cantik ini telah berkongsi kisahnya menguruskan anak-anak selepas tamat hari berpantang 44 hari. Ketiga-tiga anaknya iaitu Suci Hanania Malika, 7, Suci Humaira Iqlima, 1 tahun 5 bulan dan Suci Hayfaa Medina, 1 bulan 18 hari dibawa ke butik kerana beliau tidak mengupah pengasuh atau pembantu rumah. Hebatnya ibu ini!

Anak pertama Yatt, Suci Hanania Malika bersama adik-adiknya
Anak kedua Yatt, Suci Humaira Iqlima
Anak ketiga, Suci Hayfaa Medina

BIAR ANAK DIDEPAN MATA ASALKAN SELAMAT

Yatt menjalankan perniagaan busana muslimah menguruskan sendiri anak tanpa pembantu dan pengasuh. Yatt telah membawa anak ke pejabat kerana mahu anak-anak sentiasa berada di depan mata agar keselamatan tidak perlu risaukan.

ANAK SELANG SETAHUN

Paling mencabar ialah perlu menjaga anak kedua dan ketiga yang hanya selang usia setahun lebih. Berikut ialah posting Instagram beliau;

Bismillah.. #throwback 2 hari lepas. Genap 44 hari berpantang dan terpaksa keluar juga kerana tuntutan komitmen kerja sbg boss butik @sucibyyatthamzah

Maka bermulalah cabaran Bonda beranak tiga di tempat kerja dg 2 baby kecil jarak setahun, tanpa pembantu dan pengasuh. Fuhhh, MashaAllah amatlah payah dan susah. Sorang je yg melalak ok lagi, tapi bila dua2 melalak serentak! Dunia ni bergegar, gegak gempita wehh!!?? Allah je tahu apa rasa dlm hati ni. Nak nangis ada, nak marah, panik, stress, nak pengsan semua ada! Siapa yg ada baby beza setahun tahulah kan..

Bukan tak nak upah pengasuh, tapi firasat ibu ini kuat kata “tak apalah, selagi mampu aku akan jaga sendiri anak2 aku dgn tulang 4 kerat ni, kerana yakin aku masih mampu. Bila mereka ada depan mata, aku boleh kerja dg tenang & aman tanpa risaukan keselamatan mereka.”

Ada ibu2 nak share pengalaman silakan. Kepada ibu2 yg baru habis pantang, SALAM MERDEKA! SEP SIKIT

PERKONGSIAN & TIP DARIPADA FOLLOWER

Posting yang mendapat 5,586 likes ini mendapat reaksi positif daripada follower yang rata-rata memberikan sokongan, semangat dan berkongsi tip.

KASIH SAYANG SAMA RATA

PENGORBANAN SEORANG IBU

BILA DAH BESAR SIKIT, KEADAAN SEMAKIN BAIK

JAGA KESIHATAN

SUAMI MEMBANTU

SENTIASA POSITIF

 

Sumber: Instagram Yatt Hamzah

 

 

IKLAN