Ketika dijemput ke program TV Mingguan Wanita untuk bercerita tentang topik ‘Kerana Ibu Kuturutkan’, pelakon cantik Elfira Loy dan ibunya Filzah Yusoff saling berkongsi perasaan tentang hubungan mereka anak beranak. Kata Elfira, dahulu jika terpaksa turutkan kehendak ibu, ada juga dia rasa marah. Tetapi semuanya dipendamkan dalam hati.
Tambah Elfira lagi, ada masanya dia marah dengan apa yang ibunya mita buat, tetapi selepas satu demi satu hikmah muncul, dia yakin keputusan ibunya adalah yang terbaik. Lama-kelamaan, Elfira merasakan lebih elok jika dia dimarahi ibu kerana dia akan tahu apa yang betul dan salah.
Mengakui yang tidak mungkin dapat dia membalas semua jasa ibunya itu, dia juga turut melahirkan rasa gementar kerana bakal bergelar seorang emak. Dia turut mengakui ada rasa takut jika tidak mampu menjadi ibu yang terbaik buat anaknya nanti. Menjawab soalan pengacara ketika itu, Elfira mengalirkan air mata kerana terlalu sebak mengenangkan pengorbanan ibunya untuk dia dan adik-beradiknya yang lain.
“Apabila menjadi seorang ibu, setiap ibadah dibuat bukan untuk dirinya semata-mata tetapi juga demi anak-anak. Apabila ibu bangun pagi untuk solat, dia laksanakan demi berdoa untuk anak-anak. Semuanya akan berbalik kembali apabila dia sudah tiada. Kita pula yang akan doakan dia.”
Ibu Elfira, Filzah, pula mengakui yang anak-anak jarang meluangkan masa untuk telefon walaupun sekadar untuk berbual kecil. Berhubung melalui aplikasi Whatsapp, tetapi katanya lagi ada juga masa dia terfikir juga mengapa anak-anak jarang menghubunginya.
Menjawab tentang caranya mendidik anak-anaknya, dia mengakui yang dia mengongkong mereka kerana tidak mahu merekalupa diri. Dia juga suka berkongsi perasaan dengan anak-anak agar mereka faham perasaan ibu ketika itu.
Ads
“Saya akan buat keputusan untuk anak-anak selalunya. Naluri kita kuat kerana kita ikhlas jaga mereka. Tak tahulah nanti macam mana pula mereka jaga kita.”
Pa&Ma doakan kasih sayang antara Elfira dan ibunya berpanjangan sehingga ke syurga. Semoga Elfira selamat bersalin dan menjadi ibu terbaik buat anaknya. Good luck, Elfira!
Kasih dan pengorbanan isteri buat suami bukan boleh dibayar dengan wang ringgit. Atas sebab tanggungjawab dan sayang, susah sekalipun, selagi boleh buat, isteri tak akan merungut.
Walaupun hari ini boleh dikatakan ramai isteri bekerjaya, penat usah cakap. Tapi atas rasa tanggungjawab semua itu diketepikan.
Seperti perkongsian saudara Aizat Alias yang berkongsi mengenai dirinya yang terpaksa masuk wad di sebuah hospital di Kota Tinggi akibat semput.
Apa yang boleh dipuji, walaupun isteri tengah sarat mengandung, namun selepas tamat shift, isterinya tetap gigih datang dari Johor Bahru ke hospital yang dia sedang menerima rawatan untuk bantu rawat suami tercinta.
Sebagai tanda penghargaan, setelah sembuh dan dibenarkn discaj, Aizat ingin membalas jasa isteri tercinta yang menjaganya sebelum itu dengan menyediakan beberapa juadah istimewa.
Sejurus pulang dari tempat kerja, isterinya terkejut dan teruja apabila ternampak suprise yang sangat bermakna.
Setakat ini video tersebut telah meraih lebih 1.8 juta tontonan.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji pasangan suami isteri ini yang saling menghargai satu sama lain. Walaupun bukan diraikan secara eksklusif, tetapi dah cukup bermakna buat seorang wanita bergelar isteri.
“nurse for patient, nurse for husband, wife for hubby and mom to be.. Allahu… banyak nye pahala dia…”
“isteri la shbt kita dunia akhirat yang setia masa suka dan duka kita so jaga la hati dan perasaan dia k”
“itulah pengorbanan seorang nurses dan seorang isteri. semoga berbahagia selalu🥰”
“alhamdulillah untung ada seorang isteri nurse bila sakit ada yang menjaga merawat 24jam..moga isteri selamat bersalin..tengok macam dah sarat tu..moga selamat”
“Alhamdulillah.. dikurniakan Allah isteri yang sebaik ini, sayangilah dia selagi hayatmu, bahagia till jannah🥰”
Pelakon kacak Remy Ishak dan isterinya, Izza Yusof menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka, Tuah Alam begitu indah. Momen pertama bergelar ibu ayah ni betul-betul ubah hidup mereka berdua terutama dari segi tanggungjawab, cara pandang dunia, dan erti pengorbanan sebenar.
Dalam episod istimewa sempena Hari Ibu untuk program Top Mom Influencer Pa&Ma 2025, Ezza Yusof terbuka berkongsi pengalaman pertama bergelar ibu kepada Tuah Alam.
Tangisan pertama Tuah jadi titik mula segalanya hidup berubah sekelip mata. Dari suami isteri jadi ibu ayah. Nyata, bergelar isteri kepada pelakon terkenal pastinya ada cerita yang manis tersendiri.
Melihat figura ini pastinya ramai yang meluahkan bertapa Ezza Yusof bertuah bergelar isteri kepada pelakon pujaan ramai ini terutama golongan wanita. Mengakui sering ditanya ‘susah ke menjadi isteri Remy Ishak, sambil ketawa kecil, Ezza mendedahkan bahawa kehidupannya seperti wanita lain yang bergelar isteri ketika di rumah. Namun berbeza apabila suaminya berada di tempat kerja atau berjumpa dengan peminat.
“Sebagai isteri sama sahaja, ikut rutin biasa. Tapi jika berada di tempat ‘public’ kena faham situasi kerjanya. Saya tidak akan masuk campur dengan kerjanya. Tetapi apabila di rumah Remy adalah ayah kepada Tuah.”
Dalam pada itu, Ezza turut berkongsi bahawa Remy sangat mengutamakan anak mereka, Tuah, sehinggakan pernah menyarankan agar dia berhenti daripada berniaga demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak. Namun, sebagai wanita yang berdikari dan sudah terbiasa bekerja, Ezza tetap memilih untuk meneruskan minatnya dalam perniagaan sambil mengurus Tuah dengan sebaik mungkin.
Siapa sangka selepas kelahiran Tuah, barulah nampak sisi ayah Remy yang ramai tak tahu. Dia cerewet namun seorang yang sangat prihatin mengenai keperluan anaknya.
“Dia memang pantang kalau saya nak bagi manis, aiskrim semua tak boleh. Saya pun kadang stress juga. Tapi dia sayang anak. Semua benda dia nak tahu, makan apa, tidur macam mana. Memang terkejut tengok dia berubah bila ada anak.”
Remy memang letak keutamaan untuk anak mereka. Gaji dia? Banyak yang disalurkan untuk perkembangan Tuah.
“Gaji Remy semua untuk anak.Remy sampai tak beli beli baju baru untuk diri sendiri. Semua kelas untul Tuah, Remy tak kisah. Remy kata, ‘Rezeki ayah dapat ni untuk Tuah.”
Dari awal lagi, Izza dan Remy sudah merancang untuk memberikan aktiviti yang merangsan minda anaknya sejak kecil lagi.
“Tuah start pergi Little Gym masa umur 6 bulan. Bukan nak main-main je, tapi ada aktiviti rangsang minda. Bila dia masuk playschool, Nampak sangat dia lagi yakin dengan diri. Jadi semua itu membantu dia bina keyakinan.”
Sebulan sebulan Tuah Alam lahir, Remy sebenarnya sudah sibuk dengan kerjayanya sebagai pelakon. Jadi Ezza memang kena uruskan semuanya sendiri.
“Masa pantang ada CL dan keluarga. Sekarang pun kadang-kadang family tolong tengokkan. Kena susun masa betul-betul untuk uruskan Tuah. Tetapi apabila Remy balik rumah, dia akan ambil alih jaga Tuah.
Dalam pada itu, Ezza juga berkongsi kenyataan manis apabila memberitahu Remy akan menjaga Tuah apabila dia sudah selesai shoting di luar kawasan. Dia akan menyuruh isterinta untuk me time.
Dalam pada itu, Ezza turut berkongsi momen manis apabila memberitahu bahawa setiap kali selesai penggambaran di luar kawasan, Remy akan mengambil alih menjaga Tuah dan memberi ruang untuknya menikmati sedikit masa sendiri, atau ‘me time’.”
“Remy akan suruh saya ‘me time’, dia pula akan mengambil tugas menguruskan Tuah.”
Bukan mudah untuk uruskan anak yang masih kecil seorang diri apabila suami sibuk dengan kerjayanya.
“Penat tu memang penat. Nak keluar rumah je dah macam-macam kena buat. Letak dalam car seat, siapkan stroller, pergi kelas. Tapi saya buat semua ni sebab nak yang terbaik untuk anak.”
“Saya nak dia jadi manusia yang beri manfaat pada orang lain. Saya tak nak sekat apa yang dia minat. Apa kelas yang saya hantar sekarang, semua sebab nak tengok apa potensi dia.”
Walaupun sibuk, Remy tetap rapat dengan anaknya. Momen bonding mereka berdua selalu buat hati Ezza tersentuh.
“Tuah dan Remy ni rapat. Kalau Remy tak ada, Tuah akan tanya ayahnya dimana. Suka dengan bonding ni. Sebab saya sendiri tak ada ayah. Jadi bila nampak Tuah rapat dengan Remy, saya rasa satu nikmat yang tak terluah dengan kata-kata.”
Ezza Yusof dan Remy, macam ramai ibu bapa lain, pun lalui fasa yang sama. Belajar kenal anak, belajar kenal diri sendiri semula. Belajar cara baru mencintai pasangan bila ada anak di tengah-tengah hidup mereka.
Setiap hari adalah pembelajaran. Kadang menangis sama-sama. Kadang letih sangat sampai senyum pun tak larat. Tapi bila tengok anak tidur lena, rasa semua usaha tu berbaloi.
Mereka tahu perjalanan ini masih panjang. Tuah baru mula langkah pertama, tapi mereka mahu jadi pendamping terbaik sepanjang jalan. Tak ada siapa yang sempurna, tapi dengan kasih sayang, usaha dan doa mereka percaya, mereka mampu jadi ibu ayah yang anak mereka banggakan satu hari nanti.
Program digital Top Mom Influencer Pa&Ma tahun ini memang tepat memilih Ezza Yusof sebagai salah seorang penerima pengiktirafan kerana pengorbanannya sebagai seorang ibu tak pernah lelah demi memberikan yang terbaik buat anaknya, dengan harapan agar satu hari nanti, anak itu membesar menjadi insan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dibayar kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April. Kerajaaan Madani mengumumkan perluasan pelaksanaan ini meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada.
Bantuan ini memberi manfaat besar kepada rakyat sekali gus membantu penerima membeli barangan makanan dan keperluan asas.
Pada sidang media mingguan di sini hari ini, Jurucakap Kerajaan MADANI yang juga Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata jumlah yang akan diterima ialah antara RM50 hingga RM200 sebulan bagi tempoh yang telah dinyatakan.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerima yang layak akan menerima bantuan sehingga RM2,100, meningkat sebanyak 75 peratus berbanding RMI,200 pada 2024.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata SARA merupakan pendekatan bantuan secara bersasar, dengan sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.
Menteri Kewangan itu berkata penyaluran SARA melalui MyKad juga bersasar kerana kaedah tersebut memastikan golongan sasar menerima manfaatnya dalam bentuk barangan asas.
“Kita boleh muat turun soalan lazim yang telah disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri yang turut mengandungi kesemua 3,500 premis yang boleh dilawati untuk membuat pembelian menggunakan MyKad di seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata SARA yang dikreditkan secara bulanan dalam MyKad boleh digunakan hingga 31 Dis ini.
“la adalah untuk kegunaan membeli barang-barang makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat dan peralatan persekolahan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!