Ketika dijemput ke program TV Mingguan Wanita untuk bercerita tentang topik ‘Kerana Ibu Kuturutkan’, pelakon cantik Elfira Loy dan ibunya Filzah Yusoff saling berkongsi perasaan tentang hubungan mereka anak beranak. Kata Elfira, dahulu jika terpaksa turutkan kehendak ibu, ada juga dia rasa marah. Tetapi semuanya dipendamkan dalam hati.

Tambah Elfira lagi, ada masanya dia marah dengan apa yang ibunya mita buat, tetapi selepas satu demi satu hikmah muncul, dia yakin keputusan ibunya adalah yang terbaik. Lama-kelamaan, Elfira merasakan lebih elok jika dia dimarahi ibu kerana dia akan tahu apa yang betul dan salah.

Artikel Menarik: [Selalu Batuk & Berkahak, Satu Hiris Nipis Kunyit Dalam Masakan Anak Bagus Kuatkan Antibodi]

IKLAN

Mengakui yang tidak mungkin dapat dia membalas semua jasa ibunya itu, dia juga turut melahirkan rasa gementar kerana bakal bergelar seorang emak. Dia turut mengakui ada rasa takut jika tidak mampu menjadi ibu yang terbaik buat anaknya nanti. Menjawab soalan pengacara ketika itu, Elfira mengalirkan air mata kerana terlalu sebak mengenangkan pengorbanan ibunya untuk dia dan adik-beradiknya yang lain.

“Apabila menjadi seorang ibu, setiap ibadah dibuat bukan untuk dirinya semata-mata tetapi juga demi anak-anak. Apabila ibu bangun pagi untuk solat, dia laksanakan demi berdoa untuk anak-anak. Semuanya akan berbalik kembali apabila dia sudah tiada. Kita pula yang akan doakan dia.”

Ibu Elfira, Filzah, pula mengakui yang anak-anak jarang meluangkan masa untuk telefon walaupun sekadar untuk berbual kecil. Berhubung melalui aplikasi Whatsapp, tetapi katanya lagi ada juga masa dia terfikir juga mengapa anak-anak jarang menghubunginya.

IKLAN

Artikel Menarik: [Bosan Nasi, Roti. Cuba Steam Egg Pasta. Cara Buatnya Sempoi, Guna 6 Bahan]

Menjawab tentang caranya mendidik anak-anaknya, dia mengakui yang dia mengongkong mereka kerana tidak mahu merekalupa diri. Dia juga suka berkongsi perasaan dengan anak-anak agar mereka faham perasaan ibu ketika itu.

IKLAN

“Saya akan buat keputusan untuk anak-anak selalunya. Naluri kita kuat kerana kita ikhlas jaga mereka. Tak tahulah nanti macam mana pula mereka jaga kita.”

Pa&Ma doakan kasih sayang antara Elfira dan ibunya berpanjangan sehingga ke syurga. Semoga Elfira selamat bersalin dan menjadi ibu terbaik buat anaknya. Good luck, Elfira!

Sumber: Media Hiburan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI