Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang telah selamat menjalani pembedahan membuang tumor kini semakin menunjukkan perkembangan positif dan ceria.
Menerusi perkongsian bapanya di Facebook, Ainul sudah tidak perlukan bantuan oksigen kerana dia dah boleh bernafas sendiri. Perkembangan ini semestinya mengembirakan semua orang dan nampak Ainul begitu kuat sekali.
Ini kerana menurut bapa Ainul, 3 hari selepas Ainul tiba di sini, dia terus dimasukkan ke PICU kerana infection. Bacaan oksigennya dari 100% turun ke 50% serta merta, Ainul tiba- tiba jadi sesak nafas dan keluar darah dari mulutnya.
Semua ini kerana infection disebabkan perjalanan yang panjang dan berada lama di dalam kapal terbang ketika datang ke London.
Namun siapa kita nak menidakkan kuasa Allah. Walaupun doktor jelaskan pelbagai risiko Ainul akan lalui semasa dan selepas pembedahan, kini Ainul terus memberi senyuman manis kepada semua dan semakin aktif.
Selepas pembedahan Ainul dah mula ajak nak bermain dan berborak berbanding sebelum ini yang masanya banyak dihabiskan dengan tidur.
Ads
Sementara itu, dalam perkongsian mama Ainul di insta storynya, dia telah membalas pertanyaan dari orang ramai mengenai kesihatan terkini Ainul dan ternyata jawapan yang diberikan itu membuatkan rakyat Malaysia gembira dan terus mendoakan kesihatan yang baik buat Ainul.
Ainul Akan Membesar Macam Biasa Ke?
Ads
Kenapa Pipi Ainul Bengkak
Bila Ainul Boleh Balik Malaysia
Ads
Amalkan Baca Yasin 7 Mubin
Bengkak Muka Ainul Akan Surut Sendiri
Sumber: ig Nurul Erwani & FB Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedar tak sedar, Ozylnn Wati dah habis pun pantang anak keenamnya. Sebelum ini dia dan suami, Johan hanya berkongsi gambar bayi perempuan yang diberi nama Nur Latifah Cherdiq Hanania sipi-sipi saja.
Bagaimanapun, genap 2 bulan 6 hari usia si comel Cherdiq ini, akhirnya Ozlynn dan Johan telah berkongsi wajah bayi mereka buat tatapan umum. Wajah Cherdiq yang putih gebu itu dikatakan seiras dengan muka abangnya, Sodiq.
Mula pandai hisap jari
Rata-rata geram melihat kecomelan Cherdiq dengan pipinya yang bam bam itu. Menurut Ozylnn, dah masuk usia 2 bulan, nampaknya Cherdiq dah dapat satu tabiat baru iaitu mula pandai hisap jari.
“Nak tak nak, Ozylnn perlu sentiasa pastikan kuku sentiasa pendek kerana risau boleh terluka. Malah Cherdiq juga berbeza dengan abang dan kakaknya kerana dari awal lagi rambut lebat dan kening pun berwarna brown.
“Lagi satu, Cherdiq ini begitu manja dengan papa. Dia suka sangat tidur atas dada papanya. Dengan berselorohnya, Ozlynn menyatakan mungkin sebab dada dan perut Johan empuk buatkan Cherdiq syok tidur atas papa,” kongsinya.
Tambah Ozylnn lagi, Cherdiq juga dah pandai nak ajak berbual dengannya. Seolah macam faham-faham je orang bercakap.
“Alhamdulillah susu badan masih cukup”
Setakat ini, Ozylnn juga sangat-sangat bersyukur kerana susu badannya masih cukup untuk Cherdiq dan Cherdiq juga tak memilih sama ada menyusu terus atau diberikan susu perahannya dalam botol.
“Jadi mudahlah untuk Ozylnn jika perlu kembali bekerja kerana Cherdiq tak kisah minum botol asalkan dapat susu mama,” ujarnya.
Kira-kira dua bulan lalu, pasangan suami isteri ini berkongsi berita kelahiran bayi keenam sehingga mengejutkan peminat mereka kerana ramai yang tak tahu Ozylnn hamil. Walaupun suami isteri ini sentiasa buat lawak, tapi bab mendidik anak, mereka tegas. Ramai yang kagum dan seronok melihat keakraban keluarga Jozlynhanania.
Masih lagi jaga makan dan berpantang
Sementara itu, Ozylnn tak lokek berkongsi tips berpantangnya kepada peminat yang bertanya bagaimana dia boleh kekal kurus walaupun ada enam anak dan usianya pun dah cecah 40 tahun.
Kongsinya, sejak dari anak pertama hingga keenam, pemakaian bengkung lilit menjadi pilihannya dan ada makanan dan minuman yang sejuk langsung tak ambil selama dua tahun.
“Bukan itu saja, Ozylnn sempat menitipkan pesanan buat ibu-ibu bila umur kita cecah angka 30 tahun atau 35 tahun standby je proses penurunan berat agak slow, sebab metabolism kita semakin rendah.
“Tak apa masa berpantang ni la jaga bebetul ok.. Tak yah ada CL pun tak apa. Asalkan jaga dari segi pemakanan. Tak dapat bersukan tak apa, menyusukan anak lebih kerap, nanti dah habis pantang rajin-rajin berjalan dalam erti kata lain cardio ye.
“Tak pun dah masuk 4 minggu tu untuk yang bersalin normal dah boleh perlahan-lahan masak lauk ringkas kat dapur bagi berpeluh.. kannnn.. Saya doakan semoga semua yang berpantang sekarang, sihat hendakNya aamiin YRA,” katanya.
Ozlynn berkahwin dengan Johan Raja Lawak. Mereka dikurniakan 6 orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleiq dan Cherdiq.
Kredit: IG Jozylnnhanania
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang bayi lelaki berusia 8 bulan maut, manakala dua kakak dan seorang abangnya cedera parah dipercayai dikelar ibu kandung sendiri di Pulau Mantanani, Kota Belud.
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Jerry terbunuh dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari di kuarters sebuah resort di pulau itu, manakala Jehan, 5, Melati, 7, serta Nurul Hanisa, 8, yang cedera parah dihantar ke hospital di Kota Belud untuk menerima rawatan.
Ibu kanak-kanak itu yang berusia dalam lingkungan 30-an itu disyaki cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sendiri, dan beliau yang telah ditahan polis kini menerima rawatan di hospital.
Kejadian itu dilaporkan kepada pihak berkuasa oleh bapa mangsa berumur 54 tahun dan ia dipercayai berpunca daripada gejala kemurungan dialami suspek.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesi persekolahan yang dah bermula sejak awal tahun lalu memberi sedikit kelegaan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak tahap satu kerana dah tak perlu memikirkan untuk berdepan dengan peperiksaan.
Tapi adakah ibu bapa tahu sebab disebalik idea Kementerian Pendidikan berbuat demikian. Mungkin ada yang tahu tetapi masih lagi ibu bapa yang kurang jelas mengenainya.
Berikut perkongsian dari Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi video yang dimuat naik di Facebook dan Twitter beliau.
Beri fokus kepada kepelbagaian potensi murid antara 10 sebab Kementerian Pendidikan memansuhkan Peperiksaan Tahap Satu dan digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun ini.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata sebab atau faktor lain yang mendorong kepada pemansuhan penilaian seragam itu adalah bagi membolehkan guru memberi tumpuan penuh kepada tugas mendidik selain pelajar juga akan bebas daripada tekanan di awal usia persekolahan mereka.
“Pemansuhan itu turut membolehkan guru menyemai nilai murni dalam diri pelajar dengan prinsip ‘values are caught and tought’.
“Ia sekali gus dapat membantu membentuk karakter pelajar dengan kaedah ‘learning-centered’ disamping membina dan memperkukuhkan kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira serta menaakul,” katanya.
Fokus kepada kepelbagaian potensi murid
Tiada lagi penilaian seragam untuk lebih fokus kepada kepelbagaian potensi murid
Guru boleh memberikan tumpuan penuh kepada tugas mendidik
Murid bebas dari tekanan di awal usia persekolahan
Guru dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri murid dengan prinsip Values are caught and taught
Dapat membentuk karakter murid dengan kaedah learning-centered
Dapat membina dan memperkukuh kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul
Dapat melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah PBD yang terdiri daripada permainan, projek mudah, main peranan, bercerita dan kuiz
Dapat mempertingkatkan bakat, minat, kemahiran dan sahsiah murid
Guru diberi ruang untuk merancang aktiviti PBD
Objektif pembelajaran berdasarkan standard yang ditentukan oleh guru mengikut keadaan dan keperluan murid
Rata-rata ibu bapa bersetuju dengan pendekatan baru yang diambil. Jelas mereka, pendidikan di peringkat sekolah rendah seharusnya diterapkan dengan nilai-nilai murni disamping pendidikan lebih kepada permainan untuk menimbulkan rasa seronok di sekolah.
Sumber: ig Maszlee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana, berkongsi kegembiraan dan rasa bangganya terhadap kejayaan anak sulungnya, Syaikhul Islam, melalui Instagram Story miliknya.