“Sayang biy rindu sayang. Semua orang rindu sayang. Sedar la sayang, anak kita tunggu sayang. Biy tak tahu nak buat macam mana dah”. Antara coretan hati seorang suami yang cukup membuatkan sesiapa saja sedih ketika arwah isteri koma selepas melahirkan bayi kembar baru-baru ini.

Pemergian isteri (14 April) selepas melahirkan anak kembar perempuan selepas 14 hari koma benar-benar buatkan seorang suami cukup merasai kehilangan insan yang paling rapat dengannya di tambah pula bayi kembar yang tak sempat pun merasai air susu dan pelukan dari seorang ibu.

Tak Sempat Rasa Pelukan Ibu. Wanita Meninggal Lepas 14 Hari Koma Lahirkan Bayi Kembar

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Nurul Asma Salsabila dia ada memuat niak gambar perkahwinan arwah Nasuha Shafie dan suaminya yang dikenali sebagai Mie.

Difahamkan arwah Nasuha telah melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac lalu tetapi meninggal dunia selepas 14 hari berada dalam keadaan koma.

IKLAN

“Setelah 14 hari koma selepas bersalin anak kembar pada 31/3/20. Baby alhamdulillah sihat sempurna kedua-duanya. Dua-dua baby girls. Semoga syahid buatmu adik Suha.. Aamiin,” tulisnya.

Tak Sempat Rasa Pelukan Ibu. Wanita Meninggal Lepas 14 Hari Koma Lahirkan Bayi KembarTerdahulu, Mie ada memuat naik status pada 8 April lalu agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan isterinya ketika berada dalam pemantauan doktor pakar untuk sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan semua urusan.

Namun janji Allah itu pasti dan Allah lebih menyayangi arwah Nasuha untuk kembali pada-Nya.

IKLAN

Apa yang menyedihkan lagi, ketika arwah sedang koma, Mie sentiasa mengharapkan Nasuha cepat sedar dan kuat demi anak kembar mereka.

Tak Sempat Rasa Pelukan Ibu. Wanita Meninggal Lepas 14 Hari Koma Lahirkan Bayi Kembar

IKLAN

“Sayang dah laa tidur sayang. Bangun sayang…Biy tahu sayang kuat, biy selalu doa kan sayang. Semua orang doakan sayang. Anak kita kedua-duanya sihat. Sayang mesti kuat. Biy hanya mampu berdoa untuk sayang. Biy tak kuat tengok sayang keadaan macam ni. Ya Allah Hanya Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah aku hanya berserah padamu Ya Allah..Aminn. Pastinya anak kembar kita comel macam sayang!

Difahamkan melalui perkongsian rakan-rakan di bahagian komen posting suaminya, arwah Nasuha meninggal kerana terdapat jangkitan kuman di paru-paru.

Besarnya pengorbanan seorang wanita untuk melahirkan zuriat tercinta. Salam takziah buat keluarga arwah. Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan kalangan syahidah.

Sumber: Nurul Asma Salsabila & Mie Mie

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI