Sepanjang tempoh anak nak membesar, kanak-kanak akan mudah mendapat penyakit seperti selesema dan demam. Ini kerana tubuh mereka lebih mudah terdedah dengan kuman atau penyakit.
Disebabkan hal ini, ada ibu bapa yang risau kerana demam yang berlanjutan juga sangat berbahaya kerana boleh dikaitkan dengan masalah lain. Melalui perkongsian dari Ummi Kalsum ibu boleh mencuba tip dengan merebus telur ayam untuk mengurangkan suhu panas anak. Tak salah pun ikhtiar selain makan ubat.
REBUS TELUR AYAM
Rebuskan 2 biji telur ayam. Rebuskan lama sedikit sehingga menjadi telur keras. Kalau separuh masak, anda sukar menggolekkan pada badan anak kerana terlalu lembek.
Beginilah rupa telur ayam yang telah direbus sempurna.
BUNGKUSKAN TELUR
Cari kain yang sesuai untuk membungkus telur yang masih panas tadi. Paling senang, gunakan kain lampin.
Ads
Kalau telur masih panas, pastikan balut telur tu tebal sedikit ya!
GOLEKKAN PADA SELURUH BADAN DAN KEPALA
Apabila menjadi seperti bunjut, anda bolehlah menggolekkan pada seluruh badan anak. Jangan lupa golekkan juga pada bahagian kepala dan kaki.Golekkan sehingga telur menjadi suam, sekitar 30 minit.
PERHATIKAN HASILNYA
Setelah hampir setengah jam, anda akan mendapati telur menjadi menggerutu. Untuk melihat kesan yang lebih nyata, pecahkan putih telur dan perhatikan kuning telur seperti dalam gambar.
Ads
ULANG LANGKAH DENGAN TELUR KEDUA
Ulang semula langkah yang sama seperti telur pertama tadi. Anda akan mendapati telur yang kedua akan kurang menggerutu.
Ads
MUDAH, BUKAN?
Hanya dengan 2 biji telur, suhu badan telah turun dan anak mulai cergas. Syukurlah.
Bagi ibu-ibu, jika anak masih belum sembuh bolehlah rawat anak demam dengan melakukan teknik di atas sebanyak 3 kali sehari. Dalam masa yang sama, pastikan anak kerap dimandikan dan meminum air secukupnya. Memang normal kalau mereka kurang berselera semasa demam.
Kagum dengan mak dan ayah bawa tujuh orang anak yang semuanya perempuan ke Vietnam. Persiapan yang dilakukan sangatlah teliti. Bukan mudah ye untuk ‘travel’ bersama anak yang ramai namun pasangan ini berjaya membuktikan ia bukan sesuatu yang mustahil.
Tidak mudah untuk ibu pada tujuh orang anak untuk bercuti namun ibu ini berjaya membuktikan ia bukan perkara mustahil untuk dilakukan. Bercuti dengan tujuh orang anak terutama yang masih kecil dan seorang anak istimewa memang tak mudah.
Banyak perkara yang perlu difikirkan bermula dari itinerari sepanjang percutian, kelengkapan ketika bercuti dan banyak lagi. Persiapan untuk bercuti perlu dibuat awal supaya perjalanan lebih lancar dan teratur. Lebih-lebih lagi jika mahu bercuti ke tempat yang jauh atau ke luar negara.
Mempunyai tujuh orang puteri pastinya satu cabaran buat Shaeriani A Hamat dan suami bila nak bercuti. Namun dengan perancangan dan persiapan dibuat lebih awal, ia memudahkan Shaeriani dan pasangan setiap kali mereka hendak bercuti bersama anak-anak.
Berkesempatan membawa tujuh orang puterinya yang berumur dari 16 tahun hingga dua tahun bercuti ke Vietnam baru-baru ini pastinya satu cabaran buat pasangan ini. Tambahan pula mempunyai seorang anak Kekurangan Upaya (OKU) bersama mungkin cabaran menjadi berganda.
Namun syukur dengan izin Allah semuanya dipermudahkan. Segala persiapan dan perancangan awal sangat membantu urusan percutian keluarga ini ke Vietnam selama lima hari pada Februari yang lalu.
Nak tahu apa yang perlu dipersiapkan bila nak bercuti dengan anak ramai, ini perkongsiannya:
Hari ini mama nak share tip persiapan yang mama buat untuk bawa anak 7 travel jauh
(dalam negara atau oversea)(kali ini trip vietnam)
Tips ‘PERSIAPAN’ untuk bawa anak 7 bercuti:
1) Persiapan kena 2 hari sebelom bertolak ( beg baju ‘WAJIB ‘ 1 sorang dan kalau boleh bag sandang untuk mudah perjalanan ) nanti baru ada tanggungjawab bawa barang sendiri)
2) Anak 7 kena simpan sendiri bila mama baca berdasar ‘SENARAI’ baju , tudung, seluar dan berapa lama akan tinggal kat sana (mama akann tentukn color & jenis baju) biasa mama akan bagi yang ringan kurangkan berat nak pikul – list tu mama dah buat seminggu awal
3) Beg mestila ‘DITANDA’ nama sebab senang untuk cam beg masing-masing( senang untuk ank 7 cari keperluan masing-masing sebab bag kami semua sama tapi keperluan berbeza masing-masing ..ada yang uzur & sebagainya)
4) Semua anak 7 mestila ‘BERKASUT’ untuk keselamatan & melancarkan perjalanan sepanjang travel ( banyak pegerakan semasa travel – walaupun puteri tapi ke sana ke mari jugak)
5) Semua ‘PASSPORT’ akan ditanda mengikut susunan ikut kelahiran 1-7 untuk senangkan urusan semasa di airport (sebab passport papa akan pegang dan bila smpi giliran pengenalan identiti papa akan bagi ikut numbering- tak perlu dah bukak bukak)
6) Keluar awal untuk ke airport sebab anak ada 7, ramai dan masih kecil (sampai awal takpe sebab kita tak tau apa terjadi kat tengah jalan)
7) Semua anak yang bawa hanset perlu memakai sling bag ( kan berhati-hati dan memudahkan benda berharga ada dekat dengan kita baru tak tertinggal) ( mama bagi 1 org jer bawa sebab tak nak diaorg asyik main gadjet semasa dalam hotel..1 tu pun supaya mama nak berhubung sebab bilik berasingan)
8)Bawa makanan ringan seperti biskut, cococrouch & honeystar dan lain-lain yang ringan untuk keperluan sebab supaya tak lapar dalam perjalanan( baby tak tahan lapar dan tak nak dia merengek sebab urusan airport memang lama dan kita tak tau cam mana tempat orang kan)
9) Selalu pesan pada anak 7 supaya ‘ TEPATI MASA’ agar boleh selari dengan program travel ( bagi diaorg tau masa itu emas baru la boleh atur kehidupan sendiri)
10) Ni yg ‘LAST’ mama suka pakaikan anak 7 baju, tudung, seluar, anak tudung semua ‘ SAMA’ sebab senang nak ‘CAM’ anak 7 jika jauh sikit dari kiter..( sebab diaorang nama jer pompuan tapi sama jer cam anak lelaki..heheheh..) ( kalau tak travel pon memang selalu sama)
Inilah tip mama untuk memudahkan perjalanan mama dan papa handle puteri 7 kami.
Semoga tip ini menjadi panduan buat ibu ayah yang ada anak ramai ketika sedang membuat perancangan untuk pergi bercuti.
Bila dah berumah tangga sikap tolak ansur, saling tolong-menolong dan faham pasangan antara rahsia penting untuk kebahagiaan bersama. Bukan setakat isteri yang kena beralah tetapi suami juga kena memahami.
Walaupun bergelar pengantin baru atau dah lama melayari kehidupan bersama, meraikan pasangan penting kerana inilah kunci paling utama untuk keharmonian selain menjadi contoh untuk anak-anak memupuk nilai kasih sayang.
Berikut perkongsian dari Ariff Ismail mengenai isteri juga perlu tahu memikat dan ambil hati suami.
Selalu saya tulis berkenaan perihal wanita, kali ini saya kongsikan pula tips memikat hati suami. Seringkali kita dengar, kita lihat dan kita lalui, mengapa hari hari kita lalui semasa bercinta tidak sama selepas perkahwinan.
Romantis yang di cipta putus ditengah jalan. Apa yang suami ingin kan? Apa yang isteri mahu kan? Bagaimana cara kita ingin kekal kan semua ini hingga hujung nyawa.
Banyak perkongsian saya sebelum ini berkisah perihal suami perlu menjaga dan membantu isteri, kali ini saya akan kongsikan rahsia hati suami. Harap kakak kakak tidak kecam saya ye.
Lelaki ini sikap nya ingin di manja, ingin di belai, ingin di beri perhatian. Nampak je masing masing macho, tegas, maskulin. Tapi masih ada bunga dalam hati, cuma tak tunjuk je.
Tak percaya, en abang sekalian mesti ada terdetik rasa cemburu dalam hati bila isteri nampak mesra dengan lelaki lain termasuk lah adik beradik, sepupu sepapat dan kawan mereka. Lagi teruk rasa cemburu bila isteri beri tumpuan lebih kat anak.
Para isteri di luar sana, mari baca ni, saya bongkar rahsia seorang lelaki. Bagaimana kakak kakak sekalian nak tambat dan ikat hati suami.
1. PERHATIAN
Lelaki ni perlukan perhatian juga dari isteri, kami ni nak juga di manja macam mana anak anak di manjakan. Kadang kadang nak juga bini suap kan makan.
Asyik suap anak anak je, suami pon nak isteri suap kan makan gak. Sikap lelaki ni, kami tak kan cakap kami ni merajuk ke, nak tumpuan ke? Bila rasa jauh hati kebanyakan dari kami akan diam.
Perhatian yang di minta bukan lah sentiasa di layan bak Raja. Kami ingin kan sesuatu yang sama sebelum bernikah. Manja kan kami ibarat kami teman lelaki sepanjang hayat.
2. MASAKAN
Ni buat kata orang tua tua, nak jaga suami jaga lah perut mereka. Kakak oi walaupon suami akak chef terkenal dan pandai masak ibarat masakan hotel 5 bintang, dia tetap nak makan air tangan isteri.
Biar pon yang di sajikan telur masak kicap atau ikan goreng, tetap kami akan tersenyum merasa air tangan seorang isteri. Bila dapat merasa hidangan masakan isteri perasaan dia ibarat menjamu makanan dari syurga.
3. KELUAR BERSAMA
Sikap lelaki ni, kita nak isteri ke depan ketengah kebelakang kemana mana dengan kita. Kalau boleh lepak dengan kawan pon nak bini ada.
Masa bercinta selalu jalan bersama, bila dah kahwin dah ada anak jarang berlaku nak keluar ” dating ” sama sama. Untuk pastikan hati suami terikat, ajak la suami keluar dan lakukan juga kebiasaan yang di lakukan sebelum bergelar suami isteri.
Aktiviti bersama ni, dapat mengeratkan dan menguatkan lagi nilai kasih sayang bersama pasangan.
4. HIAS DIRI
Berhias lah diri walau selepas berkahwin. Masa bercinta bukan main mengalahkan neelofa, dah kahwin bangun pagi nampak macam kak limah. Sesungguhnya besar pahala seorang isteri bila berhias untuk suami.
Tak perlu pon make up dan pakai baju macam nak g majlis, asalkan nampak kemas dan sejuk mata suami memandang dah cukup. Baru lah laki tak tengok perempuan lain. Kalau tengok gak kau cucuk kan je mata dia.
Oklah, ini antara tip yang boleh di gunakan untuk menambat hati suami. Inshaallah saya akan kongsikan lagi di masa akan datang.
Pokok pangkalnya, perkara yang saya share di atas perlu dilakukan bersama, jika suami mahu layanan first class oleh isteri, layan lah isteri dengan layanan first class.
Isteri adalah cerminan suami, oleh itu kita haruslah menjaga dan mendidik mereka. Biar mereka menjadi isteri di dunia dan bidadari di syurga kita nanti.
Bab lipat baju selalu jadi bahan topik mak-mak kan. Tak kisah dari anak seorang sehinggalah anak dah besar pun, inilah yang selalu buat ibu-ibu sentiasa dalam dilema.
Orang kata, masa anak kecil nak lipat baju ambil masa sebab baju anak yang kecil tu buatkan ibu bercinta nak menyiapkannya tambah pula ada si kecil yang akan kacau. Tapi bila anak dah besar, nak lipat baju mesti kena ada mood. Apa sekali pun, ibu-ibu lebih tahu.
Seperti perkongsian Puan Leena Hassan, tipnya melipat baju sangat mudah.
Bila pakai baju, kenalah cuci. Bila dah cuci, kenalah lipat. Bila dah lipat, kenalah simpan balik ke dalam almari. Pusingan ini tidak akan habis. Akan berpusing lagi dan lagi dan lagi.
Jadi, cara saya, supaya tidak rasa serabut mata sebab hendak melipat baju perlukan masa dan mood yang sangat-sangat ‘sesuai’.
1. Beli bakul.
Cari yang sama design, saiz dan warna. Jangan beli saiz besar! Cari saiz yang munasabah untuk saya kumpul dan lipat. Agak-agak tiga kali basuh, dah boleh lipat.
2. Asingkan siap-siap ikut tuan punya baju.
Macam rumah saya, ada empat orang, jadi nya bakul akan ada lima. Bakul Ayah, bakul Mamy, bakul Firas, bakul Firman dan bakul baju untuk digosok.
Kalaulah tidak sempat melipat seperti yang di rancang, masing-masing boleh cari baju atau seluar dalam bakul itu…
3. Saya akan melipat sambil mata tengok TV atau telinga dengar ceramah. Kadang-kadang sambil dengar lagu layan perasaan.
Setakat ini, cara saya berjaya untuk saya. Belum lagi tertidur masa melipat baju!
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.