Bayi pramatang secara amnya akan kelihatan berbeza berbanding bayi cukup bulan, dalam pelbagai aspek. Selain saiz bayi kecil, ada beberapa perbezaan utama perlu kalian ketahui.
Paling utama, setiap keadaan yang dialami terjadi kerana bayi tidak sempat melalui proses perkembangan seperti sepatutnya kerana lahir lebih awal.
Keadaan bayi kecil anda
Bayi pramatang kecil berbanding bayi yang dilahirkan cukup bulan. Bukan setakat itu sahaja, jika dibuat perbandingan antara anak yang tidak cukup bulan lain, mereka turut akan tampak berbeza.
Keadaan ini umumnya banyak bergantung kepada seberapa awal si manja dilahirkan. Bagi anak yang dilahirkan pada usia kehamilan 36 hingga 37 minggu, mereka mungkin akan kelihatan seperti bayi cukup bulan bersaiz kecil.
Namun bagi si manja sangat pramatang, misalannya dilahirkan pada minggu ke-24 kehamilan, saiz mereka mungkin hanyalah sebesar 2 tapak tangan individu dewasa yang dirapatkan.
Jadi apakah keadaan lain bayi kecil yang perlu ibu ayah ketahui sebagai persediaan?
Keadaan bayi pramatang kecil
Sememangnya setiap bayi yang dilahirkan akan berbeza, malah daripada aspek tingkah laku dan perkembangan juga akan terdapat kelainan. Pun begitu, keadaan bayi pramatang akan jelas kelihatan perbezaannya saat mereka dilahirkan.
Berikut antara perubahan pada bayi kecil yang boleh anda jangkakan berbanding anak yang dilahirkan cukup bulan:
Ads
Keadaan kulit
Adakalanya, kulit bayi pramatang kecil – biasanya bagi bayi yang dilahirkan sekitar 26 minggu – belum berkembang sepenuhnya. Keadaan kulit si manja mungkin akan tampak licin dan berkilat atau lut sinar dan sangat sensitif. Malahan ia masih tidak dapat berfungsi sebagai penghalang yang cekap.
Ini bermakna, sekiranya terdapat sebarang benda pada kulit bayi – seperti losyen atau krim – folikel rambut dan kelenjar mungkin membiarkannya untuk meresap masuk ke dalam kulit.
Pada usia antara 30 hingga 32 minggu, kulit bayi kecil ini akan kelihatan berkedut dan mengelebeh. Ia disebabkan kerana permukaan kulit semakin berkembang, namun si manja tidak mempunyai lemak yang mencukupi di bawah kulit.
Oleh kerana bayi pramatang hanya mempunyai lemak badan yang sedikit, selalunya mereka sukar untuk mengekalkan kestabilan suhu tubuh. Maka di situ inkubator bayi akan memainkan peranan memberikan kehangatan dan mungkin kelembapan sehingga kulit mereka semakin kuat, biasanya antara tempoh 2-3 minggu selepas dilahirkan.
Keadaan normal lain bagi kulit bayi pramatang adalah ia juga akan cenderung berdepan masalah kekeringan dan mengelupas.
Mata bayi kecil
Sekiranya bayi anda dilahirkan sangat awal pada usia kehamilan 24 minggu, kelopak mata mereka mungkin nipis dan bercantum. Pada minggu ke 26, si kecil kadang-kala boleh membuka mata, namun mereka tidak dapat fokus.
Sebarang rangsangan visual atau cahaya mungkin boleh memberikan tekanan pada sistem tubuhnya. Sekitar 28 minggu, bayi akan mula berkedip. Keadaan mata bayi pramatang kecil ini akan mula tumbuh bulu mata dan kening.
Ads
Menjelang minggu ke 30, bayi akan menutup kelopak matanya dengan rapat jika berdepan pencahayaan yang cerah tetapi masih tidak dapat melakukan banyak pergerakan mata.
Perkembangan tidak matang
Berbeza dengan si manja cukup bulan, sistem saraf (otak) anak tidak cukup bulan ini tidak begitu matang. Keadaan itu sekali gus mempengaruhi perkembangan si kecil dalam beberapa aspek.
Si manja mungkin tidak dapat mengawal suhu badan, pernafasan atau degupan jantungnya, mereka mungkin mudah tersentak (twitch), kaku atau sukar untuk kekal berjaga.
Rambut bayi kecil
Bagaimana pula dengan rambut mereka adakah selebat bayi cukup bulan?
Bayi pramatang biasanya mungkin mempunyai sedikit rambut pada bahagian kepalanya dan mengalami pertumbuhan rambut halus pada tubuh yang dikenali sebagai lanugo.
Kebanyakan fetus akan mengembangkan lanugo pada bulan ke-4 atau 5 kehamilan. Biasanya rambut halus ini tidak akan kelihatan pada saat bayi dilahirkan kerana ia akan gugur sekitar bulan ketujuh atau kelapan kehamilan.
Ads
Tetapi ada juga bayi yang akan lahir dengan lanugo pada tubuh mereka dan gugur setelah beberapa minggu kelahiran. Pun begitu, lanugo yang muncul bersama semasa dilahirkan lebih kerap terjadi pada bayi tidak cukup bulan.
Tetapi lanugo ini mempunyai fungsi tertentu atau ia satu keadaan yang berbahaya?
Umumnya, ia tidak berbahaya dan berperanan seperti:
Pelindung kulit – Bertindak sebagai ‘bahan pelekat’ bagi cecair vernix caseosa – cecair putih pekat – yang berfungsi untuk melindungi kulit bayi daripada cecair ketuban
Mengawal suhu badan bayi – Berfungsi sebagai pengawal suhu sebelum lapisan lemak terbentuk
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Istilah resdung mungkin biasa kita dengar pada orang dewasa. Tanpa kita sedar masalah ini sebenarnya turut sama berlaku kepada anak-anak kecil kita. Tidur malamnya terganggu dek hidung yang tersumbat teruk.
Ditambah pula dengan dengkuran yang berlarutan. Begitu juga dengan batuk dan gatal-gatal. Semua ini adalah petanda anak kecil kita turut mengalami resdung.
Menurut perkongsian Pakar Perunding Kanak-Kanak, Hospital Pakar KPJ Perdana, Kota Bharu, Dr Shahiniz Tasneem Mustafa Kamal, selesema berpanjangan yang dialami oleh anak kecil kita adalah petanda anak mengalami masalah itu. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Resdung Dalam Kalangan Kanak-Kanak?
Ada ibu kepada pesakit yang bertanya, “Kenapa anak saya muntah pada waktu malam? Rasa kesian sebab anak tidak dapat tidur malam sejak 3 bulan lalu disebabkan hidung tersumbat.”
Selesema berpanjangan antara tanda anak anda mengalami RESDUNG. Boleh ke anak mengalami resdung macam orang dewasa?
YA resdung pada kanak-kanak boleh berlaku seawal 18 bulan lagi, terutamanya pada keluarga yang mempunyai sejarah asma dan resdung (Atopy).
Ini kerana badan menghasilkan histamin untuk menghalang alergen yang masuk ke badan. Ia menyebabkan badan kita menghasilkan lebih bendalir, maka terjadi batuk dan selsema.
Lubang hidung akan tersumbat disebabkan oleh bengkak pada liang saluran hidung (hypertrophic turbinates).
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Salimah Habibi, peserta Akademi Fantasia musim keempat kini sedang berpantang anak keduanya. Comel dan semangat betul bayi keduanya, baru berusia 31 hari tapi beratnya dah cecah 5.3kg!
Bayi perempuannya yang bernama Syarifah Nur Asmaa’ Syed Abdul Kadir Aljoofre dilahirkan pada 11 Ogos 2018 dengan berat 3.2 kg pada usia kandungan 37 minggu.
Terbaru, Salima memuat naik fotonya bersama Asmaa’ dengan kapsyen berikut;
MasyaAllah anakkkkk… td bawa pg cucuk… bile timbang beratnya dah 5.3kg… umur bru 31 hari… kuhhhhhhh semangat….patutlah naik rebeh bahu mommy…alhamdulillah sihat ank dara mommy…
Our 1st selfie???
Perkara yang paling menakutkan ibu-ibu ketika bersalin adalah koyakan. Ngeri betul bila dengar nak melahirkan anak sehingga terkoyak. Setiap kelahiran kebanyakan akan melibatkan pada perineum akibat regangan kulit, episiotomi dan penggunaan alat bantuan semasa proses kelahiran berlaku.
Namun ada juga yang tidak mengalami sebarang koyakan ketika proses bersalin. Banyak tip yang boleh dilakukan atau dicuba untuk mengelak berlakunya koyakan ketika bersalin. Puan Nur Mudzalifah Chacha sudi berkongsi pengalamannya dan beberapa tip untuk memudahkan proses bersalin.
Hi ibu-ibu. saya selamat melahirkan baby boy seberat 3.3kg secara normal tanpa koyak dan jahitan. anak pertama, lahir cukup bulan 40weeks 1 day, syukur sangat. lahir pada 14/4/2020. harap mommy-mommy yang lahirkan anak bulan ni dengan bulan depan dipermudahkan.
Saya kongsi sedikit pengalaman bersalin yang saya lalui. Pukul 11 malam mula rasa sakit kontraksi (kontraksi palsu) so boleh tahan lagi tapi dah tak boleh stop sampailah ke subuh jam 4pagi.
Saya mula tak tahan, perut memulas, sakit pinggang dari belakang tak boleh bawa bincang. Mak dan kakak pun suruh encik suami bawa hospital.
Sampai di hospital, check bukaaan dah 3cm. Terus admit wad, dalam wad tu tahan sakit kontraksi ja. Hanya Allah sahaja tauu sakitnya macam mana. Jam 7 pagi dah tak boleh tahan dah. Terlalu sakit! Minta nurse check bukaan, bukaan da 7cm pagi tu. Nurse suruh masuk labor room dan rest kat dalam. Dalam labor room tu tahan sakit kontraksi lagi tunggu bukaan sampai 10cm, tapi saya dah start meneran bukaan 9cm.
Maka bermulalah perjuangan seorang ibu melahirkan, sakit tu memang sakit. Tapi saya bersyukur dalam labor room tu tak lama bila dah mula meneran, nurse puji juga lah pandai meneran, curi nafas.
Masa dalam wad saya tak putus-putus berdoa semoga dimudahkan, zikir tak putus-putus saya baca.
Saya tetap berjalan walaupun sakit, tapi berjalan masa kontraksi berhenti. kontraksi saya sakit dalam 45-50saat dan makin lama naik sampai 1minit.
Saya shared apa saya amalkan sepanjang mengandung
Masa kandungan 5 bulan sampai 9 bulan saya amalkan minum air kelapa muda(tanpa gula/ice) , air kelapa bukan hari2 ya sis, saya minum seminggu tu dalam 2/3kali mcm tu… Saya banyak buat exercise seperti Squat/Ketuk ketampi/berjalan kaki. Saya tak ambil langsung minyak kelapa dara semua tu.
Masa kontraksi sakit jangan putus-putus baca zikir yunus dan tarik nafas melalui hidung keluar dari mulut supaya tak ada rasa meneran. Kalau dapat, masa kontraksi tak sakit, berjalan kalau boleh jangan duduk mencangkung sebab nurse kata tu lagi buat kepala baby lambat turun. masa kontraski sakit stop!!
Yang paling saya sarankan sis buat, try belajar bernafas! Banyak kat youtube, belajar cara teknik bernafas masa kontraksi dan teknik masa melahirkan. Curi nafas. Jangan sekali angkat punggung masa meneran/please praktis mommy-mommy! Dan kena pandai meneran yaa.. bukan setakat nafas ja tapi kena meneran tauu mommy-mommy. Mommy-mommy kena kuat semangat pastikan ada makan sebelum masuk labor room, sebab kita perlukan tenaga 200%. Saya sebelum masuk labor room saya makan kurma ja.
Tak ada yang mustahil boleh cuba, kita iktiar! Saya boleh apa lagi mommy-mommy semua. Yang penting kena kuat semangatt okayy!!! Pastikan tenaga banyakk masa tu!! Mana-mana pon tak ada masalah bersalin normal/czer/ normal vacuum/induced tu rezeki masing-masing, dah takdir kita mcm tu. kita cuma berdoa untuk dimudahkan bersalin.
Terima kasih juga kepada nurse-nurse Di Hospital Kota Belud,Sabah kerana banyak memberi semangat juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.