Selebriti, Nubhan mengakui momen menjadi seorang ayah adalah momen yang paling berharga. Malah dirinya sendiri sebolehnya ingin mendidik anak dengan penuh kelembutan agar tiada trauma dalam diri anak-anak ketika mereka sedang membesar.
Baginya, anak-anak kecil masih lagi dalam proses mengenal dunia, menangis, melasak itu perkara biaasa dan mereka perlukan bimbingan bukanya amarah yang tidak dapat dibendung oleh orang dewasa.
Sentiasa menghargai keluarga, anak, isteri dan ibunya sendiri, Nubhan mempunyai sisi yang hebat jadi tidak hairanlah kenapa dia dipilih sebagai Penerima Anugerah Best Papa Millennial untuk Pa&Ma Gala Award 2023, yang mana perkongsian dari Nubhan boleh dijadikan inspirasi buat papa-papa lain.
Nak Anak Sentiasa Happy
IKLAN
“Saya suka anak-anak saya happy. Saya tak suka anak-anak saya sedih, menangis sebab mereka baru kenal dunia kan? Banyak benda yang dia tak tahu.”
“Saya selalu nasihatkan isteri agar lebih berlembut dengan anak-anak, nasihat dengan baik.”
Sebelum berkahwin, Nubhan juga turut mendalami ilmu keibubapaan, ilmu agama supaya dapat membimbing keluarga tercinta.
IKLAN
“Setiap hari saya akan peluk anak-anak saya, saya akan cium anak-anak saya. Saya akan berbual dengan anak-anak saya. Kalau saya diberi masa yang banyak, saya akan lebih banyak spend masa dengan anak saya.”
“Sebab waktu dia membesar ni waktu yang saya akan ingat dan tak akan berulang lagi, jadi itulah momen-momen yang saya nak kumpul sebanyak yang boleh dengan anak-anak yang merapatkan lagi anak-anak dengan saya agar mereka rasa tak takut dengan mak ayah, agar anak rasa dilindungi, tempat bergantung dengan kita.”
“Anak baru lahir, bila saya dapat tahu anak saya punya progress. Bila balik rumah, anak berlari peluk kita, sayang kita. Seronok sebab bila tak ada dekat rumah, rasa sunyi.. rindu gelagat anak.”
“Nubhan pernah menghadiahkan sebuah klinik buat isteri tersayang dan juga pengubahsuaian rumah buat ibu tercinta, namun baginya duit bukan ukuran kebahagiaan.”
IKLAN
“Bila kita tengok orang kita sayang tu bahagia, itulah kebahagiaan kita. Jangan nilai seseorang itu berdasarkan berapa duit yang dia ada, berapa aset dia ada. Itu bukan, tidak dinilai dari situ langsung.”
Untuk saksikan perkongsian lanjut dari Nubhan sebagai Penerima Anugerah Best Papa Millennial, Pa&Ma Gala Award 2023 tonton di bawah ini.
Nantikan episod seterusnya untuk Pa&Ma Gala Award setiap hari pada bulan Julai ini!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Rata-rata ibu bapa menggunakan lampin pakai buang untuk bayi mereka bagi memudahkan tugas menguruskan anak. Lampin pakai buang sememangnya menjadi pilihan utama ibu bapa pada hari ini, terutamanya ibu yang berkerjaya. Tambahan pula, penggunaan lampin pakai buang adalah lebih mudah dan praktikal untuk bayi serta ibu bapa terutama ketika di luar rumah.
Bagi membantu ibu bapa memilih lampin yang betul, anda perlu tahu apa ciri-ciri lampin pakai buang yang sesuai. Ciri yang bagaimana anda perlu cari?
Apa yang perlu dicari dalam memilih lampin pakai buang?
1. Lampin Yang Dapat Menyerap Dengan Baik Selama 10 Jam
Ini kriteria utama dalam memilih lampin pakai buang. Penting bagi anda untuk mencari lampin yang mempunyai lapisan cepat kering dan mempunyai ciri-ciri perlindungan untuk mengelakkan kebocoran serta tahan lama. Lazimnya, anak kecil yang aktif akan mengalami masalah kebocoran di celah paha jika lampin yang digunakan tidak sesuai. Justeru itu, ibu bapa perlu mencari lampin yang mempunyai lapisan dalaman yang dapat menyerap dan mengunci cecair supaya kulit bayi kekal kering.
Pilih lampin yang mempunyai lapisan luar beraliran udara bagi membolehkan kulit bayi bernafas dan tahan selama 10 jam. Lampin yang cepat basah boleh menyebabkan bayi mengalami ruam lampin.
2. Pemilihan Saiz Lampin Yang Betul
Jangan memilih lampin yang terlalu ketat atau terlalu besar dengan tubuh bayi anda. Pilih lampin mengikut saiz dan kebesaran bayi. Periksa dahulu panduan berat yang disarankan kepada bayi yang terdapat di hadapan bungkusan lampin pakai buang untuk memastikan ianya bersesuaian dengan anak anda. Lampin pakai buang kini tersedia dalam pelbagai saiz dari saiz bayi baru lahir, kecil hingga paling besar.
Selain itu anda perlu mendapatkan lampin yang mempunyai panduan pinggang bermula dari zon 1 hingga zon 3 sebagai panduan untuk menukar lampin baru. Zon 1 ialah padanan yang sempurna, Zon 2 baik dan Zon 3 adalah penunjuk untuk menukar lampin baru.
3. Pemilihan Lampin Yang Mudah Dipakai
Ada ibu bapa yang mengambil masa yang lama bagi memakaikan anak mereka lampin. Justeru itu, pilihlah lampin yang senang dipakai mengikut keaktifan bayi anda. Jika si manja anda masih kecil, adalah lebih sesuai jika dipakaikan lampin berpelekat. Namun, jangan cari yang mudah tertanggal.
PetPet Tape telah mereka khas lampin bagi pengalaman sentuhan pertama yang “unggul” mementingkan 3 fungsi paling penting dalam rekaan lampin iaitu, tiada kebocoran, tahan lama dan kekeringan berpanjangan.
Lampin bayi Pet Pet ini memberikan bayi anda perlindungan berpanjangan .Ia direka dengan inovasi Sistem Keselesaan Fast Dry 360 Air Tru. Bayi rasa kering dan selesa sehingga 10 jam di mana penukaran lampin yang kerap tidak diperlukan. Ibu bapa kini boleh berehat dengan selesa dan anak-anak gembira bukan hanya sepanjang hari, tetapi ketika tidur juga.
Bagaimanakah kami mereka khas semula PetPet Tape untuk pengalaman sentuhan permulaan yang unggul
NEW PETPET Tape: NB & S, direka khas bagi pengalaman sentuhan pertama yang “unggul”. Lima ciri utama lampin ini antaranya sentuhan selembut bayi, tanpa wangian, alkohol & paraben sesuai untuk kulit bayi yang lembut, rekaan khas untuk menjaga tali pusat bayi baru lahir, inovasi Fast Dry 360 AirThru Comfort System membuatkan bayi kekal segar dan perlindungan 3-segi -perlindungan pinggang berkantur dan celah kaki untuk mencegah kebocoran.Dengan ciri-ciri pada lampin bayi Pet Pet NB & S ia memberikan bayi keselesaan berpanjangan.
NEW PETPET Tape: M, L & XL pula direka khas agar bayi kekal segar sepanjang hari. Tiga ciri utama lampin ini ialah untuk bayi kekal segar sehingga 10 jam dengan Sistem Keselesaan Fast Dry 360 Air Tru. Tanpa wangian, alkohol & Paraben lebih lembut bagi kulit bayi yang halus dan yang terakhir 3-Way Protect (Perlindungan 3-Segi), perlindungan pinggang berkontur dan celah kaki untuk mencegah kebocoran.
Keselesaan bayi amat penting dan pemilihan lampin pakai buang haruslah mengikut ciri-ciri yang dinyatakan agar bayi kekal segar sehingga 10 jam lamanya. Keselesaan bayi amat penting agar hubungan ibu bapa dan anak lebih erat terjalin, lebih banyak masa untuk bersama tersayang.
Nikmati potongan 15% dengan pembelian New PetPet di Lazada Official Store menggunakan kod promo eksklusif ‘PETTRY15’.
*Cap to RM30
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi ibu yang selalu memasak, selain keperluan barangan dapur salah satu barang tambahan yang wajib ada adalah kain pengelap. Memang tak kisah pun kain pengelap jenis apa, tapi ia dikira tak sah jika tak ada.
Kadang tu sesetengah ibu menggunakan baju atau seluar anak-anak yang dah tak muat untuk lap sisa kotoran dapur. Ye lah nak pakai dah tak boleh, nak buang sayang lagi jadi buatlah lap dulu. Apa pun caranya, yang penting dapur sentiasa bersih dan nak sediakan makanan pun rasa tenang je.
Untuk kali ini, perkongsian Zaraa Hashim mungkin boleh buat ibu-ibu rasa gembira. Mana taknya, nak beli kain lap magik yang harganya agak mahal tu rasa tak mampu, tapi yang ni mampu milik dan tetap berbaloi.
Bukan nak iklan tapi yang elok kita sama-samalah kongsikan manfaatnya.
BARANG RM2 TAPI SUPERB!
Cik Jara ni sangat malas bila nak lap dapur lepas masak sebab Cik Jara kalau lap guna kain biasa mesti nak kena ada Cif atau sabun untuk hilangkan kesan minyak. Kain norwex dah beli tapi alah sayangnya nak guna sebab kain kayangan kan.
Then Cik Jara came across this one cloth. Sebenarnya tertarik dengan kain ni sebab terang-terang dia tulis “Anti Oil Cleaning Cloth”. Jadi nak cubalah kan betul ke tidak.
Bila dah cuba tu, WOW! Cik Jara dengan umi Cik Jara sama-sama duk wow kat dapur. Hahaha. Serius tak payah guna air atau sabun.
Gosok je kain tu kat dapur yang berminyak lepas masak. Terus hilang minyak tuuuu! Bila calit-calit dengan jari pun tak terasa berminyak langsung!
Di kedai ECO ada jugak kain ni. Tapi yang mana jauh atau tak boleh nak pergi kedai ECO, kat shopee pun ada jual. Harga pun tak jauh beza. Dalam 2 ringgit sen sen dapat la 2pcs.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak yang soleh, mendengar kata dan bijak. Tetapi bagaimana sebenarnya cara yang terbaik untuk menjadikan si kecil membesar menjadi anak soleh? Adakah ia sukar untuk dilakukan?
Sebenarnya, untuk menjadikan anak membesar sebagai insan yang soleh dan solehah bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini kerana ia bermula daripada cara didikan ibu bapa itu sendiri.
Dalam erti kata yang mudah, jika ibu bapa mendidik anak dengan cara yang betul dan terbaik, maka impian memperolehi anak soleh dan mendengar kata, pastinya akan dapat dicapai. Tetapi bagaimana?
Mengalas tanggungjawab sebagai ibu bapa memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi. Dalam masa yang sama tanggungjawab tersebut perlu dilengkapi dengan perasaan kasih sayang.
Kaedah mendidik anak
Bagaimana yang dikatakan sebagai cara didikan yang betul dan terbaik agar si manja membesar menjadi anak soleh? Penulis akui, setiap ibu bapa mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza dalam mendidik anak.
Walau bagaimanapun, berikut adalah antara beberapa kesilapan yang tanpa disedari dilakukan oleh kebanyakan individu bergelar ibu bapa:
Penggunaan bahasa yang kasar
Anda pasti pernah berada dalam situasi di mana seorang ibu memarahi anaknya di depan khalayak umum, bukan? Ataupun pernah tak anda mendengar jiran anda menjerit dan menggunakan bahasa yang kasar kepada anaknya?
Apakah perasaan anda tatkala mendengar jeritan, maki hamun dan amarah seorang ibu kepada anaknya? Mungkin anda berasakan itu adalah cara si ibu melepaskan tekanannya akibat sikap si anak.
Tetapi sebenarnya perbuatan seperti itu lebih cenderung menjadi ikutan si anak apabila dewasa kelak. Mereka mungkin akan menjerit, marah dan memaki sesiapa sahaja yang tidak mengikut keinginannya. Adakah anda mahu anak anda menjadi individu seperti itu?
Bukankah setiap tutur kata ibu bapa itu adalah doa? Bukankah anak itu cerminan diri ibu bapa? Maka jika anda mahu si kecil menjadi anak soleh dan solehah, maka elakkan daripada menuturkan perkataan kasar yang tidak elok. Ubah diri anda terlebih dahulu sebagai ibu bapa sebelum anda membentuk si manja menjadi anak yang baik.
Memaksa anak
Anda mahukan anak mendengar setiap kata dan mengikut telunjuk anda. Anda langsung tidak cuba memahami keinginan si kecil. Adakah anda sedar tindakan anda itu boleh menyebabkan si kecil menjadi tertekan? Lebih menakutkan jika mereka tidak mempunyai keinginan dan semangat untuk melakukan sesuatu seperti bermain?
Ya, kita semua sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, tetapi adakah apa yang kita rasakan terbaik itu, sememangnya terbaik buat si kecil? Bayangkan jika anda berada di tempat si manja dan dipaksa melakukan sesuatu yang bukan kehendak anda, apakah perasaan anda? Malahan, tidak mustahil ia boleh menyebabkan wujudnya dendam dalam hati si manja.
Sebaiknya, jangan terlalu memaksa anak anda mengikut telunjuk anda semata-mata. Berikan si kecil peluang menikmati zaman kanak-kanak mereka. Benarkan mereka untuk mempunyai pengalaman dan memori menyeronokkan dan akan dikenang sepanjang hayat mereka.
Jika mereka mempunyai minat dalam sesuatu perkara, bantu mereka untuk menjadi terbaik dalam apa juga bidang kegemaran mereka. Jika mereka masih kabur, maka ia adalah tugas anda untuk membantu mereka membina dan mewujudkan perkara yang mereka gemari.
Ketagihan gajet
Dalam hal berkaitan gajet ini, terdapat percanggahan pendapat mengenai keperluan masa skrin untuk anak-anak dalam kalangan ibu bapa. Ada sesetengah ibu bapa yang melarang dan tidak langsung membenarkan anak untuk menggunakan gajet, ada ibu bapa yang mengehadkan masa skrin sehari dan terdapat juga ibu bapa yang memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk menghadap dan bermain gajet seharian. Anda berada dalam kelompok ibu bapa yang mana?
Tidak kira kelompok ibu bapa yang mana anda berada, pastinya anda mempunyai alasan yang tersendiri, bukan? Sebenarnya tidak salah untuk anak-anak menghadap skrin, sama ada televisyen, telefon pintar atau sebarang gajet. Tetapi ia haruslah mempunyai had masa yang tertentu.
Jangan sesekali memilih memberikan gajet sebagai cara untuk mengawal anak. Ini kerana tindakan ini mungkin akhirnya akan memakan diri anda sendiri dan menyebabkan anak anda menjadi ketagih dengan gajet.
Walau apa pun, sebagai ibu bapa pilihan berada di tangan anda. Anda yang akan menentukan corak kehidupan anak anda. Jika anda berasakan tiada masalah memberikan kebebasan penggunaan gajet dan masa skrin, terpulang. Jangan nanti menyesal di kemudian hari, okay?
Melarang anak
Pernah tak si kecil secara tiba-tiba datang kepada anda dan menyatakan “Mama, Husna nak tolong sapu sampah”, apakah reaksi anda? Mengizinkan atau menghalang? Jika anda mengizinkan, maka anda membuat keputusan yang betul walaupun hakikatnya si kecil mungkin hanya akan menambahkan lagi kerja anda.
Ini sekurang-kurangnya dapat mendidik sifat dan keinginan untuk membantu dalam diri mereka. Dalam masa yang sama membangunkan rasa tanggungjawab dalam diri anak anda.
Sebaliknya, jika anda memarahi mereka dan menolak keinginan mereka untuk membantu, malah lebih teruk lagi apabila anda memarahi mereka, percayalah situasi ini akan menyebabkan mereka sukar untuk membantu dalam melakukan tugasan di rumah.
Menipu
Kenapa anak takut untuk bercakap benar apabila melakukan kesalahan? Sudah tentu kerana mereka bimbang akan dimarahi anda. Kenapa anak gemar untuk menipu? Pastinya kerana mereka pernah melihat anda menipu.
Seperti yang dikatakan pada awal tadi, anak adalah cerminan diri anda sendiri. Jika anda merupakan individu yang tidak beradab, gemar meninggikan suara dan menipu, maka tidak mustahil anak anda juga akan bersikap sebegitu. Si kecil mudah meniru apa yang sering mereka lihat.
Buat perangai
Anak meminta anda membelikan sesuatu dan anda tidak memenuhi permintaannya, apa yang akan berlaku? Adakah dia mengamuk, menangis atau mendiamkan diri? Jika mereka mengamuk dan membuat perangai, ini bermakna mereka sudah biasa dengan situasi segala kehendak dan keinginan mereka dipenuhi.
Mungkin ada antara anda bertanyakan, adakah ia sesuatu yang tidak bagus sedangkan anda mampu untuk memberikannya? Sebenarnya, anak anda harus mempunyai satu kesedaran bahawa bukan semua perkara yang diingini akan diperolehi.
Mereka harus belajar bersyukur dengan apa yang mereka miliki dan bukannya hanya tahu meminta-minta. Ini kerana dikhuatiri sikap ini akan terbawa-bawa sehingga anak anda sukar menerima pendapat dan pandangan individu lain.
Apa yang dikongsikan di atas adalah antara kesilapan yang sering dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa tanpa sedar. Namun, masih belum terlewat untuk anda melakukan perubahan jika anda mahu si kecil membesar menjadi anak soleh yang boleh membanggakan anda suatu hari nanti. Segalanya bermula daripada didikan anda sebagai ibu bapa. Banyakkan bersabar, okay?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!