Mula-mula elok saja main sama-sama, bila dah mula bosan, sudahnya pasti ada aksi memukul kawan. Asal sahaja bergaduh mesti cepat naik tangan. Jangan dibiarkan sahaja, mak ayah perlu cepat bertindak.

Anak memukul kawan ketika bermain sebenarnya disebabkan oleh emosi yang perlu dilepaskan. Pun begitu, sebagai mak ayah bantulah anak lepaskan emosi melalui cara lain. Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim.

Selalu Sangat Pukul Kawan, Cara Anak Lepaskan Emosinya, Mak Ayah Kena Bantu Anak Kawal Diri!


Anak kecil kuat memukul. Bukan isu biasa!

Kalau nak tahu usia mereka ni memang banyak keganasan berlaku sebab tu mereka di gelar “The Teribble Two”
1-3 tahun memang fasa anak kuat,
– memukul
– mengamuk
– menjerit
– menendang
– membaling

Tu semua cara mereka melontarkan emosi mereka pada kita. Cuma sebagai ibu ayah kita kena ikhtiar untuk kekang tabiat suka memukul ni dari berleluasa sampai ke besar.

Dari kecil kena pupuk cara melontar emosi yang sihat dan tidak bahaya.

IKLAN

Selalu Sangat Pukul Kawan, Cara Anak Lepaskan Emosinya, Mak Ayah Kena Bantu Anak Kawal Diri!

Apa kena buat?
– bila anak mula memukul cepat cepat tahan tangan dia, dan tegas kata “tidak boleh”. Terus instant remove
– anak memukul sebab ada letusan emosi, hanya kata-kata sahaja tak memadai.
– boleh urut tangan anak yang memukul tadi di bahagian lengan sampai ke bahu. Supaya dapat kurangkan rasa tegang ( intense ).
– urut dada depan dan belakang anak boleh beri efek tenang pada dia.
– bagi “calm hug” supaya dia boleh tenangkan emosi yang kecamuk dalam diri
– ajar alternatif, dia memukul sebab dia tak tahu cara lain untuk sampaikan apa yang dia rasa, jadi tanggungjawab kita untuk ajar dia alternatif lain.
– penting kenalkan anak dengan “big emotion” seperti marah, sedih, takut, malu & gembira.

Selalu Sangat Pukul Kawan, Cara Anak Lepaskan Emosinya, Mak Ayah Kena Bantu Anak Kawal Diri!

Tabiat memukul bukan isu biasa, jangan anggap ia biasa walau nampak comel pada mulanya.

IKLAN

Mula dia memukul sebab rasa tak puas hati tapi bila dah jadi habit nanti dia akan memukul sebab nak rasa puas pukul orang.

Selalu Sangat Pukul Kawan, Cara Anak Lepaskan Emosinya, Mak Ayah Kena Bantu Anak Kawal Diri!

Aduhai, masa tu bukan kita je, adik adik, kawan kawan, siapa saja dia marah akan jadi mangsa kena pukul.
Kekang sebelum terlambat ye!

Wallahu A’lam,

IKLAN

Menarik: Anak Kita Sejak Lahir Bijak, Silapnya Menangis Bagi HP & Buka TV, Patutnya Bagi Anak Explore

Selalu Sangat Pukul Kawan, Cara Anak Lepaskan Emosinya, Mak Ayah Kena Bantu Anak Kawal Diri!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI