Ramai mengenali pasangan Tomok dan Ayu Abbas kerana mereka suka berkongsi tentang perkembangan Arrianshah dan Andrashah di laman Instagram masing-masing. Terbaharu, Tomok berkongsi sebuah video yang memamaprkan gelagat anak kedua Tomok yang sedang bernyanyi sambil menari.
Kongsi penyanyi ini, anak keduanya itu bercita-cita mahu jadi sepertinya. Mahu jadi penyanyi yang berbakat. Melalui kapsyen di video tersebut, Tomok menulis:
Comel Sungguh Andra ni, geram pula lihat gayanya itu. Kalau anak dah kata nak jadi macam ayah bila dah besar tu, maknanya Tomok mesti banyak tunjukkan contoh yang baik-baik pada anaknya kan? Pa&Ma doakan agar kedua-dua anak Tomok membesar dengan sihat dan terus membanggakan ibu dan ayah mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kematian tak mengenal usia. Tak semestinya orang yang sakit akan pergi dulu. Jika sampai masa kita, dalam keadaan sihat pun, Allah boleh ambil jika dah ditakdirkan-Nya.
Jadi jangan terperdaya dengan usia muda, kematian boleh datang pada bila-bila masa sahaja jika Tuhan berkehendak, tiada kuasa untuk kita menahannya.
Terkesan dengan kes kematian mengejut dua rakan selebriti iaitu Ashraf Sinclair dan Abam Bocey, telah membuka mata penyanyi dan pengacara Alif Satar untuk membuat persediaan awal demi masa depan keluarganya.
Dah buat wasiat awal-awal
Sedar akan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga masih panjang lagi, Alif Satar dikatakan telah membuat pelan perwarisan harta daripada sekarang, buat isteri dan anak-anaknya.
Tak tahu berapa lama kita hidup
Bagi Alif, dia telah membuat wasiat sejak daripada kelahiran anak pertamanya lagi, meskipun proses agak sulit namun ia sesuatu yang amat penting untuk dilakukan oleh ketua keluarga.
“Orang selalu cakap supaya buat simpanan, tetapi sepatutnya anda perlu buat wasiat. Saya sebenarnya tak berapa pandai buat benda ni, tapi ia tetap perlu dibuat…”
“Saya dah buat wasiat sejak lahir anak pertama. Kita tidak akan tahu berapa lama kita akan hidup…”
Hidup dan mati di tangan Tuhan. Justeru, tindakan Alif ini adalah sangat tepat kerana sementara masih hidup inilah kita perlu membuat persediaan awal demi memastikan masa depan keluarga kelak terjamin.
Selalu kita nampak pengorbanan seorang ibu. Namun kali ini pengorbanan seorang ayah demi anak syurganya begitu membuatkan ramai kagum. Semua yang dilakukan adalah untuk memastikan anak kelima dari enam beradik ini sentiasa selamat.
Menurut Chef Rusman, dia mempunyai enam orang anak berusia 19, 17, 13, 12, 7 dan 5 tahun. Namun anak kelima yang satu-satunya anak lelaki, Muhammad Noah Asfa berusia 7 tahun disahkan autisme.
Walaupun disahkan autisme, kami sekeluarga sangat sayangkannya dan sanggup buat apa saja demi keselamatan dan kejayaan pada masa depan. Disebabkan dia autisme, memang tingkah lakunya sukar nak dikawal kerana dia bukan tahu apa yang bahaya atau tidak untuk dirinya.
Anak saya ni kreatif dari segi permainan lego. Dia boleh buat macam-macam tapi yang saya perasan, sejak kecil dia memang takut pada buaya. Jadi saya terpaksa umpan ‘buaya’ untuk diletakkan di mana-mana sudut rumah bagi memastikan dia masuk bilik dan tidur pada waktu malam.
Ini kerana dia memang suka tidur lambat. Jadi kami sekeluarga bimbang jika dia melakukan sesuatu perkara yang kami tak sedar sehingga boleh menyebabkan kecederaan dirinya atau menimbulkan masalah lain pula.
Kebetulan saya ada kepakaran dalam bidang membaking dan kulinari. Dari situ timbul idea untuk membuat roti buaya bagi memastikan tingkah lakunya terkawal untuk bagi dia tidur awal. Idea ini bukan menakut-nakutkannya tetapi orang kata sebagai langkah pencegahan.
Lagipun dia anak istimewa, kalau kita beritahu dia banyak kali pun, bukanlah seperti kanak-kanak normal lain yang boleh faham dan ingat. Mungkin ada sesetengah orang akan bagi tanggapan negatif, tapi disebabkan jam 3 atau 4 pagi pun masih belum tidur siapa yang tak risau. Jika dia tahu ada replika buaya ini, memang akan tidur awal dan pagi esoknya baru bangun.
Kami sekeluarga memang memanjakannya. Apa yang dia nak, kakak-kakaknya akan ikut. Tambah pula dia seorang lelaki.
Kongsi Chef Rusman yang mempunyai kedai bakeri sendiri, sebulan dua atau tiga kali buat roti buaya ini. Biasanya akan disimpan di dapur. Bila dah reput, baru saya akan buat yang lain.
Saya akan buat siap-siap di kedai dan baru bawa balik ke rumah. Biasanya ambil masa dalam 4 jam untuk siapkan seekor buaya ini yang beratnya dalam tiga hingga lima kilogram bergantung pada saiz. Itu pun masa bawa balik kena sorokkan dulu agar anak tak tahu hal sebenar.
Material utama yang saya guna untuk pembuatan roti ini adalah brown bread. Jika diikutkan roti ini sedap dan memang boleh makan macam biasa. Kalau betul-betul wrap boleh tahan dalam seminggu.
Walau apa pun yang terjadi, selagi Allah bagi kudrat pada kami sekeluarga menjaga anak istimewa ini, saya akan buat yang terbaik untuknya dan sekarang kedai bakeri C Noah Bakery pun ambil sempena namanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perhatian buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2016 dan 2017. Pendaftaran murid Tahun 1 ambilan 2023 dan 2024 boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022 sehingga tarikh yang akan dikemaskini. Permohonan murid Tahun 1 boleh dibuat secara online.
Borang pendaftaran murid ke Tahun 1 sesi 2023 dan 2024 boleh diisi melalui Sisten Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) – public.moe.gov.my).
Ibu bapa dinasihatkan untuk mendaftar pada tarikh yang ditetapkan untuk membolehkan permohonan kemasukan diproses.
Tarikh permohonan Murid Tahun Satu
– 1 Mac 2022: Tarikh Buka
– Akan Dikemaskini: Tarikh Tutup
Kategori Permohonan Kemasukan Tahun 1 2023/2024
Untuk makluman, kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut:
– 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017 (Untuk kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2023)
– 2 Januari 2017 sehingga 1 Januari 2018 (Sesi persekolahan tahun 2024)
Cara membuat permohonan
i) Pendaftaran murid Tahun 1 boleh dibuat seperti berikut:
1) Aplikasi permohonan/pendaftaran secara online boleh dibuat di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut:
Berikut dikongsikan cara mendaftar murid Tahun Satu secara online:
1) Layari laman SPATKPM
2) Untuk pengguna sedia ada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
3) Untuk pengguna baru SPATKPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di DAFTAR PENGGUNA
4) Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan Penjaga
Mula pengisian borang permohonan pendaftaran. Untuk makluman, di antara maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut:
1) Maklumat prasekolah/tadika
2) Profil kesihatan
3) Rekod imunisasi kanak-kanak
ii) Cetak borang dan hantar dokumen yang diperlukan
Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa atau penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu semasa tempoh permohonan pendaftaran dibuka. Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut:
1) Salinan permohonan online
2) Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta satu salinan)
3) Kad pengenalan ibu bapa/penjaga (Salinan asal beserta satu salinan KP ibu dan bapa
4) Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan satu salinan)
5) Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
6) Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
7) Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
8) Borang persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi
Selamat membuat pendaftaran untuk anak Tahun 1 2023/2024. Moga permohonan kemasukan yang dimohon berjaya diluluskan.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa tentu mengimpikan anak belajar dalam persekitaran sekolah yang selamat, selesa dan mampu membantu mereka berkembang secara menyeluruh. Bukan sekadar mengejar keputusan akademik, sekolah juga memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah, emosi, keyakinan serta kesejahteraan anak-anak.