“Selalunya saya paksa diri. Tidak semestinya sakit, kita jadi lemah. Jadi saya tetap bangun. Saya akan berlatih berjalan, tetapi bukan di hadapan anak-anak,”.
Begitu luahan hati seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan lima orang anak kecil.
Nor Karmira Benny, seorang ejen perniagaan, terlantar di rumahnya di Jalan Green, Kuching sejak Ogos tahun lalu kerana menghadapi masalah tulang belakang atau lebih dikenali sebagai slip disc.
Meskipun begitu, tidak pernah sekali Nor Karmira menjadikan ia sebagai alasan serta mengabaikan keperluan anak-anaknya yang berusia dalam lingkungan lima ke 10 tahun itu.
Katanya, paling penting makan minum serta pendidikan anak-anaknya terjaga.
“Saya tidak berputus asa, saya sekarang menjadi ejen perniagaan seperti menjual baju, alat solek dan makanan.
“Contohnya, kalau harga satu barang adalah RM20, saya akan mendapat upah RM2 atau RM3 seminggu. Itu cara saya mencari pendapatan,” kongsinya kepada Astro AWANI.
Ads
Ujar Nor Karmira lagi, walaupun realiti kehidupan payah untuk ditelan, namun dia harus cekal. Lebih memeritkan, katanya dia telah ditinggalkan oleh suami ketika masih mengandungkan anak kelima.
Namun, jelas ibu tunggal ini, situasi itu bukan alasan untuk dia tidak membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Dia juga bersyukur dengan sokongan moral berterusan diberikan ibunya yang menjadi penguat semangat untuk berdepan dengan liku-liku hidup.
“Memang saya yang memberi nafkah kepada anak-anak. Tetapi tulang belakang tetap ibu saya.
Ads
“Dia bantu dengan memberi sokongan serta motivasi. Mungkin bukan dari segi kewangan, kerana saya masih mempunyai dua adik yang sedang bersekolah,” luahnya.
Dengan doa insan tersayang, Nor Karmira berharap satu hari nanti dia dapat pulih sepenuhnya agar dapat menjadi ketua keluarga yang mampu menyediakan keperluan terbaik untuk mereka sekeluarga.
Melihat pada kesusahan yang dihadapi oleh enam beranak ini, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) tampil menghulurkan bantuan.
Ads
Malah kata Menteri KWKPK, Datuk Seri Fatimah Abdullah, bantuan yang diberikan bukan hanya berupa bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Baitulmal Sarawak, tetapi juga penambahbaikan rumah didiami mereka.
“Kita melakukan kerja bersepadu melibatkan beberapa agensi. Bantuan berbentuk one-off dan bulanan diberikan.
“Pihak bomba sudah meninjau keadaan dan memberi jaminan atas keselamatan mereka. Jadi mereka lakukan kerja-kerja pembersihan serta menambah baik wayar elektrik,” beritahu Fatimah.
Tambah beliau, perkara ini diberi tumpuan bagi memastikan kehidupan mereka anak beranak selesa.
Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan program gotong-royong kebajikan kediaman Nor Karmira di Jalan Green, Kuching pada Jumaat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka mata bayi yang comel ini akhirnya membengkak seteruk ini hanya berpunca daripada mainan dalam bilik air. Bengkak kecil pada mulanya menjadi makin parah sehingga doktor mengesahkan bayi comel ini hampir kehilangan penglihatanya.
edenstrong pada mulanya enggan berkongsi, namun demi pengajaran buat semua ibu bapa di luar sana, dia mula berkongsi kisah hitam yang berlaku kepada bayi comelnya menerusi instagram dan mendapat hampir 200 ribu reaksi daripada netizen.
Saya belajar sesuatu. Dan saya duduk selama beberapa bulan kerana saya sendiri tak pasti ada yang mahu melihat kisah ini, tetapi saya membuat kesimpulan bahawa orang lain juga harus tahu. Ambil pengajaran dari kisah ini.
Saya tahu air boleh terperangkap dalam mainan tab mandi, terutamanya getah yang direka untuk memancutkan air. Jadi saya memerahnya setiap kali mandi, membersihkannya secara berkala dengan peluntur.
Tapi apa yang saya tak tahu mainan tersebut tak akan kering sepenuhnya di bahagian dalam walaupun kita sudah memerah dan membersihkan mainan tersebut dan ini bermakna bakteria yang tidak kelihatan masih boleh membiak.
“Dia memancutkan air dari mainan tab mandi masuk kedalam mata,” saya diberitahu ketika saya melihat matanya sedikit merah. Saya fikir mungkin matanya pedih sedikit akibat dari air dan saya ketika itu tak fikir lebih. Tetapi malam itu setelah melihat matanya masih merah, kami membawanya ke bahagian kecemasan.
Doktor memberi ubat titis mata dose pertama. Kemudian, saya memutuskan untuk memberinya booster dose di tengah malam untuk memastikan matanya akan lebih baik pada keesokan paginya.
Saya terkejut dan tak sangka apabila saya memeriksa anak di dalam katil bayi, matanya bengkak sehingga dua kali gandaa dan kemerahan hingga ke pipi.
Kami segera ke bahagian ER dan doktor memberikan oral antibiotics, yang diambil pada 2:30 pagi.
Ketika dia bangun pada pukul 6 pagi, saya menjerit dan segera menuju ke hospital. Dia demam dan matanya sangat bengkak sehingga bahagian putihnya menonjol keluar dari antara kelopak matanya dan irisnya tersembunyi.
Antibiotik IV segera dimulakan dan kerana pembengkakan yang ketara, CT scan dilakukan untuk memeriksa retina.
Selulitis yang teruk menjalar ke wajah dan kedua-dua matanya. Saya diberi amaran bahawa dia mungkin kehilangan penglihatan, tetapi pada akhirnya, terima kasih Tuhan mata dia sembuh.
So tub toys? THROW THEM OUT. You cannot clean them. I don’t have moldy pictures to show you, because there was never any visible mold to see. You can’t see bacteria. You aren’t better than dirty tub toys. THROW THEM OUT.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat kali pertamanya, seorang wanita hamil dilaporkan telah dijangkiti wabak cacar monyet.
Memetik laporan The Sun, wanita berasal dari Amerika Syarikat (AS) itu telah selamat melahirkan bayinya tanpa sebarang komplikasi.
Dr John Brooks dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC) berkata bayi itu didapati tidak dijangkiti cacar monyet daripada ibunya.
Sementara itu, pegawai di Persatuan Penyakit Berjangkit AS berkata bayi tersebut telah diberikan infusi globulin imun. Ia adalah rawatan antibodi yang telah diluluskan oleh medik di AS semasa wabak cacar monyet.
Wanita dan bayinya dipercayai berada dalam keadaan sihat selepas dia bersalin.
Dalam pada itu, pakar telah memberi amaran pada bulan lalu bahawa penyebaran virus yang berterusan dibimbangi akan menjejaskan kumpulan tertentu.
Difahamkan, wanita hamil, orang yang mempunyai sistem imun lemah dan kanak-kanak adalah antara golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit itu.
Pun begitu, wanita hamil dikatakan lebih terdedah kepada jangkitan itu kerana fakta yang menunjukkan bahawa sistem imun mereka terjejas.
Secara global, kes cacar monyet kini telah melebihi 14,000 kes dengan 3,591 jangkitan direkodkan di AS.
Manakala, United Kingdom mencatatkan 2,367 kes beberapa hari lalu dan dijangka akan terus meningkat.
Pengarah Insiden Kebangsaan UKHSA, Dr Sophia Makki memberi amaran kepada orang ramai untuk memeriksa simptom cacar monyet iaitu ruam atau lepuh pada kulit sebelum melakukan hubungan seks.
Hubungan fizikal yang rapat dikatakan membolehkan virus itu merebak. Tetapi ia tidak ditakrifkan sebagai penyakit yang dijangkiti secara seksual.
Gelagat si comel Jebat Jayden, anak selebriti Sharnaz Ahmad dan juga Noor Nabila sentiasa menarik perhatian ramai setiap kali videonya dimuat naik di laman sosial.
Baru berusia 4 tahun, namun kepetahanya bercakap dan menyusu perkataan kadang kala menghiburkan ramai.
Terbaru, sebuah video telah di kongsi di laman Instagram Sinar_my yang di ulang siar menerusi akaun tiktok rasmi noornabila memaparkan keletah Jayden sedang makan timun. Namun riaksi terhadap rasa timun tersebut membuatkan ramai ketawa.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.