Dapat peluang menjaga sendiri anak di rumah adalah sesuatu yang diinginkan oleh kebanyakkan ibu. Melihat sendiri anak-anak membesar depan mata, melihat perkembangan mereka, itu semua dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak.
Pengacara My Doctors, Dr. Say Shazril akui sebelum ini dia tidak begitu memahami apabila isterinya Dr Azura Abas meluahkan hasrat untuk menjaga anak di rumah.
Bagaimanapun pandangannya mula berubah selepas dia sendiri merasai pengalaman menjaga anak sulungnya, Ace sewaktu Azura bekerja.
Dr Say berkongsi pengalamannya itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Ads
Topik : Aku SAHD & Aku Okay
Terus terang sy cerita selama ni sy pandang sebelah mata SAHM (Stay At Home Mom). Sy fikir “tak bosan ke duduk rumah menghadap anak & dapur & dinding je?”. Bini sy pernah menyatakan hasrat dia nak jadi SAHM tapi sy macam “u bia betik nak mengadap Ace je, berbuih mulut u nanti”. Sempat bini cuba sekejap jadi SAHM sebelum kami ambil maid & masin mulut sy, hampir berbuih mulut bini dikerjakan Ace.
Tup tap tup tap here i am, a SAHD. Stay At Home Dad. Cuma yg bezanya mujur pagi2 Ace gi sekolah & di sebelah petang maid jaga maka buih mulut tu takdelah berjujuk sangat. Tapi to be honest seronok jadi SAHD ni. Pertamanya, sy dapat SAKSIKAN PERKEMBANGAN pesat anak sy dengan RAPAT (walaupun bukan sy yg mengembangkan dia, cikgu2 di playschool banyak membantu) & paling best the AMPLE TIME that i have untuk ber-bonding dengan anak sy cukup PRICELESS.
Ads
Budak2 ni walaupun diorg nampak macam dop tahu natang mende (clueless) tapi they know if someone truly care & love them. Arini dapat sy saksikan sendiri kasih sayang Ace terhadap sy (sila swipe tepi). Sumpah cair peeps. Sanggup die buang frying pan dia, berlari kat sy & tarik tangan teacher untuk bukak gate supaya dia dapat peluk sy. Inilah ape yg SAHM SAHM lain experience sebenarnya & ia cukup manis. Kini sy tidak lagi pandang SAHM sebelah mata. Daddy loves u Ace.
Dr Say dan Dr Azura telah berkahwin pada 30 Mac 2014 setelah lima tahun berkenalan. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama mereka, Ace pada 5 Mei 2019.
Sumber: Gempak & IG Dr Say
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari pertama sesi persekolahan hari ini membuka pelbagai lembaran baru dan kisah dalam kehidupan anak-anak kita di Tahun Satu. Tak kurang hebatnya dengan ragam anak-anak pagi ini.
Namun bagi pelakon Yana Samsuddin dan Fadzil Zahari, keduanya lega bila mana anak sulung mereka, Aisy Mateen tiada drama air mata malah cukup bersemangat ke sekolah pagi ini.
Aisy Mateen yang masuk Tahun 1 ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) hari ini melangkah ke sekolah dengan yakin dan ceria untuk bertemu kawan-kawan.
Melalui Instagramnya, Yana berkongsi cerita malah turut memuat naik beberapa gambar sesi persekolahan Mateen pagi tadi.
“Alhamdulillah! 1st day nampaknya berjaya! Takda drama air mata! @aisymateen pun bersemangat nak ke sekolah,” kata Yana bercerita.
Bahkan kata Yana, anak sulungnya itu bukan sahaja ceria dan bersemangat ke sekolah malah tambah yakin bila turut mendapat semangat dari adiknya, Aura Sofea serta datuk dan neneknya sebelum ke sekolah.
“Nak keluar rumah adik dia si @auraaisysofea pun sibuk peluk-peluk salam bagi semangat kat abang dia.
“Pagi pagi jugak atuk nenek, mommy long, and teacher sekolah tadika dia bagi kata kata semangat juga.
“Rasanya dadi dia yang nangis… hahahahaa. Tak sangka anak dah besar!
“Ok mommy, dadi nak gi dating breakfast jap. Mommy mommy dadi ok ke tak tu?,” kata Yana lagi.
Malah Yana juga turut mengabadikan kenangan hari pertama persekolahan bersama Mateen ketika berada di sekolah.
Dalam pada itu, wargamaya turut menitipkan doa dan kata-kata semangat untuk Mateen yang memulakan sesi persekolahannya hari ini. Tidak kurang juga yang turut berkongsi kisah anak masing-masing ke sekolah.
“Ibu, adik pening duduk dalam kereta lama-lama, rasa macam kepala berpusing”. Ayat seperti ini mungkin akan keluar dari mulut si manja anda setiap kali bawa anak naik kereta untuk perjalanan yang jauh bukan? Ya, ia memang kedengaran menyusahkan.
Dilema anak kecil & kenderaan
Setiap kali tiba cuti sekolah, si manja anda pasti tidak boleh duduk diam dan mula bertanya kepada anda berkenaan aktiviti yang ingin dilakukan pada waktu itu bukan? Mereka mungkin memilih untuk balik ke kampung halaman ataupun pergi melancong dan bercuti ke mana-mana pusat peranginan.
Bagi mana-mana ibu bapa, ia boleh jadi satu perkara yang menyeronokkan tetapi membimbangkan pada masa yang sama. Ini kerana anda perlu merancang terlebih dahulu perjalanan anda dengan baik agar si manja tidak meragam sepanjang perjalanan menuju destinasi pilihan.
Persoalannya, apa yang ibu bapa perlu lakukan sebagai tip bawa anak naik kereta untuk perjalanan jauh?
Tip bawa anak naik kereta untuk perjalanan jauh
Sebenarnya, tiada sebarang masalah untuk ibu bapa bawa anak naik kereta. Asalkan anda sebagai ibu bapa amalkan tip-tip berikut:
#1. Tentukan waktu dan tempoh perjalanan
Sebelum memulakan apa-apa perjalanan yang jauh, ibu bapa seharusnya merancang waktu dan tempoh perjalanan anda. Tidak ada waktu atau tempoh spesifik yang perlu dipatuhi kerana ia bergantung sepenuhnya kepada individu.
Namun begitu, cuba elakkan daripada terus memandu selama berjam-jam tanpa berehat seketika bagi mengelakkan kanak-kanak berasa mual dan stres sepanjang perjalanan. Ia juga pasti akan membuat anda berasa tidak selesa.
#2. Pastikan kondisi kereta berada dalam keadaan baik
Anda juga perlu memastikan kondisi kereta berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Periksa bahagian dalaman enjin, tekanan angin tayar, beg udara serta pasang kerusi kanak-kanak jika perlu.
Tali pinggang keledar dan beg udara direka untuk penumpang yang mempunyai ketinggian lebih 145 cm dan berat melebihi 36 kg sahaja. Jika si manja masih lagi kecil, jangan lupa pasangkan baby car seat ya?
Namun, harus diingatkan juga agar bayi dan anak-anak yang masih kecil perlu duduk di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang yang direka khas untuk usia dan berat mereka.
Jangan pula anda meletakkan kerusi tersebut di tempat duduk sebelah pemandu kerana ia adalah tindakan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan bayi terhumban ke depan jika kenderaan brek mengejut!
#3. Sediakan makanan
Ibu bapa perlu memenuhkan kereta dengan makanan dan minuman kegemaran anak dan juga anda sendiri. Ini bertujuan untuk mengelakkan kelaparan sepanjang perjalanan jauh anda.
Ketika ini, anda juga boleh melonggarkan sedikit peraturan pemakanan dan berikan mereka makanan ringan atau makanan segera yang digemari mereka.
#4. Sediakan pakaian Selain makanan, pakaian juga penting. Ibu bapa perlu menyediakan secukupnya pakaian yang diperlukan oleh setiap ahli keluarga. Selain itu, sediakan juga kain atau tisu yang mudah anda capai sekiranya berlaku kecemasan kepada anak anda seperti muntah atau luka!
#5. Tetapkan peraturan
Ibu bapa perlu bersikap lebih tegas terhadap anak-anak dengan menetapkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang perjalanan anda menuju destinasi. Misalnya, anda boleh membuat peraturan agar anak anda meminta izin terlebih dahulu sebelum membuka tingkap, bumbung suria atau menukar saluran radio.
#6. Sediakan pelbagai bentuk hiburan untuk anak anda
Ini adalah penting bagi memastikan anak anda kekal ceria dan bersemangat sepanjang perjalanan. Anda boleh menyediakan pelbagai bentuk hiburan seperti permainan yang boleh selamat untuk dimainkan di dalam kereta. Jika anak anda seorang yang gemar menonton kartun, pasangkan dvd cerita kegemaran mereka agar mereka kekal terhibur.
#7. Bawa kamera
Anda sudah pasti tidak mahu terlepas daripada merakam setiap detik dan kenangan percutian anda bersama pasangan tercinta dan anak-anak. Bersama-sama, anda boleh merakam setiap keindahan yang anda temui sepanjang perjalanan anda menuju ke destinasi pilihan.
#8. Menyanyi dan menari bersama anak anda
Sekali-sekala, tidak salah jika anda mengubah watak ibu bapa yang tegas dan menjadi ibu bapa yang ‘happy go lucky’. Pasangkan lagu kegemaran anda seisi keluarga sambil menyanyi dan menari bersama-sama. Ini akan mencipta sebuah ritual dan pengalaman yang sangat indah dalam memori anak anda.
Kesimpulannya, tiada sebarang masalah sekiranya anda mahu bawa anak naik kereta untuk perjalanan jauh. Cuma, pastikan anda ikuti tip dalam artikel ini terlebih dahulu ya!
“Pernah tak kita tatap wajah anak waktu dia tidur? Kalau tak pernah cuba buat dan anda akan rasa sayu dan sebak tatap wajah tenang mereka yang tak berdosa.”
Allahu…baru rasanya kita menangisi pemergian bayi comel Adam Rayqal. Semalam ada lagi kisah sedih kanak-kanak, Muhammad Luthhakim Abdullah, 10 tahun meninggal dunia dipercayai didera.
Menurut laporan dalam Sinar Harian, kejadian jam 12 tengah hari itu, wanita berusia 29 tahun itu dikatakan membuat panggilan kecemasan menghubungi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana mendakwa anaknya tidak sedarkan diri di rumah.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata, pihak hospital menghantar ambulans ke rumah wanita terbabit dan cuba memberi pertolongan cemas namun gagal, sebelum kanak-kanak itu dibawa ke HTAA bagi menerima rawatan.
“Setibanya di hospital, doktor yang menjalankan pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia.”
Kanak-kanak malang tersebut dipercayai menjadi mangsa dera ibunya sejak beberapa bulan lalu berdasarkan kesan kecederaan lama ditemui pada tubuh mangsa.
Ekoran berita sedih melibatkan mangsa seorang kanak-kanak yang tidak berdosa, seorang ayah, Andy Sulaiman meluahkan apa yang dia rasa selepas mengetahui kematian kanak-kanak yang didera menerusi tulisan yang menjentik emosi kita yang jadi ibu bapa.
Semoga segala kemarahan dan perasaan geram dengan tingkah laku anak yang kadangkala menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa dapat disabarkan tatkala kita menatap wajah suci dan polos si kecil semasa mereka tidur.
Foto kredit: Sinar Harian
KENAPA MESTI PUKUL SAMPAI MATI?
Sekali lagi, kita dilukai. Sekali lagi, hati kita dirobek. Sekali lagi, jiwa kita menangis.
Adik Hakim, 10 tahun. Pergi ke negeri abadi selepas dikatakan diseksa dan didera.
Kenapa?
Kenapa berlaku lagi? Air mata kami belum kering mengiringi pemergian adik Adam, kenapa kami dibiarkan menangis lagi?
Dicucuh, dipukul, dirotan, ditampar. Belum puas lagi? Kenapa sampai mati?
Mak, ayah, mama, papa, umi, babah,
1) Waktu anak tidur, tatap muka anak sebentar. Kenang balik waktu kita marahkan mereka. Besar ke salah mereka? Patut ke mereka dimarah, diherdik sebegitu?
2) Waktu anak tidur, pandang mata mereka yang tertutup itu. Mata itu menangis kesakitan waktu kita pukul mereka. Tidak kah hadir rasa sayu?
3) Waktu anak tidur, lihat sesusuk badan anak itu. Badan itu lah yang kita belasah setelah diri kita dikuasai amarah. Lebam, berbekas, berdarah.
4) Waktu anak tidur, lihat telinga anak. Telinga itu lah yang kita tarik, yang kita pulas setelah mereka menunjukkan sifat kedegilan mereka yang menjadi lumrah bagi kanak-kanak. Masih lembut cuping itu. Ditarik dan dipulas oleh tangan yang sudah berpuluh tahun hidupnya.
5) Waktu anak tidur, lihat raut wajah anak. Betapa mereka sayang kita sehingga sikit tidak melawan bila kita hayunkan tangan pada muka dan tubuh badan mereka. Berasa menang kah kita?
6) Waktu anak tidur, berbual lah dengan mereka. Bagitahu kenapa kita marah. Dan fikir balik, apakah keterlaluan marah kita itu?
7) Waktu anak tidur, berbual lah dengan mereka. Tanyakan sakit atau tidak bila kita pukul mereka. Jika kita sebaya mereka, apa yang kita rasa?
8 ) Waktu anak tidur, kenang kembali. Berapa banyak janji-janji yang belum kita penuhi. Hingga anak menuntut seterusnya memberontak dan kita akhiri dengan pukulan?
9) Waktu anak tidur, ingat balik, berapa lama kita luangkan masa memberi kebahagiaan pada mereka dan berapa banyak pula masa kita habiskan untuk sakitkan mereka?
10) Waktu anak tidur, fikir balik. Apa kah kita sudah boleh dianggap ibu bapa yang berjaya? Mengapa tekanan dari luar, cabaran dunia, kita cuba zahirkan kekusutan kita ke atas tubuh badan anak kita?
Cubalah lakukan beberapa hal di atas ini. Mungkin sedikit sebanyak dapat menyemai rasa kecintaan kita, rasa tanggungjawab kita, rasa ingin lebih luangkan masa kita dengan anak-anak.
Cubalah amalkan ini. Mungkin sedikit sebanyak dapat menjauhkan diri kita dari dirasuk amarah, sehingga kita lupa yang kita pukul dan seksa itu adalah kita punya amanah. Kita punya daging darah.
Penulisan ini bukan lah untuk anda semata. Untuk aku juga. Aku juga pernah melepaskan marah. Pernah memukul anak, sehingga akhirnya menebal rasa penyesalan di dada.
Walau sekeras mana pun kita, bila dikenangkan kembali apa yang kita lakukan pada anak kita, air mata ini berlinang juga.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.