Setelah hampir tujuh tahun menantikan zuriat sendiri, akhirnya tinggal dua bulan lagi, pengasas produk kecantikan Noir, yang mesra dikenali sebagai Madammu bakal melahirkan cahaya matanya yang ditunggu sekian lama.
Berkongsi perkembangan terkininya, kongsi Madammu, dia dan suami sudah pun menerima tarikh untuk melahirkan cahaya mata sulungnya itu.
Madammu atau nama sebenarnya, Eriyca Baiduri Abdul Rashid mengumumkan kehamilannya sekitar April lalu selepas menjalani rawatan In Vitro Fertilization (IVF).
Kini usia kandungan Madammu sudah pun tujuh bulan dan bakal melahirkan bayinya tinggal lagi dua bulan.
Terbaru, bakal ibu ini memuat naik posting sudah pun dimaklumkan tarikh untuk bersalin anak sulungnya menerusi kaedah caesarean. Dan impian untuk melahirkan secara normal pastinya bukan pilihan yang tepat buat wanita yang menjalani rawatan itu.
Akur dengan pilihan itu, Madammu menerima dengan hati yang tenang. Apa yang lebih penting baginya melahirkan bayi sulungnya dengan baik dan selamat.
“Alhamdulilah hari ini Madammu & TP dah dapat date untuk Czer!
“Tak ada rezeki Madammu untuk bersalin Normal kerana Dr kata terlalu berisiko untuk Madammu & Baby kerana Madammu High Risk Pregnancy,” katanya berkongsi.
Ads
Dalam pada itu, bakal ibu cantik jelita ini lagi rupanya sudah pun mempersiapkan nama untuk bayinya. Malah membayangkan nama panggalnya dengan huruf A.
“Tak apa la. Dapat Baby pun dah bersyukur sangat apa yang penting Madammu & Baby Selamat. Doakan Madammu semua ya.
“Dah tak sabar nak jumpa Baby A,” katanya lagi.
Semoga dipermudahkan urusan kelahiran Madammu untuk menyambut cahaya mata sulungnya kelak.
Apabila anda disahkan berbadan dua, adakah berlaku perubahan pada pasangan seperti cepat letih atau loya? Jika ya, suami mungkin mengalami alahan mengandung yang disebut sebagai sindrom Couvade.
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui sama ada ia keadaan yang dibuat-buat atau benar terjadi.
Isteri berbadan dua tapi suami alami alahan mengandung
Gejala alahan yang disebut sebagai sindrom Couvade adalah keadaan di mana suami atau pasangan kepada wanita mengandung mengalami simptom kehamilan. Ia juga dikenali sebagai kehamilan simpati atau sindrom ayah mengandung.
Diambil daripada perkataan Perancis, couvee bermaksud ‘mengeram’ atau ‘menetas’. Apabila pasangan anda menghidap sindrom Couvade ini, adakah yang mereka alami itu psikosomatik atau tidak.
Pasangan anda mungkin akan mendapatkan pemeriksaan perubatan untuk mengetahui sama ada wujud masalah kesihatan atau tidak. Hakikatnya, sindrom yang dialami semasa isteri berbadan dua ini bukanlah penyakit rasmi atau melibatkan keadaan psikologi. Ia juga tidak diklasifikasikan sebagai masalah perubatan atau mental.
Seperkara yang perlu anda ketahui, walaupun sindrom Couvade ini amat jarang dibincangkan secara terbuka oleh kaum lelaki, namun ia adalah 1 keadaan biasa untuk terjadi.
Simptom alahan mengandung pada suami
Terdapat pelbagai jenis gejala yang mungkin dialami pasangan dengan sindrom Couvade ini dan ia biasanya berbeza antara setiap individu – seperti simptom kehamilan sebenar.
Antara yang biasa didengar adalah si suami turut sama mengidam makanan tertentu seperti isteri mereka yang berbadan dua.
Anda harus fahami bahawa terdapat perbezaan antara sindrom Couvade ini dan khayalan kehamilan; iaitu individu dengan sindrom ini merasakan gejala kehamilan tetapi tidak percaya bahawa mereka mengandung.
Umumnya, gejala yang dialami boleh dibahagikan kepada 2:
Gejala psikologi
Gejala fizikal
Bila sindrom Couvade bermula?
Gejala berkaitan dengan kehamilan simpati ini cenderung berkembang pada trimester pertama. Mereka akan mendapat gejala seperti wanita hamil mengalami mual pagi, keletihan dan simptom awal kehamilan yang tidak begitu seronok untuk dilalui.
Sindrom alahan mengandung suami juga akan berkurangan semasa trimester kedua, keadaan sama bagi wanita hamil yang bertambah baik pada tempoh kehamilan ini.
Gejala Couvade pada pasangan akan bertambah teruk menjelang trimester ketiga sehinggalah menghampiri saat kelahiran bayi, ia sejajar dengan keadaan wanita yang akan mengalami ketidakselesaan pada tempoh terakhir kehamilan.
Punca alahan mengandung pada suami
Pakar masih tidak pasti mengapa sindrom Couvade ini berlaku hanya pada sesetengah lelaki. Namun antara teori yang boleh dikaitkan dengan gejala alahan ini adalah:
Perubahan tahap hormon
Apabila sindrom ini berkembang, hormon prolaktin dan estrogen meningkat semasa di trimester pertama dan ketiga kehamilan, seiring dengan penurunan tahap testosteron serta hormon stress kortisol.
Ikatan emosi
Dipercayai bakal ayah yang banyak belajar mengenai bayi dalam kandungan akan lebih terdedah kepada sindrom ini.
Faktor fisiologi
Lelaki yang lebih sifat empati (penyayang) akan lebih kerap mengalami sindrom ini. Dalam erti kata lain, mereka yang berempati dengan gejala atau kesakitan yang dihadapi pasangan yang berbadan dua cenderung terdedah kepada sindrom Couvade.
Kajian mengenai alahan mengandung pada suami
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Men’s Health, menunjukkan kemungkinan mengembangkan sindrom Couvade ini adalah disebabkan terikat dengan budaya.
Manakala dalam kajian lama yang diterbitkan dalam Health Care for Women International, menjelaskan bahawa lelaki yang mempunyai pasangan dengan masalah ketidaksuburan mungkin mengalami sindrom alahan ini.
Penyelidik kajian tersebut menggunakan istilah “symptom attunement” atau penyesuaian gejala bagi menggambarkan fenomena itu. Menerusi penyelidikan dalam Journal of Reproductive and Infant Psychology, mempunyai teori bahawa sindrom ini disebabkan oleh rasa cemburu mahupun iri hati terhadap pasangan berbadan dua atau ikatan ibu-anak – dianggap sebagai krisis peralihan bergelar ibu bapa.
Malangnya, kebanyakan hasil kajian adalah tidak konsisten dan lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk menentukan penyebab fisiologi sindrom Couvade terjadi.
Rawatan
Tiada rawatan khusus untuk sindrom Couvade ini. Cuma ia akan hilang dengan kelahiran bayi atau beberapa tempoh selepas itu. Namun jika terdapat sebarang kebimbangan, pasangan anda boleh mendapatkan pemeriksaan doktor untuk merawat gejala yang dialami.
Apa yang boleh kita simpulkan, sindrom Couvade atau alahan mengandung suami ini cenderung berlaku disebabkan rasa kebimbangan dan kegelisahan berkaitan kehamilan yang terjadi.
Jadi amat penting untuk kalian berdua bersama-sama menjaga antara satu sama lain. Sebaiknya, dapatkan rehat yang mencukupi, menjaga pemakanan dengan memastikan diet seimbang dan sihat, mengelakkan pengambilan alkohol, melakukan senaman secara teratur dan melakukan teknik pernafasan mendalam, yoga atau meditasi bagi menghindari tekanan.
Kredit: Hello Health
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita hamil dan mengidam itu memang sinonim. Cumanya apa yang diidamkan itu kadang kala ada juga yang aneh-aneh. Tapi itu semua lumrah dan proses yang perlu dilalui oleh wanita yang sedang mengandung. Tugas para suami pula adalah menunaikan apa yang isteri tersayang hajati.
Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Irwansyah yang kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama bersama isteri, Zaskia Sungkar sering dilihat berkongsi tentang perjalanan kehamilan isterinya itu di media sosial.
Terbaru menerusi hantaran di Instagramnya, Irwansyah ada berkongsi cerita tentang isterinya yang hamil tiga bulan itu.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Irwansyah meninggalkan respon positif dan ramai juga yang mendoakan kesihatan buat Zaskia.
Terdahulu, Irwansyah dan Zaskia telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011. Ini merupakan percubaan sulung mereka mendapatkan zuriat melalui proses IVF setelah 10 tahun menikah.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam dan ulangan pada 11, Oktober jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Memandangkan situasi Covid-19 masih lagi belum reda dan program on ground bersama followers Pa&Ma tidak dapat dilaksanakan, buat julung kalinya Pa&Ma menganjurkan Merangkak Race SSPN x Pa&Ma secara virtual.
Dengan yuran penyertaan RM20, si comel akan mendapat akaun SSPN, t-shirt, medal dan e-sijil. Best kan?
Hanya 3 langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini. Pemenang akan dipilih berdasarkan video paling menarik dan menepati kriteria yang ditetapkan.
Ayuh apa tunggu lagi, daftarlah sekarang!!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu yang mengandung mahu melahirkan anak yang sihat dan sempurna. Biarpun kesihatan anak dalam kandungan tidak kita ketahui tetapi semasa hamil ibu boleh memilih untuk melahirkan zuriat yang sihat atau sebaliknya. Mengamalkan diet sihat semasa mengandung dapat membantu merealisasikan impian tersebut.
Kita adalah apa yang kita makan. Bayi yang dilahirkan juga membesar dalam kandungan berdasarkan pemakanan si ibu. Apa yang dimakan oleh ibu akan memberi kesan besar kepada kesihatan bayi yang berada dalam rahim selama sembilan bulan.
Fakta yang ditemui oleh para pengkaji berikut amatlah bermanfaat untuk diamalkan oleh para ibu hamil. Walaupun Tuhan yang menentukan segalanya tetapi tak salah untuk kita berusaha dan mencuba perkara yang baik asalkan ia tidak memudaratkan ibu dan bayi yang dikandung.
Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pakar di di John Hospital, The Detroit Medicine Centre, ibu hamil yang mengamalkan makan sebiji buah epal setiap hari telah membantu melindungi janinnya daripada risiko dijangkiti asma dan alergi apabila dilahirkan.
Kajian tersebut mendapati wanita mengandung yang makan epal setiap hari sepanjang kehamilan dapat menurunkan risiko terkena masalah alergi pada bayi mereka sebanyak 37 % dan risiko bayi dijangkiti asma sebanyak 46%.
Ini kerana buah epal mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi serta anti oksida yang lain. Jadi, ibu hamil jadikan buah epal menu wajib dalam diet harian anda bermula hari ini.
Para pengkaji tersebut juga mendapati amalan makan ikan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan ekzema. Oleh itu doktor sangat menggalakkan ibu hami mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan mengelakkan pengambilan kekacang bagi mengurangkan risiko alergi dalam kalangan bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.