Anak mana yang tidak rindukan pantai, lebih-lebih lagi ketika anak-anak bercuti sekolah. Pantai pastinya menjadi kewajipan.
Pun begitu, bukanlah alasan untuk anak kita tidak dapat menikmati pasir seperti di pantai. Buatkan sahaja pasir buatan, seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Pn Natrah Mohd Isa. Paling menarik kata Pn Natrah, tak perlu bimbang kerana jika anak termakan pasir buatan ini tidaklah berbahaya untuk anak. Nak tahu ia diperbuat daripada apa?
Alhamdulillah, tak dapat pergi pantai pun tak pelah dapat anak-anak main pasir kat rumah. Pasir ni selamat kalau termakan pun, cuma masih perlu pantauan rapi dari ibu bapa ye, sebab choking hazard (mudah tercekik).
DIY MOON SAND
2kg tepung gandum
2 cawan minyak kelapa
1 botol pewarna
Ads
Gaul semua bahan sehingga tepung dan minyak sebati, titikkan warna sedikit demi sedikit. Jika nak lebih menarik boleh asingkan buat pelbagai warna untuk setiap 1kg tepung.
Jika nak tahan lama, boleh masukkan ke dalam microwave dengan suhu sederhana selama 10 minit.
Ads
Cara penyimpanan : Disimpan di dalam bekas kedap udara. Boleh main selagi masih elok.
Kebaikan bermain pasir untuk anak-anak :
– Meningkatkan kemahiran motor halus anak-anak melalui sentuhan tekstur pasir. Mereka boleh membentuk, menanam, meramas menuang, mencedok pasir yang mana boleh membantu mereka untuk kemahiran lain seperti bermain alat muzik, menulis, menaip dan sebagainya.
– Buat anak lebih kreatif! mereka boleh bina istana pasir, membentuk haiwan dan sebagainya.
Ads
– Buat anak lebih tenang kerana mereka dapat ekspresikan emosi mereka dalam bermain.
– Meningkatkan kemahiran sensori, sesuai untuk anak yang ‘penggeli atau ada masalah sensori.
– Bermain pasir sangat menyeronokkan! kita ibu bapa pun boleh leka bermain bersama anak-anak. apa salahnya kan sekali sekala kita kembali ke dunia kanak-kanak.
Selamat bereksperimen!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon, Adam Corrie menjelaskan tentang sebab kenapa dia menghantar anak lelakinya, Adam Fateh Lee, 4 tahun masuk ke sekolah di usia yang masih kecil.
“Fateh (4tahun) dia tak mau pergi sekolah. Dah 2 minggu tak pergi. Dia kata dia nak school yang ada playground.”
Menurut Adam, dia menghantar anaknya ke sekoah di usia yang masih kecil kerana atas saranan doktor serta therapist.
“Kenapa awal sangat hantar anak pergi school? Sebab tahun lepas, atas saranan doktor/therapist minta fateh masuk school supaya dia ada kawan.”
“Jadi sekarang abah kena bawa anak abah pergi kerja sekali di Johor. Bagi keluarkan lebihan tenaganya. Pergi swimming”
Adam juga bercadang untuk menghantar anak ke kelas seni mempertahankan diri mengikut tahap kemampuan serta usia anaknya.
“Jadi abah nak masukkan kelas martial art (wushu) nanti .. sebab saya Cina.. nak bagi fateh wushu Ataupun kelas swimming.”
“Kita buat step by step mengikut usia dan tahap kebolehan anak. Tidak mendesak tetapi mencari kesesuaian . InsyaAllah dunia & akhirat”
Dua kanak-kanak maut manakala dua lagi cedera tertimbus tanah runtuh di Jalan Bukit Nenas, Kota Kinabalu, malam tadi (27 Julai).
Mangsa Norain Jaziz, 11, dan Isa Sabri, 2, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE), manakala Siti Nur, 28, parah patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, cedera ringan di kaki menerima rawatan hospital sama.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu 8.26 malam tadi.
Tertimbus tanah dan pokok
Katanya, seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga.
“Terdapat empat mangsa terbabit dalam kejadian itu dengan tiga daripada mereka tertimbus tanah dan pokok, manakala satu lagi cedera di kaki,” katanya, malam tadi.
Menurut kenyataan itu, seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.
“Dua lagi mangsa perempuan termasuk seorang kanak-kanak yang tertimbus berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan orang awam.
“Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan EMRS dan ambulans.
“Dua kanak-kanak disahkan meninggal dunia di hospital manakala dua lagi mangsa yang cedera kini menerima rawatan,” katanya.
Katanya lagi, selepas memastikan tiada lagi bahaya lain terbabit operasi ditamatkan kira-kira 10 malam tadi.
Hari ini sudah masuk hari ke-26 umat Islam di Malaysia berpuasa. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil, ada antaranya dari awal lagi sudah mengajar anak-anak untuk belajar berpuasa.
Seperti juga penyanyi dan pelakon, Alif Satar yang mendedahkan bahawa dia mempunyai cara tersendiri untuk mengajar kedua-dua anak perempuannya, Alisha Anugerah, 5 tahun dan Ariana Mecca, 3 tahun untuk berpuasa.
“Ayah dan ibu Alif ajar mereka berpuasa secara perlahan-lahan. Kalau sebelum ni mereka makan sarapan pukul 10 pagi, kali ni kita ajar dia makan sarapan pukul 12 tengahari.
“Tapi kita tak cakap la yang mereka sedang berpuasa. Tapi dari semasa ke semasa kita tanya mereka dah mula lapar ke belum untuk tahu sampai mana mereka mampu bertahan.
“Bila mereka berdua lapar, mereka akan maklumkan pada saya. Lepas mereka makan, baru saya akan beritahu yang sebenarnya mereka sudah berpuasa selama setengah hari. Lepas tu mereka mesti macam terkejut,” kata Alif sewaktu ditemubual oleh satu portal hiburan.
Tambah Alif lagi, dia tidak mahu terlalu memaksa dua cahaya mata perempuannya itu untuk berpuasa penuh.
“Sekadar nak mereka merasai pengalaman berpuasa setengah hari juga sudah memadai.
“Kalau boleh saya tak nak terlalu memaksa mereka, cukup sekadar mereka tahu. Lagipun kalau mereka berpuasa penuh seharian, mesti mereka berdua meragam,” jelas Alif lagi.
Sekadar info, Alif dan isterinya Shadila Halid berkahwin pada 15 September 2014.
Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki, Muhammad ‘Ali yang bakal memasuki usia satu tahun pada September ini.
Selain cara yang Alif Satar gunakan untuk anak-anaknya, cara di bawah ini juga boleh digunakan untuk mengajar anak-anak yang hendak belajar berpuasa bersama ibu dan ayah. Semoga bermanfaat!
Latih mereka berpuasa
Sementara ada baki beberapa hari ini, ajak anak cuba menahan diri daripada melakukan perbuatan tidak baik. Mereka perlu dididik seawal usia untuk menjadi hamba yang taat.
Meskipun anak mungkin belum mencapai usia baligh untuk menunaikan puasa, ini tidak bermakna mereka tidak perlu dilatih untuk berpuasa. Dalam hal ini, ibu bapa perlu bijak mendidik anak berpuasa mengikut kemampuan mereka.
Namun, perlu menjadi ingatan, janganlah pula memaksa mereka yang belum berkemampuan untuk berpuasa penuh. Mungkin boleh membiasakan mereka berpuasa sedikit demi sedikit sehingga mungkin akhirnya pada akhir Ramadan, anak kita yang masih belajar ini mampu berpuasa penuh dari masuknya waktu Subuh hingga terbenam matahari.
Berlatih sahur dan berbuka bersama
Alang-alang menyiapkan mereka sebelum keluar bekerja, ajaklah anak bangkit sedikit awal daripada kebiasaan. Sediakan sarapan ringkas untuk membiasakan perut mereka dengan kedatangan Ramadan nanti.
Tidak salah juga untuk melatih anak bangun sebelum azan Subuh berkumandang. Bukan saja kita dapat mempersiapkan mereka untuk bangun bersahur, malah boleh mengajak anak menunaikan solat Subuh berjemaah. Lebih baik jika ayah dapat membawa anak lelaki yang sudah bersekolah untuk sama-sama bersolat di masjid sebagai cara melunakkan hatinya dengan ibadat dan rumah Allah.
Sebelah petang, ajaklah anak makan malam bersama. Beritahu apa ertinya azan Maghrib buat seisi umat Islam dan mengapa ia ditunggu-tunggu. Jelaskan sekali adab berbuka dan ajar mereka solat Tarawih.
Menjelang tibanya Ramadan nanti, mungkin ada dalam kalangan kita yang menyuruh anak makan dulu sebelum tibanya waktu berbuka. Ini mungkin kerana anak itu tidak berpuasa dan tidak mahu mereka mengganggu orang dewasa ketika waktu berbuka.
Hal ini perlu diperbetulkan. Meskipun anak kita yang masih kecil tidak berpuasa atau mungkin hanya berpuasa separuh hari, raikan mereka bersama orang yang sahur dan berbuka puasa.
Sentiasa semai perkara baik dalam hidup anak sepanjang Ramadan dan kekalkan amalan sama biarpun selepas habis berpuasa kelak. Mulakan makan dengan membaca doa, beradab ketika makan, makan secara sederhana, makan dengan tangan kanan dan banyak lagi perkara sunah yang boleh kita terapkan dalam diri mereka.
Tanam rasa malu
Atas sebab tertentu, mungkin anak kita masih belum mampu untuk berpuasa. Justeru, mereka perlu makan ketika orang lain berpuasa. Maka, didiklah anak agar rasa malu untuk makan di depan khalayak berpuasa.
Jika mahu makan, ajar anak supaya tidak makan di depan orang yang berpuasa, apatah lagi abang atau kakak yang juga masih kecil supaya mereka tidak tergoda dengan hidangan yang ada di tangan si adik!
Meskipun hal ini nampak kecil dan remeh, ia akan menjadi tanda adanya iman dalam diri anak kita. Manfaatkanlah peluang ini untuk memastikan mereka sentiasa berakhlak mulia walaupun tanpa keberadaan ibu bapa di sisinya.
Sumber: Gempak & Hmetro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!