Tiada lagi celoteh ceria mak-mak di Suria FM! Pasti ramai yang akan merinduinya. Terkini, penyampai radio dan pengacara popular, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Kak Rara, mengumumkan pengundurannya dari stesen Suria FM selepas tujuh tahun menghiburkan pendengar.
Ads
Ads
Ads
Figura ceria yang sentiasa menceriakan pagi pendengar ini memilih untuk tidak menyambung kontraknya, yang akan tamat secara rasmi pada 15 Februari ini. Keputusan ini pastinya meninggalkan kesan buat peminat setianya yang sudah terbiasa dengan celoteh spontan dan humor segarnya di udara.
Menerusi kenyataan media Suria FM, Shahirah mengambil keputusan itu atas sebab ingin berehat selain memberi tumpuan kepada perkara berkaitan peribadi.
“Kami menghormati keputusan dibuat dan yakin Shahirah akan terus berjaya dalam apa juga bidang diceburinya,” katanya.
Suria FM menghargai khidmat cemerlang Shahirah sepanjang menjadi tonggak penting dalam stesen terbabit sepanjang dia bersama mereka.
“Kami amat menghargai segala usaha dan dedikasi beliau dalam menceriakan hari pendengar. Pihak Suria FM mengucapkan terima kasih kepada Shahirah atas kerjasama yang baik sepanjang tempoh perkhidmatannya,” katanya.
Shahirah mula bertugas di Suria FM pada 2018 menerusi segmen Suria Pagi di Suria FM bersama Fizi Ali dan Zulin Aziz.
Kemudian, dia bertukar mengendalikan segmen Suria Petang bersama Chiwan dan Kai Hassan yang bersiaran pada pukul 3 petang hingga 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang pempengaruh media sosial dipuji ramai kerana membuat aktiviti amal dengan membersihkan sebanyak 30 surau selama 30 hari bulan Ramadan ini.
Menerusi perkongsiannya di TikTok @rusydi.official, antara surau yang akan dibersihkan oleh beliau seperti di stesen minyak atau mana-mana surau awam.
Bermula pada hari pertama puasa iaitu pada 2 Mac lalu, Rusydi dilihat telah memulakan misi terpujinya dengan begitu bersungguh-sungguh. Malah surau di sebuah stesen minyak di Nilai, Negeri Sembilan menjadi pilihannya diketika itu.
Menerusi video yang dikongsikan, Rusydi terlebih dahulu menunjukkan keadaan surau yang kurang memuaskan kemudiannya mencuci surau berkenaan dengan rela hati.
Bukan itu sahaja, dia tidak lokek berkongsi kesemua alatan pembersihan malah menggunakan wangnya sendiri untuk membeli sabun mencuci.
“Kecuali air, saya telah minta izin terlebih dahulu untuk gunakan. Alhamdulillah, supervisor sini sambut usaha saya dengan sangat baik.
“Harapan saya agar usaha kecil saya dapat beri manfaat kepada semua,” katanya berkongsi.
Bukan hanya membersihkan ruangan solat serta kawasan wuduk, bahkan Rusydi turut membersih peralatan surau lain seperti karpet dan mengemas susun sejadah dengan baik.
Amalan mulia ini seharusnya diberikan pujian. Tidak hairanlah Rusydi dipuji wargamaya yang rata-rata menyukai niat ikhlas pempengaruh itu untuk membersihkan tempat awam orang ramai.
Ke man tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu jugalah dengan penyanyi berbakat besar, Black Hanifah yang tidak dinafikan mempunyai suara merdu dan mampu menyanyi nada tinggi dengan baik. Bakatnya digilap melalui sebuah rancangan realiti di bawah mentor Mas Idayu.
Selepas menjuarai pertandingan tersebut, nama Black mulai disebut-sebut dan bakatnya mula dihargai ramai. Bercerita tentang bakat, rupa-rupanya anak lelaki Black iaitu Khaleef Dayyan juga mempunyai suara dan keyakinan seperti Daddy.
Melalui perkongsian di laman Instagram Black, dia berkongsi sebuah video yang menunjukkan dirinya membuat persembahan bersama Dayyan di Pesta Penang baru-baru ini.
Melihat persembahan dua beranak ini, jelas kelihatan chemistry antara mereka. Tak mustahil Dayyan akan berjaya dalam bidang muzik seperti Daddynya. Memang berbakat sunngguh!
Dah lama sangat duduk rumah, rambut anak pun makin panjang. Rimas pula melihatnya. Kalau bawa ke kedai, mahu dia mengamuk! Punyalah takut bila nampak gunting. Jadi proses nak gunting rambut jadi susah.
Nak elakkan anak mengamuk di salun, lebih baik kita gunting rambutnya sendiri. Tapi sama juga kesnya kalau kita nak cuba gunting rambut anak sebab dia akan rasa ‘seriau’ bila tengok kita pegang gunting atau mesin pencukur.
Sebenarnya ada trik nak poton rambut anak dengan mudah. Dia tak takut, kerja kita pun jadi senang. Menerusi akaun Tiktok Sharifah Erna, ibu ini berkongsi tip untuk memudahkan kerja menggunting rambut anak. Hanya perlu gunakan face mask saja!
Menerusi video tersebut, dapat dilihat anaknya yang bernama Medina kekal tenang apabila si ayah menggunting rambut hadapannya. Mereka menutup mata Medina dengan face mask dan ini merupakan kali kedua mereka menggunakan trik ini untuk menggunting rambutnya.
Bila dah siap potong rambut, Median buka face mask dan tak napak takut langsung. Siap senyum comel lagi. Hasil potongan rambut pun sangat kemas!
Ramai yang teruja dengan trik yang dikongsikan dan meninggalkan komen positif;
“Dulu guna mangkuk, zaman sekarang mask pulak..”
Bagus juga perkongsian ibu ni kan? Lepas ni bolehlah kita potong rambut anak dengan lebih tenang dan dia pun tak rasa takut bila nampak kita pegang gunting atau mesin pencukur. Kalau tengok hasil selepas rambut Medina selesai dipotong tadi pun comel aje, cantik dan kemas! Jadi untuk mama papa yang mengalami kesukaran nak potong rambut anak, bolehlah cuba trik yang dikongsikan ini. Selamat mencuba!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!