Gempar baru-baru ini apabila media melaporkan Aiswarya Rai dan anak perempuanya, Aaradhya berumur 8 tahun turut disahkan positif Covid-19 selepas suaminya, Abhishek dan bapa mentuanya yang terlebih dahulu disahkan dengan virus tersebut.
Namun kelmarin, memetik laporan BBC News, pelakon jelita Bollywood dan anaknya itu telah sembuh dan dibenarkan keluar wad dari hospital.
Walaubagaimanapun, suami dan bapa mertua Aishwarya, Abhishek dan Amitabh Bachan masih menerima rawatan di hospital.
“Aishwarya dan Aaradhya telah disahkan sembuh daripada COVID-19 dan dibenarkan keluar dari hospital, mereka akan berada di rumah.
Ads
“Sementara itu, saya dan ayah akan kekal berada di hospital di bawah penjagaan rapi daripada petugas kesihatan di sini,” tulis Abhishek menerusi Twitter.
Terdahulu, Abhishek megumumkan dia, Amitabh, Aishwarya dan Aaradhya telah disahkan positive COVID-19 pada 12 Julai 2020.
Ads
Namun begitu, isteri Amitabh, Jaya Bachan tidak dijangkit virus tersebut.
Ads
Perkara itu telah menimbulkan spekulasi di kalangan netizen yang meragui tentang hubungan rumah tangga mereka.
Sumber: Hmetro & BBC News
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengumuman dari YAB Tan Sri Dato; Haji Muhyidin Haji Mohd Yassin sebentar tadi pastinya membuka sedikit ruang dan keyakinan kepada pengusaha taska dan ibu bapa untuk menghantar kembali anak-anak ke taska.
Melalui pengummam yang dibuat, Perdana Menteri turut memaklumkan pemberian insentif yang memberi kelebihan kepada ibu bapa. Pastinya ia memberi sedikit kelegaan dan memberi penambahbaikan untuk kedua-dua pihak.
“Bagi meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar semula anak-anak mereka ke taska, kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan,” katanya.
Selain itu, e-Baucar akan disediakan untuk perkhidmatan pengasuh kanak-kanak yang ditempah dalam talian.
Paling menarik, insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak akan juga turut diberi sehingga RM3,000. Langkah ini akan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat dan LHDN. Hal ini pastinya memberi sedikit kelegaan terutama kepada ibu bapa yang membayar cukai pendapatan setiap tahun.
Bantuan Untuk Ibu Tunggal Dan OKU
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa bantuan lain yang memberi pulangan bermanfaat untuk semua. Malah ibu tunggal dan golongan orang kurang upaya juga tidak terkecuali.
Antaranya bagi menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan, kerajaan akan memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja di mana syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia.
Dianggarkan 300 ribu pencari kerja akan mendapat manfaat melalui dua insentif iaitu:
Pertama: Insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja; dan
Kedua: Insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.
Paling menarik, untuk golongan ibu tunggal OKU turut sama diberikan perhatian. Sehubungan itu, lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka.
Bayaran ini InshaAllah akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha. Kerajaan juga akan memperuntukkan geran kepada pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luluh hati ibu apabila menerima panggilan menyatakan anak tak sedarkan diri ketika dalam jagaan pengasuh. Bukan tak terima takdir tapi masih terkejut kerana anak baru hari pertama dihantar ke rumah pengasuh.
Baru hari pertama di rumah pengasuh
Menerusi perkongsian ibu ini di Facebook Puan Fizah Mohd, tak terlintas pun di fikiran anak yang baru dilahirkan dijemput ilahi. Allah hanya bagi pinjam 3 bulan saja bersama puterinya.
Kongsi Fizah, pada awal November lalu, Afia Aisyah dihantar ke rumah pengasuh dalam keadaan sihat dan Aisyah ditemui tidak sedarkan diri pada hari pertama dijaga pengasuh.
Dia hampir rebah apabila dapat tahu anaknya tidak sedarkan dan bergegas pulang dan menyuruh pengasuh menelefon 999. Saat itu, hanya Allah mampu mengetahui perasaan mama dan saat itu mama terpaksa berlakon kuat dihadapan semua orang.
Namun akhirnya rebah juga walaupun hati cuba menahan seboleh mungkin semua perasaan sedih itu. Mama tahu kamu sudah tiada.
Baju Afia Aisyah pengubat rindu
Mengimbau kembali hari terakhir bersama Aisyah, senyuman indahnya tidak akan pernah dilupakan dan sentiasa di hatinya hingga akhir hayat.
Dugaan yang dilalui begitu berat namun terpaksa kuat semangat dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ujar Fizah, tidak mudah sebenarnya menanggung rindu pada yang telah tiada dan hanya helaian baju sahaja yang jadi pengubat rindunya terhadap Afia Aisyah.
“Sungguh penat untuk memujuk hati yang tengah berluka lara.. hampir rebah.. rindu seorang ibu kepada anak syurga.
“Semalam mencari setiap helaian pakaian anak syurga mama.. mencari bau yang tertinggal.. sebagai pengubat rindu.. tiada yang tertinggal kecuali lampin putih itu..Ya Allah kuatkan aku..
“Tambah pilu bila baju baru yang dibeli tidak sempat dipakai oleh anak syurga.. Allahu, moga aku terus kuat.”
Terima kasih Allah pinjamkan dia kepada kami.. cinta kami sampai ke syurga.. InshaAllah.
Perkongsian Fizah mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya memberi kata-kata semangat agar terus kuat menerima ketentuan ilahi. Afia Aisyah dah tunggu mama papa di syurga.
Pelakon dan usahawan, Izara Aishah berkongsi kisah perbezaan dua karakter berbeza anaknya malah tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, Izara berkata, dia merancang untuk memiliki anak ketiga dalam masa dua tahun lagi kerana merasakan ia Waktu paling sesuai untuknya menambah zuriat memandangkan anak keduanya baru berusia 10 bulan.
“Lagi dua tahun, Insya-Allah tengok macam mana sebab saya ada suami dan keluarga yang sangat menyokong. Itu yang menyenangkan saya,” kongsinya.
Berkongsi tentang karenah dua anak-anaknya tambah Izara, anak pertama dan anak keduanya masing-masing mempunyai karakter yang berbeza.
“Sangat rapat. Irisa tak cemburu langsung dan sangat protective dengan adik dia.
“Nombor satu sensitif sangat-sangat dan lembut, yang kedua buas betul,” kongsinya.
Tambahnya lagi, dia sendiri pada awalnya mengambil masa untuk cuba menyesuaikan diri dengan sikap berbeza dua anaknya.
“Lain sangat dua-dua. Saya nak menyesuaikan diri tu terkejut sekejap.
“Yang ikut Izara rasanya nombor dua, nombor satu ikut bapa,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 4, dan Amara Amina yang kini berusia 10 bulan.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.