Musim Haji kembali lagi satu musim yang bukan hanya menggamit hati, tapi juga membuka ruang untuk muhasabah dan rasa syukur yang mendalam. Setiap kali tiba musim ini, hati pasti terusik. Teringat kembali pada detik-detik indah yang hanya mereka yang pernah dijemput sebagai tetamu Allah sahaja yang dapat rasa.
Tahun ini, ramai yang berkongsi persiapan dan debaran menuju Tanah Suci. Dalam ribuan kisah itu, terselit satu coretan pengalaman yang cukup menyentuh hati dari seorang figura yang tak asing lagi: Elfira Loy, atau lebih mesra dikenali di media sosial sebagai @elfiraloy. Seorang pelakon dan personaliti media sosial yang kini juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata dan isteri kepada Farish Khairol Anuar.
Perkongsiannya di Instagram mengenai pengalaman Haji tahun lalu cukup sederhana tapi penuh makna. Bukan untuk menunjuk, tetapi lebih kepada satu bentuk refleksi peribadi dan nota hati untuk mereka yang mungkin pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Selepas setahun berlalu, akhirnya Elfira berkongsi pengalaman dan penempatan semasa mengerjakan Haji tahun lepas. Katanya memohon maaf jika ada masej menerusi DM yang belum dijawab.
“Selepas setahun, saya share sikit-sikit pengalaman dan penempatan saya di Haji last year Maaf, jika message message anda belum saya reply. InshaAllah.”
Apa yang pastinya setiap orang ada timing dia untuk bercerita. Elfira memilih untuk berkongsi selepas setahun bukan kerana lupa, tapi kerana ingin beri ruang kepada hati untuk hadam segala rasa dan hikmah sepanjang perjalanan suci itu.
“Apa yang El perlukan sebenarnya sikit-sikit je. Bawak pun apa yang ada dan betul betul perlu , sebabtu tak share sangat . Apa yang you perlu mungkin benda yang i tak perlu jadi ikut diri je. contoh El memang kat KL tak pakai pun hand fan tu so dekat sana pun Alhamdulillah El tak pakai. cuma i perlukan tumblr tahan sejuk 24 hrs for my coffee hehe .”
Ads
Dalam lautan persiapan, kadang kita terlupa yang penting bukan kuantiti barang, tapi kesederhanaan dan keikhlasan hati. Elfira tekankan bahawa setiap orang ada keperluan sendiri. Tak perlu terlalu ikut senarai orang lain. Ikutlah keselesaan dan keperluan diri sendiri.
“Untuk makluman, El berada di Tanah Suci selama 11 hari sahaja. 4 hari di Jeddah, 6 hari di Makkah untuk ibadah Haji, dan 1 hari di Madinah. El dijemput oleh Kerajaan Arab Saudi, dan Alhamdulillah, tiada sebarang bayaran dikenakan.”
Pengalaman ini bukan calang-calang. Undangan khas dari Kerajaan Arab Saudi—satu penghormatan dan rezeki yang tidak semua orang dapat. 11 hari yang penuh padat, tapi cukup bermakna.
Ads
“Sangat rindukan moments Haji ni. Nanti ambik je okay moment moment Haji tu sebab kita taktau boleh repeat ke tak.”
Rindu yang bukan sekadar rindu biasa—tapi rindu yang membekas dalam jiwa. Elfira menyarankan agar mereka yang berpeluang, benar-benar menghayati setiap momen kerana ia mungkin hanya datang sekali dalam hidup.
“Selamat menunaikan ibadah Haji, wahai para Duyufurrahman. Semoga setiap langkah di tanah suci dipenuhi sabar dan syukur, diiringi rahmat dan perlindungan Allah. Apapun yang terjadi di sana, yakinlah itulah takdir terbaik dari-Nya, penuh hikmah dan ganjaran yang menanti, InshaAllah.”
Doa yang lahir dari hati yang pernah melalui perjalanan itu sendiri. Kata-kata ini bukan hanya nasihat, tapi satu suntikan semangat untuk mereka yang sedang melalui saat mencabar di Tanah Suci.
Ads
Realiti Haji tidak semestinya mudah. Tapi di sebalik segala ujian, Allah sudah siapkan hikmah dan pahala yang tidak ternilai.
“MashaAllah, tabarakallah. Terpilih menjadi tetamu Allah adalah anugerah terindah, panggilan yang hanya diberikan kepada hati-hati terpilih. Nikmatilah setiap detik perjalanan suci ini, kerana panggilan-Nya adalah kurnia yang tiada tandingan.”
Semoga perkongsian ini memberi manfaat, ketenangan dan inspirasi buat semua yang membaca. Dan semoga Elfira Loy terus diberi kekuatan dan ketenangan dalam menyebarkan kebaikan dari pengalaman hidupnya yang penuh warna dan hikmah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis seperti Baby Shower dan Gender Reveal kini menjadi trend kepada pasangan muda untuk meraikan sebuah kelahiran baru. Hinggakan ada yang sanggup membelanjakan ratusan ribu untuk majlis sebegitu seperti pasangan YouTuber popular Dari Dubai ini.
Anas dan Asala Marwah mencetus fenomena apabila menganjurkan sebuah parti mewah hanya untuk mengumumkan jantina anak mereka yang bakal lahir.
Mereka mendedahkan jantina anak kedua dengan memancarkan perkataan “It’s a boy!”, menggunakan cahaya lampu berwarna biru pada menara setinggi 828 meter itu.
Acara yang menelan belanja sebanyak AS$95,000 (RM394,772) itu bukan sahaja membuatkan ahli keluarga dan para tetamu yang hadir berasa teruja, malah ia di turut mencuri perhatian masyarakat dunia selepas mendapat lebih 10 juta tontonan di laman YouTube.
Menerusi video berdurasi 15 minit itu, Asala memberitahu, acara itu sangat bermakna buatnya berbanding hari perkahwinannya.
“Jantung saya berdegup kencang dan bagaikan ingin keluar dari dada. Ia adalah momen yang sangat mengujakan berbanding hari perkahwinan kami.
“Saya sentiasa cuba untuk memberikan kandungan yang tidak pernah diberikan oleh sesiapa di saluran (YouTube) kami,” ujar Asala ketika ditemubual di dalam video berkenaan.
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Kek tiramisu yang viral boleh jadi penyebab anak tantrum? Ya! Menerusi laman Facebook milik Dr Raihana Ismail, beliau berkongsi satu fakta yang ramai ibu bapa terlepas pandang.
Menurutnya, kek tiramisu yang menjadi makanan trending masa kini sebenarnya kurang sesuai diberikan kepada anak kecil. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.
Tiramisu mungkin kelihatan seperti pencuci mulut biasa, tapi untuk anak kecil, ia boleh menjadi bahaya tersembunyi yang ramai ibu bapa tak sedar.
Tiramisu tradisional biasanya mengandungi:
* Espresso atau kopi pekat (sumber kafein utama)
* Mascarpone
* Gula
* Kuning telur mentah
Dalam satu potongan tiramisu, kandungan kafein boleh mencecah 40 hingga 80 miligram, lebih tinggi daripada segelas teh O pekat.
Menurut Canadian Pediatric Society dan American Academy of Pediatrics, tiada jumlah kafein yang benar-benar selamat untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Tambah Dr Raihana, selepas umur anak 12 tahun, dos kafein maksimum yang disarankan adalah sebanyak 100 mg sehari (lebih kurang secawan teh tarik tanpa gula tambahan) Namun begitu, tidak digalakkan mengambil kafein setiap hari.
Selain kek tiramisu, ini merupakan sumber kafein tersembunyi yang anak-anak selalu makan:
– Minuman coklat berjenama import
– Aiskrim berperisa mocha, kopi atau tiramisu
– Dark chocolate melebihi 70%)
– Minuman tenaga atau minuman isotonik
– Kek coklat lava & brownies
– Sesetengah bijirin sarapan (cereal)
Perlu diingatkan bahawa anak-anak anda bukan orang dewasa. Sistem saraf, jantung dan buah pinggang mereka masih belum matang.
Kalau ibu ayah sanggup pilih susu terbaik untuk tumbesaran mereka, anda juga sepatutnya lebih berhati-hati dengan apa yang diberikan kepada mereka.
Gara-gara air kotak milo, seorang kanak-kanak dikejar seekor monyet sehingga dia terus berpaut di kaki seorang wartawan yang sedang membuat siaran langsung di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.
Wartawan Astro Awani yang dikenali sebagai Fareez Azmann memberitahu biarpun situasi itu berlaku secara spontan namun dia berjaya menghalau monyet dan menenangkan adik bernama Muhammad Nur Qhalaf Fahmi.
“Baru tiga minit buat live, saya dengar suara budak menjerit dari jauh tapi saya ingatkan budak main-main dekat area situ. Lama-lama makin dekat, saya nampak budak itu duduk belakang kamera dan lari dekat saya, terus melekat peluk kaki saya.
“Saya tengok ada seekor monyet atau kera yang memang dah kejar dia lama rasanya sebab adik tu pegang air kotak milo belum buka.
“Terus saya cuba tenangkan dia sebab menangis..tapi dalam otak ini fikir fasal apa yang saya cakap. Saya fikir, tak apa saya tenangkan dulu budak ni sebelum teruskan bercakap point yang sebenar,” katanya.
Terdahulu, video memperlihatkan kanak-kanak tersebut memeluk kaki Fareez yang sedang bertugas itu menjadi tular di laman sosial.
Rata-rata netizen memuji tindakan Fareez yang berjaya mengawal situasi dalam keadaan tenang biarpun sedang bersiaran secara langsung.
Menurut Fareez, ketika itu dia hanya memikirkan tentang keselamatan kanak-kanak tersebut dan tidak mahu kelihatan kekok dalam waktu bertugas.
“Untuk kawal situasi secara tenang, memang itu antara satu cabaran buat seorang wartawan tapi memang nak kena bersiap sedia. Sebab macam-macam boleh berlaku ketika sedang live.
“Apa yang saya cuba adalah kekal bertenang. Sebab takut penonton nampa kita gelabah, apa yang penting kita kena sentiasa bercakap.
“Tak boleh nampak kekok di hadapan kamera. Bila situasi macam adik tu, kita kena tenangkan dia..walaupun tengah live, tapi dia memerlukan saya waktu itu.
“Apa yang penting keselamatan adik itu dan saya berjaya halau monyet tersebut. Bila adik tu dah kembali tenang, barulah saya mula bercakap point yang sepatutnya,” ujarnya.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.