Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah telah mula diedarkan sejak semalam. Ia bagi membolehkan pihak sekolah dan guru-guru membuat persediaan sewajarnya sembelum sekolah dibuka semula. Menurut Menteri pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin, garis panduan berhubung pergerakan pelajar di dalam sekolah bermula daripada setibanya pelajar itu di sekolah hingga mereka pulang telah dihasilkan secara terperinci bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mohd Radzi berkata Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah akan memainkan peranan memantau sekolah bagi memastikan garis panduan yang disediakan dipatuhi.

Murid Sekolah Rendah Mungkin ‘Bercuti’ Sehingga Hujung Tahun
Sumber: Astro Awani

“Saya juga akan singgah di sekolah-sekolah untuk melihat pelaksanaan garis panduan yang telah diadakan dan kita yakin pihak pengurusan sekolah dan juga guru akan bantu kementerian agar garis panduan ini akan dipatuhi,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata ibu bapa tidak perlu risau menghantar anak mereka ke sekolah selain perlu memainkan peranan mendidik anak-anak mendisiplinkan diri sekurang-kurangnya dengan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial.

IKLAN

Peranan dan Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab umum pihak yang terlibat adalah seperti yang berikut:

PENTADBIR SEKOLAH
1. Memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat untuk beroperasi.
2. Memastikan murid, guru dan warga sekolah yang hadir ke sekolah berada dalam keadaan sihat dan selamat.
3. Memberikan penerangan dan pendidikan berterusan kepada murid, guru dan warga sekolah mengenai penularan jangkitan COVID-19 dengan memperincikan kepentingan penjagaan kesihatan seperti mencuci tangan dan menggunakan pensanitasi tangan (hand sanitizer), penggunaan pelitup muka apabila perlu serta kepentingan amalan penjarakan sosial.
4. Memastikan murid, guru dan warga sekolah mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
5. Memastikan murid mendapat akses kepada PdP dengan sokongan dan kerjasama JPN, PPD, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan agensi-agensi yang berkaitan.
6. Memantau PdP yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian kepada guru.
7. Melaporkan perkembangan pembelajaran murid kepada ibu bapa/penjaga.
8. Membuat keputusan untuk menangani isu pengoperasian sekolah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh KPM serta mengambil kira pandangan pihak yang berkaitan seperti PPD dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

GURU
1. Menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) seperti yang digariskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.
2. Melaksanakan PdP yang bersesuaian dengan kesediaan murid dan situasi semasa.
3. Mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan penjarakan sosial
4. Memaklumkan pentadbir sekolah jika terdapat murid yang bergejala.

IKLAN
Murid Sekolah Rendah Mungkin ‘Bercuti’ Sehingga Hujung Tahun
Sumber: Astro Awani

IBU BAPA/PENJAGA
1. Memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah;
2. Membantu anak/anak jagaan belajar mengikut kemampuan ibu bapa/penjaga.
3. Memberikan motivasi kepada anak/anak jagaan untuk terus belajar.

Ditanya mengenai bila sesi persekolahan akan bermula, beliau menegaskan setakat ini masih tiada tarikh yang ditetapkan dan pihaknya bekerjasama rapat bersama KKM dan MKN untuk memutuskan perkara itu.

IKLAN

“Apabila KKM dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka maka kita akan umumkan dua minggu sebelum ia dibuka. Kami belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembukaan sekolah,” katanya. Menurutnya, pembukaan sekolah kelak hanya melibatkan pelajar Tingkatan 5 dan 6 sahaja dengan hampir 3,000 sekolah menengah di seluruh negara yang akan dibuka.

Pa&Ma: Tiada sebarang pengumuman yang dibuat untuk status pembukaan sekolah rendah. Ia seolah-olah memberi bayangan bahawa sekolah rendah seluruh Malaysia berkemungkinan akan ditutup sepanjang tahun ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya dari Kementerian Pendidikan Malaysia tentang hal ini. Sementara itu, ibu bapa boleh jadi ‘guru’ anak-anak untuk sesi pembelajaran di rumah.

Sumber: Bernama & Kementerian Pendidikan Malaysia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI