Selesai Pembedahan, Jebat Belum Recover Lagi. Sharnaaz Lakukan Solat Hajat Malam Ini

Share

Selepas menjalani pembedahan akibat saluran kencing (UTI) baru-baru ini, tahap kesihatan Jebat Jayden masih belum stabil.

Menerusi laman instagram, pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi dia akan mengadakan majlis solat hajat di Masjid As Syakirin KLCC malam ini.

Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menjemput orang ramai untuk menyertai majlis tersebut bagi mendoakan kesihatan anak lelakinya itu.

“Sesiapa yang free dan berdekatan boleh jemput hadir, selepas solat terawih lebih kurang jam 10 lebih..

“Dijemput solat tarawikh bersama.. Sama-sama membantu di bulan mulia ini,” tulisnya.

Sebelum ini, bayi berusia lapan bulan itu selamat menjalani pembedahan akibat jangkitan saluran kencing (UTI) di sebuah hospital swasta.

ARTIKEL BERKAITAN:

“Untuk yang belum tahu, jebat kena UTI, dan ada block di salur kencing dia.. Dah selesai jalani pembedahan.

“Namun tak sembuh dengan baik.. Tapi syukur sedikit demi sedikit nampak perubahan positif hari demi hari,” katanya.

Posting tersebut mengundang perhatian netizen bagi memberikan komen yang rata-rata turut mendoakan kesihatan Jebat serta berharap agar bayi itu segera sembuh seperti biasa.

Sumber: Ig sharnaaz ahmad

IKLAN