Kalau anak mengadu sakit atau dia kelihatan lemah seperti biasa, ibu bapa tolong segera dapatkan rawatan. Kes pernah berlaku pada anak pelakon popular, Yana Samsuddin dimana anaknya 5 hari demam panas suhu tak turun-turun rupanya terseliuh dan dada terhentak mungkin terjatuh masa bermain.
Kes yang sama berlaku pada Puan Fatin Kiman bila anaknya ditemui kaku pengsan apabila dia bagun pagi. Beliau telah berkongsi detik cemas ini di facebook miliknya dan berharap ibu bapa lebih peka dengan anak-anak yang sedang membesar kerana mereka dalam fasa yang lasak dan aktif.
ANAK KAKU BIRU…
Allahuakabar… Semalam bersuka ria aktif, pagi ni bagun pagi biru kaku pengsan.. Mama hilang semangat tengok adik..
Ads
Allahurabbi slamatkanlah anakku..
Smpai klinik KK Batu Rakit, mama berlari jumpe doktor, doktor terkejut dan tanya kenapa anak biru-biru macam ni.. mama cakap tak tahu punca.. bukan jatuh atau apa-apa pun..
sebab semalam adik aktif macam biasa.. mama bawak adik refer ke hospital segera
Ads
Mama lembik dah dik tak tahu kenapa tibe-tibe adik pengsan
Bila sampai di hospital doktor ambil darah dan scan..doktor tanya ade jatuh ke apa..
Mama baru ingat 2 hari lepas adik terhantuk kuat!! Mama ingat biasa je dik
Lepas adik jatuh, mama tuam-tuam biase je.. Lepas pergi CT Scan doktor beritahu KEPALA ADIK RETAK…Allahuakbar.
Ads
Ya allah ..sekarang adik dah sedar dari ubat tidur tadi, dah makan..sekarang kena monitor takut apa-apa jadi. Tolong laa kalau ada anak jatuh ke tapi nampak macam takda apa, tolong la pergi check di klinik.. Adik jatuh dah 2 hari, tapi harini baru pengsan lemah longlai.
Ya allah sembuhkan lahhh anak ku Ak khilaf allah
Sumber: Facebook Fatin Kiman
Sumber Gambar: Kakak Ipar Fatin Kiman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sakit ketika anda dalam fasa menyusukan anak adalah satu perkara yang menyusahkan dan memenatkan. Namun yang demikian, percaya atau tidak, menyusu anak anda ketika anda tidak sihat adalah selamat untuk anak anda, bahkan boleh jadi bermanfaat kepada mereka.
Dalam kebanyakkan situasi, jawapannya adalah boleh. Biasa untuk ibu merasa risau tentang kemungkinan untuk anda menjangkiti anak anda. Ini bagaimana menyusu ketika sakit boleh mendatangkan manfaat kepada bayi anda:
Ketika anda sakit, antibodi mula dihasilkan untuk melawan jangkitan dalam masa 24 jam pertama walaupun simptom belum mula muncul. Antibodi ini boleh kekal di dalam badan selama beberapa hari.
Dalam jangkitan virus pula, tempoh inkubasi boleh mengambil masa sekitar 5 hingga 7 hari, membolehkan antibodi terhasil disalurkan dalam bentuk susu badan kepada anak anda.
Ini bermakna, anak anda mendapat dos perlindungan daripada jangkitan flu atau selsema yang anda dapat tanpa mendedahkannya kepada jangkitan tersebut.
Walaubagaimanapun, anda tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila anak anda sudah mula bersin. Sekiranya anda mengalami jangkitan selsema yang biasa atau jangkitan virus berkaitan dengan sistem penghadaman – ataupun demam – tidak menjadi masalah untuk anda menyusu. Pastikan anda membasuh tangan anda sebelum sesi menyusu dan mengelakan daripada bahagian hidung atau mulut anda menyentuh muka atau tangan mereka. Sekirannya anda mengambil ubat, cuba untuk pam dan buang susu yang terhasil dalam tempoh waktu anda mengambil ubat..
Sekiranya anak anda di bawah usia 3 minggu, mereka terlalu lemah dan terdedah kepada jangkitan, justeru, menyusu badan ketika ini tidak digalakkan.
Sekiranya anda menghidap penyakit yang debilitatif (sakit jantung, buah pinggang atau anemia) atau kurang berat badan, cuba untuk elakkan menyusu kerana badan anda perlukan kalori dan lemak yang mencukupi sebelum anda boleh menghasilkan susu.
Sekiranya anda menghidap jangkitan yang teruk seperti TB yang tidak dirawat (mereka yang telah dirawat selama 2 minggu dibenarkan untuk menyusu), atau HIV/AIDS. Anda boleh menyusu jika dijangkiti Hepatitis A (jika anak anda mengambil globulin gamma) atau Hepatitis B (selepas anak anda mengambil globulin gamma dan diberi suntikan vaksin Hepatitis B)
Sesentegah bahan atau ubatan boleh menyebabkan anda tidak boleh menyusukan anak anda. Contohnya, ubat anti-barah, ubat untuk tiroid, ubat darah tinggi, penicillin, lithium, hipnotik atau perangsang, ubat tidur dan dadah atau alkohol. Sentiasa berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat kesihatan dan konsultasi.
Bila anda sakit, penting untuk anda minum air yang mencukupi untuk memastikan susu yang mencukupi dihasilkan dan juga untuk mengelakkan anda daripada tidak bermaya.
Ketika di dalam pantang, seorang isteri seharusnya diberikan rehat secukupnya untuk pulih dari segala kesakitan atau keletihan semasa bersalin. Suami harus memainkan peranan yang penting untuk membantu si isteri ketika berpantang. Biarkan dia berehat dan jangan dibebani dengan segala kerja rumah atau urusan menjaga anak-anak.
Siti Aishah yang merupakan seorang Pengamal Perbidanan Melayu, berkongsi ceritanya ketika pergi mengurut seorang isteri dan ibu yang mempunyai dua orang anak. Di dalam perkongsiannya itu, dia memberitahu bahawa anak bongsunya berusia 16 bulan dan dia mengalami sakit pinggang yang teruk. Apabila ditanya, katanya ketika berpantang dahulu tidak berehat secukupnya.
Tadi kak ice urut seorang ibu anak 2.
Anak dia paling kecil usia 16 bulan. Sakit pinggang kronik. Kes dukung anak sulong dalam pantang bersalin anak ke 2. Alasan, anak tantrum bila tengok ibu banyak bersama adik.
Kak Ice tanya kenapa tak minta tolong orang keliling jagakan anak sulong?
Dia kata, keluarga mentua yang suruh dia dukung anak. Sebab kesian tengok cucu melalak-lalak.
Suami dia tiba-tiba jadi “lembek” semua tak reti nak tolong isteri. Minta pujuk anak sulong. Tak reti. Minta tolong mandikan anak sulong. Tak reti. Minta tolong tidurkan anak sulong. Tak reti.
Pagi keluar pergi kerja. Petang balik kerja. Malam pergi main badminton dengan kawan-kawan. Nak tidur layan game sampai terlelap.
Memang wujud keluarga yang sebegini. Tak tahulah kat siapa nak letakkan silapnya. Sedangkan ini semua common sense.
Mak dalam pantang. Kerjanya hanya Berehat Urus bayi Berehat Urus bayi.
Sepatutnya keluarga mentua dan suami kena bantu uruskan hal-hal rumahtangga dan anak-anak yang lain.
Tetapi apakan daya. Memang wujud jenis keluarga mentua yang fikir “bukan anak aku…. Tak payah nak susah-susah nak tolong.” Tapi bila dengan anak perempuan sendiri. Pandai pula tolong serba serbi.
Ni bukan cerita tak tahu hujung pangkal ya. Even kalau kak ice pergi mengurut ibu yang berpantang kat rumah mentua pun perasan. Kadang-kadang dibiarkan si ibu berpantang tu mandikan anak-anak yang lain. Nak makan nasi, kena masak nasi sendiri. Even kadang-kadang kak ice datang mengurut pukul 2 petang si emak tak makan lagi. Bila ditanya kenapa? Jawapannya lauk tak ada. Nak tunggu suami balik kerja masakkan lauk.
So buat ibu-ibu bakal berpantang. Tolonglah bersiap-siap aturkan support sistem dalam pantang.
Kalau perlu. Hantar je anak sulong tu pergi pengasuh sepanjang berpantang.
Betullah kata ibu saya. Dalam pantang ni kena kentalkan hati.
Biarlah anak yang menangis tak dapat dukung Dari ibu menangis badan melunai sebab dah bentan.
Dan kalau nampak macam ada harapan jadi khadam dalam pantang.
Siap-siap minta duit suami upah penjaga pantang yang boleh duduk jaga kita 24 jam.
Adalah dalam 3-4 ribu sebulan.
Kalau rasa tak mampu. Pantanglah rumah keluarga sendiri.
Mungkin impaknya tidak kelihatan semasa dalam pantang tetapi lambat sedikit. Apabila anak semakin besar, baharulah si ibu merasa sakitnya. Untuk para suami, kasihanilah isteri anda. Penat mengandung dan bersalin masih belum habis, biarlah dia berehat sebaik-baiknya semasa dalam pantang.
Bantulah yang mana anda boleh, ringkan beban isteri. Sesungguhnya tubuh isteri mahu dipakai lama dan dia juga merupakan tunjang utama dalam keluarga. Biarlah mereka berehat secukupnya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masa kini, banyak kelahiran dilalui secara pembedahan caesarean disebabkan komplikasi-komplikasi tertentu. Walau apa pun cara kelahiran bayi, semuanya ada risiko tersendiri.
Jika terlalu kerap melahirkan anak secara caesarean, maka makin tinggi risikonya. Disebabkan itulah sering kedengaran orang berkata had untuk kelahiran caesarean cuma empat sahaja. Persoalan tentang berapa kali ibu hamil boleh melahirkan anak secara pembedahan tiada jawapan yang jelas.
Menurut kenyataan Dr. Marra Francis, satu atau dua kali kelahiran caesarean tidak mempunyai sebarang risiko nyata kepada ibu atau bayi. Namun, apabila ia melibatkan kelahiran caesarean untuk kali ketiga dan berikutnya, akan ada risiko komplikasi yang nyata.”
Mari kita fahami risiko-risiko yang mungkin boleh timbul daripada kelahiran secara pembedahan caesarean yang kerap.
Setiap kali melahirkan anak secara pembedahan caesarean yang mana ia melibatkan bahagian perut, maka anda akan mendapat parut di bahagian berkenaan. Apabila kerap bersalin secara caesarean, maka makin banyak parut di bahagian itu yang akhirnya akan menyebabkan pembedahan caesarean di masa akan datang menjadi lebih payah dikendalikan.
Kekerapan pembedahan caesarean boleh mengakibatkan gangguan kepada uri. Oleh sebab itulah, doktor sering risau tentang masalah uri seperti uri melekat dan uri lekang.
Komplikasi sebegini jarang kedengaran, namun risikonya tetap ada kepada mana-mana ibu hamil yang kerap melahirkan anak secara caesarean.
Pendarahan yang banyak boleh berlaku apabila anda menjalani pembedahan caesarean, sama seperti risiko-risiko lain dan akan meningkat bila semakin kerap anda bersalin secara pembedahan. Kekerapan bersalin secara pembedahan menyebabkan anda berisiko mengalami pendarahan banyak dan meningkatkan risiko histerektomi (satu prosedur pembedahan untuk membuang rahim sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya).
Apa-apa pun, sebagai manusia anda tidak dapat menjangka proses kelahiran bayi. Mungkin anda seboleh mungkin mahu melahirkan bayi secara normal, namun jika keadaan memaksa, anda perlu reda. Apa yang penting, anda tahu dah fahami risiko-risiko yang bakal berlaku.
Sehubungan itu, anda perlu mematuhi nasihat doktor untuk menjarakkan kehamilan seterusnya. Dibimbangi jika anda terpaksa melahirkan anak berikutnya melalui pembedahan caesarean juga. Di sinilah akan berlaku konflik kerana ada peningkatan risiko kepada anda dan bayi di dalam kandungan.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!