Masalah angin adalah normal dan biasa untuk kita hadapi. Ia berpunca dari pemakanan dan sistem penghadaman. Masalah ini akan menimbulkan rasa tidak selesa dan menjejaskan aktiviti seharian individu.

Di dalam perkongsiannya di laman Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad ada menjelaskan tentang hal ini:

MENANGANI MASALAH ANGIN DALAM BADAN

Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman. Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari.

Tiba-Tiba Rasa ‘Berangin’, Sebu Perut. Makan Jangan Sembarangan, Itu Puncanya!

Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah pula berbeza.

Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.

Artikel Menarik: [Badan Cepat Penat & Lesu Je. Ibu Ini Kongsi Resipi Jamu ‘Pulih Tenaga’ Yang Super Simple!]

Tiba-Tiba Rasa ‘Berangin’, Sebu Perut. Makan Jangan Sembarangan, Itu Puncanya!

Gas yang dihasilkan ialah biasen, nitrogen dan ada kalanya methana. Ada beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Namun yang lebih utama ialah kesediaan kita untuk menukar jenis makanan yang dinikmati setiap hari terutama mengelakkan makanan berangin dan bergas, ambil ubat-ubatan dan cuba menahan diri daripada menelan udara terlalu banyak.

IKLAN

Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin :

1. Menukar jenis makanan

Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman masing-masing. Bagi sesetengah orang, makanan seperti keledek, nangka, cendawan dan teh menyebabkan angin, tetapi tidak pada orang lain. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.

Tiba-Tiba Rasa ‘Berangin’, Sebu Perut. Makan Jangan Sembarangan, Itu Puncanya!

Salah satu cara untuk membuang angin dalam badan ialah dengan pengambilan minuman halia. Halia merupakan petua yang paling mudah dan juga berkesan yang telah diamalkan sejak turun-temurun lagi. Minuman halia telah pun dipelbagaikan pada waktu kini dan anda boleh menemui minuman halia yang berbentuk bikarbonat dan juga teh.

Namun, ia adalah lebih baik sekiranya anda meminum minuman halia asli kerana ia lebih berkesan untuk membuang angin di dalam badan. Anda boleh meminum air halia yang dicampur bersama lemon dan madu untuk membantu masalah penghadaman anda.

2. Ubat-ubatan

Ubat-ubatan seperti antacid dan simethicone yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.

IKLAN

Tiba-Tiba Rasa ‘Berangin’, Sebu Perut. Makan Jangan Sembarangan, Itu Puncanya!

3. Kurangkan menelan udara

Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.

Artikel Menarik: [Rasa Stres Je, Senyum. Baru Otak Dapat Signal Keluarkan Hormon Gembira]

4. Hindari makanan yang menghasilkan angin

Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.

Tiba-Tiba Rasa ‘Berangin’, Sebu Perut. Makan Jangan Sembarangan, Itu Puncanya!

Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos pula banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.

IKLAN
5. Urutan

Selain pengambilan ubatan yang sesuai bagi memberikan kelegaan, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu rawatan masalah angin.

Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia pastinya memberikan kelegaan kepada orang yang mengalami masalah ini.

Teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan. Ada pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi, antaranya ialah angin di badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan. Masalah angin sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu.

Tiba-Tiba Rasa ‘Berangin’, Sebu Perut. Makan Jangan Sembarangan, Itu Puncanya!

Pengambilan makanan yang betul antara perkara yang perlu diberikan perhatian bagi masalah angin ini. Apa yang penting adalah kurangkan makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin selain perlu pastikan minum air masak secukupnya.

Walaupun masalah angin ini kedengaran tidak serius, namun jika dibiarkan ia berlarutan, badan akan menjadi lemah dan mengganggu aktiviti seharian. Justeru, amalkan makanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat untuk memastikan badan akan sentiasa cergas. Namun jika sakit ini berterusan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

#HealthDrZubaidi

Semoga dengan penerangan ini dapat memberi penjelasan kepada kita semua tentang masalah ini. Ikutlah saranan doktor dan sebaiknya lakukan langkah pencegahan. Adalah lebih baik kita mencegah dari merawat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI