Bila dah masuk fasa bayi mula respon pada kita, memang teruja. Biarpun tak boleh nak bercakap lagi, tapi setiap kali dia senyum, melonjakkan badan atau mengeluarkan bunyi-bunyian comel dah cukup untuk buat kita rasa bahagia.
Waktu inilah kita suka sangat nak sembang-sembang dan bergurau dengan si manja kan? Meninjau akaun Instagram anak kepada Elisya Sandha dan Uzair Haqimy, Bunga Elhaq, telah dikongsikan sebuah video bonding time antara cucu dan Nannanya.
Kedengaran suara Sheila Rusly sedang berborak dengan Bunga dan dengan spontan Bunga ketawa apabila ditegur Nanna. Jelas kedengaran suara gembira Sheila ketika melihat aksi comel cucunya itu.
Kehadiran Bunga ternyata membawa kebahagiaan bukan sahaja kepada Elisya dan Uzair tetapi juga kedua-dua buah keluarga mereka. Memang seronok bersembang dengan bayi, ia umpama terapi jiwa yang menenangkan. Hati pun jadi berbunga-bunga!
Ads
Rata-rata yang menonton gelagat comel Bunga meninggalkan komen positif;
Terdahulu, Elisya kerap berkongsi pengalaman ketika berpantang di mana ibu mertua kesayangan selalu menyediakan makanan yang enak buat dirinya. Semoga keluarga mereka terus dilimpahi kebahagiaan dan Bunga terus membesar dengan sihat!
Menjadi ibu bapa adalah satu fasa kehidupan yang penuh dengan keajaiban, namun ia juga hadir bersama tanggungjawab besar yang tidak pernah diajar secara formal. Ramai menyangka menjaga bayi bawah setahun hanyalah soal menyusu dan menidurkan mereka sepanjang hari. Hakikatnya, realiti itu jauh berbeza.
Apabila cahaya mata lahir ke dunia, keutamaan hidup berubah sepenuhnya. Setiap tangisan, setiap gerak geri, dan setiap perubahan kecil pada tubuh bayi menjadi perkara yang perlu diberi perhatian. Inilah cabaran utama dalam menghadapi masalah kesihatan bayi bawah setahun, kerana mereka belum mampu bercakap atau menyatakan rasa tidak selesa dengan jelas.
Sistem imun bayi masih dalam proses pembentukan. Ini menyebabkan mereka lebih terdedah kepada jangkitan, gangguan pencernaan dan masalah kulit. Apa yang kelihatan remeh bagi orang dewasa boleh memberi kesan besar kepada bayi.
Berikut ialah masalah kesihatan yang paling kerap dialami oleh bayi sepanjang tahun pertama dan langkah awal yang boleh dilakukan di rumah sebelum mendapatkan rawatan klinikal.
Sedu merupakan keadaan biasa dan sering berlaku, malah ada bayi yang sudah mengalaminya sejak dalam kandungan. Walaupun kelihatan tidak selesa, sedu jarang menyebabkan kesakitan kepada bayi.
Punca: Bayi terlalu kenyang atau menelan udara ketika menyusu, menyebabkan pengecutan diafragma secara tiba-tiba.
Cara Melegakan: Tegakkan bayi selepas menyusu dan pastikan teknik penyusuan betul. Sedu biasanya akan berhenti dengan sendiri tanpa rawatan khusus.
Jeluak adalah keadaan biasa di mana sedikit susu keluar dari mulut bayi. Namun, muntah yang memancut dan kerap tidak boleh dipandang ringan.
Punca: Kapasiti perut bayi yang sangat kecil dan penyusuan berlebihan.
Langkah Pencegahan: Susukan bayi dengan kerap tetapi dalam kuantiti kecil, dan sendawakan bayi setiap kali selepas menyusu.
Kembung perut sering menjadi punca bayi menangis berpanjangan, terutama pada waktu malam. Ini antara masalah kesihatan bayi bawah setahun yang paling mencabar emosi ibu bapa.
Punca: Udara terperangkap dalam sistem pencernaan akibat cara penyusuan atau sensitiviti terhadap susu.
Cara Tradisional: Sapuan minyak telon atau tuam herba suam pada perut bayi boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan.
Cirit-birit boleh menjadi berbahaya jika tidak dipantau dengan rapi kerana bayi mudah kehilangan cecair.
Tanda Amaran: Najis terlalu cair, berbau kuat, dan kerap.
Tindakan Awal: Teruskan penyusuan dengan lebih kerap dan pantau tanda-tanda dehidrasi seperti bibir kering dan kurang kencing. Namun jika masih tiada perubahan, segera berjumpa doktor.
Sembelit jarang berlaku pada bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, namun sering dialami apabila bayi mula makan makanan pejal atau bertukar susu formula.
Petua: Urutan lembut pada perut bayi dan pastikan pengambilan cecair mencukupi.
Kulit bayi sangat sensitif dan mudah merengsa jika terdedah kepada kelembapan berlebihan.
Pencegahan: Tukar lampin dengan kerap dan biarkan kulit bayi kering sebelum memakaikan lampin baharu.
Saluran pernafasan bayi yang kecil menyebabkan selsema ringan boleh mengganggu tidur dan penyusuan.
Rawatan Semula Jadi: Wap suam dan sapuan minyak semula jadi pada dada boleh membantu melonggarkan kahak. Namun jika masih tiada perubahan, segera berjumpa doktor.
Demam menandakan tubuh bayi sedang melawan jangkitan dan perlu dipantau dengan teliti.
Tindakan: Pastikan bayi tidak berpakaian terlalu tebal dan pantau suhu badan menggunakan termometer.
Mengetahui dan memahami masalah kesihatan bayi bawah setahun membantu ibu bapa bertindak lebih tenang dan berinformasi. Jika keadaan bayi tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan, segera dapatkan nasihat doktor kerana pemeriksaan awal boleh mencegah komplikasi yang lebih serius.
“Eh kenapa anak kau dah umur setahun setengah belum tumbuh gigi susu lagi? Anak aku dah.”
Tentu anda akan rasa risau bila orang cakap macam tu. Sebenarnya normal atau tidak anak dah umur setahun lebih masih belum tumbuh gigi? Apa tindakan yang ibu ayah patut buat?
Kalau anda bergelar ibu bapa kepada bayi berusia bawah 18 bulan, maka lebih baik baca penjelasan daripada Dr Iqbal Rosaliyang bertugas sebagai doktor gigi di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Anak saya sudah umur 1 tahun, tetapi masih belum tumbuh gigi. Perlu ke saya risau?
Ya, perlu.
Jika, sudah melangkaui 1 tahun setengah atau 18 bulan, anak masih belum tumbuh gigi, bersegeralah ke klinik gigi.
Gigi susu ada 20 batang. Turutan gigi susu tumbuh begini:
Kacip bawah pertama: 6-10 bulan Kacip atas pertama: 8-12 bulan Kacip atas kedua: 9-13 bulan Kacip bawah kedua: 10-16 bulan Geraham atas pertama: 13-19 bulan Geraham bawah pertama: 14-18 bulan Taring atas: 16-22 bulan Taring bawah: 17-23 bulan Geraham bawah kedua: 23-31 bulan Geraham atas kedua: 25-33 bulan
Jadi, senang kata, kebanyakannya begini:
11 bulan – 4 batang gigi susu 15 bulan – 8 batang gigi susu 19 bulan – 12 batang gigi susu 23 bulan – 16 batang gigi susu 27 bulan – 20 batang gigi susu Anak tumbuh gigi susu lewat sedikit ini mungkin ada hikmahnya juga.
Apa-apa pun, kelewatan tumbuh gigi boleh menganggu juga seperti proses mengunyah makanan, percakapan dan kemungkinan menyebabkan gigi terimpak.
Oleh itu, jika anak sudah menjangkau 18 bulan, masih belum tumbuh gigi susu, bersegeralah ke klinik gigi.
Melakukan aktiviti bersama si manja mampu member ruang yang baik untuk perkembangan mental dan fizikalnya.Namun harus diingat setiap bayi mempunyai perkembangan yang berbeza. Jadi jika bayi tidak bersedia untuk melakukan aktiviti itu, jangan risau. Cuba lakukan dalam beberapa minggu berikutnya. Ikuti aktiviti bermain dengan si kecil bermula sejak lahir sehingga 6 bulan. Selamat mencuba!
1.Baru lahir
Perkembangan deria sentuh bayi mula meningkat. Bayi ingin merasai sendiri kelembutan dengan menggunakan pancainderanya terutamanya deria sentuh. Dengan menyentuh anak patung beruang yang mempunyai bulu yang lembu, bayi dapat merasainya. Perkembangan kemahiran: Koordinasi tangan dan mata
2.Satu bulan
Bayi suka menendang dan inilah cara mengayuh basikal yang dapat memberikan keseronokan ketika bermain dengannya. Pegang kakinya dan buat gerakkan seperti sedang mengayuh basikal. Sambil membuat gerakkan itu anda boleh menyanyikan mengikut rentak kakinya. Perkembangan kemahiran: Motor kasar.
3.Dua bulan
Bunyi bising membuatkan bayi bertindak balas seperti memandang ke arah bunyi yang dihasilkan itu. Barang mainan yang mengeluarkan bunyi bising akan membuatkan bayi aktif dengan mengerakkan kaki dan tangannya. Perkembangan kemahiran: Pendengaran
4.Tiga bulan
Antara 2 dan 4 bulan-bulan, bayi mampu mengerakkan tangannya. Dengan mengantungkan objek dengan tali seterusnya ia bergerak ke sana sini, akan membuatkan bayi teruja untuk mencapainya. Namun pastikan objek itu ringan. Pergerakan objek itu akan membuatkan tangan dan matanya bergerak ke kanan dan kiri. Dia juga mulai boleh fokus kepada objek yang digantung itu. Perkembangan kemahiran: Koordinasi tangan mata dan visual
5.Empat bulan
Pengenalan kepada buku
Duduk bersama si kecil dan pegang buku yang menyediakan ilustrasi yang menarik dengan warna yang terang. Pastikan terdapat gambar yang terang. Cara yang sama boleh digunakan pada kad imbasan. Sebutkan perkataan dan warna yang terdapat pada buku atau kad imbasan itu. Perkembangan kemahiran: Visual dan lisan
6.Lima bulan
Tepuk amai-amai!
Bayi anda baru sahaja mengenal beberapa perkataan. Mungkin dengan cara menyanyi akan membuatkan bayi bertambah ceria. Tepuk tangan dan gerakkan badan anda membuatkan bayi berasa selesa. Cara ini boleh sesuai dilakukan ketika bayi berada di atas katil. Perkembangan kemahiran: Lisan
7.Enam bulan
Album gambar
Tunjukkan album gambar keluarga anda dan sebut nama mereka satu persatu. Cara ini mengajarnya mengenali wajah orang yang dekat dengannya. Masukkan sekali gambar pengasuh, jiran dan kawan anda. Cara ini membantunya dia berasa selamat apabila melihat wajah-wajah orang yang dia kenali. Perkembangan kemahiran: Motor halus dan pengecaman.
MESTI TAHU
Secara umumnya bayi baru lahir mampu melihat, mendengar serta berupaya mengenal bau ibunya. Antara tempoh usia enam bulan, bayi sudah pandai pula menggeleng-gelengkan kepalanya. Anak mata bayi sudah mula mengikuti atau merenung sesuatu yang bergerak dan berwarna yang cerah. Serta turut menyukai barang-barang mainan yang mengeluarkan bunyi atau muzik sesuai untuk bayi ini.
Pergerakan badannya semakin baik, antaranya jika bayi dalam keadaan meniarap ia mungkin dapat mengangkat kepalanya sekali-sekala dan ada juga bayi pada usia ini akan cuba menggulingkan badannya. Dan perkembangan bayi yang paling disukai oleh ibu bapa ialah bayi sudah pandai tersenyum!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!