Limpahan kasih sayang yang diberikan oleh seorang datuk buat cucunya pasti tiada tolok bandingnya dan kita semua dapat rasakan kasih sayang tersebut cukup istimewa. Apatah lagi dengan insiden apabila seorang datuk dan cucu yang ditakdirkan sehidup semati bersama, mengundang sebak dan kesan di hati wargamaya.
Azmi Abdullah, 77, dan Muhammad Ziyaad Mikhail, tujuh bulan ditemui lemas dalam sebuah kolam lama berdekatan restoran ikan bakar di Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah. Lebih memilukan, anak kecil berkenaan adalah zuriat yang dinanti-nantikan oleh ibu bapanya, Zarina Azmi, 34, dan suami, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 35.
“Sembilan tahun saya tunggu kelahirannya, namun dia ‘pergi’ dahulu,” luah Zarina sebak.
Berkongsi lanjut berkenaan kejadian pilu tersebut sebagaimana memetik berita di Sinarplus, Zarina merasakan ianya ujian yang cukup besar bagi dirinya apabila kehilangan dua insan tersayang sekelip mata. Pun begitu, Zarina pasrah dengan ketentuan Allah yang meminjamkan cahaya mata kesayangan, Muhammad Ziyaad Mikhail seketika biarpun telah sembilan tahun menanti kehadiran cahaya mata.
Menurut Zarina, sepanjang hari Isnin, si kecil itu memeluknya sahaja seolah-olah tidak puas bermanja sebelum bapa tiba di kedai makan tempatnya bekerja untuk mengambil bayi itu kira-kira jam 5 petang.
Namun, tak lama kemudian ibu berkenaan dikejutkan dengan berita datuk dan cucu itu ditemukan lemas di kolam berhampiran.
Datuk Yang Penyayang
Ads
Difahamkan Azmi adalah seorang datuk yang penyayang dan merupakan pesara kerajaan yang dahulunya bekerja sebagai tukang kebun.
Menurut adiknya, Yusof Abdullah, 61, berkata warga emas itu sudah lama bersara dan menghabiskan masa di rumah selain bermain dengan cucu dan menjadi rutin membawa cucunya itu meronda waktu petang dengan menaiki motosikal.
Menurut Yusof, abangnya mempunyai lima orang anak dan 10 cucu. Muhammad Ziyaad Mikhail dan ibu bapa tinggal serumah dengan Azmi.
Dakwanya, kemungkinan Azmi yang ternampak cucunya jatuh terus berlari ke arah kolam dan cuba menyelamatkan, namun turut lemas.
“Kalau tengok keadaan kolam itu, airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah tidak berdaya nak selamatkan diri.
“Apapun yang berlaku, semuanya sudah suratan takdir dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Ads
Jenazah kedua-dua beranak itu kemudian dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal selepas selesai urusan bedah siasat untuk proses pengebumian.
Berikut adalah kronologi tragedi yang menimpa datuk dan cucu berkenaan:
1-Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berusia 77 tahun bersama cucunya dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal ketika kejadian.
2- polis menerima maklumat pada jam 7.20 petang menerusi panggilan MERS 999 yang memaklumkan terdapat dua mangsa dilihat terapung dalam kolam terbabit.
3- Timbalan Ketua Polis Balai Tikam Batu bersama lima anggota tiba di tempat kejadian pada 7.28 petang dan mendapati mangsa terapung dalam kolam yang ditinggalkan sedalam satu meter. Mangsa bagaimanapun telah dikeluarkan dengan bantuan orang awam.
Ads
4- Saksi yang merupakan pekerja restoran ikan bakar menyatakan ternampak orang ramai berkumpul di kawasan kolam lama tersebut dan apabila menghampiri mendapati ada dua mangsa lemas seterusnya membuat panggilan kecemasan.
5-Temu bual bersama bapa bayi berkenaan, Muhammad Yuzarith Martin berkata si kecil itu selalu dibawa datuknya berjalan-jalan setiap petang selepas diambil daripada ibunya yang bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Kempas.
6- Sehingga jam 7 petang, dia mendapati kedua-duanya belum pulang menyebabkannya membuat carian di sekitar kawasan sebelum ternampak orang ramai berkumpul dekat kolam. Apabila sampai, didapati kedua-duanya sudah terapung.
7- Pemeriksaan ke atas mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah
Hari Ibu bukanlah satu-satunya hari untuk menghargai wanita luar biasa yang membesarkan dan menyayangi kita sejak lahir. Walaupun sambutan Hari Ibu hanya datang sekali setahun, kasih sayang kepada ibu seharusnya ditunjukkan setiap hari — dalam bentuk yang mudah, tulus, dan konsisten.
Berikut adalah 10 cara mudah tetapi bermakna untuk menunjukkan kasih sayang kepada ibu, bukan sahaja sempena Hari Ibu, tetapi setiap hari dalam hidup kita:
1. Luangkan Masa Bersama
Kadang-kadang, masa adalah hadiah paling berharga. Duduk berbual, menonton televisyen bersama, atau temani ibu ke pasar. Kehadiran anda lebih bermakna daripada hadiah mahal.
2. Ucapkan “Terima Kasih” dan “Saya Sayang Ibu”
Dua ungkapan ini mungkin ringkas, tetapi impaknya besar. Ucapkan dengan ikhlas, dan anda akan lihat senyuman tulus dari ibu.
3. Tulis Nota atau Surat Cinta Ringkas
Tulisan tangan mempunyai magisnya sendiri. Tulis nota ringkas untuk ibu — mungkin sekadar ucapan “Terima kasih atas segalanya” dan letakkan di meja makannya.
4. Tolong Kerja Rumah Tanpa Disuruh
Cuci pinggan, sapu rumah, atau kemas dapur tanpa diminta. Ini tanda anda prihatin dan menghargai usaha ibu yang sentiasa menguruskan rumah tangga.
5. Bawakan Makanan Kegemarannya
Beli atau masak hidangan kegemaran ibu. Ia tidak perlu mewah. Nasi lemak bungkus atau kuih kegemaran pun sudah cukup membahagiakan hati seorang ibu.
6. Dengarkan Cerita dan Luahan Hatinya
Kadangkala ibu hanya mahu didengari. Luangkan telinga dan hati. Jangan cepat menasihati — cukup menjadi pendengar yang baik.
7. Doakan Ibu Setiap Hari
Doa adalah bentuk kasih sayang paling tulus. Doakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibu setiap kali selepas solat — walau tanpa ibu tahu, kasih sayang itu sampai.
8. Hargai Pendapatnya
Walaupun zaman berubah, pandangan ibu sering lahir dari kasih sayang dan pengalaman. Tunjukkan hormat dan pertimbangkan nasihatnya dengan hati terbuka.
9. Beri Pelukan atau Sentuhan Mesra
Sentuhan fizikal seperti pelukan, genggaman tangan atau ciuman di pipi mampu menyampaikan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.
10. Jadikan Ibu Sebahagian Hidup Anda
Libatkan ibu dalam keputusan penting, kongsikan kejayaan kecil, atau hanya sekadar berkongsi cerita harian. Ibu akan rasa dihargai dan disayangi.
Kasih ibu tiada gantinya. Walaupun dia tidak meminta apa-apa balasan, kita sebagai anak tetap punya tanggungjawab untuk menghargai dan menyayangi insan yang telah banyak berkorban. Gunakan 10 cara mudah ini sebagai permulaan untuk menjadikan kasih sayang kepada ibu sebagai amalan harian.
Kerana ibu, cinta pertama kita — selayaknya dirayakan bukan hanya hari ini, tetapi setiap hari.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak Sari Yanti teruja sambut merdeka, “Semoga semangat ini tetaplah sampai tua.” Setiap tahun, bulan Ogos adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kerana ia adalah bulan di mana kita meraikan hari kemerdekaan negara. Sambutan kemerdekaan bukan sahaja penting bagi golongan dewasa, tetapi juga bagi kanak-kanak, terutamanya mereka yang berada di tadika dan pra sekolah.
Anak-anak Sari Yanti Teruja Sambut Merdeka, “Kibar Bendera Laung Merdeka & Lambai lambai”
Sambutan bulan kemerdekaan di kalangan kanak-kanak di tadika dan pra sekolah adalah satu langkah yang penting dalam membentuk generasi yang mencintai negara. Melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan pembelajaran yang kreatif, kanak-kanak dapat memahami konsep kemerdekaan dan menghayati nilai-nilai patriotisme.
Sambutan ini bukan sahaja memberikan keseronokan kepada kanak-kanak, tetapi juga menyemai semangat cinta akan negara dalam diri mereka sejak kecil. Tidak terkecuali anak-anak Sari Yanti, mereka juga begitu teruja menyambut bulan kemerdekaan.
Berikut hantaran yang dimuatnaik oleh Sari Yanti di laman Instagramnya.
Lain macam ya kelam kabut pagi tadi nak siapkan anak anak, Dariya pulak asyik remind mama je jangan lambat hari ni nak nyanyi lagu Negaraku. Dia memang paling tak sabar nak pegi sekolah.. nak nyanyi punya pasal.
Adik adik dia pulak Sorang tak nak pakai tanjak sorang nak sambung tido.. Ya Allah..
Alhamdulillah dah selesai pun selamat ke sekolah semuanya sempat nyanyi Negaraku.
Kibar bendera laung merdeka dan lambai lambai.. syukur Allah mudahkan urusan mama dan anak anak hari ni.. semoga semangat ni tetaplah sampai tua. Malah lebih lagi.
Sayangilah negara kita Anak anakku. Tanah tumpahnya darah kita.
Intan Salleh kongsi usia kandungan anak ke empat sudah masuk 30 minggu, ramai teka baby girl. Personaliti media sosial, Intan Liana Salleh berkongsi penampilan terkininya yang sedang hamil anak ke empat.
Intan Salleh Kongsi Usia Kandungan Anak Ke Empat Sudah Masuk 30 Minggu, Ramai Teka Baby Girl
Kehidupan sebagai seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata tentunya bukan sesuatu yang mudah. Bagaimanapun walaupun sedang sarat namun Intan tetap kelihatan berstamina.
Wajahnya juga semakin berseri-seri sejak hamil anak ke empat. Mungkinkah kehamilan kali ini anak perempuan? Sama-sama kita nantikan. Kerap berkongsi momen-momen bersama anak-anaknya, Intan kelihatan cukup bahagia dengan kehidupannya sekarang.
Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, Intan berkongsi penampilan terkininya.
“Bismillah, 30 minggu”- tulis Intan di ruangan kapsyen.
Perkongsian Intan dilaman Instagramnya mendapat respon daripada warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Untuk info, Intan sebelum ini merupakan bekas isteri kepada pemain muzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 11, dan Ariq Muqri, 9. Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.
Perkahwinan kedua ini, Intan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 4 September 2022, yang kini berusia 2 tahun. Terbaharu, Intan dan suaminya sedang menantikan kelahiran anak kedua mereka.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.