Namun yang menjadi perhatian ramai menerusi satu komen ditinggalkan oleh ibu mertuanya yang mendoakan ketabahan buat menantu tercinta setelah Puteri Sarah diuji dengan ujian rumah tangga.
Ads
Rata-rata warga maya mendokan yang terbaik buat Puteri Sarah Liyana serta anak-anak. Rakan selebriti dan ternama turut menitipkan doa buat selebriti cantik ini.
Banjir melanda beberapa buah negeri baru-baru ini betul-betul perit terutama yang mengalaminya. Kemusnahan rumah, harta benda dan paling terkesan kehilangan insan tersayang yang menjadi korban banjir turut menyebabkan ramai trauma.
Setelah beberapa hari banjir berlaku, pelbagai kisah dikongsikan. Bukan setakat mangsa yang terperangkap tak dapat bekalan makanan dan berada di bumbung untuk menyelamatkan nyawa, tetapi satu video yang tular di media sosial menunjukkan seorang wanita yang terperangkap dan dikatakan bersalin dalam keadaan serba kekurangan disebabkan kawasan rumahnya ditenggelami air benar-benar menyentuh hati orang ramai.
Tangisan bayi dalam banjir
Salah satunya adalah perkongsian daripada seorang Facebook atas akaun Ain Fatin Lyana yang memuat naik video di mana seorang seorang wanita dan bayinya meminta tolong jiran-jiran menyelamatkan mereka.
Dalam video tersebut, dapat dengar bunyi suara tangisan bayi dan jeritan meminta tolong seorang wanita.
Jiran tetangga yang berada di sekitar itu sama-sama membantu walaupun hakikatnya ia mengundang bahaya. Ini kerana air pada waktu itu agak tinggi mencecah paras leher.
Turut kelihatan ada yang terus segera memanjat tembok pagar dan meredah banjir untuk membantu apa yang patut.
Difahamkan ibu dan bayi selamat walaupun melalui detik yang sangat sukar, keadaan tak selesa dan kesejukan.
Sementara itu, perkongsian yang dibuat oleh @tutynooramalina di TikTok turut memaklumkan ibu dan bayi itu kedua-duanya berada dalam keadaan yang baik.
Malah ramai yang bersimpati dan mendoakan urusan ibu dan anak ini terus dipermudahkan Allah dan tiada sebarang masalah selepas ini. Ini kerana bukan mudah bersalin dalam keadaan yang serba kekurangan tambah pula dalam air tanpa apa-apa persediaan lengkap.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Siapa menyangka rupanya anak kecil berwajah Inggeris dengan bola mata kelabu kebiruaan ini rupanya anak kandung kepada pasangan suami isteri berketurunan Melayu. Malah wajah ibu dan ayahnya yang begitu kemelayuan menimbulkan persoalan ramai.
Beberapa perkongsian yang dimuat di Tik Tok ibu ini, Fatin Atirah @fatinnatirahh jelas menampakkan keistimewaan dan mata mempersona anak kecilnya itu yang ternampak sekilas seperti anak Mat Salleh.
Perkongsian ibu berkenaan menjelaskan status anak kecilnya sambil menepis tanggapan orang ramai.
“Penat-penat saya melahirkan dia, macam mana boleh jadi anak angkat,” tulisnya di kapsyen.
Malah kongsinya lagi menerusi video kenangan, ibu ini turut berkongsi momen ketika mengandung serta detik melahirkan bayinya. Memang comel.
Dedah datuk berketurunan British
Menepis kata-kata orang ramai, rupanya ibu ini mempunyai keturunan British dan sudah semestinya genetik tersebut menurun kepada cahaya mata tersayang.
Tidak hanya berketurunan British bahkan ibu ini turut sama membuat pemeriksaan doktor berkenaan mata anaknya yang kebiruan.
Namun hasil pemeriksaan dengan doktor ternyata mata anak kesayangan itu berada dalam keadaan baik dan normal.
“My baby tak lama lagi masuk 8 bulan. Saya dah research and jumpa doktor dah mata baby tak ada istilah dapat tukar-tukar sebab ini semua ciptaan dari Allah.
“Kita siapa nak menafikan betul tak? Plus saya memang ada keturunan British. Datuk saya orang sana. And ni darah daging saya ya.
“Takdanya saya dengan suami ambil anak angkat. Nak tengok birth certificate dia boleh kalau korang nak. So terjawab tak persoalan korang?,” tulisnya di kapsyen.
Dalam pada itu, wajah comel anak kecil itu turut menerima pujian ramai. Malah ramai yang memuji kecomelan anak kecil itu dengan mata kelabu kebiruannya.
“Awak keluar dulu”. Itulah ungkapan terakhir isteri yang maut dalam kereta terbakar dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Sedenak, malam tadi.
Redzuan Jamil, 28, berkata, beliau ditarik keluar orang ramai daripada cermin kereta bahagian penumpang belakang, cuba menyelamatkan isterinya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin atau dikenali sebagai Azi, 28.
“Cubaan saya memecahkan cermin depan kereta dan memecahkan pintu penumpang depan tidak berjaya dan isteri tersepit di tempat duduk depan.
“Ketika itulah tangki minyak kereta tiba-tiba meletup menyebabkan orang ramai menarik saya kerana api terlalu marak.
“Saya tidak merasa bahang panas api, malah isteri juga tidak memanggil nama saya, selepas dia meminta saya keluar menyelamatkan diri dulu,” katanya.
Sementara itu, bapa wanita maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) arah selatan, malam tadi, hanya mampu mengalirkan air mata apabila melihat video tular kemalangan ngeri itu.
Tak sanggup tengok video kemalangan
Kamalul Arifin Ahmad, 66, yang kelihatan sugul berkata, beliau tidak sanggup melihat video berkenaan sehingga habis apatah lagi mendengar jeritan serta rintihan menantunya, Reduan Jamil, 28.
“Hati saya luluh dan menggigil apabila dimaklumkan Azi (Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28) maut apabila terperangkap dalam kereta yang terbakar.
“Apabila dimaklumkan Azi dan suami terbabit kemalangan, kami sekeluarga menyangkakan kemalangan biasa.
“Namun apabila ahli keluarga menunjukkan video tular kereta dinaiki Azi marak terbakar, lemah longlai badan saya, malah isteri, Saliah Hood, 56, amat terjejas kerana rapat dengan anak.
“Bagaimanapun, perasaan saya dan isteri terubat apabila dimaklumkan pihak berkuasa memaklumkan jenazah Azi ditemui dalam keadaan duduk sempurna walaupun kereta dinaikinya hangus terbakar,” katanya sebak ketika ditemui.
Malam tadi tular video menyayat hati seorang suami yang menjerit dan merintih memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.
Video berdurasi satu minit 37 saat itu memperlihatkan lelaki itu memanggil isterinya dan menyatakan tidak akan meninggalkan isterinya.
Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 7.45 malam tadi itu, dua individu maut dalam kenderaan yang marak terbakar selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan babitkan empat kenderaan, di Kilometer 45.7 Lebuhraya Plus Utara Selatan, Arah Selatan, berhampiran Sedenak.
Ketika kejadian, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sementara suaminya berjaya ditarik keluar dari kereta oleh orang awam.
Identiti seorang lagi mangsa dari kereta berasingan masih belum dapat dikenalpasti.
Hilang penghibur keluarga
Sementara itu, Kamalul Arifin berkata, Azi yang juga anak keempat daripada lima beradik adalah seorang yang periang, peramah dan suka menghiburkan keluarga.
Katanya, Azi juga seorang pemurah kerana setiap bulan akan membelikan pelbagai ubatan untuk dirinya dan isteri tanpa gagal.
“Saya pernah nak membayar semula ubat yang sentiasa dibelikannya, namun Azi enggan menerima wang yang diberikan sebaliknya meminta saya menyimpannya untuk keperluan lain,” katanya.
Berdoa ketika berada di Mekah untuk dapat anak
Tambah Kamalul lagi, dia, isteri, Azi dan suaminya baharu pulang dari menunaikan umrah Rabu lalu. Itulah juga impian Azi kerana mahu berdoa bagi mendapatkan cahaya mata selepas tiga tahun berkahwin.
“Azi sangat gembira ketika di Makkah dan sempat membeli buah zuriat sebagai usaha mendapatkan anak,” katanya.
Beliau berkata, kali terakhir Azi menghubung dirinya dan isteri adalah dua hari lepas bagi memaklumkan dia dan suami akan pulang ke kampung.
“Saya terkilan dan ralat, Azi pulang ke kampung dalam keadaan begini akhirnya,” katanya.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.