Pelakon Abby Abadi berpeluang menziarahi kubur anak bongsunya, Muhammad Danial Firman atau Baby D yang meninggal dunia selepas 70 dilahirkan.
Abby dan suami, Muhammad Faizal serta dua orang anak angkatnya Daiyan dan Dayana dilihat menziarahi pusara Baby D selepas dua hari pulang dari mengerjakan umrah.
Abby dan suami kehilangan anaknya itu ketika mereka berada di Makkah bagi menunaikan umrah sejak 5 Disember lalu.
Ads
Terdahulu, Abby selamat melahirkan bayi lelaki itu pada 27 September lalu secara pembedahan selepas mengalami tumpah darah disebabkan tekanan darah tinggi.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 itu turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.
Sumber: ig Abby abadi & Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah bagi seorang wanita hamil untuk berdepan situasi pandemik Covid-19 yang mengancam seluruh dunia. Namun pengalaman itu telah dilalui oleh Dr Tengku Ezulia Binti Tengku Nun Ahmad, seorang Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak tahun lalu.
Dr Tengku Ezulia antara salah seorang daripada 20 penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms tahun ini. Pemilihan beliau sebagai penerima anugerah ini kerana semangat yang tinggi dalam dirinya sebagai seorang wanita bekerjaya dan ibu kepada anak tiga anak kecil.
Kehamilan yang sangat mencabar
Menceritakan pengalaman hamil kali kedua yang juga anak kembar, Dr Tengku Ezulia berkata ia pengalaman dan cabaran hamil yang sememangnya agak berlainan berbanding ketika mengandungkan anak sulung. Tambah lagi bila dapat tahu ada dua orang dalam rahim.
“Hamil kali kedua sememangnya mencabar kerana saya hamil kembar dan hospital tempat saya bertugas merupakan salah sebuah hospital yang merawat pesakit Covid ditambah pula perlu memakai PPE.
“Pengalaman hamil dan terpaksa juga merawat pesakit yang ada masalah demam, selesema, batuk, sakit tekak dan sukar bernafas satu tanggungjawab besar. Jika dilihat gejala ini turut mempunyai persamaan simptom Covid-19 dan prosedur melibatkan pemeriksaan hidung, tekak antara yang perlu dilakukan setiap hari,” ujar Dr Tengku Ezulia ketika berkongsi kisahnya di Live Pa&Ma Gala Moms.
Menurut Dr Tengku Ezulia lagi, mujurlah perjalanan kehamilan kembar dipermudahkan walaupun hari-hari berdepan risiko yang boleh memudaratkan diri. Walaupun kelahiran kedua ini secara pembedahan kerana bayi songsang, alhamdulillah semuanya sihat.
“Saya boleh katakan anak lelaki kembar saya ini adalah bayi PKP kerana sejak dari awal kandungan sehingga usianya dah 9 bulan memang hanya berada di rumah saja,” katanya.
Menceritakan mengenai anak kembar yang diberi nama Nik Areq Al-Birran dan Nik Arez Al-Birran, Dr Tengku Ezulia berkata, kedua-duanya mudah untuk dibezakan. Ini kerana si abang lebih kecil berbanding adik. Manakala kulit adik lebih cerah dari abang serta personaliti mereka seorang lebih aktif, seorang lagi chill je.
Bagaimanapun, tak dinafikan pernah juga tertukar antara mereka bila waktu tidur. Terkadang panggil adik sebagai abang dan abang pula adik. Tapi bila tengok betul-betul baru perasan.
Buat stok susu 3 bulan untuk anak
Sementara itu, bercerita mengenai perjalanan menyusukan anak dengan susu ibu, Dr Tengku Ezulia ada kisahnya yang tersendiri. Di sebalik kesibukan sebagai doktor pakar, bab menyusukan anak beliau sangat bersungguh-sungguh.
Kongsinya, semasa kelahiran anak sulung, memang tiada ilmu untuk menyusukan anak tetapi yang membanggakan beliau adalah anak sulung itu yang mengajarnya erti penyusuan sebenar.
“Masa mula-mula lekapan, dia dah pandai hisap sehingga rasa enjoy sangat. Rezeki juga waktu itu susu meriah dan memang dapat berikan secara eksklusif.
“Di saat susu sedang meriah dan si kakak waktu itu berusia 10 bulan, dapat tawaran menyambung pengajian ke New York. Waktu itu dah mula rasa sedih sebab takut tak dapat berikan susu padanya.
“Namun atas semangat yang diberikan suami, saya mengambil keputusan untuk membuat stok susu selama 3 bulan sebelum berpisah dengannya. Dari awal saya dah belikan satu freezer khas dan hantar susu yang dipam ke kampung kerana mak yang akan menjaga anak,” ujarnya.
Semasa berada di New York saya tetap melakukan rutin mengepam dan simpan stok susu. Alhamudulillah perancangan saya itu berjaya kerana saya tak mahu putus susu apabila pulang semula ke Malaysia. Memang rasa mencabar, tetapi jika kita betul-betul mahu mesti akan berjaya.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai kerjaya anak-anak apabila besar, Dr Tengku Ezulia memang mengharapkan untuk anak-anak meneruskan kerjaya sebagai doktor.
“Cuma sebagai ibu, dia tidak akan memaksa jika anak-anak mempunyai minat yang lain. Ini kerana kerjaya doktor memerlukan minat yang tinggi dan bukanlah secara paksaan.
“Walaupun saya dan suami doktor pakar, apa sahaja minat dan kehendak anak, kami akan sokong dan tidak akan hadkan pada bidang yang sama,” akhirinya.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa walaupun nak biarkan anak meneroka dunia persekitarannya tapi jangan sampai ia menyusahkan orang lain.
Kanak-kanak memang sifatnya tak tahu duduk diam dan ada sahaja yang ingin dicuba dan dibuat. Kalau di tempat awam, ibu bapa hendaklah mengawal tingkah laku dan anak anda kerana tak semua orang boleh faham dan terima sikap si kecil yang tak berhenti melompat dan memanjat sana sini.
Kisah yang dilalui oleh Puan Pnut Syafinaz harap boleh dijadikan pengajaran berguna kepada ibu bapa lain yang mempunyai anak-anak berusia bawah 6 tahun yang sedang lasak dan aktif mencuba macam-macam benda.
Kisah tragis di malam hari. Tadi mak long pi Bank Rakyat Presint 15, nk bayaq hutang kredit card. Dalam masa yang sama ada sepasang suami isteri sedang berurus niaga di deposit machine tu. Ada anak depa, lelaki dlm umoq 3-4 tahun. Boleh tahan lasaknya, panjat sana sini. Mak long perati je la..
Habis mak dia berurus niaga di deposit machine, mak dia pindah ke ATM machine pulak. Mak long pun ambik turn masukkan kredit kad, dan depositkan duit. Si budak ni tadi dok sebok masuk celah deposit machine tu. Ingatkan dia saja je menyelit.
Tiba-tiba pap!!! Deposit machine terus gelap. Nahh ambik hang! Anak bertuah ni dah pi tutup plug machine ni. Ya ampunnnn duit mak long dok dalam tu, urusniaga tak selesai lagi. Panic attack sat. Terus blank macam machine tu. Bapaknya dah hangin ke budak tu, elleh baru nak hangin, tadi hang bukan nak kepong anak hang pon. Anak hang panjat kerusi, tekan-tekan atm machine, tak pun hang babab tangan dia sedas.
Saya suruh pak dia buka balik suisnya. Machine dah on balik, duit dah kena telan anak oiiii..
Call ke call center bank rakyat, staff tu kata tak leh buat apa, kena pergi branch buat report, nanti depa check transaksi, kalau ada lebihan duit tak tally dengan report machine, akan dapat balik duit tu. Huwaaaaa.. tak pasal-pasal dah menyusahkan pulak. Mak long ni keja KL cheq oiii.. bukan keja dalam Putrajaya yang boleh lari sat pi bank. Terpaksalah ambik cuti berurusan hal ni.
Kepada mak bapak yang anak tengah melasak gini, minta tolonglahhh awasilah anak-anak ampa weihh jangan sampai menyusahkan orang. Kalau nak teman bini keluar duit pun, tolonglahhh monitor anak yang sejenis tak reti dok diam tu.
Tak tau nak kata apa dah… urut dada sajalah, nak marah pun budak kecik, yang nak \*]$]™]™<</3+3+3))3)&)&=&=&2)//\**%%*$>$ mak pak budak tu.. jadikan pengajaran dik oi. Jagalah anak elok-elok. Budak-budak memanglah budak, sifatnya nak meneroka apa juga, tetapi tengok tempatlah, tempat ada machine atm, dan orang berurusan keluar masuk duit, ajarlah anak pandai bawa diri.
Kes tadi tu, mak long senyum sajalah, tergamam tak tau nak kata apa. Balik rumah stresssss rasanya…
Baru tinggalkan sekejap dua beradik dalam rumah disebabkan ibu turun untuk mengambil juadah berbuka puasa, akhirnya seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 kondominium yang terletak di Ampang Utama, Selangor.
Jatuh dari tingkat 12
Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, kejadian itu disedari oleh pengawal keselamatan yang menjumpai mayat kanak-kanak perempuan itu sebelum melaporkan kepada pihak polis. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, sebaik sahaja menerima laporan tersebut pihak polis segera ke lokasi kejadian.
Tinggalkan dalam bilik bersama adik tujuh bulan
Mangsa ialah anak sulung daripada dua beradik. Ketika kejadian bapanya berusia 51 tahun keluar rumah untuk membeli juadah berbuka puasa, manakala ibunya berusia 27 tahun tinggal di rumah bersama mangsa dan adiknya berusia tujuh bulan pada jam 5.30 petang.
Difahamkan, ibu mangsa meninggalkan kedua-dua anaknya itu di dalam bilik tanpa berkunci sementara dia mengambil juadah berbuka puasa di tingkat bawah. Tetapi malangnya, setelah ibu mangsa pulang, dia amat terkejut melihat pintu koridor rumah terbuka dan anak perempuannya itu telah terjatuh dari balkoni rumah mereka ke tingkat tiga bangunan tersebut.
Parah di kepala, kecederaan dalaman & luaran
Ibu mangsa kemudian turut dibawa ke Hospital Ampang dengan menaiki ambulans. Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan tengkorak pecah disahkan meninggalkan dunia pada jam 7.33 malam. Bukan itu sahaja, mangsa juga mengalami kecederaan luaran dan dalaman kesan jatuh dari tempat tinggi.
Bapa mangsa memang tidak pernah memohon untuk mendapatkan dokumen kelahiran kanak-kanak itu kerana tiada dokumen pernikahan sah kerana mereka yang juga warga tempatan berkahwin di Thailand.
Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kesalahan membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan.