Bukan mudah bagi seorang wanita hamil untuk berdepan situasi pandemik Covid-19 yang mengancam seluruh dunia. Namun pengalaman itu telah dilalui oleh Dr Tengku Ezulia Binti Tengku Nun Ahmad, seorang Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak tahun lalu.
Dr Tengku Ezulia antara salah seorang daripada 20 penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms tahun ini. Pemilihan beliau sebagai penerima anugerah ini kerana semangat yang tinggi dalam dirinya sebagai seorang wanita bekerjaya dan ibu kepada anak tiga anak kecil.
Kehamilan yang sangat mencabar
Menceritakan pengalaman hamil kali kedua yang juga anak kembar, Dr Tengku Ezulia berkata ia pengalaman dan cabaran hamil yang sememangnya agak berlainan berbanding ketika mengandungkan anak sulung. Tambah lagi bila dapat tahu ada dua orang dalam rahim.
“Hamil kali kedua sememangnya mencabar kerana saya hamil kembar dan hospital tempat saya bertugas merupakan salah sebuah hospital yang merawat pesakit Covid ditambah pula perlu memakai PPE.
“Pengalaman hamil dan terpaksa juga merawat pesakit yang ada masalah demam, selesema, batuk, sakit tekak dan sukar bernafas satu tanggungjawab besar. Jika dilihat gejala ini turut mempunyai persamaan simptom Covid-19 dan prosedur melibatkan pemeriksaan hidung, tekak antara yang perlu dilakukan setiap hari,” ujar Dr Tengku Ezulia ketika berkongsi kisahnya di Live Pa&Ma Gala Moms.
Menurut Dr Tengku Ezulia lagi, mujurlah perjalanan kehamilan kembar dipermudahkan walaupun hari-hari berdepan risiko yang boleh memudaratkan diri. Walaupun kelahiran kedua ini secara pembedahan kerana bayi songsang, alhamdulillah semuanya sihat.
“Saya boleh katakan anak lelaki kembar saya ini adalah bayi PKP kerana sejak dari awal kandungan sehingga usianya dah 9 bulan memang hanya berada di rumah saja,” katanya.
Menceritakan mengenai anak kembar yang diberi nama Nik Areq Al-Birran dan Nik Arez Al-Birran, Dr Tengku Ezulia berkata, kedua-duanya mudah untuk dibezakan. Ini kerana si abang lebih kecil berbanding adik. Manakala kulit adik lebih cerah dari abang serta personaliti mereka seorang lebih aktif, seorang lagi chill je.
Bagaimanapun, tak dinafikan pernah juga tertukar antara mereka bila waktu tidur. Terkadang panggil adik sebagai abang dan abang pula adik. Tapi bila tengok betul-betul baru perasan.
Buat stok susu 3 bulan untuk anak
Sementara itu, bercerita mengenai perjalanan menyusukan anak dengan susu ibu, Dr Tengku Ezulia ada kisahnya yang tersendiri. Di sebalik kesibukan sebagai doktor pakar, bab menyusukan anak beliau sangat bersungguh-sungguh.
Kongsinya, semasa kelahiran anak sulung, memang tiada ilmu untuk menyusukan anak tetapi yang membanggakan beliau adalah anak sulung itu yang mengajarnya erti penyusuan sebenar.
“Masa mula-mula lekapan, dia dah pandai hisap sehingga rasa enjoy sangat. Rezeki juga waktu itu susu meriah dan memang dapat berikan secara eksklusif.
“Di saat susu sedang meriah dan si kakak waktu itu berusia 10 bulan, dapat tawaran menyambung pengajian ke New York. Waktu itu dah mula rasa sedih sebab takut tak dapat berikan susu padanya.
“Namun atas semangat yang diberikan suami, saya mengambil keputusan untuk membuat stok susu selama 3 bulan sebelum berpisah dengannya. Dari awal saya dah belikan satu freezer khas dan hantar susu yang dipam ke kampung kerana mak yang akan menjaga anak,” ujarnya.
Semasa berada di New York saya tetap melakukan rutin mengepam dan simpan stok susu. Alhamudulillah perancangan saya itu berjaya kerana saya tak mahu putus susu apabila pulang semula ke Malaysia. Memang rasa mencabar, tetapi jika kita betul-betul mahu mesti akan berjaya.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai kerjaya anak-anak apabila besar, Dr Tengku Ezulia memang mengharapkan untuk anak-anak meneruskan kerjaya sebagai doktor.
“Cuma sebagai ibu, dia tidak akan memaksa jika anak-anak mempunyai minat yang lain. Ini kerana kerjaya doktor memerlukan minat yang tinggi dan bukanlah secara paksaan.
“Walaupun saya dan suami doktor pakar, apa sahaja minat dan kehendak anak, kami akan sokong dan tidak akan hadkan pada bidang yang sama,” akhirinya.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Itulah kekuatan yang dibawa oleh seorang ibu. Biar sakit walau terlantar sekalipun, sebolehnya diusahakan sebaik mungkin untuk menyermpurnakan tugasnya pada anak-anak.
Melalui Instagramnya, pengacara tersohor, Fedtri Yahya turut meluahkan rasa kagumnya buat isteri tercintanya yang selama ini banyak berkorban untuk membesarkan anak-anak mereka.
Kongsi Fedtri sempena hari lahir isteri tersayang, walaupun diuji dengan kehamilan yang sukar setiap kali hamil, isterinyalah orang yang paling banyak bersabar malah segalanya mampu diuruskan dengan baik.
“27 Oktober. Happy birthday to my wife. Nurul Anati. Dia telah meletakkan kepentingan keluarga melebihi segalanya.
“Tiap kali kehamilan, macam-macam dugaan. Ada waktu memang hanya terlantar dan terbaring. Pada masa sama anak-anak kecil lain harus diuruskan.
“Dalam kesulitan itu, anehnya semua mampu diurus. Naluri seorang ibu luar biasa,” katanya berkongsi.
Bahkan kata bapa penyayang ini lagi, dia sendiri mengakui melalui cabaran yang kuat bila mana bersama anak-anaknya.
Malah kata Fedtri lagi, isterinya seorang yang cukup tegas dalam mendidik anak berbanding dirinya yang lebih memanjakan anak-anak.
“Kita jaga anak-anak sejam dua dah pening. Bagaimana dia boleh hadap 24 jam. Sempurnya semuanya.
“Anak-anak kalau dengan daddy nak apa semua dapat, tapi mama letakkan garis ketegasan supaya anak membesar dengan disiplin.
“Semoga Allah kurniakan sebaik-baik ganjaran buat isteri solehah dan ibu mithali 🤲 Moga rahmat dan reda Allah mengiringi sebuah perjalanan membina keluarga samara. Aminn,” kongsinya lagi.
Anak perempuan Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra yang kini berusia 8 tahun meluahkan rasa rindu yang tiada penghujung buat arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin melalui sebuah nota ringkas.
Dalam nota tersebut tertera tulisan Talita “I Miss You Mummy”, saya rindukan mummy dan difahamkan nota tersebut ditulis di atas kertas ketika mereka sedang bercuti di sebuah pusat peranginan.
Talita kelihatan menahan sebak kerana terlalu rindukan arwah ibunya. Arwah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam jam 5.13 pagi, Ogos lalu.
Selepas menulis nota rindu tersebut, Talita kelihatan termenung dan kemudian mencium tudung milik arwah ibunya bagi melepaskan rindu.
Tambah nenek Talita, cucunya meninggalkan nota tersebut mungkin merasakan percutian kali ini tidak lengkap tanpa ibunya disisi.
“Ternampak Dekta tulis ayat ni 🥺 Ya Allah, luluh hati. Sebak. Mungkin dia rasa ralat bercuti kali ni tanpa ibu. Nampak dari cara pandangan talita sangat-sangat kerinduan.
Terima kasih pada yang mendoakan utk talita dan yang menhadiahkan Al-fatihah utk ibu (siti sarah raissuddin)”
Rata-rata warga maya yang menonton video tersebut tidak dapat menahan sebak membayangkan satu-satunya anak perempuan Shuib merindui arwah ibunya.
Sedih tengok, moga terus kuat
Moga kuat sayang, mama tunggu dekat syurga
Arwah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan 3 bulan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila mempunyai anak kecil, bukan mudah untuk golongan ibu bapa mengawal keletah mereka ketika berada di luar lebih-lebih lagi sewaktu makan di kedai. Lumrah anak kecil yang suka meneroka dan tak duduk diam ditambah pula mood yang selalu berubah-ubah membuatkan ada ibu bapa ‘serik’ nak bawa anak-anak makan di luar.
Sama seperti ibu bapa lain, Encik Akif yang juga pensyarah psikologi berkongsi pengalaman bagaimana dia menguruskan anak kecil yang aktif ketika berada di luar. Semoga bermanfaat buat semua.
“Bagi saya & isteri, nak bawa anak berumur 1 tahun yang agak aktif untuk makan di luar sangat mencabar”
Ini cara bagaimana kami melakukannya:
1. Salah seorang masuk kedai dulu & buat pesanan.
Seorang lagi teman anak berjalan-jalan di luar. Bagi dia keluarkan “energy” dulu.
2. Kalau dia tak nak jalan-jalan, kami akan bawa buku untuk dibacakan.
3. Kadang kala kalau mood dia tak berapa baik, terpaksa dukung bawa jalan-jalan untuk tenangkan dia dulu.
4. Sementara suap dia makan, bagi dia pegang props. Kali ini ada orang bagi belon
5. Sementara isteri makan, saya pula layan budak ni baca buku.
6. Akhirnya dapat juga makan
7. Yang paling ialah “teamwork.” Kalau buat berseorangan memang kelam kabut.
Ini bukan perkongsian berdasarkan kajian-kajian atau teori-teori parenting. Ini hanya pengalaman kami sendiri sahaja. Ada ibu bapa di luar sana yang hadapi isu yang sama?
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.