Tahniah diucapkan buat penyanyi, Wany Hasrita yang kini telah pun bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Sabtu lalu.
Menerusi Instagram, pelantun lagu Menahan Rindu itu berkongsi momen bahagia buatnya dan suami kepada seluruh peminatnya.
Wany selamat melahirkan cahaya mata perempuan tepat jam 7:14 malam secara normal meluahkan rasa syukurnya di atas kelahiran bayi yang dinantikan.
“Assalamualaikum, Bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14pm secara normal.
“Terima kasih pada semua yang mendoakan kami,” kongsi Wany.
Ads
Malah melalui entri yang sama juga, Wany turut memuat naik sekeping gambar ketika memegang jari halus bayi comelnya. Putih dan gebu.
Wany yang kini bergelar ibu juga turut mendoakan perjalanan yang terbaik buat anak kesayangannya itu bersama suami.
Ads
“Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu & bapak. Membesar dengan sihat & jadilah orang yang memberi manfaat pada yang lain kelak. Ibu lebiu,” tulis Wany.
Ruangan komen turut dihujani dengan ribuan tahniah buat Wany dan suami. Semoga anak kecil ini terus membesar dengan sihat dan menceriakan kehidupan ayah dan ibunya.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Peningkatan kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) sangat membimbangkan. Majoriti lokasi penularan wabak berlaku di tadika, taska atau prasekolah.
Menerusi laporan Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, penyakit HFMD berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran dengan kadar jangkitan dalam kalangan kanak-kanak berumur kurang dari 10 tahun hampir 100 peratus, terutama di premis tempat tumpuan, kanak-kanak seperti taska, tadika atau sekolah.
Justeru ibu bapa dan penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai simptom jangkitan dinasihatkan agar tidak membawa anak ke tempat awam, taska atau tadika dan membawa anak untuk mendapatkan rawatan, selain membersihkan permainan anak serta lantai rumah terutama di tandas.
Sementara itu, di FB Cik Lisa, dia berkongsi pengalaman anak dijangkiti HFMD dan caranya merawat penyakit itu hingga boleh sembuh dengan cepat. Antaranya dengan menjaga kebersihan dan memastikan kesihatan anak berada pada tahap optimum.
Kalau mak mak semua nak tahu, saya pakai ni untuk anak saya yang baru sembuh dari penyakit HFMD. Saya guna sabun cetaphil tu untuk mandi. Lepas mandi lap kering-kering, pakaikan pampers sahaja dan biarkan tidak berpakaian.
Lepas itu sapu cream atau lotion tu ke seluruh badan. Tak sampai beberapa hari pun bintik-bintik air tu akan kecut dan hilang. Untuk ulser dalam mulut, saya pergi klinik as-salam dia bagi spray.
Doktor suruh spray je selalu, dan alhamdulillah anak saya sembuh dengan cepat . Mungkin mak-mak boleh cuba.
Sidang media yang diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar pada Rabu, telah menolak dakwaan ‘plot twist’ yang tular di media sosial berhubung kes kematian remaja, Zara Qairina Mahathir. Kenyataan itu sekali gus menafikan khabar angin yang mendakwa punca kematian Zara adalah seperti yang diperkatakan di media sebelum ini.
Pasukan peguam yang mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, 45, turut menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar. Mereka menyifatkan naratif ‘plot twist’ itu sebagai satu rekaan jahat dan jijik yang bertujuan memfitnah anak guam mereka.
“Sidang media ini membuktikan bahawa ‘plot twist’ yang ditularkan beberapa minggu lalu di platform media massa, kononnya anak guam kami menjadi punca kematian Zara, adalah tidak benar,” jelas kenyataan peguam tersebut pada Khamis.
Pasukan peguam turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah JSJ Bukit Aman dan pasukan petugas khas yang bertindak pantas menyiasat kes tersebut. Mereka juga merayu orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kematian Zara supaya tampil membantu siasatan.
“Kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan polis, kami merayu agar anda tampil ke hadapan dan menyalurkan maklumat tersebut. Jika takut atau memerlukan bantuan, anda boleh berjumpa dengan kami,” ujar mereka.
Dalam masa yang sama, peguam berkenaan mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi tidak benar tentang kes ini.
Kenyataan itu turut dikeluarkan secara bersama oleh barisan peguam termasuk Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.
Zara Qairina, 13, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu. Mangsa ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Kes kematian pelajar Tingkatan Satu ini menarik perhatian ramai, termasuk di media sosial, apabila timbul dakwaan ia mempunyai kaitan dengan insiden buli di sekolah tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Payudara dibiarkan penuh tanpa diperah adalah masalah yang nombor 1 yang tidak diberi perhatian. Sebelum mengaku kalah dan katakan susu drop, pastikan perkara ini tidak berlaku. Fahamkan konsep “DEMAND & SUPPLY.”
Puan Noorfazila Binti Abdul Rahman, Kaunselor Laktasi, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Daerah Klang berkongsikan info bermanfaat ini.
Jika sebelum ini ibu-ibu hanya menuding jari dan mengatakan susu semula jadi sedikit atau susu kering selepas masuk kerja selepas cuti bersalin, fikirkan semula faktor kegagalan kita memerah mengikut keperluan, pemikiran negatif dan tahap stres yang dihadapi.
Puan Noorfazila telah berkongsi tentang perkara ini seperti berikut;
Penting bagi memahami konsep “DEMAND & SUPPLY” dalam menjayakan penyusuan susu ibu.
APA ITU FEEDBACK INHIBITOR OF LACTATION (FIL)?
Mungkin ramai ibu tak faham konsep ini sebab ramai lagi yang tidak kenal dengan FIL (feedback inhibitor of lactation).
Sebenarnya selain STRESS dan pemikiran NEGATIF, FIL merupakan MUSUH NOMBOR 1 semua ibu yang menyusukan anak.
“FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.”
PAYUDARA BENGKAK TANPA PAM/ HISAPAN BAYI PARAS FIL AKAN TINGGI
Faham tak? Ok saya terangkan dengan lebih mudah. Actually kalau ibu suka tunggu breast betul-betul bengkak atau biar je breast tak dikosongkan dalam tempoh yang agak lama, paras FIL dalam payudara jadi makin banyak dan tinggi.
Dia nilah sebenarnya yang menghantar signal pada otak supaya kurangkan / perlahankan atau berhenti menghasilkan susu sebab kurang permintaan dari ibu..Sama jugak macam kolah air yang ade pelampung tu, bile penuh paip air dah tak perlu keluarkan air lagi..
RAJIN PAM, BAYI HISAP FIL AKAN RENDAH & SUSU DIHASILKAN TANPA SEKATAN
Situasi berbeza kalau ibu yang rajin susukan anak, rajin pam waktu kat ofis dan payudara sentiasa kosong. Paras FIL akan rendah dan sedikit, bergantung kepada kekosongan breast ibu.
Bila FIL ini berkurang, badan akan terus-terusan menghasilkan susu sebab otak tak ada pun terima hasutan dar iFIL supaya kurang atau berhentikan pengeluaran susu.
FAHAMI & PENUHI KONSEP DEMAND & SUPPLY, ANDA TIDAK PERLUKAN MILKBOOSTER
Sekarang agak-agak dah faham tak kenapa saya sering sebut pasal konsep demand & supply?
Sebab tu saya tak pernah nak bagitau semua ibu kene makan ni baru susu banyak, kene minum ni baru susu banyak, jangan makan ni nanti susu drop..
Itu semua mind set sahaja. Buktinya saya makan semua makanan yang ada (makanan berkhasiat & halal) tak kisah apa pun saya makan. Alhamdulillah tak pernah lagi susu drop sebab saya makan sesetengah jenis makanan.
Bagus ibu-ibu macam saya yang berselera makan macam saya ni sebab semua benda jadi milk booster sebab once kita enjoy dengan makanan, itu semua akan jadi milk booster ok!
4 TIPS KALAU NAK SUSU BANYAK
Anda perlu ingat, kalau nak susu yang banyak dan cukup untuk anak ibu perlulah;
#1: KERAP KOSONGKAN PAYUDARA
Kerap kosongkan payudara maksudnya kerap susukan baby bila baby ada dengan kita kalau boleh susukn anak setiap 2 jam sekali bila di rumah & keraplah mengepam bile baby tidak ada dengan kita (di tempat kerja).
Kalau IBU -Ibu pam 3 jam sekali atau usahakan untuk pam 3 kali sepanjang 10 jam bekerja.
#2: JANGAN TUNGGU PENUH BARU PAM
Jangan tunggu payudara penuh baru nak pam. No no no ya..sebab semakin lama anda biar susu dalam payudara tidak dikeluarkan protein jahat FIL ini akan menghasut otak menghentikan production susu.
Itu yang membuatkan supply akan makin drop dan susu akan makin kering. Nak susu banyak, saya ingatkan tolong pam susu setiap 3 jam bila di tempat kerja dan susukan anak sekerap yang boleh bila di rumah.
#3: ENJOY THE FOOD
Makan sayur makanan apa je yang ibu-ibu semua suka. Enjoy the food. Minum air kosong lebih.
#4: SENTIASA POSITIF
Keep positif, jauhi stress ni semua boleh block hormon oksitosin (hormon yg bertanggungjawab keluarkan susu dr payudara) daripada terhasil. Bila hormon oksitosin kurang, susu pun malu-malu nak keluar.
#5: BERDOA & ZIKIR
Teruskan berdoa, selalulah berzikir. Hanya Dia tempat kita memohon setiap hajat.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.