“Semoga kedua-duanya selamat” begitulah doa dari frontliner ini dan juga warga maya yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan buat Siti Sarah Raissudin serta bayi setelah Siti Sarah ditidurkan akibat paras oksigen yang rendah kerana jangkitan Covid-19.
Tambahnya lagi, Siti Sarah harus kuat untuk melawan Covid-19 demi anak dan suami. Menurut pengalamanya dalam menjaga ibu-ibu hamil dalam tahap 5 Covid-19 di ICU, dia akui memang pesakit akan mengambil sedikit masa untuk kembali sedar.
Berita mengenai Siti Sarah ditidurkan mendapat pelbagai reaksi warga maya. Mereka tidak putus-putus mendoakan agar Siti Sarah kembali sedar secepat mungkin.
Ads
Menurut perkongsian Shuib ketika majlis bacaan yassin petang tadi, doktor telah menghubunginya dan meminta izin untuk menidurkan Sarah berikutan tahap oksigen tidak stabil, dan petang tadi doktor telah berjaya mengeluarkan bayi dari kandungan Sarah secara pembedahan. Difahamkan Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki dan bayi kini masih dibawah pemantauan doktor.
Ads
Bagaimanapun, Siti Sarah masih belum sedar dan pihak Sarah memohon doa semua agar segala urusan dipermudahkan.
____________
Ads
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah bangunan di Jalan Bundusan, Penampang, Sabah.
Dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu, mangsa yang dibawa ke wad kecemasan Jesselton Medical Centre (JMC) oleh ahli keluarganya bagaimanapun, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati mangsa dibawa oleh ahli keluarga untuk makan di sebuah restoran di tingkat lima bangunan berkenaan.
Bermain dengan abang sebelum jatuh
Katanya, mangsa dikatakan bermain bersama abangnya di lorong jejantas yang masih dalam pembinaan menghubungkan bangunan bersebelahan.
“Ketika bermain dengan abangnya, mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat lima bangunan berkenaan.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke JMC untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya menerusi kenyataan media.
Mohd Haris berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas di JMC.
Katanya, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Ketika berita pemergian Chef Selebriti Adam Mahamed Ismail dilaporkan pada pagi Ahad lalu, rata-rata pengguna media sosial yang mengikuti perkembangan trio popular The Family UK tidak dapat membayangkan perasaan anak-anak buah kesayangannya itu.
Ramai tahu hubungan antara Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali dengan Adam yang lebih dikenali dengan panggilan Adamdidam itu terlalu erat.
Berkongsi cerita tentang akrabnya hubungan mereka, kakak sulung Adam, Dr Nor Ashmiza Mahamed Ismail, 42, berkata sejak mendapat tahu bapa saudaranya sakit, Fatimah telah menggantung sehelai tudung di kerusi sepanjang masa untuk menunaikan solat bagi mendoakan bapa saudara kesayangannya itu.
“Di rumah tu, Fatimah ada satu tudung kepala yang dia gantung sepanjang masa di kerusi, dia akan pakai untuk sembahyang dan mendoakan Mamajee dia.
Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali adalah adik-beradik yang popular dengan video bertutur dalam dialek Kelantan walaupun membesar di Birmingham, United Kingdom.
Tambah Dr Nor Ashmiza, walaupun masih belum matang, penerimaan mereka terhadap kehilangan Adam tidak seperti kanak-kanak lain yang tidak berapa faham tentang hal melibatkan ajal dan kematian.
Ahad memang benar-benar hari Adam dan kelmarin adalah Ahad yang terakhir bersama Adam.
“Mereka sedar sepanjang masa bahawa Mamajee memang sakit. Cuma, Fatimah sangat terkesan kerana dia amat menyayangi Adam.
“Dia memang berharap Mamajee kembali ke UK. Berita ini amat-amat mengejutkan mereka,” katanya sambil menambah kali terakhir adik beradik tersebut bertemu Adam adalah pada sambutan Aidilfitri tahun lalu.
Beliau yang juga menetap di UK itu turut menganggap Adam lebih daripada seorang adik, malahan beliau ibarat ibu kedua buat chef tersebut.
Menyedari keadaan kesihatannya tidak begitu mengizinkan, Adam sempat menitipkan kata-kata akhir kepada mereka yang mengenalinya.
Pesanan terakhir Adam untuk semua
“Banyak perkara ‘confidential’ yang dia cakap dengan keluarga. Tapi, kepada orang luar, dia selalu cakap dia minta maaf banyak-banyak kalau terasa hati dengan tutur katanya, kalau ada apa-apa minta tolong halalkan.
“Alhamdulillah ada rezeki, semua sempat melihat Adam pergi. Keluarga di UK pun sempat ‘facetime’ dengan dia dan Adam tidak terkilan apa-apa,” katanya yang bersyukur adiknya meninggal dunia dengan cara baik dan pada bulan yang suci.
Sejak awal pengenalan Adam dalam dunia masakan, beliau sering menggunakan tanda pagar #SundayWithAdam untuk berkongsi resipi kepada pengikutnya.
Dia masuk hospital ‘on and off’ dua tiga kali, kemudian memang dia OK. Macam semalam, dia memang sedar sepanjang masa. Dia bagi reaksi dan minum air.
Dalam pada itu, Dr Nor Ashmiza turut meluahkan rasa terkilan terhadap laporan yang mendakwa adik bongsunya mengalami lumpuh dan hanya boleh menggerakkan jari.
“Saya terkejut sebab adik saya bukan macam tu. Adam seorang yang aktif dan suka bekerja kuat hingga ke saat-saat akhirnya.
“Dia masuk hospital ‘on and off’ dua tiga kali, kemudian memang dia OK. Macam semalam, dia memang sedar sepanjang masa. Dia bagi reaksi dan minum air,” jelasnya sambil menambah kesihatan Adam bertambah teruk sejak tiga hari sebelum dijemput Ilahi.
Ada anak kecil, dapur dan bilik air antara tempat berisiko yang boleh mendatangkan bahaya jika ibu bapa terleka. Tambah lagi anak kecil yang baru dapat kaki dan tengah fasa melasak. Sebaik-baiknya pastikan dapur ada pagar dan pintu bilik air ditutup rapat.
Ingat ya, kanak-kanak boleh lemas dalam air walaupun kurang 2.5 cm atau 1 inci jika tak dipantau oleh orang dewasa. Anggaplah dalam rumah sendiri pun risikonya tetap ada.
Melalui perkongsian seorang ibu di FB Dyla Adnan, dia hampir kehilangan anak perempuan apabila hampir lemas dalam baldi air. Mujurlah sempat buat CPR sebelum terima rawatan di hospital.
TAK SAMPAI SEMINIT ANAK DAH TERTONGGENG DALAM BALDI AIR!
Peristiwa hitam dalam hidup aku..
Aku nak korg semua alert tentang air, bilik air, tolong sangat-sangat sebelum jadi macam kes aku..aku leka aku cuai…maafkan mami anak-anak…
11 June 2021 -Jumaat
Aku mcm biasa petang-petang bawak anak jalan-jalan bawah main dengan anak jiran. then dah pukul 7 aku naik dan aku nak mandikan dorg. Pintu toilet terbuka selalunya aku masuk sekali..tapi nak jadikan cerita aku , then suami aku balik, dia cakap anak-anak mana then aku cakap dalam toilet. Sekelip mata seminit pon tak smpai anak aku dah tertonggeng dalam baldi ada air…anak aku adinda setahun sebulan.
Aku jerit panggil suami aku, dia pon menjerit! Sambil aku panggil aku terus angkat anak aku. ANAK AKU DAH LEMBIK WEY! Laki aku goncang-goncang dia bagi sedar.. aku memang panik tapi aku terus buat cpr kat anak aku tekan dada dia guna dua jari lepas cpr.. (*KORG MAK AYAH KENA TAHU APA PATUT BUAT TIME TU..AMIK TAHU MACAM MANA NAK CPR MACAM MANA NAK BUAT KALAU ANAK JADI MCM AKU..PENTING SGT..JANGAN TERUS G HOSPITAL, PASTIKAN DIA MUNTAH KELUAR AIR DARI BADAN DIA TU..AKU SEBAB ALLAH DETIKKAN AKAL AKU UNTUK BUAT TU..ALLAHUAKBAR*)
TERUS BUAT CPR & TEPUK BELAKANG
Kuasa Allah Maha Besar, anak aku muntah lepas tu…weyh dia dah nafasssss!!!!! Aku tetap buat benda sama dan tepuk-tepuk belakang dia. Lepas tu terus pergi hospital…asalkan dia dah bernafas…tapi kalau kitorg tak buat cpr dan terus pergi je hospital, mungkin ank aku dah takde. Tapi Alhamdulillah…Allah panjangkan umurnya…AKU BERSYUKUR YA ALLAH…AMANAH INI DIBERIKAN PELUANG KEDUA…
12 JUNE 2021 – Sabtu
Buat swab test sebab kena masuk wad.. huhu kul 12 tengah malam buat swab ..yang powernya Dinda mungkin dia lemah kan buat swab tu dia tak bunyi pon gosok-gosok hidung je weyh..aku risau dia melalak..sebab sakit jugak weyh..
So dapat result kul 2.30 pagi..aku cangkung je weyh sebelah dia dari 7.45 malam sampai hospital tu..badan aku sakit giler sebab benda mengejut. 3.00 pagi masuk wad, Alhamdulillah..lega aku…selesa dah dinda nak rehat..
Sampai sekarang aku trauma sangat tengok bilik air. Tutup mata je aku teringat anak aku masa kejadian tu, korg semua please alert dan jangan panik..buat apa yang sepatutnya tau…awasi anak-anak supaya benda buruk ni tak berlaku kat korg. Sekelip mata jeee…Alhamdulillah sekarang anak semakin sihat dan aktif …
13 June 2021- Ahad
Sebelum keluar wad adinda sempat ziarah semua bilik..merayap sambil sengih-sengih…aku pon layankan je…tenghari tu kami berdua keluar wad…sebab doktor dah pantau keadaan dada dan dalaman Adinda Mikayla. Alhamdulillah….
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Kata orang mengidam makanan manis ketika hamil mengandung anak perempuan. Sementara mengidam makanan masam, ini bermakna bakal dapat bayi lelaki. Betul ke?