Kekayaan bukan ukuran untuk memewahkan anak untuk memiliki semua benda. Biarpun kaya dan punya harta, isteri kepada usahawan berjaya Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid dipuji ramai kerana tidak kisah untuk berbelanja di pasar.
Mana tidaknya, walau memiliki wang ringgit berkepuk-kepuk namun ibu kepada lima orang cahaya mata ini sentiasa merendah diri dan tidak gemar menunjuk-nunjuk.
Satu hantaran DS Shahida di Instagramnya yang berkongsi sedang membeli selipar dua anaknya, Yusof Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah dipuji ramai.
Tidak perlu ke gedung membeli belah untuk membeli selipar berjenama, isteri kesayangan Datuk Alif Syukri ini langsung tidak kisah membelinya di pasar malah dengan harga yang jauh lebih murah.
Ads
“Pantang la ikut mama dia pergi pasar, asyik kena pau je. Minta selipar baru pula.
“Lepas tu tak menyempat nak pakai juga kat situ.
“Anak korang pun mesti macam ni kan?,” tulisnya di kapsyen.
Rata-rata ramai yang memuji cara Datin Shahida yang mendedahkan anak-anak dengan barangan biasa tanpa perlu bermewah.
Ads
Bahkan kata pengikutnya lagi, biar pun dilimpahi kekayaan namun tidak mengubah jati diri ibu kepada lima orang cahaya mata ini.
Tidak hanya dikenali sebagai ibu dan wanita yang cukup sederhana bahkan Datin Shahida juga dikenali mempunyai sifat pemurah. Terbaik Datin!
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Sebaik memasuki tahun 2022 pastinya mak ayah sudah mempersiapkan jadual tahunan untuk bercuti seisi keluarga. Namun dalam merancang percutian, pesanan dari penceramah tersohor, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ini mak ayah jangan terlepas pandang.
Menerusi Instagramya, Ustaz Don turut berkongsi kalender percutian yang dirancang isteri tercintanya, Dr Husna Zahry bagi merancang percutian tahunan mereka tanpa mengabaikan sesi persekolahan anak. Inilah yang seharusnya kita lakukan.
Kata Ustaz Don, dalam merancang percutian dengan anak-anak, jangan abaikan waktu pembelajaran anak-anak. Jangan biar anak ponteng sekolah sebaliknya sebagai mak ayah kitalah orang utama yang seharusnya menghormati waktu sekolah mereka.
“Isteri saya hantaq mesej. Bagi gambaq ni (Gambaq 1). Untuk kami plan cuti sebab sekarang dah ada anak sekolah rendah.
“Bukan macam dulu. Cuti ikut dan saja. Rasa nak cunggit, cunggit teruih. La ni tak boleh la. Kena hormat sekolah anak,” tulisnya berkongsi.
Menurut kata bapa kepada empat cahaya mata ini lagi, walaupun ada ibubapa yang merasa bimbang untuk menghantar anak ke sekolah dek kerana virus Covid-19 serta varian terbaru, Omicron namun janganlah dijadikan alasan mengabaikan pembelajaran anak. Hal ini sepatutnya tidak perlu berlaku.
“Walaupun la ni sejak-sejak ligat internet ni orang mula rasa sekolah tak penting sebab dok dengaq macam-macam pihak dok motivate, tapi pendirian saya, sekolah tetap penting.
“Banyak saya belajaq di sekolah. Terutamanya berkawan dan bergaul serta hormat orang,” katanya berkongsi malah mengharapkan ibu bapa juga turut mengutamakan kepentingan anak belajar.
Terharu isteri muliakan hari lahir Nabi
Dalam pada itu, perkongsian dari isteri tercinta, Dr Husna Zahry itu turut membuatkan penceramah yang disegani ramai ini terharu. Sudah semestinya inilah yang kita perlu lakukan, iaitu memuliakan hari kelahiran Nabi Muhammad yang kita sayangi.
Tidak hanya berkongsi nasihat untuk mak ayah bahkan Ustaz Don yang kini sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 ini juga mengharapkan kesejahteraan berpanjangan buat semua.
“Jadi, saya pun, tengok la satu per satu sekali lalu. Bila mai tang bawah, saya terberenti dan renung lama. Sampai menangis sebab terharu (Gambaq 2)
“Rakyat Malaysia, walau apa pun orang nak kata lepaih baca post saya ni, saya tetap yakin macam mana saya yakin sekolah bagi manfaat, saya sangat yakin, BIRTHDAY RASULULLAH ﷺ sangat dekat di hari kita.
“And i tell you, إنْ شَآء الله selama mana kita sentiasa mengutamakan menyambut, meraikan, memeriahkan, bagi cuti, bercuti, buat majlis ilmu, menghidupkan dan merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad ﷺ , saya yakin dan pasti, إنْ شَآء الله Malaysia dan rakyatnya sentiasa dalam pemeliharaan Allah Azza Wa Jalla.
“Ya Allah, tolong pelihara Malaysia dan rakyatnya dan semua ummat Nabi Muhammad ﷺ dari segala bala dan fitnah akhir zaman dengan berkat nama Mim Ha Mim Dal Nabi Muhammad ﷺ . آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak yang masih kecil juga mempunyai emosi dan perasaan mereka sendiri. Jangan sesekali mengabaikan apa yang mereka rasa kerana ia boleh menyebabkan anak membesar menjadi anak yang suka memberontak dan melawan cakap. Ini bukan salah mereka kerana telah diasuh untuk bersikap kasar dan membelakangkan perasaan orang lain.
Sebagai ibu bapa, kita perlu kenali emosi anak dahulu supaya dapat asuh anak menjadi pintar dan cemerlang dalam hidupnya! Emosi merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang. Tanpa emosi, diri manusia tidak lengkap. Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga mempunyai pelbagai emosi.
Emosi merangkumi pelbagai perasaan termasuk negatif dan postif. Melalui emosi, anak-anak dapat meluahkan perasaan yang tercetus dalam dirinya. malah, ia membantu anak membina idea baharu, matlamat dan perancangan.
1.Gembira
Membantu kanak-kanak berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang disukai sepanjang hari penerokaan dalam persekitarannya.
2.Marah
Perasaan marah ini membantu kanak-kanak mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang diinginkan dengan melahirkan perasaan geram, mengamuk atau marah dalam bentuk yang bersesuaian.
3.Takut
Perasaan ini membuatkan kanak-kanak berasa terancam sekali gus membentuk motivasi ingin memastikan keselamatan diri daripada aspek fizikal dan psikologi.
4.Sedih
Perasaan kehilangan iaitu tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih untuk mendapat apa yang diinginkan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.
5.Geli
Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan terhadap suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati dan tidak berminat untuk mendekati dan mengambilnya.
6.Cemas
Ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.
7.Malu
Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak bersikap di luar batasan.
8.Bangga
Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati dan dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan oleh ibu bapanya.
Seperti mana kita yang dewasa mahukan orang menghormati perasaan kita, begitulah juga dengan anak-anak. Kenalilah perasaan dan ambil perhatian keperluan emosi mereka.
Untuk menjadikan anak kita membesar dalam persekitaran yang sihat dan dia membesar sebagai orang yang berkeyakinan, sayangilah mereka. Biarkan mereka meluahkan segala perasaan, itu lebih baik dari memendam dan menyebabkan mereka merasa insecure terhadap diri sendiri.
Ramai yang beranggapan bahawa dengan berhenti kerja seseorang itu menjadi ibu yang lebih baik. “Saya sanggup berhenti kerja asalkan anak saya depan mata saya” itulah antara ayat-ayat yang kita sentiasa baca ataupun dengar disaat sesuatu isu berkenaan anak menjadi trending.
Menurut pandangan Puan Adlil Rajiah(peulis keibubapaan) untuk menjadi seorang ibu yang baik bukan berkorban apa sahaja tapi akhirnya emosi anak itu dibiarkan kosong. Anak-anak tetap menanti si ibu melayannya. Si anak tetap mencari ruang untuk menagih kasih sayang ibu.
These are 13 points yang saya sempat share bersama ibu bapa dan para pendidik NimbleBee Islamic Entrepreneurial Preschool di Kompleks Taman Seni Islam Antarabangsa Selangor, Mac lalu. Semoga bermanfaat ye.
1. Ramai yg salah faham, utk jadi ibu yang baik, bukan kena berhenti belajar, berhenti kerja, berhenti kejar cita-cita, atau wajib jadi surirumah sepenuh masa. Bagi saya, ibu yang baik adalah ibu yg sedaya upaya beri perhatian dan bina connection dengan anak– dalam apa pun keadaan atau kerjaya.
2. Kita stress dengan macam-macam masalah anak sebab kita always EXPECT AN EASY CHILD. Padahal an easy child takkan jadikan kita manusia yg lebih baik. Setiap perkara yang buat kita rasa nak pecah kepala tu lah sebenarnya ruang dan peluang untuk develop sabar dan tenang dalam diri.(Read more: https://bit.ly/2whf9Xo)
3. Bila kita sebut “screen exposure”, ia merangkumi semua peranti elektronik yang mempunyai skrin: Phone, Tablet, Laptop, TV, Desktop, Wayang, Game Console, etc. Semua ni perlu ada had pendedahan. Satu fakta yang kita tak boleh deny ialah, semua jenis skrin adalah bersifat addictive atau memberi kesan ketagihan. Pendedahan yang sikit-sikit, tapi berterusan, pun boleh beri kesan ketagihan dalam jangka masa panjang. It’s important untuk kita sentiasa KAWAL pendedahan skrin terhadap diri dan keluarga— terutama skrin yang mobile mcm phone / tablet. Sebab ia senang dibawa kemana-mana, senang diguna, dan LAGI SUSAH NAK KAWAL.
4. Membiarkan anak 4 tahun ke bawah, layan phone atau TV bersendirian tanpa had adalah ibarat beri anak drive kereta sendiri. Macam mana anak boleh terbunuh secara fizikal kalau kita bagi dia drive kereta sendiri, macam tu lah dia boleh terbunuh secara mental kalau dibiarkan melayani skrin bersendirian tanpa had.
5. Anak kita bukan siapa kita. So STOP paksa anak capai impian-impian lampau kita yg kita gagal capai di masa lalu. Belajar untuk raikan anak sebagai individu berbeza— yang mempunyai potensi dan impian berbeza daripada kita.
6. Kenapa anak below 6yo, perlu dihadkan skrin? Sebab at this developmental stage, they need to move a lot, to talk a lot, to experience big emotions a lot, to socialize a lot. Takde skrin yg boleh bagi semua ni. They need REAL INTERACTION WITH REAL PEOPLE. That’s why dalam apa pun keadaan– jadikan gajet sebagai last option.
7. 1 minit kita bersamaan dengan 1 jam anak. Beri perhatian kepada anak selama 5-10 minutes sehari pun dah memadai. Tapi beri perhatian yg macam mana tu? Bukan layan anak sambil2 tengok TV, sambil2 tengok phone, sambil2 lipat baju— NO! Layan anak dengan eye contact, skin contact, facial expressions, verbal interactions.
8. Semua ibu bapa akan rasa anak dia lah yg paling bijak, paling sempurna, sampailah dia nampak ada anak orang lain yang lagi bijak dari anak dia. Itu fitrah. Bila tengok anak orang lain lagi power, kita akan mula rasa insecure dan mula lupa pada potensi anak sendiri yg kita pernah nampak sebelum ni.
Ada 3 sebab kenapa kita rasa insecure: 🔴 Kurang build connection dengan anak, 🔴 Lebih banyak observe anak orang lain berbanding anak sendiri, 🔴 Kurang ilmu tentang Multiple Intelligence
Semua ni menyebabkan ibu bapa kurang kenal anak sendiri, dan mudah rasa insecure dengan kelebihan anak orang lain.
9. Tak salah untuk expect anak cepat pandai baca, dan tak salah untuk galakkan anak explore pelbagai kemahiran dalam 6 tahun pertama, contohnya: kemahiran membaca, mengira, melukis, mewarna, etc. Tapi salah, bila kita tak nak ikut rentak dan tahap perkembangan anak. Kita tak sabar, nak cepat, nak berlumba-lumba, taknak ikut proses yang betul dan expect semuanya smooth-sailing tanpa cabaran.
10. Sebagai ibu bapa, kita tak nak anak kita sekadar nombor 1 dalam akademik. Tapi kita jugak nak anak yg jadi orang pertama hulurkan pertolongan kepada kawan2, orang pertama cakap terima kasih, orang pertama minta maaf bila buat salah, orang pertama pujuk kawan yg sedang sedih, orang pertama tolong guru2, orang pertama kongsi makanan dengan orang lain.
Kita nak anak yg sentiasa jadi orang pertama yg nak beri manfaat pada orang lain — orang yg bukan nak terbang sorang2, tapi nak terbang sama2 dengan orang sekelilingnya.
11. Kita selalu expect anak kita jadi anak yang membanggakan ibu bapa. Tapi kita selalu lupa jadi ibu bapa yang membanggakan anak-anak. Kita selalu expect anak hargai kita, tapi kita selalu lupa hargai mereka. Kita selalu expect anak tepati janji, ikut kemahuan kita. Tapi kita selalu lupa untuk tepati janji dan dengar kemahuan mereka
12. 6 tahun pertama, perkembangan emosi paling mustahak. Anak yang bijak kuasai emosi, mempunyai minda dan fizikal yang kuat. Sebab emosi lah yg mempengaruhi fikiran dan perbuatan manusia setiap hari.
13. Rasulullah saw sabda, sebaik2 antara kamu adalah yg paling terbaik terhadap keluarganya. I’ve seen a lot of kids yang cakap lemah lembut dengan orang luar, tapi kasar dengan ibu bapa sendiri. Kenapa macam tu? Sebab culture dalam family dia macam tu. Ibu bapa kat rumah pun cakap kasar, macam mana nak expect anak berlemah lembut? Role modelling is key. Kita dulu kena jadi orang yang kita nak anak jadi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!