Manjakan anak dengan kemewahan bukan cara didikan berkesan tapi buat anak lemah. Anda orang pertama yang mereka kenal dan contohi. Oleh itu mulakan didikan positif untuk menjadikan mereka anak yang genius dunia dan akhirat.
Berikan contoh yang terbaik kepada anak-anak. Biar anak tahu mereka sebenarnya membesar dalam satu keluarga yang penuh harmoni. Jadi sebagai ibu bapa anda boleh lakukan beberapa tip ini untuk memastikan anak membesar menjadi seorang yang hebat.
1) Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik
Nama yang baik adalah satu doa kepada mereka. Oleh itu, pilihan nama yang mempunyai makna baik dan panggil anak-anak dengan nama sebenar mereka bukan nama gelaran yang kadangkala membawa maksud buruk kepada si anak.
Ads
2) Peluklah anak sentiasa
Kajian mendapati anak-anak yang sering dipeluk dan dicium oleh ibu bapa sejak kecil akan membesar sebagai anak-anak yang positif dan kaya dengan kasih sayang. Bahkan IQ mereka juga lebih baik berbanding dengan anak-anak yang jarang dipeluk.
3) Jangan didik anak dengan kemewahan
Ads
Walaupun anda mampu memberikan kemewahan kepada anak-anak tetapi jangan biasakan mereka membesar dengan segala macam barangan atau percutian mewah. Anak-anak mesti diajar menjadi orang yang pandai menghargai. Jika mereka terlalu dimanjakan dengan kemewahan, bimbang si anak akan membesar sebagai seorang yang terlalu manja.
4) Kurangkan gajet
Ads
Biarpun dunia masa kini tidak boleh lari dengan teknologi gajet tetapi jangalah mendidik anda keterlaluan bermain gajet. Usia kecil bukanlah masa terbaik untuk mereka meneroka teknologi gajet. Gajet hanya memberikan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan kepada anak-anak kecil.
Pandangan ini akan membuatkan anak lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan persekitaran. Pandangan tersebut membuatkan anak rapat dan lebih mesra dengan ibu bapa. Bagaimanapun jika mereka melakukan kesalahan, kita masih perlu marah atas perbuatan mereka itu.
Sumber: muslimparentingnetwork
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang kita sibuk hantar anak tuisyen, beli buku latihan macam-macam tapi kita lupa satu benda paling basic apa yang masuk dalam perut dia setiap hari. Tak sangka, ada buah untuk anak genius yang sebenarnya boleh bantu “boost” fungsi otak anak, bagi dia lebih fokus, lebih cepat tangkap dan lebih tajam ingatan.
Sekarang ni makin ramai ibu bapa dah mula celik tentang kepentingan pemakanan sihat. Ramai yang sedar kecerdasan anak bukan semata-mata hasil drill di sekolah atau kelas tambahan. Ia bermula dari dapur rumah sendiri daripada pilihan nutrisi yang kita sediakan setiap hari, termasuk buah-buahan yang nampak simple tapi kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan penting untuk perkembangan otak.
Anak yang kurang zat mudah jadi cepat penat, susah nak fokus, dan apa yang belajar pun senang hilang macam tu je. Otak yang sedang membesar memang perlukan “fuel” yang betul. Sebab itu pemilihan buah yang sesuai untuk menyokong fungsi kognitif anak sangat penting dalam fasa tumbesaran mereka.
Ramai ibu bapa tak sedar bahawa nutrien tertentu seperti antioksidan, vitamin C, vitamin B kompleks dan omega semula jadi sangat membantu perkembangan sel otak. Nutrien ini membantu meningkatkan aliran darah ke otak, memperbaiki komunikasi antara neuron dan menyokong daya ingatan.
Sebab itulah pakar pemakanan sering mencadangkan pengambilan buah setiap hari sebagai sebahagian daripada diet kanak-kanak. Dengan memilih buah untuk anak genius yang betul, ibu bapa sebenarnya membantu anak belajar dengan lebih baik tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada suplemen.
Blueberry sering dipanggil sebagai “brain berry” kerana kandungan antioksidannya yang sangat tinggi. Antioksidan membantu melindungi sel otak daripada kerosakan dan meningkatkan fungsi memori.
Kajian juga menunjukkan blueberry boleh membantu meningkatkan daya tumpuan dan pembelajaran kanak-kanak. Tak hairanlah buah ini sering disenaraikan sebagai antara buah untuk anak genius yang sangat disarankan.
Pisang kaya dengan vitamin B6 dan kalium yang membantu fungsi saraf dan otot. Ia juga membekalkan tenaga segera yang diperlukan oleh otak ketika anak belajar atau mengulangkaji pelajaran.
Selain itu, pisang mudah dimakan dan sesuai dijadikan snek sihat sebelum anak ke sekolah.
Epal mengandungi quercetin, sejenis antioksidan yang membantu melindungi sel otak daripada kerosakan. Ia juga membantu meningkatkan kesihatan saraf dan mengekalkan fungsi otak yang baik.
Sebab itu epal sering dianggap sebagai salah satu buah untuk anak genius yang mudah didapati dan sangat bermanfaat.
Oren terkenal dengan kandungan vitamin C yang tinggi. Vitamin ini membantu melindungi sel otak daripada tekanan oksidatif dan meningkatkan kesihatan otak secara keseluruhan.
Pengambilan oren secara berkala juga membantu meningkatkan daya ingatan dan fokus anak ketika belajar.
Avokado mengandungi lemak sihat yang membantu meningkatkan aliran darah ke otak. Ini sangat penting kerana otak memerlukan bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.
Dalam banyak panduan pemakanan kanak-kanak, avokado sering dimasukkan sebagai buah untuk anak genius kerana manfaatnya kepada perkembangan kognitif.
Strawberi mengandungi flavonoid yang membantu meningkatkan komunikasi antara sel otak. Nutrien ini juga dikaitkan dengan peningkatan daya ingatan dan kemampuan pembelajaran.
Rasanya yang manis dan segar membuatkan buah ini sangat digemari oleh kanak-kanak.
Delima kaya dengan polifenol, sejenis antioksidan yang membantu meningkatkan aliran darah ke otak. Ini membantu otak menerima lebih banyak oksigen dan nutrien penting.
Kerana manfaat tersebut, delima juga sering dianggap antara buah untuk anak genius yang baik untuk dimasukkan dalam diet harian.
Ada anak yang agak susah makan buah. Tapi sebenarnya ibu bapa boleh jadikan buah lebih menarik dengan beberapa cara mudah seperti membuat salad buah, smoothie, atau potong dalam bentuk yang comel.
Paling penting, ibu bapa sendiri perlu tunjuk contoh dengan mengamalkan pemakanan sihat di rumah. Apabila buah menjadi sebahagian daripada rutin harian keluarga, anak akan lebih mudah menerimanya.
Memilih buah untuk anak genius bukan bermaksud anak perlu makan buah mahal atau sukar didapati. Yang penting adalah konsistensi dan kepelbagaian supaya otak anak sentiasa mendapat nutrien yang mencukupi untuk berkembang dengan optimum.
Biasa kalau anak 1-3 tahun bila diberi pensel akan pegang sepenuhnya seperti tak mahu lepas. Apabila diberi kertas pasti anak mula menconteng tetapi teknik pegangannya tak macam kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke atas.
Jika anda perhatikan anak selesa pegang macam itu jangan risau. Selagi umur 3 tahun ke bawah ia masih dianggap normal. Cuma jika selepas 4 tahun anak masih tak boleh ubah kedudukan jarinya semasa memegang pensel, ibu bapa kena buat sesuatu.
Berikut antara perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Mahfuzah Zainol.
Ketika ibu ayah membelikan mainan untuk anak-anak, harus ada tujuannya. Bukan sekadar dibeli suka-suka kemudian menjadi lambakan di rumah, terbiar tidak dimain pun. Keterujaan membeli mainan untuk anak-anak, apatah lagi apabila mereka sudah pandai bermain tidak dinafikan. Sebab itulah sesetengah ibu ayah suka membeli mainan untuk anak, sehingga penuh satu rumah!
Pemilihan mainan yang betul untuk anak dapat membeantu mereka menjadi bijak, sensitif dan kreatif. Ibu ayah perlu tahu faedah sesuatu mainan itu sebelum dibelikan untuk anak kerana ia membantu perkembangan otak mereka. Tersalah beli, tiada impak kepada mereka.
Secara umum, terdapat lima kategori mainan iaitu aktif, manipulatif, kreatif, belajar dan main peranan.
Faedah: Membina tubuh badan dan fizikal yang kuat. Dia juga boleh belajar bergaul dan membina jaringan sosial, belajar untuk bertolak ansur dan mengambil giliran, bersabar, memahami orang lain dan kerja berpasukan. #Tolak dan tarik
Antara permainan menggunakan mekanisme tolak dan tarik ialah seperti kereta tolak mainan (wagon), troli, kereta sorong bayi mainan dan skuter. #Tunggang
Mainan yang boleh ditunggang pada usia ini ialah basikal dengan roda tambahan, kereta mainan yang mempunyai kawalan stereng atau kuda mainan yang bersaiz besar.
#Alat mainan luar rumah
Gelongsor, buaian dan mainan pengimbang adalah antara yang dicadangkan untuk si manja pada usia ini. #Peralatan sukan
Mama dan papa boleh membeli bola, papan luncur, kasut beroda, layang-layang, kolam renang mudah alih, tali skip dan sebagainya.
2.ALAT PERMAINAN MANIPULATIF
Faedah: Menggalakkan si manja untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah, mempelajari bentuk objek, tekstur, saiz dan perbandingan daripada segi warna, memberikan perhatian dalam masa yang lama dan mempelajari tentang kesan-akibat. #Pembinaan
Terdiri daripada blok kiub kayu besar dan kecil, objek plastik yang boleh disambung (interlocking), blok yang boleh membina objek lebih realistik. #Puzzle
Pada usia ini, set puzzle yang sesuai tidak lebih daripada 50 keping. Pilih yang diperbuat daripada kadbod keras dan mempunyai warna yang ceria.
#Reka kreatif
Anda boleh mendapatkan alat permainan manipulatif jenis ini iaitu manik besar yang boleh dicucuk pada tali (Manik perlulah dielakkan jika si kecil suka memasukkan objek ke dalam mulut). Set mainan felt berlubang dan benang untuk menjahit serta getah yang boleh dikaitkan menjadi gelang atau rantai. #Alat permainan manipulatif
Suai padan perkataan dengan objek, mengasingkan antara warna dan jenis; nesting toys, objek berkonsepkan geometri dan model mekanikal yang lebih kompleks. #Pakaian dan tali
Mainan seperti patung yang mempunyai latihan untuk memakaikan pakaian dan memasang butang. Jarum yang besar dan tumpul serta benang kasar boleh diberikan dengan pemantauan. #Mainan pasir dan air
Pasir mempunyai tekstur dan bertindak terhadap merangsang deria sentuhnya. Mainan untuk dimainkan di dalam bilik mandi seperti pam air dan sebagainya.
Faedah: Boleh memajukan kemahiran intelektual dan pemikiran kritis serta menyeimbangkan emosi si manja. Ia juga menajamkan skil motor halus. #Alat muzik
Alat muzik yang mesra kanak-kanak seperti xylophone, harmonika, wisel dan rekoder serta piano.
#Seni dan kraf
Perkakas seni seperti pensel warna, krayon, tanah liat, gunting kanak-kanak, papan hitam dan kapur, buku mewarna serta peralatan menjahit dengan jarum besar dan tumpul. #Audio visual
Kamera untuk merakam apa yang diminati sama ada gambar atau video.
Faedah: Si manja boleh mempelajari perkara asas mengenai sesuatu perkara dan mendapatkan informasi yang tepat. Si kecil juga boleh mempelajari tentang kesan dan akibat. #Permainan
Kad, domino atau bingo (bergambar). Permainan seperti ular dan tangga juga boleh diberikan kepada si manja. #Skil spesifik
Contohnya seperti mempelajari tentang warna, bentuk, huruf dan nombor. Permainan berbentuk model juga sesuai untuk menunjukkan bahagian tubuh. Magnet, lampu picit, kanta pembesar, stetoskop, akuarium adalah objek sains yang boleh diperkenalkan pada usia ini. Jam boleh digunakan untuk mengajar si kecil mengira masa.
#Buku
Pada usia lima hingga enam tahun, si manja lebih tertarik kepada buku-buku yang mempunyai kisah yang realistik. Kamus bergambar atau ensiklopedia junior boleh diberikan di samping buku berkisar haiwan (yang bersifat seperti manusia) dan alam semula jadi.
Faedah: Si manja boleh mengembangkan imaginasi dan membina daya intelek. Ia juga membantu menguatkan memori, pemikiran logik, kreativiti dan melontarkan pendapat. Ia juga latihan untuk si kecil untuk memberikan tumpuan dalam tempoh yang lama. #Anak patung
Pada usia ini, anak patung yang lebih realistik yang mempunyai rambut, membuka mata dan kaki dan tangan bersendi.
#Mainan lembut
Seperti sayur dan buah yang diperbuat daripada kain felt dan diisi serat lembut boleh digunakan untuk masak-masak. #Puppet
Patung puppet yang boleh disarungkan pada jari dan tangan dan pentas mini untuk tujuan bercerita. #Berlakon
Permainan seperti set dapur kecil untuk bermain masak-masak sesuai dibelikan pada usia ini. selain itu, anda juga boleh menyediakan kostum seperti kostum puteri, kot doktor atau telefon mainan untuk dia bermain peranan sebagai pelbagai watak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.