Memilih nama anak merupakan detik indah bagi setiap pasangan yang dikurniakan cahaya mata. Menjadi trend kini apabila ibu bapa meletakkan nama anak dengan nama yang sangat panjang. Namun, lain pula ceritanya apabila seorang bapa berkongsi nama anaknya yang akhirnya tular di media sosial.
Mohamad Arif Mohamed Kasim sengaja meletakkan nama ‘Airis Aurora’ kepada anak sulungnya agar dia terpaksa duduk di meja hadapan setiap kali peperiksaan utama di zaman persekolahannya kelak.
Ads
Menurut laporan MStar, Arif berkata, “Saya pilih nama mula huruf A agar urusan dia akan lebih mudah di sekolah nanti.”
Ads
“Kebiasaannya pengawas peperiksaan akan ramai di depan. Dari situ dia akan jujur dan apa yang diusahakan masa belajar di kelas itulah yang dibawa semasa masuk ke dewan peperiksaan nanti,” tambahnya lagi yang juga merupakan peminat tegar permainan Mobile Legend.
Ads
“Airis bermaksud bunga manakala Aurora pula diambil sempena nama hero Mobile Legend,” jelas bapa berusia 25 tahun itu.
Bukan itu sahaja, apabila ditanya mengenai idea nama tersebut, Arif berkata dia terpanggil untuk menamakan anaknya bermula dengan huruf A berdasarkan pengalamannya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah sekolah.
“Setiap kali keputusan peperiksaan ditampal di papan kenyataan, nama yang bermula huruf A akan berada di atas sekali. Jadi saya tak perlu tengok satu-satu nama yang ada sebab nama anak saya akan berada di atas sekali. Saya hanya perlu pandang arah atas sahaja,” jelasnya.
Pada masa yang sama Arif juga berkata yang memberikan nama anaknya dengan huruf A bakal memudahkan urusan dia mengambil kad laporan kelas anaknya nanti.
Katanya, “Kebiasaannya ibu bapa akan datang ke sekolah untuk tandatangan kad laporan. Jadi saya tak perlu tunggu lama kerana anak saya akan dipanggil awal.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah kalian dengar tentang cerai secara ‘Hakam’? Ini bukan fasakh, bukan taklik, bukan lagi khulu’ (Tebus talak). Walaupun semua ini adalah ‘Hak’ isteri untuk digunakan dalam mahkamah terhadap suami bila nak tuntut cerai. Tetapi cerai secara ‘Hakam’ nampaknya lebih berkuasa dari kesemua itu.
Jabatan agama Islam Selangor (JAIS) menjadi pelaksana yang pertama penceraian secara ‘Hakam’ dari enakmen undang2 keluarga Islam Selangor.
Kerana proses Fasakh, taklik, khulu’ sangat memerlukan masa dan prosedur yang lama, dan kes penceraian pula berlaku satu setiap 13 minit dalam Malaysia kini secara puratanya.
Sehingga menjadi lambakan kes penceraian, buat saya risau tentang makna sebenar sebuah ‘Perkahwinan’ yang beransur pudar hari ini dalam hati yang berpasangan, khususnya pasangan muda yang baru berkahwin. Yang masih muda dengan ujian diawal tahun perkahwinan.
Kaedah ‘Hakam’ ini, isteri boleh minta cerai melalui kuasa mahkamah bila suami tak nak ceraikannya, suami tak datang mahkamah, tak nak ikut prosedur mahkamah, meskipun suami tiada cacat cela, boleh lengkapkan nafkah zahir juga batin, tetapi jika si isteri tetap tak redha lagi, tak menyukai lagi, dah tawar hati dengan si suami. Antaranya kerana dia telah berpoligami tanpa persetujuan isteri pertama, tiada persefahaman, tiada lagi perhubungan yang baik, tak rasa bahagia lansung, tak rasa kasih sayang lagi dari si suami, tiada lagi komunikasi yang baik, banyak berahsia, dan tidak adil dalam berpoligami.
Maka dengan alasan semua ini, mahkamah akan benarkan ‘Penceraian’ diteruskan juga.
Inilah namanya cerai ‘Hakam’,
Maksud saya sebagai wanita, dia nyatakan pada saya. Ada 2 perkara yang dia risaukan dengan cerai ‘Hakam’ ini.
1. Sungguh, ia amat membantu sebenarnya untuk selesaikan hubungan rumah tangga yang berantakan. Bantu kurangkan lambakan penceraian yang setiap 13 minit itu.
2. Tetapi sangat bahaya jika wanita salah guna cerai ‘Hakam’ ini kerana wanita selalu dan terlalu awal bertindak membuta tuli demi ‘Emosi’.
Boleh jadi mimpi ngeri buat suami diluar sana, jika isterinya gunakan cerai ‘Hakam’.
Walaupun suami ada alasan untuk ‘Counter’, Jais akan tempatkan pasangan dalam Jawatan kuasa pendamai terlebih dahulu, wakil pula akan dihantar untuk cari jalan penyelesaian, jika masih terus Syiqaq (Perkelahian), mahkamah akan nasihat suami, lafazkan talak 1.
Jika suami tak mahu, maka ‘Hakam’ yang akan bertindak.
Peringkat 1:
Hakam cuma bagi kata putus tentang keadaan rumah tangga pasangan suami isteri itu
Peringkat 2:
Hakam dilantik mahkamah syariah untuk menceraikan juga dan ia sah disisi undang-undang.
Disini tamatlah ‘Kuasa mutlak untuk menceraikan’ dari seorang suami akhirnya. Tiada lagi kuasa veto dari seorang suami. Jika suami tidak berlaku adil, tidak tunaikan tanggung jawab, tidak jujur, tidak jaga hubungan.
Si isteri telah berkuasa dengan naungan mahkamah syariah untuk laksanakan yang namanya cerai secara “Hakam”.
Simpan nota saya ini. Ia nota pengetahuan yang sangat penting bagi lelaki yang tidak beratkan ‘Tanggung jawab’ dalam hidupnya. Kepada perempuan, ini pula hak istimewa kamu. Jaga, disimpan dan diguna bila perlu, iaitulah bila hati telah terlalu ‘Terluka’ sehingga tidak nampak lagi jalan bagaimana nak sembuhkannya.
Perkongsian daripada lelaki ini tentang pengalamannya menjaga anak selama 12 jam semasa isterinya tiada kerana bekerja. Baru tahu susahnya tu macam mana….
Firdaus Shakirin berkongsi mengenai pemgalamannya sendiri menjaga anak semasa isteri bekerja.
Bukan senang, tak mudah, serius stres. Masa tak ada anak masih boleh lagi. Tapi bila ada anak hidup tanpa pasangan sangat menguji & teruji.
Jaga anak time weekend. 12 jam sahaja. Kalau lelaki letih, orang perempuan?
Anak bangun dengan lampin penuh & lapar susu. Nak mandi letak anak depan bilik air, bimbang anak jatuh katil & pergi ke dapur.
Masa solat berapa kali berhenti, anak masuk dalam kain & letak mainan tempat sujud dan sebagainya.
Mandi, anak main air. Buai dalam buaian sejam baru tertidur.
Anak detect ayahnya bangun, kena hayun buaian lagi. Anak tidur baru boleh sarapan. Nak membuang air besar pun kena buang cepat-cepat sebelum anak bangun.
Anak sepahkan bilik masa ayahnya tertidur. Perkara ini diteruskan selama dua tiga tahun sebelum isteri berhenti kerja.
Kepada para suami, the struggle is real beb! Bagaimana isteri hadap semua seorang diri masa anda tiada? Dengan penat kerja, kerja rumah, masalah office dan sebagainya
Para suami kerapkanlah telefon isteri, bagi semangat. Bila balik rumah take over kerja dia. Bagi dia rehat. Jangan sampai isteri fikir ada suami dengan tak ada suami sama je…
Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek tampil menjelaskan salah faham yang timbul susulan perkongsiannya sebelum ini mengenai insiden pembantu rumah yang didakwa mencium anak lelakinya ketika berada di hospital.
Menurut Dr Afifah, hantaran yang mencetuskan kontroversi itu sebenarnya adalah luahan perasaan spontan sebagai seorang ibu yang sedang berada dalam keadaan cemas apabila anaknya dirawat akibat jangkitan paru-paru.
Katanya, situasi tersebut membuatkan dia berada dalam keadaan emosi yang sangat sensitif dan bimbang terhadap kesihatan anak, apatah lagi ketika berada di persekitaran hospital yang berisiko tinggi terhadap jangkitan.
Jelas Dr Afifah Hidayah, niat asal perkongsiannya adalah untuk memberi peringatan kepada orang ramai agar lebih menjaga adab dan batasan ketika berada di hospital, terutamanya melibatkan kanak-kanak yang sedang tidak sihat.
“Saya cuma tidak berpuas hati. Sebagai seorang ibu dan doktor, saya rasa perkara ini penting untuk masyarakat tahu. Bila berada di hospital, tolong jaga adab,” katanya.
Tambahnya lagi, sebagai ibu, dia berhak menegur sesiapa sahaja yang dirasakan boleh meletakkan anaknya dalam keadaan berisiko, tanpa mengira hubungan individu tersebut dengan keluarganya.
Dr Afifah turut menegaskan bahawa soal hubungan rapat antara pembantu rumah dan anaknya tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melanggar batas, lebih-lebih lagi melibatkan sentuhan fizikal seperti mencium.
“Sama ada bibik rapat dengan anak saya atau tidak, itu tetap anak saya. Tak timbul isu disebabkan rapat, bibik ada kelebihan untuk buat macam itu,” jelasnya.
Menurutnya, walaupun terdapat pihak yang mempertikaikan keadaan anaknya yang tidak memakai pelitup muka ketika ke hospital, sebagai ibu dia berhak membuat keputusan jika merasakan sesuatu tindakan boleh membahayakan kesihatan anak.
Antara faktor utama kebimbangannya adalah latar belakang kesihatan pembantu rumah tersebut yang tidak diketahui sepenuhnya.
Dr Afifah Hidayah menjelaskan bahawa pembantu rumah itu tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan anaknya dan dia tidak mengetahui sejarah kesihatan lampau individu berkenaan.
“Saya tak tahu sejarah kesihatan dia di Indonesia. Jadi saya rasa tak layaklah dia untuk berada dekat dengan anak saya dan mencium,” ujarnya.
Dalam pada itu, Dr Afifah memaklumkan bahawa dia ada mempertimbangkan untuk membuat laporan polis berhubung insiden tersebut, namun akur situasi berkenaan sukar dibuktikan memandangkan tiada bukti kukuh.
Tambahnya, pada masa sama dia juga sibuk menguruskan proses anak keluar dari hospital ketika kejadian berlaku.
“Kalau dia menafikan pun, saya tak boleh nak cakap apa sebab tiada apa yang boleh dibuktikan,” katanya.
Isu ini sekali lagi membuka mata ibu bapa tentang kepentingan menjaga batas, adab serta kebersihan ketika berada di hospital, lebih-lebih lagi apabila melibatkan kanak-kanak yang sedang sakit.
Sebagai ibu bapa, naluri melindungi anak adalah keutamaan dan setiap kebimbangan wajar diraikan dengan empati, bukan kecaman.
Untuk rekod, Dr Afifah Hidayah dan Nubhan disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember lalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!