Tak dinafikan ada diantara kita yang mempunyai masalah keputihan melampau tanpa dijangka. Sebenarnya untuk merawat masalah keputihan ini tidaklah sukar, hanya dengan pengambilan makanan tertentu, keputihan akan jadi semakin baik.
Jangan dibiarkan berlarutan. Salah satu caranya adalah dengan pengambilan bahan semulajadi. Makanan apa? Senarai jenis makanan ini boleh anda cuba.
1.Buah Delima
Akar, buah, kulit dan bunga delima mengandungi saponin dan flavonoid. Akar delima juga mengandungi polifenol, dan kulit, bunga dan buah juga mengandungi tanin. Inilah sebabnya mengapa buah delima digunakan secara meluas untuk mengurangkan keputihan secara semulajadi kerana bahannya berkesan sebagai pembunuh bakteria.
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Rebus 30 gram kulit delima dengan 1 liter air hingga tinggal separuh air. Minum ketika air masih suam. Lakukan dua kali sehari.
2.Yogurt
Yogurt biasa tanpa perisa mengandungi kepekatan bakteria lactobacillus yang tinggi. Oleh itu, pengambilan yogurt boleh membantu mengekalkan pH yang seimbang di kawasan intim wanita. Selain itu, bakteria baik ini boleh memulihkan kawasan yang dijangkiti kulat atau bakteria yang menyebabkan keputihan, dan menjadikan persekitaran faraj “tidak mesra” kepada patogen.
Ads
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Cuba pilih yogurt tanpa gula, terutamanya yogurt Greek. Ambil secara teratur setiap pagi.
3. Bawang putih
Bukan sahaja menjadi penambah aroma makanan, bawang putih juga boleh digunakan sebagai bahan untuk mengurangkan keputihan secara semulajadi. Menurut kajian, kapsul suplemen bawang putih boleh digunakan sebagai pilihan untuk merawat keputihan yang disebabkan oleh jangkitan kuman.
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Ambil suplemen bawang putih atau makan hidangan dengan perasa bawang putih setiap hari.
Ads
4.Kunyit
Kunyit juga mengandungi minyak pati, protein, karbohidrat dan kanji. Inilah sebabnya mengapa kunyit dipercayai berkesan sebagai cara semula jadi untuk merawat keputihan, haid tidak teratur, dan sakit perut semasa haid. Terdapat beberapa kajian yang mengatakan bahawa kunyit boleh mencegah jangkitan kuman dan digunakan apabila ada keputihan disebabkan oleh bakteria.
Bagaimana untuk menggunakannya:
-Untuk merawat vaginosis bakteria (BV) serta kekeringan faraj, campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit (5 gram) dengan segelas susu suam. Minum semasa suam dan lakukan sekali sehari untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
5. Cuka epal
Apabila mengalami keputihan, sangat penting untuk mengimbangi pH faraj. Jadi, pengambilan cuka cider epal boleh menjadi pilihan kerana ia mengandungi antiseptik dan asid yang cukup. Cuak epal boleh mengurangkan atau menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, serta meningkatkan kualiti asid dalam faraj.
Bagaimana untuk menggunakannya:
Ads
-Campurkan cuka epal dengan air di dalam tab. Kemudian, anda boleh berendam dalam larutan cuka selama lebih kurang 20 minit.
Anda boleh lihat keputihan semakin berkurangan apabila mengamalkan bahan-bahan ini secara konsisten!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Apa maksud bacaan gula dalam darah? Ramai yang masih keliru lagi mengenai hal ini. Tambah pula ibu yang mengandung, bila disahkkan ada kencing manis masa mengandung, lagi bertambah risau.
Apa yang normal? Kenapa asyik berubah? Kenapa makan yang ni naik banyak?
Bacaan gula setiap hari, setiap minit, setiap saat boleh berubah ikut apa yang dimakan, aktiviti yang dibuat dan persekitaraan.
Check pukul 8 pagi harini takkan sama dengan bacaan 8 pagi keesokan hari. Itu sebab tak boleh nak lega dengan bacaan cantik sekali, perlu konsisten check gula.
Fasting blood sugar / FBS (Gula ketika puasa)
Diambil bila 8-10 jam tak makan apa-apa. Itu sebab jika esok nak ambil gula dekat klinik pukul 8 pagi nurse atau doktor akan cakap jangan makan apa-apa selepas pukul 10 malam.
Tapi jika puasa berlebihan, bacaan tersebut mungkin tak valid sebab keadaan rebound berlaku di mana gula dalam darah dah terlalu rendah akan mula ambil store gula dari hati dan bacaan darah akan mula naik walaupun tak makan apa-apa. Range normal patut 4.4-5.6mmol/l. Tapi bagi GDM patut bawah atau sama dengan 5.3mmol/l
Random blood sugar /RBS (gula diambil secara rawak)
Ini bila bila masa diambil. Normal patutnya antara 4.4-7.8mmol/l.
**2 hours post prandial / 2HPP (2 jam selepas makan)
Dikira dari saat makanan masuk dalam mulut. Bukan dikira saat habis makanan. Sebab gula mula naik bila kita start makan bukan bila kita habis makan.
Contoh: mula sarapan pukul 7pg habis pukul 7.30pg. Bacaan diambil pada 9pg ye bukan 9.30pg. Sepatutnya bacaan bawah 7.8mmol/l. Bagi GDM patut bawah atau sama dengan 6.7mmol/l
Perlu ingat, APA APA BAWAH 4.4mmol/l samada bagi diabetes type 2 atau GDM adalah hypoglycemia dan boleh mendatangkan maut.
Penjagaan gula yang UTAMA datang dari penjagaan diet. Sebab gula dari darah datang dari makanan, bukan dari udara..kawal diet kawal kadar kenaikan gula.
Ubat untuk membantu kadar kenaikan gula tapi jika asasnya dah banyak, makan ubat banyak mana tetap gula dalam darah akan naik.
Nak tahu diet diabetes khas untuk diri sendiri/ahli keluarga pergilah minta doktor rujuk anda kepada pegawai dietetik.
Jangan la mudah percaya kepada penjual supplemen, penjual produk mengarut overclaim, ambil ni terus gula akan turun
Kalau betul berkesan lama dah kita ni orang Malaysia tak jadi negara paling tinggi kadar diabetes di ASEAN. Memalukan betul penjual sampah ni..depa yang terlebih kuah dari sudu.
**GDM : Gestational Diabetes Mellitus (kencing manis masa hamil)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyakit gila meroyan boleh menyebabkan ibu terdengar suara halus berbisik menyuruhnya membunuh si anak yang asyik menangis sahaja.
Bukan pertama kali kita dengar berita ibu kelar anak tanpa sedar selepas dengar ada suara halus berbisik di telinganya.
Seluruh negara terkejut mendengar berita tersebut dan terfikir macam mana seorang ibu sanggup mengelar anak sendiri dengan pisau sampai mati.
Ia bukan perkara mustahil. Ibu tersebut dikatakan tidak sedar semasa mengelar leher anaknya. Ibu itu sebenarnya menghadapi masalah gila meroyan.
Dr Afiq Rahim pernah menulis mengenai hal gila meroyan di kalangan wanita baru bergelar ibu. Fahami betul-betul apa simptomnya supaya rawatan awal dapat mencegah daripada berlaku perkara lebih buruk.
Apa itu Gila Meroyan aka Postpartum Psychosis?
Para ibu selepas bersalin berisiko tinggi mengalami kemurungan teruk dalam tempoh 42 hari selepas kelahiran anak.
Ianya disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pelbagai faktor lain yang mengundang stress/gangguan emosi kepada isteri.
Selepas bersalin, para ibu kehilangan banyak tenaga dan berada pada keadan mental & fizikal yang LEMAH.
Perkara ini menyebabkan mereka mudah mengalami kemurungan.
Sehingga pada satu tahap kritikal, si ibu berisiko mencederakan diri sendiri atau orang lain.
Dan kanak-kanak adalah mangsa paling mudah dicederakan.
Oleh itu, pengesanan awal amat penting bagi mengelakkan kejadian buruk ini.
Tanda-Tanda Ibu Gila Meroyan
Antara tanda-tandanya adalah
– bercakap seorang diri
– berhalusinasi
– berfikir hal tidak rasional
– was-was
– keliru
– gagal menjalankan tanggungjawab
– tiada minat untuk melakukan apa-apa
– acap menangis
– sering mengadu
Dan pelbagai lagi masalah.
Antara komplikasi jika tidak segera dikawal adalah bertindak ganas seperti kes ini dan berisiko mendapat penyakit sakit jiwa yang lain seperti depresi.
Anggota keluarga terutama SUAMI yang merasakan perubahan pada isteri, WAJIB merujuk perkara berkenaan segera kepada pihak kesihatan.
Ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Rawatan Gila Meroyan
Rawat penyakit gila meroyan sebelum jadi melarat!
Antara rawatan kepada para ibu ini yang paling utama adalah sokongan padu kepada mereka.
Sokongan moral, emosi dan fizikal amat dibutuhkan oleh para ibu selepas bersalin.
Kemudian para ibu juga perlulah sentiasa berdamping dengan zikrullah, bacaan doa serta menambah ilmu agama di saat diri tidak boleh solat.
Jangan jadikan berpantang alasan untuk lalai kepada Tuhan. Kelak syaitan yang akan mengggangu nanti.
Cara lain adalah kaunseling dan ubat-ubatan jika masalah serius.
Ingat, kemurungan selepas bersalin boleh dielakkan.
Jika anda melihat ada tanda-tanda tersebut pada seorang ibu selepas bersalin, maklumkan segera kepada pihak kesihatan.
Dan wahai para suami, jangan abaikan tanggungjawab anda (ini adalah saranan umum dan tidak merujuk suami mangsa)
Isteri anda memerlukan pertolongan berterusan anda dalam menguruskan rumah tangga.
Gatal bahagian dubur & mengamuk/ merengat, pucat & kerap sakit perut antara simptom kecacingan. Apa mama papa boleh buat?
Menurut Dr Rosni Jamaluddin, Pakar Pediatrik KPJ Klang Specialist, masalah kecacingan atau jangkitan cacing merupakan masalah yang boleh berlaku di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Walau bagaimana pun, kebanyakan jangkitan cacing tidak serius /teruk dan tidak memberikan apa-apa gejala atau mudarat. Ini menyebabkan ia mungkin tidak disedari oleh penghidap.
Kes kecacingan yang teruk dan serius lebih kerap berlaku di kalangan masyarakat luar bandar atau di tempat di mana tidak terdapat bekalan air bersih. Ini adalah kerana kebanyakan kes jangkitan cacing berlaku melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dengan tanah yang mengandungi cacing atau telur cacing.
SIMPTOM KECACINGAN
Antara simptom atau gejala kecacingan yang teruk dan kronik adalah kurang berat badan atau terbantut tumbesaran, pucat atau anemia, sakit perut dan perut kembung atau membengkak. Malah, sebahagian pesakit kecacingan juga boleh mengalami kesukaran pembelajaran.
Segelintir pesakit mengadu kurang selera makan atau mempunyai selera makan yang aneh seperti tabiat suka memakan benda-benda yang kotor seperti tanah.
Adakalanya disebabkan kitaran hidup sebahagian cacing yang akan migrasi ke organ-organ tertentu, pesakit mungkin mengalami simptom –simptom yang berkaitan dengan organ tersebut seperti sakit kepala, batuk, sesak nafas, sakit perut, hati yang membengkak dan sebagainya.
GATAL DUBUR & MENGAMUK/ MERENGAT
Setengah pesakit lain boleh merasa gatal di bahagian dubur. Ada kalanya pesakit atau ibu bapa sendiri boleh terjumpa atau melihat cacing di dalam najis kanak-kanak yang kecacingan.
Simptom seperti merengat atau mengamuk mungkin boleh dijelaskan sekiranya kanak-kanak mengalami sakit perut. Namun begitu, merengat atau mengamuk secara khususnya bukanlah merupakan simptom yang spesifik untuk masalah kecacingan kerana terdapat banyak lagi masalah lain yang boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak berkelakuan demikian
JUMPA DOKTOR JIKA ANDA DALAM KATEGORI BERISIKO
Jika si kecil terdedah kepada gaya persekitaran hidup yang berisiko tinggi untuk menghidap kecacingan dan mengalami simptom-simptom tersebut di atas, anak anda disyorkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan penilaian yang lebih terperinci.
Doktor mungkin akan mengambil sampel najis untuk diuji di makmal bagi mendapatkan diagnosis yang tepat. Doktor juga boleh memberikan ubat yang sesuai untuk merawat masalah kecacingan tersebut, dan seterusnya memberikan nasihat lanjut tentang cara-cara untuk mencegah jangkitan daripada berulang.
PASTIKAN MEMINUM AIR BERSIH
Secara amnya, sentiasa pastikan air minuman dan air yang digunakan untuk menyediakan makanan semuanya telah dirawat dan dibersihkan. Lebih baik sekiranya semua air yang digunakan direbus sehingga mendidih terlebih dahulu. Cuci semua bahan masakan dan makanan dengan air bersih sebelum di makan, terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan mentah. Kebersihan tangan dan diri-sendiri juga adalah penting agar jangkitan dapat dielakkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerjasama strategik antara RichWorks dan Astro bukan sekadar kolaborasi biasa lantaran bakal membuka lebih banyak peluang, akses kepada ilmu, inspirasi, dan bimbingan yang selama ini mungkin sukar dicapai.