Semakin perut membesar, semakin sukar ibu hamil untuk tidur. Namun pastikan sama sekali ibu hamil tidur dalam keadaan terlentang pada tempoh yang lama.
Menurut Dr. Muhammad Izzat, berbaring terlentang semasa hamil boleh memberi tekanan besar pada salur darah inferior vena cava akibat rahim yang semakin besar.
Ia mengganggu aliran darah ke jantung dan plasenta yang boleh menyumbang kepada risiko kematian janin secara tiba-tiba (stillbirth).
Malah menurut beliau lagi, sebaiknya ibu tidur mengiring ke kiri (left lateral) kerana kedudukan ini:
Ads
* Meningkatkan kelancaran pam jantung dan aliran darah ≈ 8% pada usia kehamilan >20 minggu, dan ≈ 11% pada 32 minggu
* Mengurangkan tekanan pada salur vena besar belakang ibu (IVC), memudahkan aliran darah kembali ke jantung.
Risiko untuk bayi berkurang
Tidur terlentang juga dikaitkan dengan peningkatan risiko bayi meninggal dalam kandungan sebanyak 3.7 kali ganda berbanding tidur mengiring
Ads
Sokongan dari badan perubatan antarabangsa
Kajian menunjukkan tidur terlentang semasa trimester ketiga meningkatkan risiko stillbirth sebanyak 2–2.6 kali ganda, manakala tidur mengiring sama ada kiri atau kanan tidak menunjukkan perbezaan risiko yang signifikan.
Tidur terlentang selepas usia kandungan mencecah 28 minggu harus dielakkan kerana ia dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian bayi dalam kandungan.
Ads
Posisi ini boleh menyebabkan tekanan pada salur darah utama, sekali gus mengganggu aliran darah ke jantung dan plasenta.
Sebaliknya, tidur mengiring terutamanya ke sebelah kiri kerana terbukti secara klinikal membantu meningkatkan pengaliran darah ke plasenta dan jantung, memberi lebih oksigen serta nutrien kepada bayi dalam rahim.
Kajian dari dalam dan luar negara menyokong kepentingan posisi tidur mengiring ini, menjadikannya saranan yang amat digalakkan untuk semua ibu hamil, khususnya dalam trimester ketiga kehamilan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Caesarean apron sering menjadi persoalan dalam kalangan ibu yang bersalin secara pembedahan, terutama apabila perut masih kelihatan buncit walaupun sudah diet dan bersenam.
Ramai wanita yang melalui pengalaman bersalin secara pembedahan Caesarean sebenarnya berdepan perubahan tubuh yang bukan sekadar fizikal tapi juga emosi.
Lepas bersalin, ramai ibu berusaha keras nak kembali sihat jaga makan, bersenam, turunkan berat badan. Tapi ada satu perkara yang buat ramai wanita tertanya-tanya kenapa perut masih nampak “buncit” di bahagian tertentu, walaupun badan lain dah kembali normal?
Lebih memeningkan, buncit itu hanya muncul di atas parut pembedahan. Bukan sebab gemuk. Bukan sebab tak jaga diri. Tapi tetap tak hilang.
Perkara ini sebenarnya sangat biasa berlaku dalam kalangan wanita yang bersalin secara Caesarean. Namun ramai tak tahu punca sebenar dan akhirnya menyalahkan diri sendiri.
Menurut perkongsian seorang doktor, Dr. Khabbab Jamalludin di Facebook miliknya, keadaan ini ada penjelasan perubatan yang jelas dan ia bukan tanda kegagalan menjaga badan.
Korang atau isteri korang ada macam buncit di bahagian perut tapi hanya di atas parut operasi ‘Caesarean Section’ ?
Dah exercise, jaga makan, BMI ok, bahagian lain badan ok- tapi tetap tak hilang ?
Kemungkinan besar ia adalah ‘Caesarean Apron’.
Normalnya, lemak dibahagian perut ada dua lapis dan ia dipisahkan oleh satu lapisan tisu yang agak tegang iaitu Scarpa Fascia yang antara fungsinya memastikan pertumbuhan lemak sekata; lapis demi lapis.
Lapisan ini dipotong ketika operasi Caesar.
Ini menyebabkan hilangnya ‘pagar pemisah’ antara lemak atas dan bawah.
Keadaan tisu yang longgar ini menyebabkan wujudnya dinding parut tebal yang memisahkan bahagian lemak di atas dan bawah parut melintang caesar tersebut.
Lemak bahagian atas tumbuh dalam bentuk gumpalan akibat ‘retraction’ serta halangan pada parut tersebut.
Sebab itu kalau pun ibu ibu tak gemuk, “buncit” caesarean apron ini tak hilang hilang.
Jadi buat para ibu yang ada; usah risau dan susah hati ya.
Anggap itu sebagai tanda dan pengorbanan kalian sebagai seorang isteri & ibu.
Untuk para doktor Obgyn,
Kalau sebelum ni kita hanya jahit balik Scarpa fascia yang kita potong jika lemak lebih 2cm (elakkan jahit tisu lemak ya) bagi mengelakkan ‘seroma formation’ yang boleh menyebabkan ‘wound breakdown’, mungkin lepas ini kita boleh cuba rutinkan jahit semula Scarpa pada setiap ibu ibu caesar kita untuk mengurangkan risiko terjadinya ‘Caesarean Apron’ ni
Hakikatnya, tubuh wanita selepas bersalin memang berubah dan tidak semua perubahan boleh “dipulihkan” hanya dengan diet atau senaman.
Kadang-kadang, ia adalah kesan struktur dalaman tubuh yang telah melalui proses besar demi melahirkan nyawa.
Jadi buat ibu-ibu yang pernah tertanya, “Kenapa perut aku tak sama macam dulu?” ketahuilah, anda tidak keseorangan. Dan yang paling penting… itu bukan kegagalan.
Anda melahirkan anak melalui pembedahan caesaraen selepas dua tahun dan menerima suntikan bius pada tulang belakang dan anda sering mengalami sakit belakang terutamanya di bahagian bawah berhampiran punggung membuatkan anda tertanya-tanya adakah disebabkan oleh suntikan bius.
Anda juga tidak boleh berdiri lama dan mengangkat berat. Sakit akan berlarutan dua hingga tiga hari sehingga perlu berbaring dan berehat untuk melegakannya. Mungkin anda tertanya-tanya adakah sakit belakang yang anda alami ini berpunca daripada suntikan bius tersebut? Penerangan ini mungkin boleh membantu anda.
Masalah sakit belakang yang anda alami berlaku dua tahun selepas pembedahan caesarean kemungkinan besar tidak disebabkan oleh prosedur bius semasa bersalin.
Terdapat dua jenis bius yang melibatkan suntikan di tulang belakang bagi pesakit yang bersalin melalui prosedur ini iaitu spinal anaesthesia dan epidural anaesthesia.
Spinal anaesthesia lebih kerap digunakan dalam kes-kes pembedahan caesarean. Teknik memberi bius melalui spinal anaesthesia menggunakan jarum yang amat halus iaitu pencilpoint spinal needles meninggalkan kesan yang amat minimum kepada pesakit.
Bagi teknik epidural anaesthesia pula, garis pusat jarum lebih besar tetapi sakit belakang itu akan berlaku sejurus selepas pembedahan, bukannya dua tahun kemudian.
Tempat jarum spinal dan jarum epidural disuntik adalah lebih jauh iaitu atas daripada paras punggung! Jika anda mengalami masalah sakit di bahagian bawah berhampiran punggung tetapi kawasan ini tidak pernah digunakan untuk prosedur bius bagi mana-mana pesakit yang melahirkan menerusi pembedahan caesarean.
Masalah sakit belakang atau low back pain yang dialami perlu pemeriksaan dan rawatan pakar ortopedik. Kebanyakannya disebabkan oleh masalah otot. Sesetengahnya akibat prolapsed intervertebral disc di mana kesakitan dari belakang akan menjalar ke kaki (sciatica). Jika masalah ini berlarutan tiga hingga empat minggu, segera dapatkan rawatan.
Ia sering berlaku apabila:
Sekiranya mendapatkan rawatan, imbasan sinar X akan dilakukan. Rawatan fisioterapi adalah langkah pertama sebelum ubat-ubatan diberi. Langkah-langkah lain seperti yoga juga pernah digunakan untuk menguatkan otot dan kawasan tulang belakang. Pembedahan hanya dilakukan adalah untuk kes-kes tertentu. Berbincanglah dengan doktor sebelum memberi kebenaran untuk pembedahan.
3 cara atasi sakit belakang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Banyak petua atau kaedah membersihkan rumah dikongsikan oleh para ibu di media sosial. Ada cara tradisional, berkongsi peralatan terbaik untuk membersihkan rumah atau pelbagai ‘resipi’ gabungan bahan peluntur dengan produk lain. Tanpa disedari, sebenarnya ia memberi kesan kepada kesihatan. Antaa kesan awal penggunaan bahan peluntur ini adalah sesak nafas. Bahaya tu!
Tidak digalakkan bahan peluntur untuk dicampurkan dengan bahan lain dan digunakan secara berbahaya. Bahan peluntur mengandungi hypochlorite dan sodium hydoxide dan teksturnya pekat. Jika mahu digunakan, perlu dicairkan dengan nisbah air yang banyak. Kepekatan setiap bahan peluntur berbeza mengikut jenama, itulah sebabnya penting untuk membaca label.
Perlu juga digunakan dengan cara yang betul untuk setiap kegunaan (sama ada untuk memersihkan perkakas dapur, pakaian, tandas, lantai dan lai-lain. Menurut perkongsian pengguna akaun Facebook, Yatie Emra, dia berkongsi cara-cara yang betul untuk menggunakan bahan peluntur secara selamat.
⚠BAHAYA BAHAN PELUNTUR JIKA TAK DIGUNAKAN DENGAN BETUL⚠
Sebenarnya sebelum ni saya pernah share tentang bahaya & keracunan di rumah. Tapi kali ni nak share lagi sebab kebelakangan ni saya perasan ramai jugak yang suka sangat campurkan peluntur dengan bahan lain & gunakan secara berbahaya lak tu. Kesian sebab ramai antara kawan²/kenalan sendiri pun pernah buat macam tu & alami sesak nafas. Mujur gak Allah masih bagi peluang..
Clorox/bleach/bahan peluntur mengandungi sodium hypochlorite/sodium hydroxide. Peluntur ni memang pekat & perlu dicairkan dengan nisbah air yang banyak kalau nak guna. Kepekatan peluntur berbeza² ikut jenama gak, sebab tu PENTINGnya BACA LABEL & gunakan dengan cara yang betul/cara yang disyorkan bagi setiap kegunaan (samada untuk mencuci perkakas dapur, pakaian, tandas, dll).
Jangan ambil mudah tau penggunaan peluntur ni. Banyak kes surirumah yang keracunan gas klorin sebabkan campur peluntur dengan bahan pencuci lain. Nak gunakan peluntur pun, kenalah ada langkah² keselamatan..
#Jangan campurkan peluntur dengan bahan/pencuci lain kerana bahan aktifnya akan bertindakbalas.
#Peluntur mesti dicairkan/dilarutkan dalam air. Bukan setakat ada yang gunakan bleach pekat tanpa dilarutkan, malah gunakan dalam botol spray lak tu.??♀ Kalau nak gunakan botol spray pun, pastikan cairkan dulu sebelum guna (walaupun tetap kena gunakan dengan berhati²). Peluntur ni bukan sahaja boleh rosakkan mata kalau terkena, tapi boleh rosakkan kepala spray gak. Bahan aktif dalam peluntur akan bertindak balas dengan besi pada bahagian dalam kepala spray tu menyebabkan karat & rosak. Kalau besi pun boleh rosak, apatah lagi sel² & saraf dalam badan kita.
#Buat larutan sekadar perlu sahaja untuk elak guna dengan lebih banyak. Peluntur yang dah dicampur air ni, makin lama akan teroksida & kesannya dalam menanggalkan kekotoran pun makin berkurangan. Bila dah makin kurang efektif, lagi banyak pulak yang korang spray/curah kang. Walaupun dah kurang efektif, tapi tetap berbahaya kalau terkena mata & kulit yang sensitif.
#Pastikan ada pengudaraan yang baik Bukak tingkap luas² supaya udara tak kedap. Jika cuci toilet dalam bilik, bukak juga tingkap & kipas diluar bilik jika perlu. Ada jugak kes anak kecik terbatuk² & sesak nafas akibat main dalam bilik masa maknya tengah basuh toilet (dalam bilik). Anak² kecik ni bukannya paham, bahaya ke ape
#Sebaik²nya guna mask & pastikan guna sarung tangan getah jika tak nak kulit jadi kering. Bila guna peluntur atau apa² jenis pencuci yang kuat sekalipun, kena pakai glove untuk elak terkena kulit secara langsung. Bahan kimia ni meresap dalam kulit & boleh sebabkan toksid terkumpul dalam badan & juga penyebab penyakit kulit.
#Lepas spray, keluar & tutupkan pintu supaya bau tak sampai keluar dengan banyaknya.
#Biarkan sekurang²nya 20 min–30 min sebelum cuci.
Bahan peluntur ni tak boleh suka² hati jer main campur dengan bahan/sabun pencuci lain sebab akan hasilkan gas beracun.
Antara BAHAN yang BAHAYA jika DICAMPUR dengan BLEACH
❗ BLEACH + CUKA/JUS BERASID (contohnya lemon etc. Akan hasilkan gas klorin)
❗ BLEACH + bahan pencuci yang mengandungi ASID HIDROKLORIK (hasilkan gas klorin). ?2 bulan lepas baru jer ada kes surirumah dimasukkan ke icu akibat keracunan gas klorin sebab campurkan peluntur dengan pembersih lantai.. ?
❗ BLEACH + bahan pencuci yang mengandungi AMMONIA (hasilkan gas kloramin, sama jer bahaya macam gas klorin)
❗ BLEACH + RUBBING ALCOHOL (hasilkan kloroform yang bahaya & cepat meruap)
❣ Bagi yang suka campur peluntur untuk cuci tandas tu, pastikan CHECK dulu kandungan bahan dalam bahan pencuci tu.. Pada label sabun pencuci tandas/pembersih lantai ni biasanya ada dinyatakan tak boleh dicampur dengan bahan peluntur, etc. Sesetengah bahan ni bila dicampur bukannya jadik berasap berkepul² bagai (bergantung pada kepekatan larutan peluntur yang digunakan) sebab ada yang hasilkan gas yang tak berwarna. Tau² rasa sakit/perit tekak, sesak nafas & rasa nak pitam.
❣Kalau korang gunakan spray untuk kulat pada jubin & dinding toilet serta pencuci dari kedai barangan RM2 (stain remover, dll) tu pun sama.. Jangan sesekali campurkan peluntur ye. Pencuci yang kuat macam ni biasanya ada kandungan bahan aktif yang tinggi.. Kawan saya pun pernah sesak nafas & hampir pitam dalam toilet sebabkan campur pencuci toilet bowl dengan peluntur?
❣Ni sekadar pesanan.. Yang suka sangat campurkan CUKA + PEWANGI/PELEMBUT KAIN + AIR untuk mop lantai tu… Tak kisahlah brand downy ke softlan bagai.. Ramai tul orang duk buat benda ni sekarang.. Sebenarnya bahaya tau kalau ada anak² kecik nak² yang masih belajar merangkak.. Walaupun efek dia tak bahaya la macam gas klorin tu, tapi kandungan pewangi dalam pelembut kain tu boleh sebabkan masalah pernafasan & sesak nafas bagi yang ada masalah asthma, etc. Reason yang sama gak tak boleh jemur kain yang dicampurkan pewangi/pelembut kain dalam rumah tu..
Kalau campurkan pewangi/pelembut kain ni dalam air, bila dah kering nanti akan ada 1 lapisan yang terhasil pada permukaan lantai/objek yang dilap (sebab tu la ada jugak yang guna untuk lap kipas bagai dengan tujuan taknak habuk melekat)??♀. Bila anak² kecik lak merangkak atas lantai tu, lapisan tu akan melekat lak kat tangan anak² ni, kang ada yang masuk mulut bagai.. Mak² rasa hebat sebab cuci & mop lantai dengan bersih & wangi..tapi sebenarnya risikokan kesihatan anak sendiri lak.. ?
❣Mak² sentiasalah beringat.. Bahan² pencuci yang mengandungi bahan kimia ni bukan boleh digunakan sembarangan.. Jangan suka² campurkan bahan yang kita sendiri pun tak pasti. Kononnya nak mudahkan kerja² mencuci, tapi akhirnya bahayakan diri sendiri. Jangan sampai dah berlaku kemalangan jiwa baru nak menyesal..
#infodanmaklumat #donesismembebel
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu yang mahu menggunakan bahan peluntur. Berpada-pada dan utamakan kesihatan ya!
Power Pumping membantu merangsang penghasilan susu ibu apabila hasil perahan merudum. Ketahui cara melakukannya, kekerapan yang disyorkan serta tip mengepam dengan lebih berkesan.