Kehadiran bayi baru mungkin mengujakan semua ahli keluarga lain, tetapi JANGAN LUPA mempersiapkan anak untuk penerimaan adik baru. Rasa cemburu dan terpinggir pastinya mampu mengganggu mood anak kecil kita yang sebelum ini sentiasa diberikan keutamaan.

Menurut perkongsian di Public Health Malaysia, reaksi anak adalah berbeza mengikut peringkat umur mereka. Untuk anak kurang 2 tahun mungkin agak kelam kabut untuk anda kerana mereka juga masih kecil dan memerlukan perhatian.

Sensitif & Asingkan Diri Sejak Ada ‘Adik Baru’, Mama Jangan Biarkan Anak Sulung Rasa Terpinggir!


Cabaran terbesar adalah anak peringkat umur 2-5 tahun. Usia ini mereka memang sangat manja dan bergantung dengan anda. Tahap cemburu mungkin agak serius sekiranya anda tidak mempersiapkan mereka dari awal.

Bagi anak yang lebih besar, banyak libatkan mereka dalam persiapan. Beri tugasan yang lebih besar supaya mereka “rasa” lebih dewasa dan perlu bertanggungjawab.

Rasa cemburu itu pasti tetap ada. Pastikan anda meluangkan masa dan beri perhatian kepada kehendak mereka. Jangan sampai ada yang rasa terpinggir.

Sensitif & Asingkan Diri Sejak Ada ‘Adik Baru’, Mama Jangan Biarkan Anak Sulung Rasa Terpinggir!

Ini antara yang mak ayah boleh lakukan untuk bakal ‘abang’ dan ‘kakak’:

Anak bawah 2 tahun ke bawah
* Semasa hamil, tunjukkanlah gambar bayi dan beritahu ‘ini adik’, ‘ini baby” bagi membiasakan mereka dengan ahli baru kelak.

IKLAN

* Pastikan juga masa diluangkan bersama sebaiknya dengan berkualiti sebelum adik baru dilahirkan.

Sensitif & Asingkan Diri Sejak Ada ‘Adik Baru’, Mama Jangan Biarkan Anak Sulung Rasa Terpinggir!

Anak 2-5 tahun
Peringkat umur ini paling sensitif kerana sangat rapat dan bergantung kepada mak ayah.

Apa yang mak ayah boleh lakukan adalah dengan:

* Membawa mereka semasa temujanji kehamilan supaya anak melihat sendiri perkembangan adik mereka.

IKLAN

* Sebolehnya libatkan mereka dalam segala persiapan termasuklah membeli kelengkapan bayi dan sebagainya.

* Ambil masa untuk ubah rutin harian supaya anak lebih berdikari.

* Peruntukkan masa khas untuk melayan mereka seperti ketika adik tidur atau sebagainya.

* Jika anda tidak dapat memberi tumpuan seketika, minta bantuan pasangan atau keluarga untuk menjaga mereka seketika agar mereka tidak terasa terasing.

Sensitif & Asingkan Diri Sejak Ada ‘Adik Baru’, Mama Jangan Biarkan Anak Sulung Rasa Terpinggir!

IKLAN

* Walau dalam apa jua keadaan, sentiasalah puji mereka dengan berkata, “kakak/abang dah besar” dan sentiasalah positif dengan anak.

* Latih dan beri mereka tanggungjawab seperti ambilkan botol susu atau lampin supaya mereka rasa mereka adalah sebahagian daripada adik baru yang sentiasa diberikan perhatian.

Jangan sekali-kali membiarkan anak bermain sendiri dan memberi tumpuan kepada bayi baru anda. Cuba sebaiknya untuk menjaga hati mereka setiap masa.

Artikel berkaitan: Cemburu Dengan Adik Baru, Jangan Biarkan Hati Anak Pertama Terluka, Ini Tip Yang Dikongsikan Pakar

Cemburu Dapat Adik Baru Tu Biasa, Selalulah Ajak Main Sama, Mesti Sayang!

Sensitif & Asingkan Diri Sejak Ada ‘Adik Baru’, Mama Jangan Biarkan Anak Sulung Rasa Terpinggir!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI