Biasanya pasangan suami isteri bila anak sulung dah berusia dua tahun ke atas, mulalah fikir untuk dapat anak kedua. Cuma jadi masalah apabila ramai yang risau apa penerimaan si abang atau kakak bila ada adik?
Adakah mereka akan cemburu dan mula buat macam-macam drama semata-mata nak pastikan perhatian tersebut tak beralih pada orang lain.
Jika diikutkan tiada masalah pun untuk faham anak, asalkan kita tahu cara nak ambil hati mereka. Di sini ada beberapa tip boleh mama lakukan seperti untuk elak anak terus rasa cemburu dengan adik baru.
Kehadiran bayi baru mungkin mengujakan semua ahli keluarga, tetapi JANGAN LUPA mempersiapkan anak untuk penerimaan adik baru.
Ads
Reaksi anak adalah berbeza mengikut peringkat umur mereka. Untuk anak kurang 2 tahun mungkin agak kelam kabut untuk anda kerana mereka juga masih kecil dan memerlukan perhatian.
Ads
Cabaran terbesar adalah anak peringkat umur 2-5 tahun. Usia ini mereka memang sangat manja dan bergantung dengan anda. Tahap cemburu mungkin agak serius sekiranya anda tidak mempersiapkan mereka dari awal.
Bagi anak yang lebih besar, banyak libatkan mereka dalam persiapan. Beri tugasan yang lebih besar supaya mereka “rasa” lebih dewasa dan perlu bertanggungjawab.
Rasa cemburu itu pasti tetap ada. Pastikan anda meluangkan masa dan beri perhatian kepada kehendak mereka. Jangan sampai ada yang rasa terpinggir.
Ads
Ada beberapa tip ibu bapa boleh lakukan untuk pastikan anak faham kehadiran adik baru itu bukan pesaing tetapi boleh menambahkan rasa sayang.
Alhamdulillah susu untuk Yusoff sentiasa ada dan tak pernah kurang, Datin Shahida memuatnaik video berkenaan tip untuk ibu-ibu yang bekerja dalam masa yang sama masih menyusukan anak.
Susu ibu susu yang terbaik sebagai pemakanan anak-anak. Patutlah Yusoff Alqardawi nampak sihat dan gebu. Shahida tak lokek berkongsi rahsia bagaimana dia menguruskan jadual untuk mengepam, pemakanan walaupun dia sibuk menguruskan syarikat Dherbs bersama suami, Dato Aliff Syukri.
Ni lah rutin saya bila di ofis pump susu 3 jam wajib ikut timing…..minum air banyak….saya buat stok susu seminggu lepas bersalin sebab saya masuk kerja awal….Alhamdulillah susu utk yusoff x pernah kurang dan sentiasa ada…makan makanan berkhasiat sbb apa yg kita makan akan sampai melalui susu.
Netizen memuji sikap sikap Shahida yang masih menyusukan Yusoff walaupun sibuk bekerja. Mereka juga berterima kasih atas tip yang diberikan malah ada juga yang sempat bertanya bebrapa tip yang lain.
Tergamam bila viral gambar Xray budak umur 3 bulan patah tulang peha di rumah pengasuh!
Ya Allah. Tak boleh nak bayangkan apa yang anak kecil tu alami di sana. Patah tulang peha ( femur bone ) ni bukan main-main ye. Tu tulang paling besar dalam badan kita!
Nak bagi patah tulang femur ni memerlukan tenaga dan impak yang sangat kuat je baru boleh patah!
Berdasarkan perkongsian dari Dr Taufiq Razif, setakat jatuh atau terguling biasa memang takkan boleh patah tulang tu kecuali memang ada penyakit tulang rapuh ( idiopathic juvenile osteoporosis ) atau kelainan sejak daripada lahir ( osteogenesis imperfecta ) dan lain-lain.
Tu la kenapa penting sangat mak ayah tahu tanda-tanda anak kecil didera. Anak kita tak mampu nak komunikasi macam kita. Dia tak mampu lagi nak cakap ” Tolong mak! Tolong ayah! Saya kena dera kat taska. Sakit Mak! Sakit ayah! ”
Ni 6 tanda utama anak kecil didera di tempat asuhannya :
1. Anak tiba-tiba berubah perangai ▪ Anak yang dulunya ceria tiba-tiba menjadi sangat pasif dan pendiam ▪ Anak jadi mudah terkejut dan selalu meragam tanpa sebab yang jelas
2. Anak tiba-tiba menjadi sangat patuh atau sangat memberontak ▪ Anak yang ketakutan memang akan mendengar arahan ▪ Ataupun dia memberontak dan mengamuk kerana cuba mempertahankan diri
3. Anak kelihatan sangat takut pada pengasuhnya ▪ Anak taknak pergi taska atau tadika tu biasa tapi kalau riak wajahnya tu dalam ketakutan yang melampau, kita memang kena hati-hati ▪ Atau bila kita sebut je perkataan taska dan tadika atau dia nampak je benda yang berkaitan dengan pengasuhnya si anak tadi kelihatan sangat trauma ▪ Menangis bila nak hantar anak ke taska akibat Separation Anxiety tu normal je tapi naluri mak ayah boleh tahu yang mana normal, yang mana tak normal
4. Ada lebam-lebam dan luka atau kecederaan yang di luar kebiasaan ▪ Walaupun lebam atau calar biasa, mak ayah kena hati-hati apatah lagi kalau lebamnya ada di 2 atau 3 tempat yang berbeza ▪ Kalau ada patah lagi la kena berhati-hati. Hantar terus ke hospital ye ▪ Doktor biasanya akan suspek penderaan bila ada patah di tulang yang besar seperti tulang femur, patah di banyak tempat ( multiple fractures ), Shaken Baby Sydrome ataupun ada kesan patah lama yang tak dilaporkan
5. Perkembangan anak terganggu ▪ Anak yang dulunya pernah hisap jari, kembali menghisap jarinya ▪ Anak yang dah lama tak kencing malam, kembali kencing malam ▪ Anak mengalami masalah duduk dan berjalan
6. Anak sering mimpi buruk ▪ Kadang-kadang agak susah nak tahu anak kita mimpi buruk ke tak ▪ Perhatikan ada tak anak kita nampak lesu atau tak bermaya walaupun dah tidur. Tu antara tanda-tanda tidur anak kita terganggu la tu
Benda ni saya rasa sangat ramai mak ayah yang tak tahu. Tolong bagitahu mak ayah dan pasangan kita yang belum tahu ye demi keselamatan anak anak kita semua.
p/s : Ni la kenapa saya hantar anak saya ke taska yang ada CCTV. Biar depan kita baik bak bidadari, boleh je bidadari tu bertukar menjadi The Hulk bila di belakang kita!
p/s : Kes diatas ni masih dalam siasatan rasanya. Jadi belum konfirm penderaan cuma kita kena la saling beringat dan tambah ilmu parenting masing-masing.
Anak-anak yang mempunyai kecerdasan tinggi tidak dilahirkan terus bijak. Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membentuk jati diri serta keinginan anak untuk belajar. Perhatikan potensi dan tahap kemampuan anak anda dan beri sokongan kepada mereka.
Tidak perlu terlalu ‘keras’ dan memaksa mereka untuk belajar perkara yang kurang mereka suka. Paling penting, jangan terhadkan proses pembelajaran mereka dengan hanya satu persekitaran sahaja. Pa&Ma senaraikan beberapa strategi untuk memotivasikan anak anda belajar.
Tidak penting untuk terus mahu anak-anak lancar membaca. Pertamanya, wujudkan rasa minat terlebih dahulu. Anak yang sukakan buku akan suka belajar. Membaca bukan sahaja membantu anak untuk memperluaskan kosa kata mereka tetapi membantu otak mereka memproses teknik berkomunikasi. Untuk mewujudkan suasana membaca, bukan mereka yang dipaksa untuk membuka buku. Anda sebagai ibu atau bapalah yang digalakkan membaca kepada anak-anak.
Sebelum masuk tidur, bacalah buku cerita kegemaran anak anda. Anak akan berminat untuk membaca sendiri jika sering didedahkan dengan bahan bacaan. Satu lagi cara lain adalah dengan luangkan sedikit masa untuk membaca bersama-sama. 20 minit sudah cukup, galakkan anak untuk membaca sambil perkenalkan perkataan-perkataan baru kepada mereka. Wujudkan satu tempat khas seperti perpustakaan mini untuk menarik minat anak-anak dengan buku.
Beri masa untuk anak anak menguasai proses pembelajaran. Jika anda mahu mereka belajar menulis, beri kebebasan kepada anak untuk memilih topik yang dia mahu. Jika anak-anak anda cenderung untuk bermain ketika belajar usahlah disekat. Berikan sokongan sepenuhnya. Sebagai contoh, anda mahu belajar menulis tetapi suka jika belajar menggunakan lukisan. Galakkan mereka untuk teruskan cara begitu selagi ia menampakkan hasil. Jangan paksa mereka belajar mengikut cara kita dahulu.
Sekiranya anda mahu anak belajar, beri kebebasan kepada mereka untuk meneroka apa yang diminatinya. Seandainya anak anda sukakan dinosaur, carikan buku cerita menarik tentangnya. Kemudian cabar anak anda untuk mengenalpasti beberapa jenis dinosaur dan mengapa dia membuat pilihan itu.
Untuk memberi anak semangat ketika belajar, anda harus merasakan perkara yang sama. Tunjukkan semangat dan sokongan yang menunjukkan anda benar-benar suka belajar. Pilih beberapa subjek dan kenalkan dengan anak anda. Kenali minatnya dan beri perhatian kepada subjek yang dia sukai. Salah satu cara untuk memberitahu bahawa anda suka belajar, anda boleh bawa mereka melawat ke sekolah atau universiti anda dahulu. Beritahu mengapa anda memilih untuk bersekolah di situ dan beri galakan kepada mereka untuk belajar.
Apabila anak pulang dari sekolah, jangan paksa dia untuk belajar. Anda sebaliknya minta anak untuk beri tunjuk ajar kepada anda. Anak yang bijak akan sentiasa beritahu apa yang dipelajarinya di sekolah. Minta mereka untuk mengajar anda dan berikan kata pujian. Pujian dan kata semangat akan membuatkan mereka lebih seronok untuk ke sekolah dan belajar lebih banyak.
Sesekali berikan mereka ganjaran untuk menghargai usaha mereka untuk belajar. Ganjaran tidak perlu besar tetapi diberi secara kerap untuk memberitahu anak-anak bahawa anda menghargai semangat mereka untuk belajar.
Memberi fokus penuh kepada kekuatan anak anda dapat mewujudkan emosi yang sihat dan perkembangan akademiknya juga akan meningkat. Memberi perhatian kepada kelebihan mereka juga akan memberi motivasi kepada anak anda untuk terus belajar.
Paling penting, hargai pencapaian anak anda. Ada sesetengah anak mungkin kurang berminat dengan proses pembelajaran secara terus, tetapi lebih gemar cara belajar sambil bermain. Kenali potensi dan keinginan anak-anak anda. Jangan paksa proses pembelajaran anak-anak kerana ia hanya akan merencatkan minat mereka untuk terus belajar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak jadi pandai tidak semestinya memerlukan kelas mahal. Ketahui rahsia sebenar yang diamalkan ibu bapa untuk membantu anak membaca, belajar dengan yakin dan cemerlang di sekolah.