Pasangan popular Indonesia, Aurel Hermansyah dan suaminya Atta Halilintar dilihat semakin bertambah bahagia sejak punya anak mereka, Ameena Hanna Nur Atta.
Melewati Instagram pasangan ini, ada sahaja momen dan wajah terkini Ameena yang sentiasa dikongsikan oleh Aurel dan Atta.
Terbaru, pasangan ini dilihat sedang bercuti di Bali bersama buah hati tersayang mereka.
“Masya Allah Tabarakallah. Pengen dehh tinggal di Bali.
Ads
“So peaceful. Ameena selalu happy di ajak jalan-jalan apa lagi kalau ke pantai,” tulisnya di kapsyen ketika bercuti di Bali.
Namun apa yang menarik perhatian pastinya wajah Ameena yang semakin hari semakin comel dan sihat membesar dikala usianya yang kini sudah pun hampir empat bulan.
Wajah-wajah comel Ameena juga turut dikongsikan pasangan ini sepanjang percutian singkat mereka sekeluarga.
Ads
Tidak mahu Ameena pakai pakaian terdedah
Paling menarik, Aurel dan Atta juga turut memakaikan anak sulung mereka dengan tudung di kepala.
Malah memetik laporan Kapan.com, kedua mereka tidak mahu bayi mereka memakai pakaian yang terlalu mendedahkan anggota badan biarpun masih kecil.
Melalui perkongsian Atta di vlognya, dia sebolehnya mahu memberikan yang terbaik buat puteri sulunya itu.
Terdahulu, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar diijabkabulkan pada 3 April 2021. Pasangan ini menyambut kelahiran anak sulung mereka pada 22 Februari lalu.
Menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata pertama, comel je pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana dalam entri terbaru mereka di akaun Instagram milik Nadzmi.
Dalam perkongsian tersebut, Nadzmi dan Ardell yang memakai baju merah sedondon mengalunkan zikir buat bayi dalam kandungan Ardell.
Menurut Nadzmi setiap kali zikir tersebut diperdengarkan, pasti bayi mereka akan respon dan membuat pergerakan.
Melihatkan kondisi Ardell yang sedang sarat itu, memang tunggu hari sahaja untuk melahirkan bayi sulung mereka.
Bila dilihat pada perkongsian tersebut, nampaknya pasangan ini sudahpun membuat akaun Instagram buat bayi mereka yang bakal lahir dengan menggunakan akaun @babyadhwardell yang dilihat sudah mempunyai lebih dari 10 ribu pengikut.
Ardell dan Nadzmi mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu di kediaman keluarga Ardell di Seri Kembangan, Selangor. Pada penghujung tahun lalu, pasangan ini mengumumkan kehamilan cahaya mata mereka yang pertama yang pada ketika itu sudah berusia 4 bulan.
Selalunya apabila anak itu sudah tahu soal makan dan minum, boleh menjaga diri, kita akan menganggap bahawa mereka sudah tahu dan boleh ditinggalkan sendirian di rumah. Tetapi adakah tepat jangkaan sebegitu?
Usia 12 tahun
“Eh, mana anak kau? Tak bawak sekali ke?” dan antara jawapan yang sering diterima adalah seperti “Anak aku dah besar, boleh tinggal sendiri dah.” Tetapi menurut pekerja sosial, kanak-kanak harus sekurang-kurangnya berusia 12 tahun untuk berada sendirian di rumah walaupun hanya untuk tempoh dua jam atau lebih.
Penyelidikan yang dibentangkan di Persidangan dan Pameran Kebangsaan Akademi Pediatrik Amerika 2019 di New Orleans, para penyelidik menyeru untuk diwujudkan undang-undang supaya ada batasan had umur untuk kanak-kanak dibiarkan tinggal sendiri di rumah.
Penyelidik daripada University of Iowa berkata kaedah ini dapat membantu pekerja sosial mengesan kes-kes melibatkan pengabaian dan melindungi kanak-kanak daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya.
Kaji selidik
Dalam kaji selidik yang dijalankan menerusikan emel ini melibatkan seramai 485 anggota Persatuan Pekerja Sosial Kebangsaan (NASW). Individu yang terlibat diminta memberikan pandangan tentang senario seorang kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian selama empat jam.
Senario yang diberikan adalah berbeza dari aspek usia kanak-kanak, sama ada mengalami kecederaan atau tidak dan jika undang-udang ‘tinggal sendirian’ di rumah relevan untuk diwujudkan atau tidak.
Tinjauan pendapat ke atas hampir 500 individu pekerja di Amerika Syarikat ini mendapati separuh daripada mereka merasakan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun yang tinggal sendiri untuk tempoh lama harus menjadi perkara yang menyalahi undang-undang.
Hasil tinjauan mendapati hampir semua pekerja sosial berkata, meninggalkan seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun atau lebih muda di rumah sendirian selama empat jam dikira sebagai satu pengabaian.
Separuh daripada responden menyatakan undang-undang harus melarang kanak-kanak dibawah usia 12 tahun dan ke bawah untuk ditinggalkan sendirian di rumah walaupun hanya untuk tempoh empat jam sahaja.
Ditinggal sendirian
Menurut US Department of Health and Human Services, pengabaian adalah termasuk kegagalan untuk memberikan pengawasan pada tahap yang boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak.
Di United Kingdom walaupun tiada undang-undang khas, namun ibu bapa boleh didenda atau dihantar ke penjara. Ini boleh berlaku jika mereka didapati bersalah, jika meletakkan kanak-kanak dalam keadaan berisiko berdepan bahaya dengan meninggalkan mereka sendiri di rumah.
Walau bagaimana pun, ibu bapa di negara itu mempunyai pilihan dalam membuat penilaian mengenai apa yang terbaik untuk anak mereka. Mereka juga boleh menggunakan penilaian tersebut untuk menentukan usia yang bersesuai untuk meninggalkan anak secara sendirian di rumah.
Belum cukup matang
Hakikatnya ibu bapa tidak boleh sewenang-wenangnya membiarkan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun untuk tinggal sendiri di rumah untuk tempoh yang lama. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak di bawah usia tersebut belum cukup matang untuk berdepan kecemasan dan tidak sepatutnya tinggal sendiri di rumah.
Jadi sebagai ibu bapa, sebaiknya elakkan daripada meninggalkan anak anda sendiri di rumah. Ini boleh mengelak dan menghindari sebarang perkara atau insiden yang tidak diingini daripada berlaku. Sayangi anak anda!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mencium anak merupakan tanda kasih sayang kita sebagai ibu bapa. Namun menjadi trend pada zaman ini, ibu bapa yang beragama Islam mencium anak-anak di bahagian mulut untuk menunjukkan rasa kasih sayang.
Namun tahukah anda bahawa sayang macam mana pun anda dilarang untuk mencium di bahagian mulut anak walaupun mereka masih kecil. Kenapa? Ikuti perkongsian ini;
Antara sebab-sebab mengapa ibu bapa dilarang berbuat demikian:
1. BOLEH RANGSANG SYAHWAT
Hati-hati, zaman kini manusia bertopengkan syaitan memang ramai. Golongan pedophiIia gemar berpuar-pura sukakan kanak-kanak. Sesiapa sahaja boleh jadi ada dalam golongan ini. Bukan kita tak pernah lihat kes melibatkan darah daging dianiaya oleh golongan terkutuk ini.
Menurut pandangan lain, Bibir merupakan kawasan sensitif yang boleh merangsang syahwat. Dr. Charlotte Reznick, seorang penulis, psikologi pendidikan dan anak di Universiti California Los Angeles, berpendapat bahawa akan ada kesan buruknya jika ibu bapa selalu mencium bibir anak-anak.
“Ketika seorang anak mencapai usia 4, 5 atau 6, keinginan seksualnya pada usia itu sudah mula datang (dan ada juga anak-anak yang keinginan seksualnya datang lebih awal pada usia 2 atau 3 tahun) dan ciuman di bibir akan mendorong keinginan seksual (syahwat) mereka tanpa sedar. ”
2. MULUT PINDAHKAN KUMAN
Ada bayi yang terkena penyakit berjangkit kerana bibirnya seringkali dicium. Ingatlah bahawa, mulut boleh memindahkan kuman melalui ciuman bibir kerana kuman tersebut boleh masuk ke dalam tubuh. Pelbagai jenis penyakit boleh disebarkan melalui mulut.
3. RASUL DAN SAHABAT HANYA MENCIUM PIPI ANAKNYA
Mencium pipi merupakan tanda kasih sayang orang tua kepada anaknya. Hal ini diperbolehkan untuk dilakukan. Namun ada bahagian tertentu yang disarankan untuk dicium iaitu pada bahagian pipi seperti yang pernah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar ketika mencium puterinya, Aisyah.
“Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya, ternyata Aisyah puterinya sedang berbaring kerana diserang sakit panas yang tinggi. Maka aku melihat ayahnya, Abu Bakar, mencium pipinya seraya bertanya: “Bagaimana keadaanmu, wahai puteriku?” (HR. Al-Bukhari no. 3918)
Walaupun tiada hadis khusus berkaitan perkara ini, tetapi ibu bapa sememangnya tidak digalakkan untuk mencium anak pada bahagian mulut. Cukuplah sekadar menunjukkan kasih sayang pada anak dengan pelukan dan ciuman di pipi.
Sebenarnya ada empat tempat ciuman dan 2 tempat gosokan yang digalakkan pada ibu bapa melakukannya pada anak.
CIUMAN DI KEPALA ADALAH CIUMAN KEBANGGAAN
Bila kita rasa berbangga dengan pencapaian anak kita. Contohnya dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
CIUMAN DI DAHI ADALAH TANDA REDHA
Bila anak kita buat sesuatu yang membuatkan kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
CIUMAN DI PIPI ADALAH CIUMAN RINDU
Bila ambil anak daripada taskda atau bila anak baru pulang daripada sekolah, tempat terbaik nak cium adalah di bahagian pipi.
CIUMAN DI TANGAN ADALAH BILA KITA RASA KASIH SANGAT PADA ANAK KITA
Ciuman di tangan ini sangat istimewa, sebab itu kita perlu mengajar anak kita mencium tangan kita bagi menzahirkan rasa hormat dalam diri.
Di samping itu, ibu bapa juga boleh gosokkan dua tempat ini pada anak;
Gosok di belakang leher kalau anak-anak nampak risau atau tidak tenteram
Gosok di dada pula sangat mujarab untuk mengurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok itu, ibu bapa boleh cuba selawat dan baca surah-surah pendek seperti Al-Fatihah atau Ayat Kursi.
Sumber: Dr Taufik Razif
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terapi berkuda dikatakan merupakan salah satu terapi terbaik dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak istimewa.