Sepatutnya Lahir Disember, Son Ye Jin dan Hyun Bin Selamat Timang Bayi Lelaki!

Share

Pasangan selebriti paling popular Korea Selatan, Son Ye Jin dan Hyun Bin akhirnya kini bergelar ibu dan bapa selepas selamat menimang cahaya mata sulung semalam.

Pasangan yang cukup dikenali menerusi drama bersiri popular Crash Landing On You itu menerima kehadiran seorang bayi lelaki yang selama ini cukup dinantikan keduanya.

Perkongsian khabar gembira itu dimaklumkan menerusi sebuah kenyataan dari agensi Son Ye Jin sendiri iaitu MSteam Entertainment.

Son Ye Jin yang berusia 40 tahun itu kini dilaporkan dalam keadaan baik dan sihat bersama bayi lelakinya.

“Son Ye Jin selamat melahirkan bayi lelaki, hari ini. Kedua-dua ibu dan anak berada dalam sihat,” ujar MSteam Entertainment dalam kenyataan.

Son Ye Jin dan Hyun Bin yang mendirikan rumah tangga pada 31 Mac lalu mengumumkan kehadiran ahli keluarga baru itu selepas disahkan hamil pada Jun lalu.

Kongsi Son Ye Jin lagi, dia juga mengalami beberapa perubahan pada dirinya sebelum mendapat tahu bahawa dirinya hamil selepas bebapa bulan mendirikan rumah tangga bersama Hyun Bin.

Pasangan selebriti popular itu juga turut mendedahkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki yang sepatutnya dijangka bakal dilahirkan pada Disember depan.

Terdahulu, Son Ye Jin dan Hyun Bin mendirikan rumah tangga pada 31 Mac lalu secara tertutup di Aston Sheraton House, Grand Walkerhill Hotel di Seoul, Korea Selatan dengan dihadiri keluarga dan teman rapat selepas dua tahun menyulam cinta.

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Sumber: Koreaboo

IKLAN