Ibu ayah mana yang tidak risau akan anaknya setiap kali menghantar ke sekolah. Rasa bimbang dalam segala hal. Namun hakikatnya anak-anak kita berada dalam jagaan Allah dengan baik.
Bagi mengelakkan rasa risau yang terlampau, ada baiknya kita amalkan doa ini seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Asma Harun dan dikongsikan semula oleh Dr Mazliana Mazlan di facebooknya. Kita amalkan sama-sama.
Tak nak terlepas baca zikir dan doa ni setiap pagi untuk anak.
Bila anak bangun tidur. Atau sebelum hantar anak ke pengasuh. Atau sebelum hantar anak ke taska. Atau sebelum hantar anak ke sekolah. Zikir dan doa dari Ustazah Asma Harun. Kita risau kat sekolah anak makan macam-macam yang tak sihat. Kita risau di taska anak ambil makanan yang boleh sebabkan dia batuk. Kita risau di rumah pengasuh anak tersalah makanan sampai eczema flare.
Ads
Walau kita jaga sendiri sekalipun, kita sebenarnya bukan penjaga terbaik anak-anak kita. Baca zikir dan doa ni.
Serahkan anak-anak kita dalam jagaan Allah. Allah sebaik-baik Penjaga dan Pemelihara.
Ads
Moga Allah jauhkan anak-anak kita dari makanan yang tak beri manfaat buat mereka, jauhkan dari makanan yang beri mudharat buat anak-anak kita.
Juga jauhkan apa-apa penyakit asbab dari tersalah ambil makanan yang kita cuba elakkan dari anak.
Nak mendidik anak memang memerlukan ilmu keibubapaan seperti yang dikongsi oleh Dr Sheikh Muszaphar melalui instagramnya di mana anak-anak perlu di didik sejak lahir lagi supaya rutin tersebut menjadi amalan mereka.
Ikuti perkongsian ini.
Keibubapaan sejak Lahir
Ramai yang bertanya kepada saya…
Bayi saya tidak tidur pada waktu malam.
Bayi saya mengamuk.
Bayi saya menangis sepanjang masa
Bayi saya tidak mahu makan
Apa yang saya perlu buat?
Setiap ibu bapa yang sedang menanti cahaya mata haruslah mempunyai pengetahuan tentang keibubapaan.
Ibu bapa harus memahami peristiwa penting bayi, perkembangan otak anak dan tingkah laku mereka pada peringkat umur yang berbeza untuk memudahkan keibubapaan.
Ramai ibu bapa kecewa dan tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas. Sebenarnya, keibubapaan memerlukan perancangan yang betul. Anda perlu mempunyai matlamat jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang untuk anak-anak anda.
Anda perlu mempunyai jangkaan pada Anak anda. Anda perlu tahu bagaimana untuk bertindak balas dengan cara yang betul kepada bayi anda.
Anda perlu memahami personaliti mereka. Dan setiap Kanak-kanak adalah berbeza. Anak anda akan berubah bagaimana anda membesarkannya. Dan sukar jika anak anda sudah melebihi 3 tahun.
Anda perlu memprogram semula pemikiran & tingkah laku mereka dan ia memerlukan masa dan banyak usaha. Tetapi ia boleh dilakukan.
Keibubapaan terbaik dilakukan sejak lahir. Berikut adalah beberapa petua:
1. Besarkan Anak anda dengan penuh kasih sayang dan ketawa
2. Persekitaran yang tenang
3. Mulakan rutin
4. Tidak meninggikan suara di hadapan mereka
5. Ajar mereka tentang disiplin
6. Banyak komunikasi
7. Pelukan & Cium
Ibu bapa harus memimpin melalui teladan.
Bayi sangat memerhati – mereka memerhati setiap tingkah laku anda dan ingin menjadi seperti anda.
Mereka mengamuk kerana sudah terbiasa dengan cara mereka . Mereka tidur lewat kerana kita tidak menguatkuasakan peraturan di dalam rumah. Mereka menjadi gemuk kerana kita tidak mengajar mereka tentang makanan yang sihat.
Hanya anda yang tahu apa yang terbaik untuk Anak anda. Setiap gaya keibubapaan adalah berbeza. Setiap Kanak-kanak adalah berbeza.
Anda tentukan apa yang terbaik untuk keluarga anda. Tetapi untuk melakukan itu, anda perlu tahu apa yang anda lakukan.
Bukan membesarkan mereka secara membuta tuli. Sekurang-kurangnya kita telah melakukan yang terbaik untuk membesarkan anak-anak kita.
Apabila anak-anak kita sudah dewasa, kita tahu kita telah melengkapkan mereka dengan kaedah yang betul untuk berjaya.
Untuk Dunia & Akhirat .
Itu tugas kita sebagai ibu bapa.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anaknya. Walau dalam apa cara dan keadaan sekalipun, semua ibu bapa mahu memberikan yang terbaik buat anak mereka. Didikan akademik yang sempurna juga aspek keagamaan yang begitu kuat, yakin dan percaya pada Allah yang satu.
Pelakon, Saharul Ridzwan turut berkongsi mengenai keletah anaknya, Muhammad Luth Ali yang bertanyakan mengenai kewujudan Allah di Instagramnya semalam. Bijaknya Ali berkata-kata. Malah jawapan dari anak kecil seusia itu juga tidak disangka-sangka.
Kata Saharul lagi, memberitahu anak kecil mengenai Allah, lebih-lebih lagi bagi anak kecil yang masih tidak mengenal Allah sememangnya amat sukar. Namun dia punya cara sendiri untuk memberitahu anak sulungnya, Ali yang kini berusia 4 tahun mengenai hal ini.
“Perbualan saya dengan Ali lepas maghrib tadi.
“If one day when Allah take baba, you must take care of mummy and adik. Thats why you need to solat, and learn betul-betul okay”
“If mummy and baba gone, I will cry because who will cook and suap me and adik?”
“Allah will take care of you, and adik. InShaaAllah”
“Mummy, if mummy and baba gone to Allah , I will ask Allah to send mummy and baba back here,” kata Ali lagi pada ayahnya.
Bijaknya Ali. Jawapan dari anak kecil yang tidak mahu berpisah jauh dengan ibu dan ayahnya. Comel.
Tak cukup dengan persoalan itu kata Saharul, anak sulungnya itu turut bertanya mengenai kewujudan Allah. Kata Saharul Ridwan dia terdiam sekejap untuk menjawab namun mencari ayat yang paling sesuai untuk diberikan buat anak kecilnya itu. Ini jawapan bapa penyayang ini pada anaknya.
“Kemudian, soalan seterusnya, sangat powerful dan memerlukan saya berfikir bagaimana cara untuk jawab.
“Baba, Is Allah so small? Thats why we cannot see Allah? But Allah can see us right, where is Allah?”
“Masya Allah. Terdiam sekejap saya fikir nak jawab, akhirnya saya bagitahu Ali, “Allah is in your heart, my heart, and everyones heart, thats why we must sayang Allah, like Allah sayang kita”.
“Bagi saya ini jawapan paling sesuai untuk dia faham pada umur dia sekarang. SALAH mungkin jawapan saya. Cetek sungguh ilmu saya,” katanya lagi.
Namun kata Saharul lagi, mak ayah memikul tanggungjawab yang maha besar untuk memberitahu dan meyakinkan anak kecil kita mengenai kewujudan Allah.
“Besar tanggungjawab kita sebagai ibu dan ayah untuk bagi “keyakinan” kepada anak anak supaya tahu bahawa Allah itu wujud dan hanya Allah yang satu. Persoalan-persoalan begini mungkin tidak ada di tadika ataupun playschool.
“Tugas kita mencari macammana nak jawab. Semoga Allah bagi kefahaman yang benar pada kita semua. Amin Ya Allah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, bintang utama drama Sabarlah Duhai Hati ini juga turut memohon tip dari pengikutnya di Instagram akan cara meyakinkan anak kita mengenai kewujudan Allah. Banyak perkongsian menarik yang boleh kita jadikan panduan untuk mendidik anak kita.
“Atau ada jawapannya yang lebih senang untuk anak kita faham? Boleh kongsikan? Semoga kita semua termasuk saya dapat belajar sesuatu,” tulisnya.
Wargamaya kongsi tips
Dan ini pula tip perkongsian yang diberikan oleh pengikut Saharul di Instagram. Jom kita cuba pada anak-anak kita di rumah.
“Saya selalu suruh anak saya rasa angin …..bawa dia naik kereta …kemudian rasa angin”.
“Sama dengan explaination saya bila anak-anak tanya “mama, kenapa kita tak nmpak Allah?” Allah ada dalam hati Ammar sambil pegang dada anak.”
“Saya pernah mengajar disebuah tadika, aada murid bertanya sama soalan camni..”teacher..camne Allah itu ada??”terkedu saya jawab, “Allah itu ada..dengan nikmat yang kita syukuri, ada dalam hati setiap manusia. Umpamanya kita tahu angin itu ada, kita dapat merasainya..tapi tak dapat melihat angin” itu jwpan saya.”
“Kita boleh umpamakan kepada anak-anak contoh. Kalau kita duduk depan kipas kita dapat rasa angin yang bersepoi sepoi tapi kita tak dapat lihatnya. Nikmatnya angin walaupun kita tak dapat melihatnya betapa dekatnya Allah dengan kita .. Allahuallam”.
Semoga Allah terus membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi anak yang baik bila besar nanti.
Semoga kita juga sama-sama dapat menjadi ibu bapa yang cemerlang, bantu anak mengenal Allah, sama seperti yang dikongsikan oleh Saharul Ridzwan ini.
Terdahulu, Saharul Ridzwan mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Qaabila Deena Emir pada tahun 2016 dan kini pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata pelengkap bahagia bersama.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ingatkan bungkusan puri buah rupanya cecair pembasmi kuman. Itu yang berlaku kepada seorang nenek yang tidak sengaja menyuapkan cecair pembasmi kuman itu kepada cucunya berusia 18 bulan sehingga batuk dan pengsan.
Kejadian yang berlaku di Manitoba, Canada itu langsung sama sekali tak disangka sehingga menyebabkan cucu sendiri yang terkena.
Ingatkan bungkusan makanan
Menurut laporan The Sun UK, Teixiera, bertindak menyuap cucunya Logan, dengan cecair pembasmi kuman ini kerana bungkusan cecair pembasmi kuman tersebut mirip dengan bungkusan makanan yang lain.
Kejadian ini terjadi apabila Teixeira, menganggap bungkusan cecair pembasmi kuman ini merupakan puri buah yang selalu dimakan oleh cucunya. Setelah Logan, disuap dengan cecair pembasmi kuman itu, dia mula batuk dan pengsan selama lima minit. Taxiera mula sedar bungkusan makanan yang disuapnya merupakan Hand Sanitizer yang boleh membunuh 99 peratus kuman.
Teixeira yang cemas ketika itu, bertindak memanggil jirannya dan menelefon 991 untuk mendapatkan bantuan bagi cucunya. Kini, Logan berada di hospital untuk rawatan selanjutnya.
Beli untuk kakak bawa ke sekolah
Menurut ibu Logan, Nikki Teixiera, dia membeli cecair pembasmi kuman itu untuk anak perempuannya yang berusia tujuh tahun. Bungkusan cecair pembasmi kuman yang menarik dan comel itu dianggap sesuai untuk anaknya bawa ke sekolah.
Dia juga tidak menganggap bungkusan cecair pembasmi kuman itu sebagai makanan kerana bungkusan itu jelas menunjukkan Hand Sanitizer, Kills 99% Of Germs.
Teixiera, turut memberi nasihat kepada orang ramai agar berwaspada dan tidak mengulangi kejadian yang telah berlaku ini.
Kini, syarikat Smart Care telah dihubungi dan produk tersebut harus dihentikan jualannya untuk sementara. Hal ini demikian kerana, untuk mengelakkan daripada masyarakat bimbang dan salah tanggapan terhadap produk tersebut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!