Apabila bayi sudah boleh mula makan bubur atau makanan pejal lain seawal 6 bulan, pasti ibu-ibu sangat teruja untuk memperkenalkan pelbagai menu baru kepada bayi yang baru nak belajar makan dan merasai pelbagai rasa makanan.

Jika ibu teruja, bayi lebih lagi teruja dan sentiasa tidak sabar untuk menunggu waktu makan. Ini kerana bermacam-macam menu kreatif yang ibu sediakan untuk si manja tersayang.

Mungkin permulaan bayi nak makan, ibu boleh cuba dulu sikit-sikit bubur kosong diikuti dengan puri sebelum bagi set bubur lengkap.

Serbuk Ayam Homemade, Penyedap Bubur & Masakan Anak Tanpa Bahan Perasa

Bagi memudahkan kerja ibu dan memberi keseronakan kepada anak supaya tak mudah jemu, boleh cuba buat stok serbuk ayam homemade untuk menyedapkan makanan si kecil.

Berikut perkongsian dari Puan Ummi Humaira mengenai caranya buat serbuk ayam untuk ditambah dalam makanan anaknya.

Harini saya cuba buat serbuk ayam. Alhamdulillah jadi. Cuma saya lupa ambik gambar masa rebus.

Cara-caranya:

1) potong kecil ayam. Bahagian isi je tau.
2) cuci bersih la kan lepas potong kecil.
3) rebus sampai nampak gebu empuk.
4) lepastu asingkan isi ngn air rebusan.
5) tapis atau toskan.
6) pastu carikkan ayam . Tujuan nya supaya mudah nak sangai tu cepat la sikit keringnya..

Serbuk Ayam Homemade, Penyedap Bubur & Masakan Anak Tanpa Bahan Perasa
Sangai isi ayam yang dicarik

7) sangai isi ayam yg di carik tu sampai nmpk garing. Kalau lambat sangat rasa, angkat la dulu, biar sejuk. Masukkan isi yang di sangai tadi dalam blender..

Serbuk Ayam Homemade, Penyedap Bubur & Masakan Anak Tanpa Bahan Perasa8) blender la sampai nampak halus sikit..
9) sangai semula biar kering..

Serbuk Ayam Homemade, Penyedap Bubur & Masakan Anak Tanpa Bahan PerasaAnd last !!!!!!
10) blender lagi sekali . Jadilah halus mulus camtu.

Lepas dah halus mulus macam tu. Masuk dalam bekas kedap udara.

Ehhh nampak sikit coet pulak serbuk tu ???sebab dah halus kan.

Serbuk Ayam Homemade, Penyedap Bubur & Masakan Anak Tanpa Bahan Perasa

* saya guna blender kasar jee. Tapi pastikan blend tu tak pedas. Kalau boleh asingkan blend kita dengan blend baby.

* boleh simpan dalam peti sejuk di bahagian chiller dan tahan dalam tempoh 1 hingga 2 bulan. Jika nak guna taburkan atas bubur atau dalam menu masakan anak.

[Artikel Lain]:

Homemade Serbuk Bilis Penyedap Makanan Anak. Nak Kurangkan Rasa Masin Rendam Bilis 4 Jam

Sumber: ummi humaira 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI