Kadang-kadang makanan sedap yang kita suka, harganya bukan main mahal. Sedangkan kalau dibuat sendiri, modalnya tidaklah sebesar mana. Bila kita sediakan sendiri boleh buat lebih banyak mengikut keinginan kita. Lebih berbaloi!

Sama seperti resipi Kepak Ayam Madu ini, yang tidak memerlukan bahan yang banyak tapi dapat menghasilkan hidangan yang sedap dan pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.

Resipi Lain: [Anak Tidur Tak Lena, Buatkan Biskut Labu Ni. Resipi Mudah & Sedap!]

Ikuti perkongsian resipi dari Nana Sabrina Sarsan ini.

Kepak Ayam Bakar Madu Dalam Kuali
Panjangnya nama resepi😂, ni resepi bajet,
mudah dan sedap, cuma guna 5 bahan perasa saja,mcm 5 rencah 5 rasa pula…Resepi dlm setiap gambar.

Nampak Anak Macam Penat, Buatkan Kepak Ayam Madu Ni. Boleh Boost Mood Dia!

Bahan-bahan:

1 sd mkn Madu
2 sd mkn kicap manis
1 sd mkn sos tiram
3 sd mkn minyak

IKLAN

*Klu tak ada kicap mahsuri pedas, bole guna kicap manis,kemudian tambah cili padi hiris, letak sikit jer jgn bnyk nti pedas😂

Resipi Lain: [Roti Telur Berhantu Buat Anak Makan Tak Berhenti, Sedap Sangat!]

Nampak Anak Macam Penat, Buatkan Kepak Ayam Madu Ni. Boleh Boost Mood Dia!

Cara Membuat:

#1 Masukkan minyak, tumis bwg putih,bila dah brown masukkan ayam,masak sehingga ayam bertukar warna jadi brown.
*Pastikan guna kuali yg tak melekat k “Non stick pan”

IKLAN

Nampak Anak Macam Penat, Buatkan Kepak Ayam Madu Ni. Boleh Boost Mood Dia!

#2 Masukkan kicap,sos tiram dan madu..masak sehingga kering ataupun likat.

Nampak Anak Macam Penat, Buatkan Kepak Ayam Madu Ni. Boleh Boost Mood Dia!

—————————————————————————————————–

IKLAN

 

Pengambilan madu digalakkan untuk kanak-kanak yang berumur setahun ke atas kerana ia dapat membantu mengelakkan batuk dan selsema. Jika tidak diamalkan setiap hari pun, jika sudah ada gejala batuk, boleh diberikan kepada anak.

Nampak Anak Macam Penat, Buatkan Kepak Ayam Madu Ni. Boleh Boost Mood Dia!

Selain itu, madu dikatakan dapat membantu sistem pencernaan anak. Kandungan pelbagai nutrisi dan vitamin dalam madu dalam membantu meningkatkan sistem imunisasi anak serta pertumbuhan mereka. Pengambilan madu setiap hari juga dapat membantu meningkatkan perkembangan otak kanak-kanak.

Jika anak-anak mempunyai masalah sukar tidur malam, anda boleh berikan mereka sesudu kecil madu. Ia dapat membantu menggalakkan tidur yang lebih berkualiti kerana kandungan enzim di dalamnya.

Nampak Anak Macam Penat, Buatkan Kepak Ayam Madu Ni. Boleh Boost Mood Dia!

Pengambilan madu juga sebenarnya dapat membantu mengurangkan tekanan. Apabila merasa letih selepas seharian bekerja, ambillah madu untuk membantu diri merasa lebih tenang dan relax.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI