Sekiranya terdapat isi rumah yang merokok, ia sememangnya memberikan kesan kepada si anak khususnya. Kesihatan anak akan terganggu dan salah satunya adalah berlakunya jangkitan kuman pada telinga mereka.

Sering Terdedah Pada Asap Rokok, Anak Membesar Mungkin Pekak & Bisu!

Semasa sesi live bersama Pa&Ma semalam, Dr Nik Hisyam yang merupakan Pakar Perunding Resdung, Sinus, Telinga , Tekak & Leher telah menjelaskan tentang hal ini.

Artikel Lain: [Kalau Bayi Kerap Muntah Bukan Sebab Susu Tak Sesuai, Mungkin Disebabkan GER]

Telinga manusia secara amnya terdiri daripada tiga bahagian iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam. Bahagian telinga tengah merupakan satu rongga kecil yang mempunyai udara. ia juga mengandungi struktur penting yang lain iaitu tulang telinga dan saraf kranial facial (NVII).

Saluran Eustachian (Eustachian Tube) menghubungkan telinga tengah dengan nasofarinks dan berfungsi untuk pengudaraan telinga tengah. Ia dipisahkan dari telinga luar oleh gegendang telinga.

Fungsi bahagian ini adalah untuk melaurkan bunyi dari bahagian luar ke telinga dalam dan fungi ini akan terjejas sekiranya terdpat cecair di bahagian telinga tengah yang menghalang (aliran) gelombang bunyi. Mengikut istilah perubatan, keadaan ini dikenali sebagai Otitis Media Effusion (OME).

IKLAN

Sering Terdedah Pada Asap Rokok, Anak Membesar Mungkin Pekak & Bisu!

Pengumpulan cecair pada bahagian telinga tengah boleh berlaku disebabkan beberapa faktor dan salah satunya adalah kerana pendedahan terhadap asap rokok.

Simptom-simptom yang menunjukkan anak mendapat jangkitan kuman pada telinga:

1. Anak kerap menyentuh cuping telinga.
2. Apabila ada orang lain yang menyentuh telinganya, dia akan menangis.
3. Berlaku kemerahan di sekitar kawasan telinga.
4. Cecair seperti air atau nanah akan keluar melalui telinga.
5. Demam panas dan muntah-muntah.
6. Tidur anak sentiasa terganggu.

Artikel Lain: [Anak Tak Selera Makan & Minum Susu, Selalu Meragam. Mungkin jangkitan Kencing Kotor]

IKLAN
Sekiranya masalah ini berlanjutan dan anak tidak mendapat rawatan yang sewajarnya, akan berlaku masalah lain kepadanya. Antaranya adalah:

1. Masalah dengan pertuturan.
2. Perkembangan intelektual.
3. Kemahiran sosial.
4. Kemungkinan untuk pekak dan bisu.

Selain itu, Dr Hisyam juga sempat memberikan tip kepada ibu ayah yang mahu membersihkan telinga anak-anak mereka. Penggunaan pengorek telinga sama ada jenis besi atau kayu, sememangnya bahaya dan TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Apabila kita menjolok pengorek telinga ke dalam telinga, ia akan menolak wax (tahi telinga) semakin jauh ke dalam dan menyebabkan ia menjadi mampat.

Sekiranya mahu membersihkan telinga anak, gunakan putik kapas yang dicelup ke dalam minyak bayi. Harus diingatkan, putik kapas tadi hanya BOLEH digunakan pada kawasan CUPING TELINGA sahaja. JANGAN SESEKALI KOREK TELINGA ANAK!

Sering Terdedah Pada Asap Rokok, Anak Membesar Mungkin Pekak & Bisu!

IKLAN

Di dalam perkongsiannya, Dr Hisyam turut menegaskan sekiranya anda tidur berdengkur, ia bukan disebabkan letih atau anak sedang tidur lena. Ia adalah mitos! Perhatikan anak yang berdengkur ketika tidur, mulut mereka akan ternganga. Itu menunjukkan mereka bernafas menggunakan mulut dan bukannya hidung.

Anak yang kerap mengalami hidung tersumbat semasa tidur juga adalah tidak bagus. Ia menunjukkan kandungan oksigen tidak cukup dan mengganggu pernafasan si anak.

Sering Terdedah Pada Asap Rokok, Anak Membesar Mungkin Pekak & Bisu!

Masalah ini mungkin berpunca dari masalah resdung atau alergi terhadap habuk, debu dan asap rokok. Sekiranya anak-anak anda bersin pada waktu pagi, ia menunjukkan mereka mempunyai alahan terhadap debu hama.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI